Monday, September 20, 2021

2021

 Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Hai!

Setahun, setahun ye aku menjengah blog Ct Nana ni. ๐Ÿ˜ Hidup sebagai seorang anak, isteri & mak ni memang membuatkan diri ini rasa begitu sibuk sekali. Sibuk apa lah sangat tah. Haha. Well, dari tahun lepas bawa ke tahun ni, banyak perkara dah berlaku. Ada yang gembira, ada yang sedih.

Alhamdulillah, hidup aku masih seperti biasa. Seorang suri rumah yang sibuk menguruskan hal-hal rumahtangga. Zaman Covid-19, semua pun kena hidup Covid, ber pkp bersama-sama kat rumah, layan anak-anak PDPR dengan suami pun work from home. Alhamdulillah, walaupun kita semua tengah diuji dengan wabak penyakit yang taktau bila akan hilang, aku boleh kata, hidup aku baik sangat. Banyak sangat benda yang aku kena bersyukur. Di saat orang lain struggle nak teruskan hidup, aku dan keluarga masih dapat hidup seperti biasa. Belajar dari pengalaman-pengalaman orang lain.

Ada yang waktu pkp bercerai-berai, kematian ahli keluarga, pertambahan ahli keluarga pun ada juga. Bila difikirkan balik, walaupun suami kerja dekat rumah beberapa bulan, hadap la muka masing-masing 24 jam kan, alhamdulillah, aku boleh terima situasi tu.  Masalahnya bila dia mula nak kena outstation la pula. ๐Ÿ˜‚ Time tu mula la macam-macam perasaan. Lama sangat dah dia tak keluar negeri/negara, 3 hari pun rasa lama. Ada ketika, aku memang bersyukur dunia dilanda wabak Covid ni, sebab sebelum Covid, suami memang sibuk keluar masuk negara dengan urusan kerja dia. Kadang sampai 3-4 minggu. Jangan tanya la perasaan. Mana ada isteri suka. Haha.

Dan aku berharap biar la lambat lagi border negara lain buka untuk kemasukan warga lain walaupun atas urusan kerja. Company dia dah tak sabar-sabar dah tu nak hantar orang pi buat kerja jauh-jauh. Hahaha. Bila jadi Covid, tambah kena kuarantin kat rumah, memang aku gunakan setiap masa yang ada dengan keluarga. Cumanya dengan mama papa jauh la kan. Mujurlah ada teknologi hebat sekarang, tapi, itupun tak dapat nak melepaskan rindu dekat kampung. Hmmm.

Sekarang pun kes dah semakin menurun, aku harap dapatlah merentas negeri tak lama lagi. Banyak lagi la benda yang aku rasa nak cerita, tapi, insyaAllah nanti aku rasa nak tulis jugak dalam ni. Nak jadikan kenangan.

Anyway, ubah lagi layout blog. ๐Ÿ˜‹ Sis tengah rajin, sis buat la. Kalau sis tak rajin, jangan harap la. Hahaha.

Ok lah. Till I write again. Rasa macam nak buat journey rumah la. Simpan buat kenangan kat sini. Ha, rumah ni pun kenangan gembira juga. Alhamdulillah, setelah 2 tahun, kunci rumah dah dapat, setelah 8 tahun kahwin, dapat juga duduk rumah sendiri. Eh, tapi belum duduk lagi ni. Still under renovation. Nanti la kalau sis rajin, sis story. Laah, tunggu rajin. Haha.

๐Ÿ’“
Nana

Saturday, September 26, 2020

Hai.

 Hai blog!

Aku datang hari ni. Sesekali aku jengah jugak baca balik post yang lama. Niat di hati nak tutup blog ni, tapi sayang pulak. Makanya kita ubah-ubah je layout dari satu layout ke layout yang paling senang nak edit. Haha!

Aku pun tengah on the way siapkan blog yang baru, tapi blog ni aku tak tutup lah. For now. Aku just buat as personal blog yang betul-betul personal. Blog baru tu nak jadikan blog berbisnes. Jadi, macam malas pulak rasanya nak campur yang personal betul personal dengan bisnes. Apa yang aku tulis ni pun tak tau.

Hai Farhana, one day if you read this, you sebenarnya tengah dekat kampung sambil tengok movie cerita vampire apa tah ni. Sambil edit blog. Sambil tahan mengantuk. Anak-anak dengan suami tengah lena tidur.

Okay. Dah rasa mengantuk sekarang. Nanti kita tulis lagi.

Bai!

Monday, May 11, 2020

Memories

Assalamualaikum.

Hai! Setahun demi setahun ye blog ni diabaikan. Me as a housewife + doing business makes me a little bit a busy woman. Haha. Gittew..Idok la. Busy keluar masuk hantar anak sekolah, ambik anak sekolah. Sekarang pun dah 18 Ramadhan 1441H. Selamat berpuasa semua. Tahun yang agak luar biasa ye kali ni. Just a memory for you to remember la Nana. Tahun 2020 adalah tahun Covid-19. Hampir sebulan lebih berkurung kat rumah dengan suami & anak-anak, dua bulan dah tak balik kampung lagi jumpa mama papa dan pertama kali ni bakal beraya dekat bandar. Hmm. Nak mengeluh banyak pun tak elok kan. Bersyukur masih sihat dan selamat. Semoga sentiasa dijauhkan dari terkena jangkitan virus ni. Aku cakap dengan suami, ok la kan, duduk rumah sebulan lebih. Lepas kahwin pun cuti 3,4 hari je lepas tu dah masuk kerja. Haha!

Tak boleh nak membebel panjang, nak prepare untuk masak berbuka. Citer dia tadi tengah dengar playlist lagu. Tetiba naik lagu Memories Maroon 5. Kebetulan pulak tengah clear email. Terjumpa pulak google chat zaman dulu kala. Memang memories betul la. Lucu je rasa bila baca balik.

Oh. Dah kenapa jugak aku pi search post lama tah.

Sometimes memories are better remain as memories. K bai.



Wednesday, February 05, 2020

Happy Birthday Husband!


Aku dah nak tidur sebenarnya, tapi tiba-tiba nampak gambar ni. Lepas tu teringat laa birthday cik abang sayang ni 1hb hari tu. Nak menulis post dekat IG, FB, tapi malas. Rasanya menulis panjang-panjang lagi best dekat blog kan. Lagi sentimental. Haha! Dah la malam sebelumnya tidur awal. Kita wish pukul 10.40 malam dia tak terima. Tak larat nak tunggu sampai pukul 12. Sudahnya, dia pun tidur awal juga.

So, to my dearest husband, if you read this, i bet 4,5 months later, Happy 33rd Birthday! Fuuh. We are getting older. Semoga segala-gala urusan awak dipermudahkan, dari jadi Jurutera Pengaturcara, sekarang dah tambah job baru jadi manager bola sepak pulak. ๐Ÿ˜„ Takpe-takpe. Saya redha semuanya. Yang penting awak redha saya pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan saya nanti. Haha.

Petang tadi, on the way balik rumah, nampak satu pasangan suami isteri, pakcik makcik jalan sama-sama nak pergi surau. Suami pun cakap,

"Nanti kita tua sama-sama la macam tu kan"

๐Ÿ˜„ Gelak dulu. Lepas tu aku pun jawab,

"Muda-muda la kena start pergi sama-sama wak"

"Yela..Itu nanti bila dah tua-tua, kena la macam tu jugak"

"InsyaAllah, kalau tak mati lagi"

Hmm..Mati tu memang pasti kan? Ok. Tak bersedia rasanya nak fikir, tapi kita bukan tahu apa yang akan jadi. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Semoga awak juga sentiasa diberi kesabaran yang teramat-amat tinggi untuk melayan emosi saya yang sentiasa turun naik setiap hari. Haha. I ๐Ÿ’š U.


Ok dah jom tidur.

๐Ÿ’“
Nana

Calm Time Tasneem Naturel

CALM TIME








Inilah balm CALM TIME dari Tasneem Naturel. Fungsinya adalah untuk :-

๐Ÿ’šMengurangkan tantrum anak.
๐Ÿ’šMembantu menenangkan anak yang meragam.
๐Ÿ’šMemberi keselesaan pada anak.
๐Ÿ’šMembantu anak supaya lebih tenang dan ceria!

Cara penggunaannya adalah :-

Sapu balm pada nadi tangan, nadi belakang telinga, tulang belakan dan tapak kaki.

Balm ini juga sesuai sangat digunakan oleh sesiapa sahaja, baik bayi yang baru dilahirkan atau orang dewasa. Selalunya setiap hari memang Nana akan sapu CALM TIME ni dekat anak-anak selepas mandi pagi dan petang. Pagi supaya diorang tenang-tenang je nak pergi sekolah. Petang supaya diorang senang nak tidur malam.

Bila anak tenang, ibu pun lagi lah bertambah tenang. Hehe. Untuk ibu-ibu yang nak anak tenang-tenang je pergi sekolah atau nak bagi baby yang baru lahir selesa je, boleh tekan link wasap kat bawah ye. ๐Ÿ’‹


๐Ÿ’“
Nana

Sunday, February 02, 2020

7 manfaat bermain bagi anak-anak.

Tak dinafikan, perkembangan anak-anak kita dipengaruhi dengan aktiviti bermain. Mereka akan banyak belajar dengan bermain. Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu tahu manfaat bermain untuk anak-anak kita. Antaranya ialah :-

1. Bermain sangat penting sebagai salah satu keperluan untuk membantu perkembangan si kecil.
2. Bermain secara aktif boleh membantu menguatkan otot-otot tubuh si kecil.
3. Ketika bermain, si kecil sering melalui pengalaman baru. Pengalaman ini akan berada dalam memorinya dan kemudian akan diaplikasikan dalam realiti kehidupannya. Ini sekaligus akan membantu mengembangkan kreativiti si kecil.
4. Sewaktu bermain bersama rakan-rakan, si kecil akan belajar kemahiran bersosial. Di sinilah mereka akan belajar untuk menjalin hubungan persahabatan, menangani konflik, saling berkongsi serta belajar memberi dan menerima.
5. Bermain juga membuatkan si kecil mengetahui kemampuan dirinya. Di sinilah mereka akan belajar dan berlatih untuk mengatasi kelemahan yang dimiliki.
6. Sewaktu bermain, si kecil akan belajar mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang boleh dilakukan dan mana yang tidak boleh dilakukan.
7. Dalam bermain, dia juga akan mempelajari moral dan peraturan yang harus dipatuhi, misalnya tidak boleh bermain tipu atau mengelat dan perlu sedia berhadapan dengan kekalahan.

Maka, selalulah bermain dengan anak-anak kita. Tak perlu kita terlalu fokus nak anak kenal ABC seawal usia 3 tahun, nak pandai tambah tolak darab bahagi seusia 4 tahun. InsyaAllah, dengan bermain pun kita boleh ajar itu semua. Macam Nana, memang Nana tak pernah paksa anak-anak belajar pun. Sampai masa diorang pergi sekolah, diorang belajar semua benda tu kat sekolah. Balik rumah kita buat revision je.

InsyaAllah, cepat je diorang ni dapat tangkap. Kenal huruf, kenal nombor. Oh, cuma tulisan jawi tu memang nak kena extra extra extra revision. ๐Ÿ˜…

Bermainlah dengan anak-anak. Selain bagus untuk perkembangan mereka, kita juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan anak-anak.




Oh, sebelum bermain tu, kita 'spray' kan la dulu Bugs Away dari Tasneem Naturel ni untuk anak kita. Bugs Away ni sangat bagus tau untuk elakkan nyamuk atau serangga-serangga lain gigit anak kita terutama sekali kalau bermain di luar. Memang nyamuk tak akan serang la anak kita. Takde la berbintat kulit anak. Hehe.



Macam mana cara nak menggunakan Bugs Away ni? Senang je, spray sahaja pada baju, tangan dan kaki anak-anak. InsyaAllah Bugs Away ni selamat untuk kulit anak-anak kita. Spray banyak pun takpe. Untuk anak kulit sensitif pun insyaAllah selamat digunakan. Baunya pula adalah bau serai. Haa. Wangi tau.

Selalu sebelum bawa 2 beradik ni main kat taman, memang Nana spray siap-siap la Bugs Away ni. Kat tengkuk, tangan, kaki 1 badan la spray. Nanti kesian tengok kalau main tergaru-garu je diorang. Setakat satu dua bintat tu boleh la diterima kan. ๐Ÿ˜

So, untuk mama atau papa yang nak dapatkan Bugs Away ni, boleh terus tekan link kat bawah ye. InsyaAllah, zaaassss kita akan reply segala pertanyaan secepat mungkin.


www.wasap.my/60183159351/nakbugsaway
www.wasap.my/60183159351/nakbugsaway
www.wasap.my/60183159351/nakbugsaway


๐Ÿ’“
Nana

Saturday, February 01, 2020

FAQ tentang Tasneem Naturel

Di bawah ini adalah antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh pengguna kepada kami agen-agen Tasneem. Untuk anda yang masih ada sebarang kemusykilan, boleh ajukan terus kepada saya. ๐Ÿ˜˜

1. Siapa yang boleh guna balm TN?
๐Ÿ’š Balm TN boleh sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi newborn hingga orang dewasa.

2. Newborn boleh guna ke?
๐Ÿ’š Boleh puan. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah di 'dilute' dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk 'newborn'. Banyak juga 'feedback' ibu-ibu dalam yang pantang kami terima.

3.Newborn boleh guna balm TN. Bagaimana pula dengan bayi pramatang?
๐Ÿ’š Kami tidak menyarankan kepada bayi pramatang. (Kelahiran dibawah 37wks), kerana hati (organ) sikecil belum matang sepenuhnya lagi. Jadi, kita khuatir ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan.

4. Newborn saya jaundice. Boleh guna balm TN?
๐Ÿ’š Kami sarankan puan ikhtiar dengan T-RUB. T-RUB membantu anak supaya kerap membuang air besar, supaya birubulin dapat dinyahkan. Kami telah dapat 'feedback' kuning cepat turun dengan T-RUB.
Adapun kami tidak sarankan Sleep Time jika anak jaundice, untuk elakkan anak asyik tidur, supaya ibu dapat kerap menyusukan bayi.

5. Balm ini panas tak?
๐Ÿ’š Balm tidak panas.

6. Berat balm berapa? Tahan berapa lama?
๐Ÿ’š Balm sahaja 18g. Termasuk bekas 80g. Sebekas balm boleh tahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan kerap.

7. Balm ada expired date?
๐Ÿ’š 1 tahun lepas buka, 2 tahun jika belum dibuka

8. Sijil KKM ada tak?
๐Ÿ’š Kelima-lima balm TN telah mendapat pengesahan dari KKM.








9. Ibu mengandung boleh guna?
๐Ÿ’š Boleh. Ramuan balm TN TIADA bahan yang bahaya utk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandungkan.

10. Sleep tu kalau ikut pada cara penggunaan ada sapu di tapak kaki..kalau sapu sebelah tapak kaki apa jadi?
๐Ÿ’š Tapak kaki ada saraf yang 'direct' terus pada organ tertentu. Jadi, kurang berkesan kalau sapu sebelah sahaja.

11. Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?
๐Ÿ’š Balm TN mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian individu.

12. Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?
๐Ÿ’š Cara simpan pada suhu bilik biasa. AWAS! Bekas balm adalah kaca. Jika dibaling boleh pecah.

13. Sejauh mana & berapa lama ketahanan CALM dan SLEEP tu berfungsi pada bayi.
๐Ÿ’š Balm ini bukan ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya. Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk healing, rilekskan saraf & stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.

14. Kenapa lepas saya guna CF-RUB anak jadi kerap muntah? Selsema pun asyik meleleh je
๐Ÿ’š Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna CF-RUB balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut. Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.

15. Kenapa SLEEP TIME balm tak boleh sapu banyak?
๐Ÿ’š Dalam SLEEP TIME balm, ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar.
Biasa anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, SLEEP TIME balm hanya perlu sapu nipis sahaja untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih :joy:

16. Balm ini boleh guna serentak ke?
๐Ÿ’š Boleh guna serentak.

17. Anak G6PD boleh guna?
๐Ÿ’š Boleh puan. Tidak mendatangkan bahaya.

18. Anak ekzema boleh guna?
๐Ÿ’š Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pd individu juga. Dalam balm ada almond oil di mana ada sesetengah yang sensitif dengan nya. Ada juga anak ekzema yang ok bila guna balm ini. Jadi, perlu kenalpasti anak sensitif dengan apa.

Tapi, sekarang kita dah ada balm SKEENZ yang dibuat khas untuk mereka yang berkulit sensitif & mempunyai ekzema.

19. Bayi saya naik ruam selepas sapu CF-RUB. Sapu balm lain tiada masalah. Anak 3 tahun sapu CF-RUB tiada naik ruam pula. Kenapa ya?
๐Ÿ’š Bayi puan kemungkinan alergi dengan eucalyptus yang ada dlm CF-RUB. Ada sesetengah kulit bayi tidak serasi dengannya.

20. Anak saya ada 'allergy'. Apa yang perlu saya lakukan untuk pastikan balm ini sesuai dengan anak saya?
๐Ÿ’š Cuba test sapu dipelipat terlebih dahulu. Jika nampak naik ruam, sapu balm ditapak kaki sahaja. Jika tidak, boleh sapu seperti yang disarankan.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk-produk Tasneem Naturel, boleh terus klik link whatsapp di bawah.



๐Ÿ’“
Nana

Friday, March 08, 2019

Layout baru.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Hampir sempurna nak touch up blog ni. Walaupun memang terpaksa touch up di tengah malam waktu semua orang dah tidur. Ni pun suami dah tidur kat sebelah. Ajak teman, dia yang berlayar dulu. Haha. It's ok lah.

Tujuan asalnya nak aktifkan balik blog ni sebab Tasneem Naturel la. Ingatkan nak buat blog baru, tapi rasa sayang pulak dengan blog ni. Dari zaman universiti simpan blog ni, alang-alang tu, teruskan je la kat sini. Mana post yang tak berkaitan tu dah delete la. Tak habis lagi pun. Kita cuba nak jadikan blog ni blog yang agak berhemah ye. Cheewah. Biar orang ramai boleh dapat info dari blog ni. Bukan sekadar luahan perasaan. Haha. Ya Allah. Ni pun rasa dah macam luahan perasaan.

Tengah belajar macam mana nak baca traffic dekat blog ni. Dah la nak edit layout pun kena guna javascript. Dah kenapa la tak dapat berpisah dengan dunia coding ni. Mujur la skill lama tu ada lagi sikit-sikit walaupun rasa taknak tengok dah coding. Apa la sangat coding blogspot ni. Kan? ๐Ÿ˜† Harap-harap layout yang baru ini memuaskan hati anda semua. Tak terlalu serabutkan, walaupun agak berbunga-bunga sikit disitu. ๐ŸŒน๐ŸŒน

Doakan sis berjaya update 100 entry sebulan. Demi menaikkan traffic blog. Amiin. ๐Ÿ˜˜


Farhana,
Masih seorang Software Engineer - dirumah. ๐Ÿ˜‹

Baby Spa Set Tasneem Naturel

Assalamualaikum W.B.T

Harap masih belum terlambat lagi nak cerita tentang produk baru dari Tasneem Naturel. Ada produk baru ke? ๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€ Ada.....Hehe..Walaupun di cipta khas untuk bayi baru lahir, bayi yang dah membesar pun boleh guna, apatah lagi kita yang dewasa ini. Sama la macam balm juga, sesuai digunakan oleh bayi baru lahir sehingga dewasa. ๐Ÿ˜‰

Ok. Taknak panjang cerita. Inilah dia produk baru dari Tasneem Naturel, yang diberi nama Baby Spa Set. ๐Ÿ‘ถ

Baby Spa Set ada 3 produk, iaitu Head To Toe, Massage Oil, dan Lotion. Seperti poster di bawah ini.


Sorry. Ini poster promosi hari tu. Hehe. Dah lepas 1 Mac, dah launching pun. ๐Ÿ’š Dari 2000 set yang dikeluarkan, ada tinggal 300++ set sahaja lagi yang tinggal. MasyaAllah. Takpe, insyaAllah batch kedua akan masuk tak lama lagi.

Apa yang 'special' sangat dengan set ni? Specialnya sebab bahan-bahan pembuatan semua produk ni diadun dengan menggunakan resepi balm CALM TIME. Siapa yang dah pernah guna, mesti tau macam mana bestnya balm CALM TIME tu. Wangi sudah semestinya lah. Dijamin memang anak-anak mesti suka. ๐Ÿ‘

Eh. Kita dah guna tau. Kita beli Head To Toe loose set untuk nak cuba. Ni bukan bagi anak-anak yang cuba, umminya ni yang guna. Haha. Ya Allah...Memang best sangat bau tau. Wangi sangat. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Dah lah memang suka bau balm CALM tu, dapat Head To Toe ni, memang jatuh cinta berkali-kali la jawabnya. Haha.

Jadi, siapa yang perlu dapatkan BABY SPA SET ni?

1. Bakal ibu yang tengah mengandung (beli awal pun tak apa, tak ada masalah aih.)
2. Ibu yang baru lepas melahirkan anak.
3. Ibu yang dalam tempoh berpantang.
4. Suami yang ada isteri sedang mengandung.
5. Suami yang ada isteri sedang berpantang dan baru melahirkan anak.
6. Kawan-kawan atau saudara mara yang ada kenalan tengah berpantang, sudah melahirkan anak atau bakal melahirkan anak.
7. Ibu bapa yang sangat pentingkan penggunaan bahan - bahan semulajadi untuk anak.

Harga : RM99 sahaja (tidak termasuk postage)

Berbaloi sangat la dengan bahan-bahan premium yang ada dalam semua produk ni kan. Lagipun guna tak banyak pun. Picit sikit-sikit je untuk baby. Kalau mak baby nak guna, kena la beli yang saiz besar sikit. Hehe.

Berminat untuk dapatkan Baby Spa Set di atas ni? Boleh terus klik link dibawah @ tekan logo whatsapp kat sebelah. Haa. Senang. Nanti terus je direct masuk whatsapp. ๐Ÿ˜Š


InsyaAllah, next post kita akan cerita fungsi dan kelebihan Baby Spa Set ni.

Farhana,
Agen sah Tasneem Naturel.

Saturday, February 09, 2019

Agen sah Tasneem Naturel Subang Jaya & USJ


Assalamualaikum semua. Buat yang baru mengenali, nama saya Siti Farhana. Alhamdulillah dah berusia 30 tahun, berkahwin & sudah mempunyai 2 orang hero kecil. Mula menjadi pengedar sah Tasneem Naturel sekitar Ogos 2017. Baru setahun lebih je & sehingga sekarang pun masih menjadi pengedar yang sah di sekitar kawasan Subang Jaya & USJ.

Mungkin ramai yang dah tahu cerita macam mana boleh join dengan Tasneem Naturel ni. Balm pertama yang dicuba waktu tu balm Calm Time. Masa tu Luqman tengah fasa tantrum. Umur dalam 3 tahun lebih. Betul la tu, normal la kalau anak-anak tantrum kan waktu umur macam tu. Mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak, baling barang, tapi kalau kita boleh kurangkan lagi amukan dia, mesti lagi tenang perasaan kita kan? Bagi je tips untuk kurangkan tantrum anak, semua pun kita cuba. Ada satu masa, bila ada orang pertikaikan kenapa teruk sangat Luqman ni mengamuk. Macam kita ni teruk sangat tak pandai nak urus anak. Sedangkan kalau boleh, kita dah jadi mak ni, memang taknak pun anak tu mengamuk. Seboleh mungkin kawal emosi anak, tapi tak semua benda kita kena turutkan kan? Memang terkesan sangat dekat hati waktu tu bila orang komen macam-macam. Tak nak dengar cakap² orang, tapi dah terdengar pun. Sedihnya rasa waktu tu.

Bila nampak ada sedara jual balm ni, terus rasa nak cuba tanpa ragu-ragu. Tak fikir dah berkesan ke tak. Memang nak beli, nak sapu kat Luqman dengan harapan dia boleh kurang mengamuk. Mengamuk dia bukan setakat menangis biasa-biasa, memang mengamuk baring dekat lantai, hentak kaki, kalau teruk lagi, hentak kepala. Takkan berhenti selagi tak penat. Hari pertama dapat balm Calm, memang hari tu dia ada mengamuk. Peluk apa semua tak jalan, terus sapu balm Calm tu. Waktu dia tengah menangis tu, sapu balm. Sambil selawat sikit, baca doa untuk lembutkan hati anak, benda yang sama dibuat tiap kali dia mengamuk, cuma hari tu kita calit balm Calm.

Bukan nak kata hebat sangat, tapi memang tak lama lepas tu Luqman betul-betul 'cool down'. Mengamuk dia tak lama macam biasa. Menangis pun tak lama. Bila bercakap dengan dia, ada respon. Tak marah dah. Apa perasaan bila jadi macam tu? Mesti la rasa lega teramat sangat, syukur, kagum ada, tak percaya pun ada. Nak kata tak logik pun boleh, tapi memang betul-betul jadi macam tu. Lepas tu pun boleh nampak perubahan Luqman setiap hari dah jarang nak mengamuk sangat. Sekali sekala tu memang la dia marah jugak, tapi dah boleh dikawal perasaan. Takde nak hentak kepala, nak baling barang dah. Itu la permulaan jatuh cinta dengan balm Tasneem.

Lepas tu, baru cuba balm yang lain. CF-RUB kot kalau tak salah. Sebulan lepas tu baru buat keputusan nak sama-sama join bisnes Tasneem Naturel tanpa mencuba semua balm pun. Lepas jadi pengedar baru guna semua balm dengan istiqamah sampai lah sekarang. Tak pernah tinggal setiap kali lepas mandi. Kami anak beranak memang 'product lover'. Niat asal bisnes, memang suka menjual. Nak cari duit poket geli-geli. Dah kita pun duduk rumah jaga anak, nak jugak RM 10, RM 20 beli aiskrim. Itu dulu la, sebab tak pernah impi & mimpi boleh dapat RM 500 sebulan, tapi alhamdulillah pernah dapat.

Nak cerita manfaat setiap balm, memang terlalu banyak. Walaupun memang tak dinafikan kesan setiap balm bergantung kepada setiap individu itu sendiri. Yang penting, guna dengan yakin & konsisten. Buat anda yang nak menjana pendapatan, insyaAllah Tasneem Naturel boleh jadi platform untuk anda. Kerja apa pun yang kita buat, disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh, insyaAllah pasti ada hasilnya di kemudian hari.


Sekiranya ibu-ibu berminat mahu bersama-sama dengan saya menjana pendapatan ataupun ingin mendapatkan balm bayi ini, boleh hubungi saya di talian seperti di bawah.



๐Ÿ’— Farhana
Agen sah Tasneem Naturel Subang Jaya.

Sunday, January 06, 2019

Riadah Hujung Minggu

Hari minggu pertama 2019, kami anak beranak teman abah main bola padang. Dah beberapa bulan suami join team kawan dia main bola padang. Rasanya azam 2019 memang lepas ni pagi ahad kami akan beriadah dekat padang bola la kot jawabnya. ๐Ÿ˜„

Ok la kan. Memandangkan diri sendiri pun dalam fasa tengah menurunkan berat badan, tahun 2019 nak jadi lebih sihat & cergas. Gituu. Hehe. Sama la juga pagi ni, teman suami main bola padang. Oh, aku memang ikut je suami kalau dia ada game ke, event apa-apa ke. Futsal je selalu main tengah malam, kalau tak dah ikut jugak.

Main bajak kutip daun.

Ok. Hari ni nak cerita promosi sepanjang Januari untuk Tasneem Naturel. Haa. Nak tau tak apa promosinya? ๐Ÿ˜‰

Sepanjang bulan Januari 2019, dengan setiap pembelian 2 balm & ke atas, akan dapat PERCUMA 1 PUZZLE EDISI OMAR HANA. Macam mana rupa puzzle tu? Macam gambar kat bawah ni.



Best ke best? Boleh bagi anak-anak main puzzle comel ni pulak kan. Beli 2 balm je, insyaAllah, dapat la puzzle Omar Hana ni. Puzzle ni tak dijual tau. Hanya boleh dapat FREE bila beli balm Tasneem je. Macam biasa, benda LIMITED, selagi stok masih ada lah. ๐Ÿ˜Š

Yang nak mendapatkan balm Tasneem Naturel ini boleh terus whatsapp di nombor 018-3159351 ye.

๐Ÿ’“ Farhana
Agen sah Tasneem Naturel Subang Jaya

Wednesday, January 02, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Assalamualaikum 2019.

Alhamdulilllah dah masuk tahun ke 2019. Banyak agenda dan perancangan yang dah dibuat untuk tahun 2019 ni, terutama sekali rancangan kewangan lah. Tahun ni juga tahun pertama hero sulung ke tadika. Luqman dah nak masuk alam persekolahan. How time flies. Ummi yang masih tak bersedia nak lepaskan anak ni. Hehe.

Hari ni belum mula lagi sekolah Luqman. Esok baru mula. Hari ni kita rileks dan tidur je dulu. Haha. 2018 banyak kenangan yang pahit dan juga manis. 2018 juga buat aku serius nak bisnes jual balm dengan sungguh-sungguh. InsyaAllah. Doakan tahun ni akan melimpah lagi rezeki dengan jual balm ni. Amiiin.

Kadang-kadang rasa dah selesa sangat jadi surirumah ni. Apa yang nak, suami bagi. Apa nak beli, suami bayar. Nak makan apa, makan la. On that part, alhamdulillah, cuma, ada satu perasaan yang buat aku rasa nak juga buat sesuatu. Hutang tak habis bayar lagi weii. ๐Ÿ˜‚ Tu yang jual macam-macam, tapi, tak pernah serius. Hehe. Sibuk dengan anak kononnya. Please please doakan kali ni aku bertambah serius dengan balm Tasneem Naturel ni. Baking kek lagi ke tak? Aku buat kalau ada tempahan je. Tak terbuat lagi kalau nak buat banyak-banyak. Siapa yang tempah, insyaAllah aku buat je. 

2018 juga banyak sangat memberi aku pengajaran. Alam rumahtangga, hidup suami isteri, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling merupakan pengalaman & pengajaran yang terbaik untuk kita. All I can say is, do whatever you want to do. Orang kata zaman sekarang zaman makcik & pakcik bawang. Kuatkan semangat!

Akhir kata pembuka tirai 2019, Selamat Tahun Baru semua. Semoga segala urusan dan perancangan kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amiin.

Kita guna gambar 2018bestnine lah. ๐Ÿ˜Š

Hampir terlupa. Disebabkan kita sekarang agen sah Tasneem Naturel, sesiapa yang nak mencuba balm Tasneem Naturel, boleh terus whatsapp ye. ๐Ÿ˜˜

018-3159351
Tasneem Naturel Subang Jaya.

p/s : Sekarang tengah ada promosi Januari tau. Will update later.

Sunday, December 09, 2018

Luqman dan Tasneem Naturel

Diam tak diam, dah setahun rupanya terjebak dengan Tasneem Naturel. Ya, sekarang dah jadi agen sah Tasneem Naturel. InsyaAllah, akan fokus dengan Tasneem sampai bila-bila. Sebelum ni guna untuk si abang je, sebab waktu tu dia tengah fasa tantrum yang tak boleh dikawal. Nampak sedara tengah 'promote' dekat Facebook dia masa tu, rasa macam nak cuba. Terus beli satu. Masa tu beli balm 'CALM TIME'.

Lepas dah guna, alhamdulillah. Memang tak sangka, Luqman dah jarang nak mengamuk. Dulu tu mengamuk sampai hentak kepala dekat lantai. Bukan mengamuk sebab kita marah dia, tapi mengamuk sebab tak dapat apa yang dia nak. Cakap elok-elok pun tak jalan, segala tips yang ada dalam google tu mana yang tak cuba. Semua pun cuba. Sekejap je elok, lepas tu, mengamuk balik. Umi is pening. ๐Ÿ’†

Hampir seminggu guna memang nampak perubahan. Terus jatuh cinta dengan Tasneem, terus beli balm yang lain. Sebulan lepas tu terus jadi agen sampai lah sekarang. Walaupun budak-budak ni dah 3,4 tahun, tetap guna juga setiap hari. Sampai sekarang pun memang guna setiap hari. ๐Ÿ˜ Eh, dok tulis ni, korang dah kenal belum dengan balm Tasneem ni? Hehe. Kat bawah ni la balm Tasneem. Ada 5 jenis semuanya dengan fungsi yang berbeza.



Fungsi untuk setiap balm adalah seperti di bawah ni.

๐Ÿ’— CF-RUB : Membantu mengurangkan masalah batuk dan juga selsema. Mengurangkan suhu badan ketika demam.
๐Ÿ’š CALM TIME : Membantu untuk menenangkan anak yang suka mengamuk, meragam.
๐Ÿ’œ SLEEP TIME : Membantu anak yang susah nak tidur, tidur tidak lena, tidur tidak ikut pola yang betul.
๐Ÿ’› T-RUB : Membantu anak yang mempunyai masalah sembelit, kembung perut, cirit-birit.
๐Ÿ’™ SKEENZ : Membantu untuk mengurangkan gatal-gatal kulit, ruam lampin, ruam susu, gigitan serangga, eczema.

Walaupun fokus untuk anak, tapi sebenarnya balm sesuai untuk semua golongan tau. Mak & mak mertua pun guna ye balm ni. ๐Ÿ˜‰ Balm apa yang mereka guna? Nanti kita cerita dalam next post. ๐Ÿ˜˜



Berminat nak mencuba balm Tasneem?
Boleh whatsapp terus ke 018-3159351 ๐Ÿ˜Š

Tasneem Naturel Subang Jaya

Saturday, November 24, 2018

November 2018

Setahun merajuk rupanya.

Tak sangka pulak last menulis November jugak. Haha. Ok la tu kan. So, rajin ke nak menulis lepas ni? Hihi.

Kita tunggu dan lihat lepas ni. ๐Ÿ˜‰

Wow. Blog pun dah ada function emoji la. Haha. Okay...Noob sekejap.

Saturday, October 07, 2017

Cabaran

Hai blog!

Lama aku berdiam diri kan. Oktober dah rupanya. Ala. Takde la lama sangat pun. Saja. Hehe. Perlukan waktu untuk bertenang. Kang kalau aku dah start menulis, semua benda aku nak tulis.

Rasanya sekarang dah bertenang sikit la kot. Kot. Tahun ini aku rasa agak mencabar bagi aku. Macam mana nak survive untuk tahun² akan datang agaknya. Gaya dah macam pergi bertempur pulak. Heh. Tengah perang la ni.

Tadi dengar radio dalam kereta. On the way balik rumah. Aku tak fokus pun, tapi bila ustaz tu kata, apa² pun sabar. Kalau marah pun sabar. Gembira pun sabar. Buat apa pun sabar. Kalau sedih, sakit hati pun sabar. Sebab sabar tu yang akan mengajar kita untuk lebih kuat / something macam pelajaran. Lepas tu aku tak fokus balik dah sebab Mifzal dah nangis dalam kereta. Haha. Haih.

Sebenarnya, susahkan nak jadi penyabar. Nak buat diri ni redha dengan perkara yang dah jadi. Nak buat diri ni positif. Cakap, tulis senang. Nak buat untuk diri sendiri tu yang kena berperang. Semalam pun dengar Al-Kuliyyah, ustaz cakap orang yang kita sangka baik tu belum tentu baik pun macam yang kita sangka. Tapi bila kita sangka baik, hati kita tenang. Betul la tu. Tapi bila dia dah betul buat tak baik, tu yang hati tak tenang dah. Mencabar sungguh nak didik hati ni.

On the other side, aku bersyukur sebab mungkin kali ni Tuhan jentik hati aku sebab sebelum ni aku leka dengan yang indah² je. Bukan la takde masalah langsung, tapi....eh, susah lah nak explain. Haha. Takpe lah. Kot tahun² depan aku bukak balik entry ni, tengah down ke, ingat tau Farhana, dunia ni sementara je. Kuatkan hati, kuatkan semangat. U can do it!! Memang susah, tapi Tuhan tahu kau mampu.

Ok. Let's smile. 😊
Till then.

Tuesday, September 19, 2017

The Truth

Assalamualaikum.

Tengah tunggu giliran nak jumpa doktor. Hopefully last appointment. Kali ni follow up lepas operation hari tu. Just nak review apa punca sebenar aku dapat appendiks tu. Kalau menarik nanti aku cerita. Hehe.

Hmm. Sebenarnya, mood tak berapa nak ceria hari ni. I found out the truth. Sebab dan kenapa hati ini tak pernah tenang. And I found it TRUE. Hmmmmh. Mengeluh panjang jap. Apa patut aku buat? Sejujurnya, aku pun tak ada jawapan apa yang aku perlu buat sekarang. I'll just follow the flow.

Kecewa? Memang kecewa. Sakit hati? Hmm. Sebenarnya lebih kepada kecewa yang teramat sangat. I don't know how to feel. How to react. Sampai speaking inggeris terus. Haha. I just pray semoga Tuhan beri aku lebih kekuatan dari sekarang. Lebih, lebih, lebih dan lebih lagi. Sampai tak ada perasaan pun takpe.

Ramai pulak orang belakang aku ni. Haha. Nanti la sambung.

Till then.

Saturday, September 16, 2017

Different Story

Yes. It's totally different now. The feeling, the situation, the whole story.

Kalau ada persoalan, aku hanya mampu katakan aku tak tahu. Yang pasti, ianya dah tak sama seperti dahulu. Apa yang aku rasa, apa yang aku lakukan. :)

Tak tahu sampai bila. Sebab aku terlalu kecewa. Mungkinkah awan akan berarak pergi dan matahari akan memunculkan diri kembali? Entah.

Friday, September 15, 2017

Lapang

Salam jumaat. 😊

Hai! Alhamdulillah. Syukur masih hidup hari ini & dapat meneruskan kehidupan. Syukur juga sebab hati rasa lapang sangat. Rasanya sebab dah luahkan apa yang terpendam semua dalam hati. Apa akan jadi lepas ni? We'll just wait & see.

Nak jadi keras hati sangat tak sanggup. Nanti sedih pulak kalau jadi kejam sangat. 😔 So, kita buat tak tau, tapi macam biasa je. Haha. Well, kalau tak, takde la terciptanya perkataan 'complicated' tu.

Kadang kita fikir benda tu biasa ja untuk kita. Kita tak tahu orang lain anggap benda tu sensitif untuk dia. Kita tak harap pun orang faham kita & kita pun tak dapat nak faham semua orang. At least, boleh fikir dulu sebelum buat sesuatu. Betul ke tindakan kita tu. Ada kesan tak untuk orang sekeliling? Tambah lagi dengan orang terdekat.

Moral of the story, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, terlajak perbuatan, tanggung la akibatnya. Hehe. Hmmm..Marilah kita makan nasi. Dah tengah hari, perut pun berbunyi.

Till then. ✋

Sunday, September 10, 2017

Resah

Hai! Rajin pulak aku semenjak 2 menjak ni bukak blog. Nak menghilangkan resah di hati. Kadang-kadang dengan menulis ni dapat menenangkan sikit hati ni. Sikit laa..Mungkin sebab kali ni luka di hati agak dalam, proses nak melupakan tu ambik masa sikit. Terlebih layan perasaan sikit, mula laa..Amboi. Luka di hati tau. Haha. Apa yang terlukanya? Biarlah rahsiaaa...Hehe.

Seriously, bila hati terluka, nak buat apa pun serba tak kena. Mujur ada anak-anak jadi penghibur. Boleh la nak lupa sat beberapa perkara yang tak patut. Aku jenis cepat sensitif, cepat terasa, sukar untuk marah, mudah memaafkan tapi susah untuk melupakan. Entah lah. Patut lah kita kena letak kepercayaan untuk Allah S.W.T sahaja semata-mata daripada semua makhluk di bumi ni. Cuma, sebagai manusia biasa, kelemahan aku di situ. Kepercayaan aku kepada manusia dah semakin berkurang. Dramatik tak ayat? Haha. Kenapa ye susah nak melawan kelemahan diri ni. Kadang aku terfikir, kat mana silapnya aku salahnya aku walaupun tak tahu salah siapa sebenarnya.

Banyak kali kecewa dengan perbuatan manusia. Kecewa yang teramat-amat sangat. Sedih tak tahu nak cakap sampai aku fikir sudahlah, I don't care anymore. Lantaklah apa nak jadi. Aku buat hal aku je. Sudahnya memang aku buat hal aku je lah.

Tak perlu faham apa yang aku tulis. Sekadar coretan di hati. Ye. Berdoa selalu dengan Allah. Ada masa hati ini tewas juga. Macam ada yang baca blog aku. Haha. Harapnya tak ramai la yang ingat blog ni. Cantik tak layout baru? Haha. Blogger dah ada layout cantik. Mari kita cuba.

Till then.

Friday, September 01, 2017

10 Zulhijjah 1438H

Salam 10 Zulhijjah. Hari ni dah hari raya. Jam menunjukkan pukul 4.36 pagi & aku tak boleh tidur. Tadi dah tidur sebenarnya, tapi Luqman tak berapa sihat, asyik jaga bangun, badan pun agak panas. Ummi ni pun tak boleh tidur dengan lena terus sebab nak pujuk dia suruh tidur. Kesian jangkit dengan ummi dia ni. Huhu. Aku dulu yang demam dari last week. Demam + batuk + sakit tekak. Pakej lengkap semua. Lepas tu jangkit dengan anak. Hmmm.

Maka, aku pun bangun la godek-godek apa yang patut. Bukak blog ingat nak touch up sikit-sikit, hai pening pulak aku nengok coding dia. Haha. Nanti la bila rajin. Sayang blog ni sebenarnya. Dulu macam nak komersialkan blog ni, tapi sekarang tak payah la. Komersial kau. LOL. Aku bukan lah blogger tegar. Tulis pun merapu je. Sekadar luahan perasaan. Nuffnang pun dah stop sejak 2013. Mengimbau kenangan dolu-dolu, tapi ada banyak post dah kena buang. Haha. Post tak penting dan tak patut simpan. Rasa macam nak buat 1 lagi blog untuk privasi sikit. Senang sikit nak buat luahan perasaan terlebih emosi. Biar aku je baca. Hmmmm...Haha. Nantilah aku fikirkan. Lately ni banyak pulak benda berkaitan emosi & I hate it.

Oh. Raya Haji kali ni raya kat Subang je. Kita hashtag teamrayasubang la kali ni. Haha. Sebab raya puasa dah balik lama kat Perak, so kali ni beraya dengan family in law je la kat sini memandangkan mereka pun tak balik Johor. Cuti lama pulak tu. Aku tanya husband, cuti lama nak buat apa. Boleh dia kata kalau OT hari Isnin macam best jugak. Pfffttt..Macam tu la kalau tengah sibuk, semua fikir kerja. Mujur aku tak kerja. Kalau aku kerja, dia pun aku buat tak endah je nanti. Haha.

Dah pukul 5 pagi. Aku taip sambil makan kerepek sebenarnya. Ya Allah. Habis lah asyik makan je keje. Rasa mengantuk balik tiba-tiba. Macam nak sambung tidur, tapi dah nak Subuh. :D Aci la kan sejam. Till then. Jumpa lagi.

Lupa. Dah masuk September ye. Sekejap masa berlalu.