Saturday, September 26, 2020

Hai.

 Hai blog!

Aku datang hari ni. Sesekali aku jengah jugak baca balik post yang lama. Niat di hati nak tutup blog ni, tapi sayang pulak. Makanya kita ubah-ubah je layout dari satu layout ke layout yang paling senang nak edit. Haha!

Aku pun tengah on the way siapkan blog yang baru, tapi blog ni aku tak tutup lah. For now. Aku just buat as personal blog yang betul-betul personal. Blog baru tu nak jadikan blog berbisnes. Jadi, macam malas pulak rasanya nak campur yang personal betul personal dengan bisnes. Apa yang aku tulis ni pun tak tau.

Hai Farhana, one day if you read this, you sebenarnya tengah dekat kampung sambil tengok movie cerita vampire apa tah ni. Sambil edit blog. Sambil tahan mengantuk. Anak-anak dengan suami tengah lena tidur.

Okay. Dah rasa mengantuk sekarang. Nanti kita tulis lagi.

Bai!

Monday, May 11, 2020

Memories

Assalamualaikum.

Hai! Setahun demi setahun ye blog ni diabaikan. Me as a housewife + doing business makes me a little bit a busy woman. Haha. Gittew..Idok la. Busy keluar masuk hantar anak sekolah, ambik anak sekolah. Sekarang pun dah 18 Ramadhan 1441H. Selamat berpuasa semua. Tahun yang agak luar biasa ye kali ni. Just a memory for you to remember la Nana. Tahun 2020 adalah tahun Covid-19. Hampir sebulan lebih berkurung kat rumah dengan suami & anak-anak, dua bulan dah tak balik kampung lagi jumpa mama papa dan pertama kali ni bakal beraya dekat bandar. Hmm. Nak mengeluh banyak pun tak elok kan. Bersyukur masih sihat dan selamat. Semoga sentiasa dijauhkan dari terkena jangkitan virus ni. Aku cakap dengan suami, ok la kan, duduk rumah sebulan lebih. Lepas kahwin pun cuti 3,4 hari je lepas tu dah masuk kerja. Haha!

Tak boleh nak membebel panjang, nak prepare untuk masak berbuka. Citer dia tadi tengah dengar playlist lagu. Tetiba naik lagu Memories Maroon 5. Kebetulan pulak tengah clear email. Terjumpa pulak google chat zaman dulu kala. Memang memories betul la. Lucu je rasa bila baca balik.

Oh. Dah kenapa jugak aku pi search post lama tah.

Sometimes memories are better remain as memories. K bai.



Wednesday, February 05, 2020

Happy Birthday Husband!


Aku dah nak tidur sebenarnya, tapi tiba-tiba nampak gambar ni. Lepas tu teringat laa birthday cik abang sayang ni 1hb hari tu. Nak menulis post dekat IG, FB, tapi malas. Rasanya menulis panjang-panjang lagi best dekat blog kan. Lagi sentimental. Haha! Dah la malam sebelumnya tidur awal. Kita wish pukul 10.40 malam dia tak terima. Tak larat nak tunggu sampai pukul 12. Sudahnya, dia pun tidur awal juga.

So, to my dearest husband, if you read this, i bet 4,5 months later, Happy 33rd Birthday! Fuuh. We are getting older. Semoga segala-gala urusan awak dipermudahkan, dari jadi Jurutera Pengaturcara, sekarang dah tambah job baru jadi manager bola sepak pulak. ๐Ÿ˜„ Takpe-takpe. Saya redha semuanya. Yang penting awak redha saya pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan saya nanti. Haha.

Petang tadi, on the way balik rumah, nampak satu pasangan suami isteri, pakcik makcik jalan sama-sama nak pergi surau. Suami pun cakap,

"Nanti kita tua sama-sama la macam tu kan"

๐Ÿ˜„ Gelak dulu. Lepas tu aku pun jawab,

"Muda-muda la kena start pergi sama-sama wak"

"Yela..Itu nanti bila dah tua-tua, kena la macam tu jugak"

"InsyaAllah, kalau tak mati lagi"

Hmm..Mati tu memang pasti kan? Ok. Tak bersedia rasanya nak fikir, tapi kita bukan tahu apa yang akan jadi. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Semoga awak juga sentiasa diberi kesabaran yang teramat-amat tinggi untuk melayan emosi saya yang sentiasa turun naik setiap hari. Haha. I ๐Ÿ’š U.


Ok dah jom tidur.

๐Ÿ’“
Nana

Calm Time Tasneem Naturel

CALM TIME








Inilah balm CALM TIME dari Tasneem Naturel. Fungsinya adalah untuk :-

๐Ÿ’šMengurangkan tantrum anak.
๐Ÿ’šMembantu menenangkan anak yang meragam.
๐Ÿ’šMemberi keselesaan pada anak.
๐Ÿ’šMembantu anak supaya lebih tenang dan ceria!

Cara penggunaannya adalah :-

Sapu balm pada nadi tangan, nadi belakang telinga, tulang belakan dan tapak kaki.

Balm ini juga sesuai sangat digunakan oleh sesiapa sahaja, baik bayi yang baru dilahirkan atau orang dewasa. Selalunya setiap hari memang Nana akan sapu CALM TIME ni dekat anak-anak selepas mandi pagi dan petang. Pagi supaya diorang tenang-tenang je nak pergi sekolah. Petang supaya diorang senang nak tidur malam.

Bila anak tenang, ibu pun lagi lah bertambah tenang. Hehe. Untuk ibu-ibu yang nak anak tenang-tenang je pergi sekolah atau nak bagi baby yang baru lahir selesa je, boleh tekan link wasap kat bawah ye. ๐Ÿ’‹


๐Ÿ’“
Nana

Sunday, February 02, 2020

7 manfaat bermain bagi anak-anak.

Tak dinafikan, perkembangan anak-anak kita dipengaruhi dengan aktiviti bermain. Mereka akan banyak belajar dengan bermain. Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu tahu manfaat bermain untuk anak-anak kita. Antaranya ialah :-

1. Bermain sangat penting sebagai salah satu keperluan untuk membantu perkembangan si kecil.
2. Bermain secara aktif boleh membantu menguatkan otot-otot tubuh si kecil.
3. Ketika bermain, si kecil sering melalui pengalaman baru. Pengalaman ini akan berada dalam memorinya dan kemudian akan diaplikasikan dalam realiti kehidupannya. Ini sekaligus akan membantu mengembangkan kreativiti si kecil.
4. Sewaktu bermain bersama rakan-rakan, si kecil akan belajar kemahiran bersosial. Di sinilah mereka akan belajar untuk menjalin hubungan persahabatan, menangani konflik, saling berkongsi serta belajar memberi dan menerima.
5. Bermain juga membuatkan si kecil mengetahui kemampuan dirinya. Di sinilah mereka akan belajar dan berlatih untuk mengatasi kelemahan yang dimiliki.
6. Sewaktu bermain, si kecil akan belajar mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang boleh dilakukan dan mana yang tidak boleh dilakukan.
7. Dalam bermain, dia juga akan mempelajari moral dan peraturan yang harus dipatuhi, misalnya tidak boleh bermain tipu atau mengelat dan perlu sedia berhadapan dengan kekalahan.

Maka, selalulah bermain dengan anak-anak kita. Tak perlu kita terlalu fokus nak anak kenal ABC seawal usia 3 tahun, nak pandai tambah tolak darab bahagi seusia 4 tahun. InsyaAllah, dengan bermain pun kita boleh ajar itu semua. Macam Nana, memang Nana tak pernah paksa anak-anak belajar pun. Sampai masa diorang pergi sekolah, diorang belajar semua benda tu kat sekolah. Balik rumah kita buat revision je.

InsyaAllah, cepat je diorang ni dapat tangkap. Kenal huruf, kenal nombor. Oh, cuma tulisan jawi tu memang nak kena extra extra extra revision. ๐Ÿ˜…

Bermainlah dengan anak-anak. Selain bagus untuk perkembangan mereka, kita juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan anak-anak.




Oh, sebelum bermain tu, kita 'spray' kan la dulu Bugs Away dari Tasneem Naturel ni untuk anak kita. Bugs Away ni sangat bagus tau untuk elakkan nyamuk atau serangga-serangga lain gigit anak kita terutama sekali kalau bermain di luar. Memang nyamuk tak akan serang la anak kita. Takde la berbintat kulit anak. Hehe.



Macam mana cara nak menggunakan Bugs Away ni? Senang je, spray sahaja pada baju, tangan dan kaki anak-anak. InsyaAllah Bugs Away ni selamat untuk kulit anak-anak kita. Spray banyak pun takpe. Untuk anak kulit sensitif pun insyaAllah selamat digunakan. Baunya pula adalah bau serai. Haa. Wangi tau.

Selalu sebelum bawa 2 beradik ni main kat taman, memang Nana spray siap-siap la Bugs Away ni. Kat tengkuk, tangan, kaki 1 badan la spray. Nanti kesian tengok kalau main tergaru-garu je diorang. Setakat satu dua bintat tu boleh la diterima kan. ๐Ÿ˜

So, untuk mama atau papa yang nak dapatkan Bugs Away ni, boleh terus tekan link kat bawah ye. InsyaAllah, zaaassss kita akan reply segala pertanyaan secepat mungkin.


www.wasap.my/60183159351/nakbugsaway
www.wasap.my/60183159351/nakbugsaway
www.wasap.my/60183159351/nakbugsaway


๐Ÿ’“
Nana