Monday, September 20, 2021

2021

 Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Hai!

Setahun, setahun ye aku menjengah blog Ct Nana ni. ๐Ÿ˜ Hidup sebagai seorang anak, isteri & mak ni memang membuatkan diri ini rasa begitu sibuk sekali. Sibuk apa lah sangat tah. Haha. Well, dari tahun lepas bawa ke tahun ni, banyak perkara dah berlaku. Ada yang gembira, ada yang sedih.

Alhamdulillah, hidup aku masih seperti biasa. Seorang suri rumah yang sibuk menguruskan hal-hal rumahtangga. Zaman Covid-19, semua pun kena hidup Covid, ber pkp bersama-sama kat rumah, layan anak-anak PDPR dengan suami pun work from home. Alhamdulillah, walaupun kita semua tengah diuji dengan wabak penyakit yang taktau bila akan hilang, aku boleh kata, hidup aku baik sangat. Banyak sangat benda yang aku kena bersyukur. Di saat orang lain struggle nak teruskan hidup, aku dan keluarga masih dapat hidup seperti biasa. Belajar dari pengalaman-pengalaman orang lain.

Ada yang waktu pkp bercerai-berai, kematian ahli keluarga, pertambahan ahli keluarga pun ada juga. Bila difikirkan balik, walaupun suami kerja dekat rumah beberapa bulan, hadap la muka masing-masing 24 jam kan, alhamdulillah, aku boleh terima situasi tu.  Masalahnya bila dia mula nak kena outstation la pula. ๐Ÿ˜‚ Time tu mula la macam-macam perasaan. Lama sangat dah dia tak keluar negeri/negara, 3 hari pun rasa lama. Ada ketika, aku memang bersyukur dunia dilanda wabak Covid ni, sebab sebelum Covid, suami memang sibuk keluar masuk negara dengan urusan kerja dia. Kadang sampai 3-4 minggu. Jangan tanya la perasaan. Mana ada isteri suka. Haha.

Dan aku berharap biar la lambat lagi border negara lain buka untuk kemasukan warga lain walaupun atas urusan kerja. Company dia dah tak sabar-sabar dah tu nak hantar orang pi buat kerja jauh-jauh. Hahaha. Bila jadi Covid, tambah kena kuarantin kat rumah, memang aku gunakan setiap masa yang ada dengan keluarga. Cumanya dengan mama papa jauh la kan. Mujurlah ada teknologi hebat sekarang, tapi, itupun tak dapat nak melepaskan rindu dekat kampung. Hmmm.

Sekarang pun kes dah semakin menurun, aku harap dapatlah merentas negeri tak lama lagi. Banyak lagi la benda yang aku rasa nak cerita, tapi, insyaAllah nanti aku rasa nak tulis jugak dalam ni. Nak jadikan kenangan.

Anyway, ubah lagi layout blog. ๐Ÿ˜‹ Sis tengah rajin, sis buat la. Kalau sis tak rajin, jangan harap la. Hahaha.

Ok lah. Till I write again. Rasa macam nak buat journey rumah la. Simpan buat kenangan kat sini. Ha, rumah ni pun kenangan gembira juga. Alhamdulillah, setelah 2 tahun, kunci rumah dah dapat, setelah 8 tahun kahwin, dapat juga duduk rumah sendiri. Eh, tapi belum duduk lagi ni. Still under renovation. Nanti la kalau sis rajin, sis story. Laah, tunggu rajin. Haha.

๐Ÿ’“
Nana

Saturday, September 26, 2020

Hai.

 Hai blog!

Aku datang hari ni. Sesekali aku jengah jugak baca balik post yang lama. Niat di hati nak tutup blog ni, tapi sayang pulak. Makanya kita ubah-ubah je layout dari satu layout ke layout yang paling senang nak edit. Haha!

Aku pun tengah on the way siapkan blog yang baru, tapi blog ni aku tak tutup lah. For now. Aku just buat as personal blog yang betul-betul personal. Blog baru tu nak jadikan blog berbisnes. Jadi, macam malas pulak rasanya nak campur yang personal betul personal dengan bisnes. Apa yang aku tulis ni pun tak tau.

Hai Farhana, one day if you read this, you sebenarnya tengah dekat kampung sambil tengok movie cerita vampire apa tah ni. Sambil edit blog. Sambil tahan mengantuk. Anak-anak dengan suami tengah lena tidur.

Okay. Dah rasa mengantuk sekarang. Nanti kita tulis lagi.

Bai!

Monday, May 11, 2020

Memories

Assalamualaikum.

Hai! Setahun demi setahun ye blog ni diabaikan. Me as a housewife + doing business makes me a little bit a busy woman. Haha. Gittew..Idok la. Busy keluar masuk hantar anak sekolah, ambik anak sekolah. Sekarang pun dah 18 Ramadhan 1441H. Selamat berpuasa semua. Tahun yang agak luar biasa ye kali ni. Just a memory for you to remember la Nana. Tahun 2020 adalah tahun Covid-19. Hampir sebulan lebih berkurung kat rumah dengan suami & anak-anak, dua bulan dah tak balik kampung lagi jumpa mama papa dan pertama kali ni bakal beraya dekat bandar. Hmm. Nak mengeluh banyak pun tak elok kan. Bersyukur masih sihat dan selamat. Semoga sentiasa dijauhkan dari terkena jangkitan virus ni. Aku cakap dengan suami, ok la kan, duduk rumah sebulan lebih. Lepas kahwin pun cuti 3,4 hari je lepas tu dah masuk kerja. Haha!

Tak boleh nak membebel panjang, nak prepare untuk masak berbuka. Citer dia tadi tengah dengar playlist lagu. Tetiba naik lagu Memories Maroon 5. Kebetulan pulak tengah clear email. Terjumpa pulak google chat zaman dulu kala. Memang memories betul la. Lucu je rasa bila baca balik.

Oh. Dah kenapa jugak aku pi search post lama tah.

Sometimes memories are better remain as memories. K bai.



Wednesday, February 05, 2020

Happy Birthday Husband!


Aku dah nak tidur sebenarnya, tapi tiba-tiba nampak gambar ni. Lepas tu teringat laa birthday cik abang sayang ni 1hb hari tu. Nak menulis post dekat IG, FB, tapi malas. Rasanya menulis panjang-panjang lagi best dekat blog kan. Lagi sentimental. Haha! Dah la malam sebelumnya tidur awal. Kita wish pukul 10.40 malam dia tak terima. Tak larat nak tunggu sampai pukul 12. Sudahnya, dia pun tidur awal juga.

So, to my dearest husband, if you read this, i bet 4,5 months later, Happy 33rd Birthday! Fuuh. We are getting older. Semoga segala-gala urusan awak dipermudahkan, dari jadi Jurutera Pengaturcara, sekarang dah tambah job baru jadi manager bola sepak pulak. ๐Ÿ˜„ Takpe-takpe. Saya redha semuanya. Yang penting awak redha saya pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan saya nanti. Haha.

Petang tadi, on the way balik rumah, nampak satu pasangan suami isteri, pakcik makcik jalan sama-sama nak pergi surau. Suami pun cakap,

"Nanti kita tua sama-sama la macam tu kan"

๐Ÿ˜„ Gelak dulu. Lepas tu aku pun jawab,

"Muda-muda la kena start pergi sama-sama wak"

"Yela..Itu nanti bila dah tua-tua, kena la macam tu jugak"

"InsyaAllah, kalau tak mati lagi"

Hmm..Mati tu memang pasti kan? Ok. Tak bersedia rasanya nak fikir, tapi kita bukan tahu apa yang akan jadi. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Semoga awak juga sentiasa diberi kesabaran yang teramat-amat tinggi untuk melayan emosi saya yang sentiasa turun naik setiap hari. Haha. I ๐Ÿ’š U.


Ok dah jom tidur.

๐Ÿ’“
Nana

Calm Time Tasneem Naturel

CALM TIME








Inilah balm CALM TIME dari Tasneem Naturel. Fungsinya adalah untuk :-

๐Ÿ’šMengurangkan tantrum anak.
๐Ÿ’šMembantu menenangkan anak yang meragam.
๐Ÿ’šMemberi keselesaan pada anak.
๐Ÿ’šMembantu anak supaya lebih tenang dan ceria!

Cara penggunaannya adalah :-

Sapu balm pada nadi tangan, nadi belakang telinga, tulang belakan dan tapak kaki.

Balm ini juga sesuai sangat digunakan oleh sesiapa sahaja, baik bayi yang baru dilahirkan atau orang dewasa. Selalunya setiap hari memang Nana akan sapu CALM TIME ni dekat anak-anak selepas mandi pagi dan petang. Pagi supaya diorang tenang-tenang je nak pergi sekolah. Petang supaya diorang senang nak tidur malam.

Bila anak tenang, ibu pun lagi lah bertambah tenang. Hehe. Untuk ibu-ibu yang nak anak tenang-tenang je pergi sekolah atau nak bagi baby yang baru lahir selesa je, boleh tekan link wasap kat bawah ye. ๐Ÿ’‹


๐Ÿ’“
Nana