Friday, June 03, 2016

Ada apa dengan cinta?

Ini bukan kisah Rangga dengan Cinta.
Ini kisah Jamil dengan Nana.

Genap bulan Mei 2016, cukup 3 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Rasa macam baru saja kami diijabkabulkan, tiba-tiba dah sampai tahun ketiga dengan 2 orang cahaya mata. Alah, apalah sangat 3 tahun nak dibandingkan dengan pasangan yang dah bersama 30, 40 tahun. :) Sememangnya, perjalanan kami masih terlalu jauh dan setiap hari aku memikirkan apakah kesudahan hidup kami masa akan datang. Takut pun ada, sedih pun ada. Hari berlalu dengan sangat pantas dan kami semakin tua. Tua! Haha. Nak sebut tua pun tak sampai hati. Tapi, itulah hakikatnya.

Teringat masa bersama-sama dengan kawan-kawan sepejabat dulu. Masih ada yang belum berkahwin dan membicarakan soal jodoh masing-masing. Masing-masing takut untuk membuat pilihan tambahan pula dengan keadaan zaman sekarang. Iyelah, takut sekiranya kebahagiaan yang dirasai tidak seperti yang diharapkan. Hati juga masih keliru untuk membuat pilihan yang terbaik. Aku senyum sendiri. Aku katakan pada mereka, aku juga macam tak percaya bila aku buat keputusan untuk berkahwin. Saat itu hati aku juga masih keliru. Haha. Kita boleh suka dengan sesiapa saja. Tapi suka tak bermakna kita cinta. Macam mana nak tahu kita cinta. Bila kita boleh rasa sesuatu yang tak boleh nak diungkap dengan kata-kata. Kawan lah seramai mana pun, tapi kalau rasa sesuatu tu tak ada, memang tak ada harapan la tu. Sungguh itu yang aku rasa bila bersama dengan suami aku suatu masa dahulu. Walaupun usia perkenalan kami tak sampai berapa bulan pun. Bila kawan-kawan tanya macam mana aku pasti that he's the one. Bila aku berada dengan suami aku, aku selesa. Tak satu pun perangai dia yang buat aku rasa tak selesa. He makes me feel comfortable. Walaupun waktu tu baru hanya ada rasa suka bukan cinta. Aneh kan perasaan tu? Haha.

Dan aku berkahwin tanpa ada rasa cinta yang mendalam. Aku hanya yakin bahawa dia lah yang terbaik untuk aku. Rasa 'sesuatu' tu yang buat aku yakin untuk menerima dia menjadi suami aku. Tapi dah 3 tahun ni, memang dah cinta sepenuh hati dah la. Haha.

To my beloved husband, thank you for choosing me as your life partner. :)
Saya tahu susah sebenarnya nak menjaga seorang Siti Farhana ni. Tapi percayalah, susah lagi menjaga seorang Luqman Al Hakim. Haha. Dah, taknak jiwang sangat. Rasa dah macam tulis novel cinta. Happy 3rd Anniversary. Moga kita kekal dijodohkan sehingga ke syurga. If you read this, do whatsapp me a.s.a.p. Haha!



credit picture -->> norizan syahnan

Saturday, December 19, 2015

brotherhood

 
Feeling macam nak tulis sesuatu..tapi nanti dulu lah..nah belanja 1 gambar..
am a happy fotografer...kah3..baru pegang sekali boleh laaa paham jenis2 lens..
 
 
 
 
 


Monday, November 23, 2015

end of 2015

assalamualaikum w.b.t! 
hai blog! wah..setahun sekali je aku jengah blog ni rupanya..huhu..apa nak buat, im a busy mom. ceh..alasan kan.. :) ehem..sebenarnya rindu zaman nak ber blog ni..nak meluahkan perasaan..ade lagi ke orang jengah blog aku ni..harap takde lah..boleh aku tulis ikut suka hati perasaan aku.. :D

siapa sangka..anak dah 2 orang..kadang aku terfikir jugak..what i've done until today..bila borak dengan suami..jumaat dah hari ni yang..sekejap je rasa..tak tahu buat apa tah seminggu ni..then he said, jaga rumah la..jaga anak..tersenyum je la aku..

duduk rumah sorang..tengok wanita hari ini..isu2 keluarga..rumahtangga..waaah..memang mak2 sangat kan. haha..well..people change kan..selain layan luqman tengok upin ipin..siapa kata tak rindu kerja..kadang tengok suami buat coding kat sebelah,rasa otak ni dh blur kot tengok public boolean,private..haha.. :)

sekarang banyak muhasabah diri..hidup tak selalunya gembira..definisi gembira dan bahagia tak sama..ada orang gembira tapi dia tak rasa bahagia..ada orang kadang tak selalu gembira,tapi ada kebahagiaan yang dia selalu rasa..kadang aku letih jugak dengan dugaan demi dugaan..fikir balik kenapa aku kena hadapi semua tu..apa hikmah disebalik yang berlaku..apa yang Allah nak tunjuk sebenarnya..aku masih lagi seorang hamba yang terlalu lemah..

cuma aku bersyukur..dapat suami yang penyayang & penyabar..aku rasa memang kalau tak ada suami sekejap, tak senang duduk dah..i can be very independent but,sometimes i really need him to be by my side..till then..kalau aku rasa nak mengarut lagi, aku login lah masuk blogspot ni..hihi..selamat malam dunia. :)


Wednesday, August 27, 2014

Pregnancy Review : Cont....Trimester Ketiga

assalamualaikum w.b.t!

hai! we meet again. :) seperti biasa aku curi pinjam laptop husben semata nak melayari internet..mengantuk padahal ni..okay, apa nak cerita kali ni? ok la. aku share sikit la buat sambungan dari pregnancy review aku tahun lepas kan. hehe. walaupun.....dah berkurun lamanya..just sharing..lain orang lain experience kan and maybe korang boleh jadikan cerita aku sebagai pengajaran jugak...

bab makanan masa pregnant dah cerita..itu je la aku makan + makan nasik dan lauk pauk yang lain..end of december aku secara rasminya telah meletakkan jawatan. tahun 2014 bermulalah hidup aku sebagai suri rumah separa masa lagi..belum sepenuh masa..mungkin tahun 2015 sepenuh masa..insyaAllah.. :) edd aku 30 mac 2014..apa aku buat sepanjang dari januari sampai mac tu? makan,jalan,makan,tido..haha. alhamdulillah..hujung-hujung kehamilan aku tak ada banyak masalah. sakit pinggang ada sebab baby semakin membesar kan. jadi, banyakkan tidur mengiring ke kiri. kenapa kena ke kiri? boleh google atau baca majalah mengandung. aku nak explain pun tak pandai, tapi ada kaitan dengan jantung baby.

awal bulan mac aku dah bertapa dekat kampung, perak. husben hantar dulu. mana lah tahu kot bersalin awal ke kan. tapi instinct memang rasa akan keluar on due date. tak rasa pun nak keluar awal. cuma, bersedia aje lah kan. masa ni memang dah semakin berdebar. sebabnya takde pengalaman bersalin lagi & anything boleh jadi masa nak bersalin nanti. walaupun setiap kali check up macam tak ada masalah, kita tak tahu kuasa Allah. apa-apa pun boleh jadi. oh, emosi masa ni agak tak berapa nak stabil + berjauhan dengan suami. memang rindu tu hanya Allah saja yang tahu. lain tau feeling bila tengah mengandung ni. sensitif tu terlebih sikit. balik perak, setiap minggu buat checkup kat klinik seperti biasa. still takde tanda lagi nak bersalin. walaupun braxton hicks / perut mengeras tu dah makin kerap. alang-alang sebelum berpantang, memang aku makan dengan gembiranya. tapi berat tak naik sangat pun.

mungkin rezeki aku dapat nurse yang baik jaga masa checkup. kat selama tu ada klinik kerajaan je lah kan. memang bila dh planning nak bersalin kat hospital kerajaan tu, terus continue buat checkup kat klinik kerajaan. memula tu memang kena marah lah. itu nanti aku story lain lah hal kena marah tu. sepanjang checkup tu macam-macam la nasihat yang diberi. mungkin kampung tak ramai patient nak jaga macam kat bandar. kadang tu aku checkup sampai sejam lebih sebab boraknya banyak. siap buat praktikal lagi cara-cara nak bersalin / dalam labour room macam mana nanti. haha. iolls kan tak pernah bersalin, banyak laa tanya. so, kesimpulan pertama aku untuk checkup mengandung ni, sama je pergi private atau kerajaan. ada pros & cons. kalau yang sibuk bekerja tu + ada duit lebih boleh la ke swasta. :) yang kurang berkemampuan / nak berjimat klinik kerajaan aje. lagipun tak ada la teruk sangat servisnya.

maka, sepanjang trimester terakhir aku, alhamdulillah semuanya berjalan lancar & aku sihat walafiat..kaki aku pun tak pernah bengkak sepanjang mengandung, berat aku naik secara normal, berat baby pun normal, nak kata tido malam tak lena tu, lena jugak aku tido, perut pun tak memboyot sangat, parut-parut kat perut pun tak banyak..memula ingatkan takde, rupanya ada..tapi tak nampak..haha. makan pun macam biasa, ambik shake macam biasa, semuanya biasa lah..dan bersalin pun normal macam biasa..... :) part bersalin nanti sambung lain..panjang jugak kisahnye tu..hehe..

till then..selamat malam, assalamualaikum....

p.s 1 ::: baru perasan takde gambar masa tengah mengandung..ada pun tak nampak perut memboyot..

p.s 2 ::: nanti kite review barang-barang baby yer..insyaAllah....hehe..sebagai nasihat pertama, tak perlu beli banyak sangat pon. :D

p.s 3 ::: too many story to story..haha. nanti lah..1 1 ok? :)

Sunday, August 24, 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum readers! Wah,dah masuk Ogos 2014 I olls baru berkesempatan nak hupdate belog..Busy lah saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baru. :D Sekarang anak dah besar sikit, baru laaa kembali normal jadual hidup aku. Sebenarnya terjaga jam 1.30 tadi anak nak menyusu, lepas tu rasa macam segar sikit la pulak ni. Iyelah dah tido pukul 9 tadi. Awalkan tido. :D Letih setelah seharian ber ‘open house’. Sampai sakit kepala sebab minum ais saja. Air masak bawak tinggal dalam kereta kan. Sudahnya tadi sebelum tido pekena shaje vanilla satu.

Okaylah hari ni bukan nak update kisah kelahiran ke apa ke. Itu rasanya cerita dah basi la kot. Huuu. Nanti lah kalau aku rajin nak bercerita pasal tu aku buatlah entry. Hari ni ada satu insiden berlaku yang membuatkan benda tu still terngiang-ngiang je dalam kepala otak aku ni. Pagi semalam,kitorang ada jamuan hari raya alumni UMP + AGM alumni. Event tu berlangsung di SACC. Bukan la dekat mall tu kan. Dekat convention centre tu. Dah habis jamuan around pukul 4 lebih macam tu ke Alam Impian pulak rumah kawan husband yang buat open house. Biasa la dia, geng futsal merangkap geng kawan sekolah dulu. Pasti satu geng ada berkumpul. Nasib baik ada yang ada isteri, maka isteri-isteri ni pun hai hai la sesi berkenalan. Anak aku dah kemana orang pegang-pegang. :D nasib la anak aku jenis tak kisah orang. Silap-silap aku yang kena check up selalu lokasi terakhir anak aku kat mana.

Ok. Kemudian ada la sorang kawan si suami jugak kot, sebab aku tak berapa selalu jumpa tapi familiar macam pernah jumpa sekali dua. Kalau geng futsal dia tu selalu dah jumpa. Ada la masa tengah salam salam tu kot suami aku ni bagitau kitorang dari SACC. Masa tengah makan tu, kawan tadi pun baru nak join makan. Yang menjadikan topik aku nak bercerita ni sebab perbualan dia dengan suami aku.

Kawan A : Ko dari mana? SACC? Banyak sale ke SACC? *sambil gelak-gelak

Suami : Takdelah. Kitorang dari convention centre tadi. Ada jamuan raya alumni universiti aku. Kalau tak diorang nak buat kat Felda kat KL, pastu tukar tempat pulak.

Kawan A : Ooo..Tukar tempat kat mana? Kedai makan? *sambil fokus ambik makanan

Suami : Taklah. Kat convention centre tu lah. Kat dewan dia tu.

Kawan A : ooo..ok ok.. *terus sambung makan


Ada yang pelik ke dengan perbualan kat atas? Takde kan. :) Sekali baca nampak macam takde apa lah. Tapi yang buat aku mula nak buat pandangan sinis dekat orang tu bila nada dia bertanya tu macam nak siniskan kitorang jugak. Haha. Ingat pergi SACC nak shopping aje? Ingat alumni tu macam sembang kat kedai kopi? Ke aku yang over sensitive? :D Well, kalau dah pilot for sure belajar tinggi jugak kan. Mesti la fikiran pun kena matang jugak kan plus you have travel around the world. Oklah, maybe not around lagi, baru half. Takpelah aku anggaplah dia nak bergurau senda je. Laki aku cool je. Ni kalau aku cerita sah dia kata rilek la yang, benda biasa je. Haha. He never negative. He always positive. Yang negative selalu banyak aku. :p Ok la tu kan negative positive baru la melekat. :D Sorry husband if you read this. Bukan nak mengutuk, tapi sakit hati je. Haha.


Ok lah. Nak sambung tido. Kita hanya manusia biasa. Yang sentiasa buat banyak salah dan silap. Memang tak sempurna. Sebab yang sempurna hanya satu, Allah S.W.T. I always keep this in my mind bila rasa nak marah seseorang @ sesuatu keadaan. Kadang-kadang berdiam diri itu lebih bagus. Diam dan memerhati dan ambil pengajaran. Supaya kita pun tak buat benda yang sama. Wallahualam. Selamat malam dunia. Aku lapar nak isi perut dulu.


p & s :::: yeay!!!! finally berjaya update 1 entry 2014..tapi tak sempat blogwalking lagi..
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. :)