Sunday, November 06, 2011

my hero.my love.

assalamualaikum.

it's hari raya Aidil Adha guys.
semua orang buat korban. termasuk la penduduk taman ni.
well..my hari raya is eat-then-sleep-then-eat-again.
hahah..takde ke mana-mana pun..tambah pulak hujan turun dengan lebatnya kan..
maka duduk dirumah adalah pilihan terbaik..

saying about 'pengorbanan'.
something happened yesterday when papa was talking to mama at the kitchen..
aku bukan curi-curi dengar..cuma terdengar aje.. ;)
masa tu papa tengah nak masak sambal petai..
ohh..sambal petai was my adik favret ever..
so,sejak-sejak dia sambung belajar, everytime he comes back for holiday,
papa mesti akan masak sambal petai..
i've watched that part..selalu nampak..
sama lah macam semalam..papa beli petai lagi..
then, aku dengar papa cakap...

"dulu, kalau ada sambal petai tak keluar rumah dah..sekarang ni tak pandang dah sambal petai..asyik keluar je..tak cari dah sambal petai.."
 
actually, i've heard that twice..once was last 2 week..
but this time really make me sad.. 
*even now air mata dah bergenang..hiks.. :D
 
macam banyak artikel yang aku dah baca..
kita selalu jer tak sedar yang ayah pun sayangkan kita..
mungkin sebab ayah tak banyak marah..tak banyak membebel macam mak kita..
konon-konon macam tak ambik kisah dengan apa yang kita buat..
tapi they really really really care pasal kita sama macam mak kita..
bila kat depan papa macam macho, tapi belakang banyak terpendam perasaannya..
sejak duduk kat rumah ni je kan..banyak benda yang aku tengok..
especially pasal papa..konon macam the other part of papa.. :)
beliau akan cuba memenuhi semua kehendak anak-anak even masa tu tengah susah..

ok..enough..air hidung dah meleleh.. :p
harap-harap aku diberi kesempatan untuk membalas segala jasa dan pengorbanan papa dan juga mama..walaupun aku tahu tak terbalas untuk semuanya.. :)

comel tak papa kite. ;D


aku: orang tengah beraya..kucing aku musim mengawan pulak..duhh =_=


adios~!
with ღ
n@n@

Monday, October 24, 2011

cerita semalam dan hari ni.

hai.hai my dear readers. *anggap je macam ada readers. :)
semalam hari jadi mama yang ke... *tengah kira jap.
ahaa..yang ke-53..wut? 53? macam tak percaya pulak. rasa macam baru semalam je mama muda-muda. haha.
tapi kitorang takde buat apa pun. just abang dengan dikmei balik & kitorang gather.
tu pun rasanya dah buat mama hepi.sebab sikit punya excited ha mama prepare macam-macam.
patutnya kitorang la yang kena prepare kan. haha.

sebenarnya mood nak update entry ni ada je tiap-tiap hari.
tapi disebabkan kelajuan internet kat rumah ni tak berapa nak laju.
tu yang jadi macam malaaaas je nak bukak belog.nak jalanbelog.
mana yang sempat singgah tu singgah lah..kalau tak,sebulan sekali la bukak belog ni.

bukak je mata pagi tadi.tengok henpon.
ada wedding invitation lagi dari kawan. -_-
20.11.2011 jugak tarikhnye.apesal la ramai sangat kawin tarikh ni.
yer.yer.tarikh cantik.i know.i know.lagi mau tanya kan.
kira punya kira bulan November nanti ada la 3 wedding kawan.
jiran tetangga.kawan-kawan papa dengan mama tak kira lagi.
tiap minggu makan nasik minyak aje la nanti.
sumer nak tukar title dah.nak jadi puan dah kawan-kawan aku ni.

hari tu konvo kan. nah aku tempek sekeping gambar.
haruslah di copy dari blog ijan. :D

my BFF ever. :)


aku: A smile makes us look younger while friends make us feel stronger.
They make us enjoy life.
Thanks to all my friends who always be by my side.
U know who you are. :)


adios~
with ღ
n@n@

Sunday, October 09, 2011

runsing

dah seminggu berlalu majlis konvokesyen.perasaan?haruslah ada gembira dan terharu.akhirnya setelah lebih kurang 4 tahun kan.
dengan segala dugaan yang betul-betul mencabar.
takpe lah.itu semua dah berlalu pun.tak perlu nak ingat balik dah.jadikan pengalaman je.
yang penting adalah masa sekarang ni.
tapi masa sekarang ni lah yang merunsingkan.
bila kawan-kawan semua dah ada kerjaya masing-masing.
cemburu?memang ada perasaan cemburu dalam hati aku.
nak pulak aku yang masih memegang status penganggur.
nak kata aku memilih kerjaya,rasanya aku dah cukup tak kisah dah asalkan aku mempunyai pekerjaan.kalau pun aku memilih adalah atas kehendak keluarga.

setiap hari aku berperang dengan perasaan sendiri antara ikut diri sendiri atau ikut kehendak keluarga.setiap hari hati aku menangis.
nak gembirakan diri sendiri aku anggap mungkin bukan masanya lagi dan mungkin ada yang terbaik untuk diri aku.sebab tu sampai sekarang aku masih belum mempunyai sebarang pekerjaan.
tapi kadang-kadang hati aku tetap merintih kecewa.tetap mencari salah.

demi untuk menjaga hati dan perasaan orang tua.
dan aku bukanlah jenis orang yang suka melawan.aku lebih rela berdiam diri.
menangis seorang diri. bagi aku,selagi perkara itu tidak mendatangkan keburukan untuk diri aku,aku terima.aku ikut.
cuma aku harap aku diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri,untuk belajar berdikari.bukan tidak ada peluang pekerjaan yang datang.
cuma aku tersepit antara keluarga dan cita-cita.


adios~
n@n@

Thursday, September 22, 2011

kala rendang dalam kuali

assalamualaikum. baru ada hati nak menulis.
tahun ni raya tak berapa nak meriah.mungkin sebab tahun ni tak ramai orang balik sini. semua balik tempat lain. lepas tu sempat pegi beraya raya pertama je. next day and next next day, semua orang datang rumah. disebabkan kakitangan kat rumah ni hanya papa,mama dan aku. memang penat. tambah-tambah kalau dah papa dengan mama kena melayan tetamu. tinggal la aku sorang yang bertungkus lumus buat semua kerja. ada la jugak papa dengan mama tolong sikit-sikit. adik aku? huh. dari pagi sampai ke malam tak nampak batang hidung. alasan..dah raya..pergi beraya laa.. =_=

itu yang tak berapa nak seronok nya bila tak ramai kan. ni yang mula pikir nanti nak anak ramai-ramai. hee. ah. itu semua lambat lagi. bila dah jumpa sedara mara ni mula la kan tanya perkembangan diri. setakat tanya kerja kat mana. dah kerja belum. dah habis belajar belum. itu semua tak kisah sangat. tapi bila ada yang mula tanya bila nak jemput makan kenduri..hah. part yang ni yang tak berapa nak gemar sangat. dan rasanya soalan tu akan semakin kerap ditanya dari semasa ke semasa. boleh mendatangkan stress!

cukup la cerita pasal raya.walaupun masih ada beberapa hari je lagi syawal.
tadi pergi beli barang-barang rumah. terjumpa kawan lama masa sekolah rendah dulu.
punya la payah nak ingat nama. muka kenal dah. boleh sembang dulu kan sebelum tanya nama. haha. yang paling common orang akan komen bila dah lama tak jumpa.
"awat hang makin gemuk weh"
=_=
ini pun stress jugak ni.


oh.next week is my convocation. excited.
sebab nak jumpa kawan-kawan.tu yang lebih nye.nak konvo tu tak berapa sangat. huhu.
tak sabar jugak nak jumpa yasmin ahmadkh --> nama glemer.
walaupun ada telefon-telefon.gosip-gosip.tapi tak sama kalau tak jumpa face-to-face.
hampir setahun jugak yer tak jumpa kawan semua.
semua dah berjaya masing-masing. hmmh.


eh.oklah.
my rendang cendawan tengah dalam kuali tu.
sambil menunggu kering je ni. ;)




aku: ok.tajuk memang takde kaitan dengan entry. ;D


adios~
with ღ
n@n@

Tuesday, August 23, 2011

adik ni anak bongsu eh..?

tadi pergi beli belah bahan-bahan nak buat kuih raya.
ingat malas nak ikut. tapi, disebabkan i'll be the chef yang akan conduct sesi membuat kuih raya, haruslah aku yang kena pergi. mama? mama follow belakang je. papa akan jadi chef untuk masak memasak ayam daging. ouh, part yang tu aku tak minat. hee.

ok.lepas tu tiba-tiba terasa macam nak pergi beli perhiasan diri kan.
since mama pun macam ok.setuju je nak pegi, so, singgah la sekejap.
sambil-sambil pilih.sembang-sembang dengan tukang promoter.
tiba-tiba dia tanya.

"adik ni anak bongsu eh..?"
"eh. takla. no 2."
"ooo. akak ingat bongsu. ada adik lagi la bawah? bukan bongsu la"
"ha'ah. bukan2. tapi saya sorang je la perempuan."
"haa. akak dah agak dah.. tengok pun akak tau. nampak manja dengan mak dia ha. sebab tu akak ingat anak bongsu..anak perempuan tunggal rupanya"
............. 

sengih je yang mampu.
nampak sangat ke muka ni macam anak bongsu. tak tau lah akak tu orang yang keberapa cakap macam tu. tak terkira dah.
jatuh saham adik aku. kesian. :D
habis nak buat macam mana. dah takde orang lain dah pun kat rumah ni ha.
takde ke rupa macam anak sulung ke. takpun kot ada rupa macam kakak ke. dah sah-sah aku memang kakak kan.


aku: teringin nak jalan berdua dengan adik aku.


adios~
with ღ
n@n@