Thursday, September 22, 2011

kala rendang dalam kuali

assalamualaikum. baru ada hati nak menulis.
tahun ni raya tak berapa nak meriah.mungkin sebab tahun ni tak ramai orang balik sini. semua balik tempat lain. lepas tu sempat pegi beraya raya pertama je. next day and next next day, semua orang datang rumah. disebabkan kakitangan kat rumah ni hanya papa,mama dan aku. memang penat. tambah-tambah kalau dah papa dengan mama kena melayan tetamu. tinggal la aku sorang yang bertungkus lumus buat semua kerja. ada la jugak papa dengan mama tolong sikit-sikit. adik aku? huh. dari pagi sampai ke malam tak nampak batang hidung. alasan..dah raya..pergi beraya laa.. =_=

itu yang tak berapa nak seronok nya bila tak ramai kan. ni yang mula pikir nanti nak anak ramai-ramai. hee. ah. itu semua lambat lagi. bila dah jumpa sedara mara ni mula la kan tanya perkembangan diri. setakat tanya kerja kat mana. dah kerja belum. dah habis belajar belum. itu semua tak kisah sangat. tapi bila ada yang mula tanya bila nak jemput makan kenduri..hah. part yang ni yang tak berapa nak gemar sangat. dan rasanya soalan tu akan semakin kerap ditanya dari semasa ke semasa. boleh mendatangkan stress!

cukup la cerita pasal raya.walaupun masih ada beberapa hari je lagi syawal.
tadi pergi beli barang-barang rumah. terjumpa kawan lama masa sekolah rendah dulu.
punya la payah nak ingat nama. muka kenal dah. boleh sembang dulu kan sebelum tanya nama. haha. yang paling common orang akan komen bila dah lama tak jumpa.
"awat hang makin gemuk weh"
=_=
ini pun stress jugak ni.


oh.next week is my convocation. excited.
sebab nak jumpa kawan-kawan.tu yang lebih nye.nak konvo tu tak berapa sangat. huhu.
tak sabar jugak nak jumpa yasmin ahmadkh --> nama glemer.
walaupun ada telefon-telefon.gosip-gosip.tapi tak sama kalau tak jumpa face-to-face.
hampir setahun jugak yer tak jumpa kawan semua.
semua dah berjaya masing-masing. hmmh.


eh.oklah.
my rendang cendawan tengah dalam kuali tu.
sambil menunggu kering je ni. ;)




aku: ok.tajuk memang takde kaitan dengan entry. ;D


adios~
with ღ
n@n@