Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Monday, September 20, 2021

2021

 Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Hai!

Setahun, setahun ye aku menjengah blog Ct Nana ni. 😁 Hidup sebagai seorang anak, isteri & mak ni memang membuatkan diri ini rasa begitu sibuk sekali. Sibuk apa lah sangat tah. Haha. Well, dari tahun lepas bawa ke tahun ni, banyak perkara dah berlaku. Ada yang gembira, ada yang sedih.

Alhamdulillah, hidup aku masih seperti biasa. Seorang suri rumah yang sibuk menguruskan hal-hal rumahtangga. Zaman Covid-19, semua pun kena hidup Covid, ber pkp bersama-sama kat rumah, layan anak-anak PDPR dengan suami pun work from home. Alhamdulillah, walaupun kita semua tengah diuji dengan wabak penyakit yang taktau bila akan hilang, aku boleh kata, hidup aku baik sangat. Banyak sangat benda yang aku kena bersyukur. Di saat orang lain struggle nak teruskan hidup, aku dan keluarga masih dapat hidup seperti biasa. Belajar dari pengalaman-pengalaman orang lain.

Ada yang waktu pkp bercerai-berai, kematian ahli keluarga, pertambahan ahli keluarga pun ada juga. Bila difikirkan balik, walaupun suami kerja dekat rumah beberapa bulan, hadap la muka masing-masing 24 jam kan, alhamdulillah, aku boleh terima situasi tu.  Masalahnya bila dia mula nak kena outstation la pula. šŸ˜‚ Time tu mula la macam-macam perasaan. Lama sangat dah dia tak keluar negeri/negara, 3 hari pun rasa lama. Ada ketika, aku memang bersyukur dunia dilanda wabak Covid ni, sebab sebelum Covid, suami memang sibuk keluar masuk negara dengan urusan kerja dia. Kadang sampai 3-4 minggu. Jangan tanya la perasaan. Mana ada isteri suka. Haha.

Dan aku berharap biar la lambat lagi border negara lain buka untuk kemasukan warga lain walaupun atas urusan kerja. Company dia dah tak sabar-sabar dah tu nak hantar orang pi buat kerja jauh-jauh. Hahaha. Bila jadi Covid, tambah kena kuarantin kat rumah, memang aku gunakan setiap masa yang ada dengan keluarga. Cumanya dengan mama papa jauh la kan. Mujurlah ada teknologi hebat sekarang, tapi, itupun tak dapat nak melepaskan rindu dekat kampung. Hmmm.

Sekarang pun kes dah semakin menurun, aku harap dapatlah merentas negeri tak lama lagi. Banyak lagi la benda yang aku rasa nak cerita, tapi, insyaAllah nanti aku rasa nak tulis jugak dalam ni. Nak jadikan kenangan.

Anyway, ubah lagi layout blog. šŸ˜‹ Sis tengah rajin, sis buat la. Kalau sis tak rajin, jangan harap la. Hahaha.

Ok lah. Till I write again. Rasa macam nak buat journey rumah la. Simpan buat kenangan kat sini. Ha, rumah ni pun kenangan gembira juga. Alhamdulillah, setelah 2 tahun, kunci rumah dah dapat, setelah 8 tahun kahwin, dapat juga duduk rumah sendiri. Eh, tapi belum duduk lagi ni. Still under renovation. Nanti la kalau sis rajin, sis story. Laah, tunggu rajin. Haha.

šŸ’“
Nana

Friday, March 08, 2019

Layout baru.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Hampir sempurna nak touch up blog ni. Walaupun memang terpaksa touch up di tengah malam waktu semua orang dah tidur. Ni pun suami dah tidur kat sebelah. Ajak teman, dia yang berlayar dulu. Haha. It's ok lah.

Tujuan asalnya nak aktifkan balik blog ni sebab Tasneem Naturel la. Ingatkan nak buat blog baru, tapi rasa sayang pulak dengan blog ni. Dari zaman universiti simpan blog ni, alang-alang tu, teruskan je la kat sini. Mana post yang tak berkaitan tu dah delete la. Tak habis lagi pun. Kita cuba nak jadikan blog ni blog yang agak berhemah ye. Cheewah. Biar orang ramai boleh dapat info dari blog ni. Bukan sekadar luahan perasaan. Haha. Ya Allah. Ni pun rasa dah macam luahan perasaan.

Tengah belajar macam mana nak baca traffic dekat blog ni. Dah la nak edit layout pun kena guna javascript. Dah kenapa la tak dapat berpisah dengan dunia coding ni. Mujur la skill lama tu ada lagi sikit-sikit walaupun rasa taknak tengok dah coding. Apa la sangat coding blogspot ni. Kan? šŸ˜† Harap-harap layout yang baru ini memuaskan hati anda semua. Tak terlalu serabutkan, walaupun agak berbunga-bunga sikit disitu. 🌹🌹

Doakan sis berjaya update 100 entry sebulan. Demi menaikkan traffic blog. Amiin. 😘


Farhana,
Masih seorang Software Engineer - dirumah. šŸ˜‹

Saturday, February 09, 2019

Agen sah Tasneem Naturel Subang Jaya & USJ


Assalamualaikum semua. Buat yang baru mengenali, nama saya Siti Farhana. Alhamdulillah dah berusia 30 tahun, berkahwin & sudah mempunyai 2 orang hero kecil. Mula menjadi pengedar sah Tasneem Naturel sekitar Ogos 2017. Baru setahun lebih je & sehingga sekarang pun masih menjadi pengedar yang sah di sekitar kawasan Subang Jaya & USJ.

Mungkin ramai yang dah tahu cerita macam mana boleh join dengan Tasneem Naturel ni. Balm pertama yang dicuba waktu tu balm Calm Time. Masa tu Luqman tengah fasa tantrum. Umur dalam 3 tahun lebih. Betul la tu, normal la kalau anak-anak tantrum kan waktu umur macam tu. Mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak, baling barang, tapi kalau kita boleh kurangkan lagi amukan dia, mesti lagi tenang perasaan kita kan? Bagi je tips untuk kurangkan tantrum anak, semua pun kita cuba. Ada satu masa, bila ada orang pertikaikan kenapa teruk sangat Luqman ni mengamuk. Macam kita ni teruk sangat tak pandai nak urus anak. Sedangkan kalau boleh, kita dah jadi mak ni, memang taknak pun anak tu mengamuk. Seboleh mungkin kawal emosi anak, tapi tak semua benda kita kena turutkan kan? Memang terkesan sangat dekat hati waktu tu bila orang komen macam-macam. Tak nak dengar cakap² orang, tapi dah terdengar pun. Sedihnya rasa waktu tu.

Bila nampak ada sedara jual balm ni, terus rasa nak cuba tanpa ragu-ragu. Tak fikir dah berkesan ke tak. Memang nak beli, nak sapu kat Luqman dengan harapan dia boleh kurang mengamuk. Mengamuk dia bukan setakat menangis biasa-biasa, memang mengamuk baring dekat lantai, hentak kaki, kalau teruk lagi, hentak kepala. Takkan berhenti selagi tak penat. Hari pertama dapat balm Calm, memang hari tu dia ada mengamuk. Peluk apa semua tak jalan, terus sapu balm Calm tu. Waktu dia tengah menangis tu, sapu balm. Sambil selawat sikit, baca doa untuk lembutkan hati anak, benda yang sama dibuat tiap kali dia mengamuk, cuma hari tu kita calit balm Calm.

Bukan nak kata hebat sangat, tapi memang tak lama lepas tu Luqman betul-betul 'cool down'. Mengamuk dia tak lama macam biasa. Menangis pun tak lama. Bila bercakap dengan dia, ada respon. Tak marah dah. Apa perasaan bila jadi macam tu? Mesti la rasa lega teramat sangat, syukur, kagum ada, tak percaya pun ada. Nak kata tak logik pun boleh, tapi memang betul-betul jadi macam tu. Lepas tu pun boleh nampak perubahan Luqman setiap hari dah jarang nak mengamuk sangat. Sekali sekala tu memang la dia marah jugak, tapi dah boleh dikawal perasaan. Takde nak hentak kepala, nak baling barang dah. Itu la permulaan jatuh cinta dengan balm Tasneem.

Lepas tu, baru cuba balm yang lain. CF-RUB kot kalau tak salah. Sebulan lepas tu baru buat keputusan nak sama-sama join bisnes Tasneem Naturel tanpa mencuba semua balm pun. Lepas jadi pengedar baru guna semua balm dengan istiqamah sampai lah sekarang. Tak pernah tinggal setiap kali lepas mandi. Kami anak beranak memang 'product lover'. Niat asal bisnes, memang suka menjual. Nak cari duit poket geli-geli. Dah kita pun duduk rumah jaga anak, nak jugak RM 10, RM 20 beli aiskrim. Itu dulu la, sebab tak pernah impi & mimpi boleh dapat RM 500 sebulan, tapi alhamdulillah pernah dapat.

Nak cerita manfaat setiap balm, memang terlalu banyak. Walaupun memang tak dinafikan kesan setiap balm bergantung kepada setiap individu itu sendiri. Yang penting, guna dengan yakin & konsisten. Buat anda yang nak menjana pendapatan, insyaAllah Tasneem Naturel boleh jadi platform untuk anda. Kerja apa pun yang kita buat, disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh, insyaAllah pasti ada hasilnya di kemudian hari.


Sekiranya ibu-ibu berminat mahu bersama-sama dengan saya menjana pendapatan ataupun ingin mendapatkan balm bayi ini, boleh hubungi saya di talian seperti di bawah.



šŸ’— Farhana
Agen sah Tasneem Naturel Subang Jaya.

Sunday, January 06, 2019

Riadah Hujung Minggu

Hari minggu pertama 2019, kami anak beranak teman abah main bola padang. Dah beberapa bulan suami join team kawan dia main bola padang. Rasanya azam 2019 memang lepas ni pagi ahad kami akan beriadah dekat padang bola la kot jawabnya. šŸ˜„

Ok la kan. Memandangkan diri sendiri pun dalam fasa tengah menurunkan berat badan, tahun 2019 nak jadi lebih sihat & cergas. Gituu. Hehe. Sama la juga pagi ni, teman suami main bola padang. Oh, aku memang ikut je suami kalau dia ada game ke, event apa-apa ke. Futsal je selalu main tengah malam, kalau tak dah ikut jugak.

Main bajak kutip daun.

Ok. Hari ni nak cerita promosi sepanjang Januari untuk Tasneem Naturel. Haa. Nak tau tak apa promosinya? šŸ˜‰

Sepanjang bulan Januari 2019, dengan setiap pembelian 2 balm & ke atas, akan dapat PERCUMA 1 PUZZLE EDISI OMAR HANA. Macam mana rupa puzzle tu? Macam gambar kat bawah ni.



Best ke best? Boleh bagi anak-anak main puzzle comel ni pulak kan. Beli 2 balm je, insyaAllah, dapat la puzzle Omar Hana ni. Puzzle ni tak dijual tau. Hanya boleh dapat FREE bila beli balm Tasneem je. Macam biasa, benda LIMITED, selagi stok masih ada lah. 😊

Yang nak mendapatkan balm Tasneem Naturel ini boleh terus whatsapp di nombor 018-3159351 ye.

šŸ’“ Farhana
Agen sah Tasneem Naturel Subang Jaya

Wednesday, January 02, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Assalamualaikum 2019.

Alhamdulilllah dah masuk tahun ke 2019. Banyak agenda dan perancangan yang dah dibuat untuk tahun 2019 ni, terutama sekali rancangan kewangan lah. Tahun ni juga tahun pertama hero sulung ke tadika. Luqman dah nak masuk alam persekolahan. How time flies. Ummi yang masih tak bersedia nak lepaskan anak ni. Hehe.

Hari ni belum mula lagi sekolah Luqman. Esok baru mula. Hari ni kita rileks dan tidur je dulu. Haha. 2018 banyak kenangan yang pahit dan juga manis. 2018 juga buat aku serius nak bisnes jual balm dengan sungguh-sungguh. InsyaAllah. Doakan tahun ni akan melimpah lagi rezeki dengan jual balm ni. Amiiin.

Kadang-kadang rasa dah selesa sangat jadi surirumah ni. Apa yang nak, suami bagi. Apa nak beli, suami bayar. Nak makan apa, makan la. On that part, alhamdulillah, cuma, ada satu perasaan yang buat aku rasa nak juga buat sesuatu. Hutang tak habis bayar lagi weii. šŸ˜‚ Tu yang jual macam-macam, tapi, tak pernah serius. Hehe. Sibuk dengan anak kononnya. Please please doakan kali ni aku bertambah serius dengan balm Tasneem Naturel ni. Baking kek lagi ke tak? Aku buat kalau ada tempahan je. Tak terbuat lagi kalau nak buat banyak-banyak. Siapa yang tempah, insyaAllah aku buat je. 

2018 juga banyak sangat memberi aku pengajaran. Alam rumahtangga, hidup suami isteri, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling merupakan pengalaman & pengajaran yang terbaik untuk kita. All I can say is, do whatever you want to do. Orang kata zaman sekarang zaman makcik & pakcik bawang. Kuatkan semangat!

Akhir kata pembuka tirai 2019, Selamat Tahun Baru semua. Semoga segala urusan dan perancangan kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amiin.

Kita guna gambar 2018bestnine lah. 😊

Hampir terlupa. Disebabkan kita sekarang agen sah Tasneem Naturel, sesiapa yang nak mencuba balm Tasneem Naturel, boleh terus whatsapp ye. 😘

018-3159351
Tasneem Naturel Subang Jaya.

p/s : Sekarang tengah ada promosi Januari tau. Will update later.