Tuesday, December 25, 2012

thank you coach!

selamat menyambut hari krismas kepada sesiapa yang menyambut..

hari ahad yang lepas, seperti biasa adalah hari aku pergi ke event herbalife..sampai ijan pun tiap-tiap minggu dah tanya minggu ni event dekat mana..minggu ni event dekat mana.. :D biar aku explain sikit setiap hari ahad aku ke mana..ahad minggu pertama selalu nya akan ke Hotel Pan Pacific dekat PWTC..minggu kedua sama ada di SACC Shah Alam atau K-Club Taman Melawati..begitu juga dengan minggu ketiga..bergilir lah antara 2 tempat ni..dan minggu terakhir setiap bulan adalah di Putrajaya..dulu dekat Pullman..sekarang dah bertukar ke IOI Marriot..oh, aku sangat kagum dengan reka bentuk bangunan hotel-hotel ni..kalau tak pergi event, tak merasa lah aku pergi melawat hotel-hotel ni..walaupun hanya Putrajaya..ada ke orang saje-saje nak melawat hotel..takde kan..mungkin aku akan pilih sebagai salah satu tempat untuk honeymoon..sebulan sekali..aci tak? ;D future husband, please take note. peace. hee..

event dekat Putrajaya hari tu adalah salah satu event yang sangat memberi impak dekat diri aku..sebab 1st Presiden Team Gen-H Herbalife telah di 'recognize' on that day..apa maksud recognize dalam melayu? diiktiraf ke? ok lah..diiktiraf.. Amalina Peter & Abqari Hamid. They are just 23 and 24 years old..tapi dah jadi Presiden Team termuda..income bulanan tak perlu cerita banyak 100K above..berpuluh kali ganda dari gaji aku sekarang...impress..you guys can read more about them from here. :) aku baru kenal mereka sejak pertama kali guna Herbalife dan setelah pergi event..kalau tak pergi event tak akan kenal mereka..they are really inspiring me..mereka bermula dengan Herbalife seawal usia 18-19 tahun..habis belajar tak kerja dengan orang..terus buat Herbalife..dan sudah ada anak seorang..selepas 6 tahun, inilah mereka..kalau baca blog mereka, jangan kata buat Herbalife adalah macam skim cepat kaya..tak ada benda yang boleh buat cepat kaya kalau tak ada usaha..insyaAllah, I will work for it..dan event adalah tempat untuk belajar..tempat yang penuh dengan ilmu..bukan cakap-cakap kosong semata.. :)

because I have lots of dream to achieve..dari Herbalife jugak aku belajar semua impian akan jadi kenyataan..one of my dream dah jadi kenyataan..aku dapat makanan yang sihat setiap hari..tak perlu risau badan akan gemuk dengan makanan yang tak berkhasiat..honestly, aku pernah tergolong dalam golongan orang yang akan diet tak makan nasi sebab takut gemuk..aku memang sangat sangat care pasal badan aku..tapi aku tak boleh tak makan nasi..sangat menjaga perut supaya tak buncit..dan mengikut petua taknak perut buncit, minum air 30 minit selepas makan..i do it..aku memang buat..tapi kenapa pipi masih tembam kan.. :D sekarang, aku tak perlu risau nak makan apa pun boleh..no more diet nasi..makan lah suka hati..cuma sekarang dah pandai dah nak manage kuantiti nasi tu nak ambil berapa banyak..nasi itu penting juga peranan dalam badan kita..dah tak makan ayam goreng selalu..banyak kan makan sup sup dari yang bergoreng..tak ada lagi nasi lemak, mee goreng, bihun goreng as my brekfes..itu yang penting..no more fast food..i don't remember bila last time aku makan kfc, mcD dan pizza..seriously..boleh makan..cumanya jarang kan makan..semuanya datang dengan kesedaran diri..bila kita betul-betul nak menjaga kesihatan badan kita, kita akan sedar sendiri..dan sekarang dah pandai minum air masak sehari 2-3 liter..nak try 4 liter pulak..2 liter sehari is a moust for me now..

thank you to my coach. :) selalunya dekat event, speaker suruh peluk coach to appreciate them..tapi, tak kawin lagi, tak boleh peluk la yer coach..peluk ibu je on behalf.. ;D thank you again. :)
next dream, to make all my family member consume Herbalife..it's not just about money..bukan duit semata-mata yang aku nak..hidup itu yang aku nak..but, if u have your own way to get yourself healthy, it's up to you..this is my way.. :) siapa sangka aku akan jumpa Herbalife? ini semua kerja Tuhan..
kalau rasa nak consume Herbalife, jangan malu jangan segan nak bertanya.. :) till then..

my lovely family. besarkan abang aku dan kuruskan adik aku.

"It is not the money that you make. It is what you become from the money that you make"


tweettweet : can't wait for the next event, Spectacular 2013. :)

Monday, December 24, 2012

i am.

hidung tersumbat..tekak sakit..mata berair..dan suara dah ala-ala macam ramli sarip..yes..that's my condition now..even waktu tengah lunch tadi pun boleh pening tiba-tiba macam nak pitam..gelap sekejap pandangan..nasib baik tengah duduk..mungkin sebab gigihkan diri bercakap..bercakap takde suara ni penat rupanya..luckily esok hari cuti umum..takyah ambik mc dah..hopefully...

bila tengah tak sihat, tiba-tiba perasaan pun nak jadi sensitif kan..nak pulak 2,3 hari ni tinggal sorang je..ijan bercuti balik rumah..mula terasa rindu dekat rumah dah demam demam macam ni.. :(
finally, hari ini keadaan kembali seperti biasa..perasaan? lega..sikit..sebenarnya, sedih pun ada seminggu dua ni..tapi, cuba untuk tak layan perasaan tu..perasaan ni complicated kan..susah nak tafsir..even diri aku sendiri pun aku rasa aku susah nak tafsir apa yang aku rasa..setiap kali bersendirian, setiap benda yang aku fikirkan, tak semua ada jalan penyelesaian..end up aku biarkan saja masa yang menentukan..complicated tak ayat aku? haha..mungkin menggambarkan perasaan aku yang tengah berserabut ni.

i admit. when that thing happens, aku sedih. rasa macam tak lengkap pulak 1 bahagian dalam hidup aku hari-hari..mungkin dah jadi kebiasaan kan..bila perkara luar biasa jadi, mula rasa tak kena je..tapi semua tu aku hanya boleh pendam dalam hati je..walaupun kadang-kadang rasa tak tahan jugak..nak cerita dekat sape..bukan semua orang faham situasi yang berlaku..hanya Tuhan je yang tahu..dan hanya pada DIA lah aku mampu mengadu..

but....selesai 1 masalah dah hari ni..harapnye lah selesai dah.. :D i can just say i'm sorry..walaupun sebenarnya aku tak tahu aku salah kat mana..tapi aku tetap rasa bersalah jugak..dan aku memang fail bab memujuk..walaupun hanya benda kecik je, tapi sangat-sangat bagi kesan untuk aku..sebab?? hmmmh..
ok..end of story...aku pun tak paham aku tulis apa..sekian..wee~


menangis gembira + sedih ? i am.

Thursday, December 20, 2012

forgive


“The ability to readily forgive should be driven by an awareness of our own flaws and mistakes towards others. But most of all, our humility should be driven by the fact that we wrong Allah every single day of our lives, when we sin. Who are we compared to Allah? And yet, Allah, Master of the universe, forgives by day and by night. Who are we to withhold forgiveness? If we hope to be forgiven by Allah, how can we not forgive others? It is for this reason that the Prophet ﷺ teaches us: “Those who show no mercy to others will have no mercy shown to them by Allah.” [Muslim]


source : destination jannah tumblr


tweettweet : menunggu hari 31 Disember.

Saturday, December 15, 2012

before and after

assalamualaikum..w.b.t.....
it's friday everyone..siapa tak suka jumaat memang pelik bin ajaib lah tu..tapi aku tak suka jumaat hari ini sebab dari pagi sampai petang aku tak buat kerja, pc slow kenapa tah dekat ofis tu sampai restart banyak kali pun tak mau tengok jam dah pukul 6 terus shut down balik dan bercita-cita esok nak pergi ofis sebab isnin bos suruh demo dan dan terus rasa nak pengsan! phew. tarik nafas. semoga cita-cita aku tercapai sebab esok adalah hari sabtu yer. -___-

dah..tengok keputusan esok sape menang, rumah ke ofis yang menang..
ehem..tengok la header baru kite..cantik tak..cantik tak..ahaha..well, malam ni aku gigih mencipta header untuk belog lepas tu rasa nak buat cover photo sekali lah dekat facebook..aci tak..sebab dah officially jadi Herbalife Independent Distributor tu yang mula rasa nak bekerja keras ni..cuma belum sampai gunung berapi nak meletus lagi..baru dok menggelegak je kat bawah tu..di tambah pulak dengan kata-kata "awak no problem..saya kan ada". tapi tetap tak boleh jadi.. :D


ehem..ini adalah aku tahun lepas masa konvo..isk..tembam kan pipi..haih tu lah dah duduk rumah makan sedap-sedap je selalu..eksesais nye 2,3 kali sebulan..tu pun konon-konon nak eksesais..aku ada sorang kawan baik dekat rumah yang kami sama-sama terasa pipi masing-masing dah tembam, lepas tu nekad setiap pagi pukul 7 pegi joging dekat taman..joging petang panas..tu yang gigih dan nekad nak pegi pagi..keputusannya..? tak ada keputusan..haha..sama macam di atas je.



dan...ini adalah aku pada bulan 11 yang lepas..ni baru balik dari singapore..oh, cerita pasal uss belum habis lagi kan..nanti ye sambung..aku tak faham kenapa mesti capture gambar aku masa tengah taip sms..tapi takpe..aku suka semua gambar masa aku tengah taip sms..credit to my housemate alias fotografer of the day.. :D haa..selepas 7 bulan guna produk herbalife, inilah hasilnya..kecik la sikit kan..dah tak tembam dah pipi i..tapi tembam lagi sikit-sikit ha...nak fokus untuk reshape kan balik badan..siapa tak suka cantik kan..tak mengubah ciptaan Tuhan..hendak mendapat tubuh badan yang sihat saje.. :)
nak tunjuk gambar full badan nanti orang kate takde beza..kita tunjuk beza dekat muka je lah yer..oh, nak hilangkan juga jerawat-jerawat dekat muka ni..badan aku masih belum dicuci sepenuhnya lagi..terliur tak tengok makanan tu..sotong goreng tepung..wee~

but amazing result that i have, kebaya lama dah boleh pakai balik dengan selesa..Alhamdulillah..lepas ni nak selesakan lagi..dulu tengok je kebaya tu dalam almari..haha.
 
if you are interested to lose your weight, gain your weight or even maintain your weight , can ask me how. :) i will coach you..till then..goodnight!

Wednesday, December 12, 2012

tak ada yang special.


facebook..twitter..blog..penuh nak update 121212..tak lupa jugak status kawan-kawan gtalk aku..
yelah..sekali seumur hidup kot jumpe tarikh ni..
bukan nak cerita pasal 121212..
saje nak menghilangkan bosan dan nak tambah record dalam entry list ada tarikh 121212. haha.
tak ada yang special hari ini..
bye!


"Some hearts understand each other. - even in silence"

Friday, December 07, 2012

sometimes...

Sometimes in the pursuit of trying to make people happy…we forget Allah…we forget who we truly should be making happy until Allah shows us disappointment or pain to make us realize that the only one who’s pursuit we should be in is Allah’s. Pleasing Allah is the only pursuit of happiness that can truly fulfil and satisfy. Pleasing people is a never ending cycle that leaves us exhausted. Please Allah alone, live and love for Allah’s sake alone. That struggle in and of itself naturally mends relationships.


source : destination jannah tumblr


nice colour isn't it? :)

Wednesday, December 05, 2012

USS - part 1


hai! ok. nak tunaikan janji..kita buat short and simple je lah eh..cheewah..nak cerita experience pergi Universal Studio Singapore hari tu..bertolak hari jumaat, 2 November 2012..checkpoint pertama dekat rumah Fatin, kawan Ijan..semua berkumpul dekat situ dulu, brekfes, prepare apa yang patut..isi borang apa yang patut masa nak masuk kastam nanti..check passport bawak ke tak..kalau tak, menangis tepi jalan pun takde lagu nanti..

nampak passport i tu..nampak tak..wee~
semua gembira isi borang. muka eksaited masing-masing.

selesai semua, maka kitorang pun memulakan perjalanan dalam pukul 9.30 macam tu lah kot..dengan 2 buah kereta je..plan asal pukul 9..tapi takpe..sepanjang perjalanan ke Johor tu selain dari berborak dan makan, aktiviti lain adalah tidur..yang tak tidur driver sorang je..melayan perasaan sendiri..masing-masing penat tak cukup tidur malam semalam tu..dah aku sendiri pun tidur pukul 2 bangun pukul 5.30.. -__-'

berehat dekat RNR pun harus ambik gambar.
busy inform status perjalanan.
lepas 3 jam perjalanan macam tu lah, sampai lah kitorang ke destinasi yang dituju..Johor Bahru. Here we come!! terus pegi hala hotel nak rehat dan solat semua..sebab next plan, pukul 3 nak masuk singapore..tempat pertama yang kitorang nak pergi adalah Maritime Muzium dan lepas tu ke Singapore Flyer..disebabkan check in pukul 1.30 ke 2 tah, kitorang tak dibenarkan check in lagi selagi belum cukup masa..ingat sampai awal, boleh terus check in..sabar je lah..dah lepas tak tau nak buat, pusing-pusing kedai yang dekat dengan hotel nak cari makanan..

boyzone
dan boyzone jadi tempat kami singgah untuk makan..cukup la pergi sekali je..lepas ni taknak pergi dah..ok ok je lah kat sini..out of 5, i give 3 je lah..after makan, balik hotel, rehat, solat then bersiap untuk ke singapore..semakin hampir ke destinasi yang dituju...

our first picture dekat eskalator. muka eksaited.
sebabnya, setiap kali naik eskalator, akan ambik gambar..dan setiap kali jumpa stesen tunggu train, ambik gambar..rasanya setiap stesen kitorang bergambar kot..masuk kastam, keluar kastam..beratur nak ambik cop kastam..prosedur biasa kot aku rasa kan..semua orang pun macam tu..tudung tu bercorak sikit sebab by the time we all parking kereta, hujan terus turun lebat..tak sempat nak turun kereta lagi..dah la parking jauh dari kaunter..maka, berlari-lari anak lah kami ke kaunter tiket..tu belum nak jalan ke kastam..tunggu hujan reda sikit baru berjalan ke kastam..time tu dalam pukul 4 ke 5 tah..masa ni tak tahu pun muzium tutup pukul 6..

kiri tia kanan ijan
sewaktu dalam bas nak menyeberang laut nak masuk singapura..asal ada peluang je semua mesti bergambar..memori itu indah kan..cheewah..

kiri atas nabila kanan fatin bawah fatin dayana.


masa ni kami dah tiba di singapura..apa nama tempat tah..lupa dah..haha..then kami kena berjalan ke stesen mrt untuk ke maritim muzium..tengok peta tu masuk singapura kat utara, uss tu dekat selatan..jauh jugak lah..1 jam perjalanan..actually, muzium tu dekat dengan uss..tujuan utama ke sana sebabnya nak beli express tiket untuk main dalam uss esoknya..tapi, kita hanya merancang kan..ALLAH S.W.T yang lebih mengerti.. :) setibanya dekat dekat dengan muzium tu, dah pukul 6..dan tempat tu pun dah tutup..even nak beli express pass pun tak boleh...banyak berjalan, sebab tu rasa macam letih je ke sana..dan tempat tu tutup..dah melepaskan penat, discuss balik, maka teruskan perjalanan ke Singapore Flyer...eh, serius lah dah lupa nama tempat-tempat kat sana..hahaha.


 

































woodlands..ini sebelum masuk singapore kot..haa..ye kot..haha..orang singapore, tolong bagitau jap betul ke tak.. :D so, dari pagi sampai ke petang, masih belum tiba tempat yang dituju..walaupun dah masuk singapura....next, part 2 i update yang pegi Singapore Flyer yer..nanti i kaji nama tempat sekali yer..hahaha..dah sebulan kot pergi sana..haruslah dah lupa..dah sebulan baru nak update entry kan.. :D ok lah..babai! tunggu part 2 pulak..hopefully by this month lah keluar part 2.. :p


tweettweet : next vacation?

Monday, December 03, 2012

positif setiap hari.


selamat sejahtera pembaca.semua sihat hari ini.?dah minum shake hari ni? :) dan hari ni dah masuk bulan disember..sikit je lagi..sikit je lagi.. :) :) :) hari ini aku terasa nak share semalam punya event..
STS Pan Pacific di PWTC..selalunya untuk STS di Pan Pacific ni kitorang akan jadi action team..bermakna, kitorang akan tolong menjalankan event itu..dan yang organize event tu jugak sebenarnya upline
kitorang..dan tugas aku selama beberapa bulan yang lepas adalah tolong pakaikan tag
dekat tangan orang..ada pulak orang panggil tag batal air sembahyang kan.. -__- next
time kena pakai sarung tangan kot..kena tolong pakaikan sebab memang ada orang yang tak
reti pakai tag tangan tu yer..especially newbie in herbalife.. :) 
 
become one of the action team member best lah..salah satunya, minum shake free..wee~ sambil sambil ibu buat shake untuk speaker, boleh sambil habiskan shake tu..okeh, back to the topic... :D
selalunya,penghujung event akan ada guest speaker..dan guest speaker semalam adalah cikgu azhim..dari kuala nerang, kedah..this is my first time dengar dia punya sharing..bila dengaq dia cakap bahasa utagha,seronok weh..haha..ye lah..aku duduk kl memang tak keluaq la bahasa aku kan..dok cakap kl je..:D 
cikgu azhim punya cerita memang best..thumbs up! selalunya orang mesti fikir pergi event dok suruh orang dengar pasal produk then suruh beli produk..then benda benda yang boring..macam MLM yang biasa lah kan..tapi aku tak pernah pun pegi event lain lain jenama..sebab dulu pun aku bukan percaya benda alah bisnes ni. ;) herbalife lain..orang mesti cakap, yelah dah aku ikut jamil..sebab tu lah aku pergi event..mungkin itu pun salah satu sebabnya..haha..tapi sebenarnya, masa mula-mula dulu pun aku mengelat jugak..mana nak ada pergi sangat..ada jugak bagi alasan..but then, aku sedar..aku sendiri yang terasa nak pergi..sebabnya aku
belajar banyak banyak banyak benda..bukan tentang herbalife semata-mata..tapi tentang life kita sendiri...
 
back to the topic..again....haha..cikgu azhim punye cerita..one of the best speaker i guest..sepanjang aku pergi event..ini yang paling best setakat  ini..nak cerita banyak pun banyak sangat..sebab tu kena pergi event..tanya aku banyak-banyak pun, aku bukannya speaker yang bercerita itu..aku cuma mendengar cerita..dan berkongsi sedikit di sini..apa yang aku belajar semalam, setiap hari kena positif..whatever rejection yang datang, stay positif..masalah sentiasa ada..fikir masalah banyak-banyak pun tak guna..yang penting fikir cara nak selesaikan masalah kan..sebab tu aku tak kisah pun apa nak jadi dekat ofis..suka hati lah korang nak resign nak bergaduh, janji tak kacau aku sudah. eh. tiba-tiba kan. :D 
 
keyword disini ada lah positif..positif setiap hari..tapi keputusan aku untuk keluar dari tempat itu tetap tak berubah..tetap nak keluar..lagipun dah dapat approval..wee~ 
so, conclusionnya..don't judge a book by its cover..then, don't judge herbalife until u use it and feel the difference..peace! i will never stop using herbalife. ;)

yesterday event. as usual. copy and paste dari jamil punya facebook.

tweettweet : semoga murah rezeki nak beli kamera sendiri. tak perlu copy paste gambar dari orang.

Saturday, November 24, 2012

dia yang hanya dia.

 tengok gambar sendiri dalam banyak-banyak gambar, tiba-tiba terdetik dalam hati,
"lawa jugak aku ni." perasan kan? haha..bukan apa, kepala tengah pening satu hari tengok coding, sekali dapat mesej cakap dah upload beberapa keping gambar dekat facebook..terus la bukak facebook nak tengok gambar..lepas tu terus reply mesej tu cakap....

"awak..saya tengok gambar, cantik jugak saya ni eh. :D"
"eh..baru sedar ke.."

jawapan positif..ok, hilang terus pening kepala lepas tu..senyum sorang-sorang sampai malam..
untuk yang mengenali dia, mesti tak rasa sebenarnya dia seorang yang banyak cakap, ada masa-masa la banyak cakap tu..kadang-kadang boleh keluar jugak ayat sastera dia..sebab dia yang aku kenal dulu nampak macam serius je kan..konon macam cakap benda ilmiah je 24 jam..lepas tu macam tak reti nak bergurau ke apa kan..dah nampak serius je muka tu.dan pemalu katanya.... :D sori awak, terkata sikit..
beberapa bulan mengenali dia, takde la macam tu pun..tak nampak macam pemalu pun..kadang-kadang aku yang banyak melawan ni pun speechless jugak..dan kalau dia keluarkan ayat sastera dia, pengsan..rasa macam salah masuk bidang je dulu..agaknya dia terjemah bahasa coding tu jadi bahasa sastera lah kot..wee~

dah kenapa nak cerita pasal dia pulak kan..sebab pagi-pagi tadi berbual dengan mama dalam telefon seperti biasa..cerita kawan-kawan sekolah,matrik,universiti semua banyak dah kawin hujung tahun ni..nak cerita nak pergi kenduri kawan je pun..last last mama tanya pasal dia..sesi soal selidik bermula..soalan pertama mama yang sama dari dulu sampai sekarang tak berubah..tetap sama..

"dia orang macam mana..solat tak.."
:) :) :)

insyaAllah ma, pilihan kali ni tak salah..suruh mama berdoa je semoga semua urusan dipermudahkan..puas hati dengan jawapan diberi, mama tak kisah dah benda lain..bunyi nak suruh cepat je..tabung kawin tak cukup lagi, tak boleh nak cepat..berdasarkan soal selidik tadi, 80% dah lulus kot..20% lagi tunggu masa jumpa...mesti lulus punya lah..dan respon dia bila aku cerita apa yang mama tanya tadi..

"penting tu awak soalan solat tu..sebab masuk kubur nanti tu la soalan pertama kena tanya dengan malaikat"

dah nak kata apa lagi..tak terkata apa-apa lah..hai la awak... :)
ok lah..enough la kan cerita pasal dia..nanti korang meluat pulak... :D
i'm just sharing what i feel about him..because, he is one of the reason that i'm smiling today..
and i'm grateful that i know him..and i know that he will make mama smile too.. :) :) :) 



there's still a loooooooong way to go. right awak? :)


Wednesday, November 14, 2012

si hitam




si hitam dah mati semalam.... :'( :'( :'(
dia yang paling manja..yang paling baik..yang paling tak ada suara..lemah lembut sopan santun..
T________T
sedih jugak semalam bila mama bagitahu..sama sama nangis dengan mama..
hmmh..i miss u tamtam..

Monday, November 12, 2012

rational vs emotion

assalamualaikum..selamat pagi.. :)
hari ni ofis kosong sedikit..memandangkan minggu ni minggu yang banyak cuti..maka mesti ramai yang nak pergi bercuti..disebabkan aku dan banyak bercuti maka aku pun berada lah dekat ofis hari ni..bagus jugak..tenang jugak rasa tak ramai orang macam ni..
something happened yesterday..and still when i wake up this morning, perasaan bersalah itu masih ada..i am sorry..baru semalam belajar, dalam membuat sebarang keputusan, emosi perlu diletakkan di belakang..but sometimes, aku kalah jugak dengan emosi aku..menjawab tajuk entry di atas, emotion menang lagi dari rational...hmm..enough, minggu baru kena mula dengan perasaan baru.. :) :) :)

I quotes this from destination jannah tumblr. Feels like to dedicate this to you..Again, I'm sorry.. :)
Everyone is facing something but know that you are being looked after the one who believes in you more than you believe in yourself, the one who is watching and sustaining, the one who knows you will get through this!
Life is a struggle but we got this! and no one is alone in this struggle, we are just fighting different battlesMay Allah ease any pain you may feel, may Allah grant you stability, may Allah fill the gap that is missing, and may you never get lose in a phase of your life. May every phase be a step closer to Jannah tul Firdaus. We are one people and we are all in this together, your pain is my pain, your hurt is my hurt, your tear is my tear, where you walk, I walk right beside you.You are all in my duas and hold a special place in my heart. my family. my ummah.
this coming weekend i'm going to 1 of the biggest herbalife event..zero2hero nama diberi..ewaah..nak cerita apa itu zero2hero pun aku taktau lagi..sebab ini first time aku baru nak pergi..tunggu dah balik nanti baru boleh cerita..eksaited? of course..sama eksaited macam nak pergi singapore hari tu..tapi feeling tu lain sikit lah..walaupun gambang tu dah macam kampung halaman jer..because of this event, terus feeling jadi lain sikit..cerita singapore nak cerita jugak..slow slow buat entry ni yer..sabar yer..




like they say, herbalife is simple, fun, and magical. :)


tweettweet : anak kucing dah tambah lagi 3 ekor..

Thursday, November 08, 2012

Thursday, November 01, 2012

1 november 2012


warna bunga ni cantik kan.

november dah datang.
selamat tinggal oktober. jumpa lagi tahun depan.
:) :) :)
dan esok nak pergi holiday!!


"At the end of the day, you can lose everything, you can feel at your lowest, you could have the most horrible day, but taking a moment to reflect that we are Muslim and have the blessing of Islam and what that truly means is enough, Alhamdulillah. "

quotes from destinationjannah.tumblr.

Wednesday, October 24, 2012

#Wordless Wednesday 4




looking forward to this place.
melbourne, australia..
2013..insyaAllah...
:) :) :)


tweettweet : selamat hari raya aidiladha readers!

Monday, October 22, 2012

speechless.


yesterday was......
can i say awesome? or great? or...i don't know..speechless..

after a long time..
alhamdulillah..
berdoa setiap hari agar kebahagiaan ini akan kekal sampai bila-bila..
dan semoga senyuman ini tak akan hilang. :)
terima kasih.



source : destinationjannah tumblr

Allah does not charge a soul except [according to] what He has given it. Allah will bring about, after hardship, ease.” [65:7]
 

Saturday, October 20, 2012

motivasi

Assalamualaikum w.b.t...

selamat hari sabtu dan berhujung minggu..setelah beberapa minggu tak duduk di rumah, akhirnya hujung minggu kali ini di rumah. hari sabtu aje lah..hari ahad seperti biasa ke event Herbalife..tak boleh tinggal dah event ni..dan awal kan aku menulis entry hari ini..lepas Subuh tak elok tido balik kan, nak tido tunggu pukul 8 nanti sambung tido. eh, boleh macam tu?

hari sabtu minggu lepas ke kuantan dengan ijan, kak dila, dan dayah kawan ijan..sebabnya hari sabtu lepas adalah konvo UMP..yang ke berapa aku pun tak ingat dah..10 ke eh..sekejap je dah setahun rupanya aku konvo..dah tak bergelar fresh graduate dah pun..UMP pun dah banyak berubah..rindu sikit kat UMP..dan yer..rasa macam nak konvo sekali lagi..nak pakai jubah hijau tu, nak lambung topi konvo tu..nak dapat bunga konvo tu..eh, aku tak pernah dapat bunga tau kecuali  waktu konvo hari tu je..sebab tu perasaan macam seronok lain macam je..walaupun aku tak suka bunga....

aktiviti hari ini mungkin kemas rumah, basuh baju, lipat baju dan buat karipap..yer, buat karipap..tah kenapa dari awal minggu mengidam karipap tah..sampai gigih cari resepi kat ofis..sebab ini percubaan pertama nak buat karipap..kalau mama tahu, mesti kagum anak dara dia nak buat karipap..hey, tengah improve diri ni bab masak memasak..dah kate orang tu suka makan..dah siap cakap lagi kan, kalau tak pandai masak pi belajar sampai pandai..cuma aku bernasib baik sebab dah pandai masak 30%..so, kira lulus jugak.. :D

so, my life sekarang sama je setiap hari kerja..bangun pagi pergi kerja..habis kerja balik kerja..sampai la hari jumaat..dan setiap hari mesti counting nak tunggu hari jumaat..sebab nak jumpa hari ahad.. :) :) :) ada orang tanya macam mana aku motivate diri bangun pagi setiap hari untuk pergi kerja.. :) i don't have answer for that dear..aku pun tak tahu..just put in your heart yang kerja itu adalah tanggungjawab dan amanah dan punca rezeki..bukan satu bebanan..walaupun kadang-kadang aku rasa macam tu jugak..tapi cepat-cepat avoid feeling itu lah..kalau stress untuk hari tu, habiskan untuk hari tu..esok datang dengan semangat tak ada stress lah..takyah fikir pasal semalam..just keep positive everyday..ok? i ada gaya motivator tak..ahaha..

sebenarnya bila fikirkan balik, aku bukan lah tak suka pasal kerja sangat pun..stress pasal orang-orang sekeliling tu je yang banyak..kalau nak compare kerja sekarang dengan time intern dulu, kerja sekarang lagi better..kerja sekarang tak perlu pening fikir rumus fizik macam dulu..so, kalau pasal orang tu lagi senang nak handle..abaikan je..janji aku buat kerja aku..aku tak kacau kau..tapi kau yang suka kacau aku.. -__-'

dan haruslah berterima kasih untuk dia yang tak putus-putus motivate aku dan sentiasa suruh aku bersabar..yer, aku memang banyak bersabar..pengalaman kerja ni memang banyak ajar aku bersabar..ok, nuff said pasal  kerja..hari cuti, kerja pun cuti..bai!


tweettweet : 90 hari..

Friday, October 19, 2012

itulah sayang.

tah macam mana lagu ni boleh ada dalam mp3 handset tah..
lepas dengar sekali, dengar ulang ulang kali..
lepas tu nyanyi sorang diri.. dah boleh buat ringtone. 
ala, lagu p ramlee tu..lagu p.ramlee mana ada yang tak best kan..
tu je nak tulis.


The Ramlees (Yuna, Mira Tilu, Liyana Fizi & Najwa) - Itulah Sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra


tweettweet : hari ni dah jumaat! :) :) :)

Friday, October 12, 2012

passion

assalamualaikum..w.b.t..salam jumaat readers.. :)
sambil menunggu rakan-rakan beli makanan, meh ler mengisi masa lapang sekejap..sendiri punya makanan dah turun awal pergi beli tadi..hari ini tak ada rasa nak pergi berjalan cuci mata ke, makan dekat pavilion ke..hari ni rasa nak turun pergi belakang, beli nasi hijau dengan cendol terus naik atas makan..so, itulah menu makan tengah hari untuk hari ini.. :)

beberapa hari lepas, berborak sekejap dengan kawan satu ofis..aku cakap penat lah kerja macam ni..dan dia jawab mana ada kerja yang tak penat..betul..tapi kalau buat kerja yang tak minat lagi penat..bila cakap pasal minat macam tersedar sekejap..selama ni, kerja ni bukan minat aku..aku suka duduk kemas rumah, hias hias rumah, main masak-masak, buat kek, buat cookies..itu minat aku..ke normal la tu perempuan minat benda-benda ni..tapi rasanya tak semua perempuan suka kan..fikir balik, hmm itu yang aku suka buat..sebab tu dulu lama tak dapat kerja pun tak kisah sangat..kisah sikit je lah sebab zaman sekarang semua kena guna duit..tak kerja maka tak ada duit..and reason utama untuk semua orang aku rasa, sebab nak balas balik budi parents masing-masing..so, that's main reason yang buatkan aku bekerja..

dengan bidang yang aku ceburi ni..aku pun tak tau macam mana boleh pilih course ni..so, don't ask me why i choose to be in this industry..kalau nak jawab suka hati pilih course ni dulu boleh? haha. at least i'm using it to get a job..so, tak perlu ungkit dah balik..

and now i'm here using my degree and work..but i have no passion in this job..still, i'm trying my best to do my job..aku rasa aku tak layak untuk jadi wanita bekerjaya lah..dulu cita-cita nak ada kerja macam sekarang..dah kerja 3 bulan terus pasang cita-cita nak jadi suri rumah sepenuh masa...harap-harap cita-cita tu akan tercapai satu hari nanti..amiiin...sekarang cuma bersabar tunggu waktu yang sesuai je..mampu ke bersabar..harap jugak mampu bersabar dengan pelbagai kerenah manusia sekeliling....





so, to whom it may concern, i hope that my wish to be a full time housewife will be grant.. ;D
 
 
tweettweet : ais batu campur ke air batu campur..sedap kan. ;)

Tuesday, October 09, 2012

kadang-kadang


kadang-kadang apa yang kita harapkan, apa yang kita nak tak selalu akan kita dapat..
kadang-kadang apa yang kita tak harapkan, apa yang kita taknak, selalu kita dapat..

*********************************************

motif? sebab kadang-kadang rasa macam tu..
kadang-kadang ke selalu..
sensitif itu dah macam sebati dalam diri..
salah satu ketidaksempurnaan yang ada dalam diri ini..


sedih. T_T

Thursday, September 27, 2012

their wedding.


16 September 2012.
'Ariff Zaki & Juzailah wedding.

copy gambar dari instagram Yasmin dan album dalam facebook Ijan.
sendiri tak ada kamera, maka copy paste dari collection orang lain lah.
diorang dah edit siap bagai, aku tumpang letak kat belog ye korang..hehehe..
kata suka bergambar, maka muka sendiri mesti tak banyak sikit pun mesti ada dalam kamera diorang..wee~



during the wedding day..one of my besties, yasminAhmadKh..



since iphone mint ada di tangan kitorang malam nikah tu, maka camwhore suka hati..
ampun yer tuan iphone..wee~
takpe, simpan buat kenangan..my ex-roomate dekat ump, sarah..





again..it's me and yasmin..konon-konon praktis macam mana nak bersanding..awal benar la kan praktisnye..



muka ceria semua orang... :) :) :)
rindu pulak zaman kanak-kanak kat ump...





kami, batch 2007.. :)
pengantinnye tersorok kat belakang tu ha..


tweettweet : mencuba sedaya upaya.

Tuesday, September 25, 2012

Tuesday, September 18, 2012

his birthday.

it's abang birthday today..his age turn to 31 years old..
sekojap nye abang dah masuk geng 3 series..dengan itu tiba-tiba sedar diri tak muda lagi..happy birthday abang..nak wish direct memang malu..nanti dia kata adik dia mengigau siang hari ke wish birthday..sebab dia garang, so memang takde nak wish..berdoa je dari jauh.. :) :) :) wondering if he read my belog..kalau dia pandai dan gigih mencari la adik dia ada belog..but i don't think he know..wee~

taknak cerita banyak pasal abang konon macam special entry untuk wish birthday..entry lama-lama dulu rasa dah banyak cerita pasal abang..i only have 1 abang..and i don't want other abang anymore..i just want him to take care of me..only him..as abang..err, my life partner nanti taknak panggil abang boleh? oh, even we're not too too close, he's always my 'bomba & penyelamat'..even i always said dia garang, tapi tak ada lah garang mana pun..it's because dia adalah abang kan..abang yang kena jaga adik-adik lebih lagi sorang adik perempuan ni..tiba-tiba teringat time konon-konon putus cinta dulu lepas tu pegi nangis dengan abang..malu je aih rasa.. -_-' dah dia pergi call tanya buat apa..baru nak feeling cool je..but i still remember what he said.. :) :) :)

dah gaya macam nak buat 1 entry pulak ni..enough..again..selamat hari lahir mohd mohaizass mohd said..
adik sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abang..peace!


tweettweet : rindu sama dengan teringat..boleh macam ni? ;D

Friday, September 14, 2012

i feel like...

home alone malam ini..
dan lepas tu melayan mohabbatein..sebab tivi rosak..
nasib baik tak nangis je..sebab dah tengok banyak kali kot cerita ni..
boleh hafal apa nak jadi lepas tu..lepas ni menyanyi lagu apa..
kalau lord of the ring memang fail la..tengok separuh jalan lepas tu tido..
macam mana tah orang boleh layan lord of the ring tu..
apa kaitan mohabbatein dengan lord of the ring?
filem yang panjang, 3 jam oi..sape menang? mesti la mohabbatein..

mungkin sekarang aku patut tengok lord of the ring sebab tak boleh tido..

aku tak reti lah nak menaip entry berilmiah..entry entry aku takde yang ilmiah pun rasa..main sedap tulis je nak tulis apa..nanti la nanti..tambah 1 lagi cita-cita..nak tulis entry ilmiah..tunggu..kalau 10 tahun lagi pun kena tunggu jugak tau..


tweettweet : feel like missing someone.

Thursday, September 13, 2012

kinabalu


perasaan nak menulis sesuatu mesti datang tengah malam waktu mood ala-ala nak tidur..
tapi lepas tu mesti tak rajin nak tulis panjang-panjang..semangat membuak-buak tadi terus jadi, alaa...esok je la sambung tulis..lepas tu hutang satu entry kan..macam entry a piece of cake tu..dah habis sebijik kek pun belum tertaip pun entry tu..nanti boleh tak? hehe..dan sekarang aku rasa nak menulis sesuatu yang lain..

minggu yang agak ketekanan..hari ini baru rasa, oh leganya hati..sikit la..but, ok la tu kan..dari tiap-tiap hari rasa macam nak pergi panjat gunung, buat rumah atas gunung..boleh tak? cita-cita nak panjat gunung kinabalu tak tercapai lagi..anyone sudi nak teman? ni dulu cita-cita dengan tikah masa zaman-zaman menetap kat AMD dulu..sekarang cerita AMD dah jadi 1 chapter dalam diari hidup aku..tutup kemas-kemas taknak bukak dah..noktah..tapi cita-cita tu tetap ingat sampai sekarang..u still remember tikah? jom kita? ;D
i wish before i married i will fullfil this dream..or shud i go after married..hmmmm..

one decision has been made..hopefully this is the best decision..
whatever happens kena bertahan jugak lah..tapi bagus jugak, meningkatkan ketahanan mental dan fizikal..semakin hari semakin banyak persiapan yang kena buat untuk bertahan ni..
tapi dengan semangat orang-orang sekeliling yang tak berhenti menasihati diri ini, i hope it'll be better..
terima kasih dan terima kasih untuk kamu, kamu, kamu dan juga kamu.. :)



copy paste dari google

awesome kan kalau dapat panjat sini..jangan tak tahu, i love outdoor activity..
macam lemah lembut tapi lasak sebenarnya..cheewah..dah..nak pergi makan..
it's lunch time! see ya later later..


tweettweet : macam awesome jugak dapat menaip entry dekat ofis.

Wednesday, September 05, 2012

Monday, September 03, 2012

planning


"Masa depan memang kita tak tahu..Tapi boleh dirancang..
Selebihnya, selepas berusaha, itu dah jadi urusan Allah.."

:) :) :)


tweettweet : semoga perancangan ini akan diberkati..

Sunday, August 26, 2012

A reminder.

terjumpa ini masa tengah tengok facebook..lepas tu rasa nak copy paste kat sini..senang nanti nak baca balik kan..tak susah nak cari..reminder untuk diri sendiri sebenarnya..oh, terjumpa dekat KhadimulQuran punya facebook..

Kebanyakan daripada kita apabila berfikir soal jodoh, pasti akan tercetus rasa takut walaupun sedikit. Mana tidaknya, kita memikirkan tentang siapakah jodoh kita, bagaimana agamanya, akhlaknya, keluarganya, dan seribu macam persoalan lagi.

Persoalan saya, kenapa kita takut?

Hakikatnya ialah, kita takut kerana kita tahu diri kita ini tidak seberapa. Tidak sempurna. Banyak cacat-cela. Sedangkan dalam masa yang sama, hati ini mendambakan pasangan yang serba-serbi lengkap. Agama. Cantik. Hensem. Cerdik. Berharta. Dan berbagai-bagai lagi permintaan. Jadinya, kita takut kalau-kalau pasangan kita pun macam kita.


Semua itu dalam tanpa sedar, telah menjauhkan keyakinan kita terhadap janji Allah s.w.t. iaitu lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.


Seeloknya, jika kita mengidamkan pasangan yang baik dan sempurna, kita hendaklah memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Lengkapkan diri dengan segala kebaikan. Upgrade supaya lebih bagus dari hari ke hari. Insya-Allah, Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya. Bahkan Dia tidak akan memungkiri janji-Nya.



dah kenapa aku ni semenjak 2 menjak ni asyik cakap pasal ini jer..penangan orang-orang sekeliling la ni..kawan karib, sedara mara semua dok bercerita pasal benda ni..tunggu jap..nak selesaikan hal hal lain dulu sebelum fikir benda ni..kena buat preparation diri dulu sebelum prepare benda lain..


tweettweet : september. :) :) :) the beginning.

Saturday, August 25, 2012

cerita raya 2012 - part 3

part 3..maybe end of cerita hari raya..nak buat banyak part sebenarnya..tapi rasanya lepas ni mungkin jarang-jarang nak bukak belog ni..mungkin laaa...kalau rajin nanti sambung part 4 ke 5 ke..ni nak cerita hari ni punya cerita..pagi tadi pergi kenduri tunang dua pupu..memandangkan rumahnye sebelah taman jer, haruslah pergi kan..bawak la 1 bekas hantaran..mama nak bagi satu la kan..bagi coklat jer..
 
 
coklat yang di bagi.
 
nak keluar kereta mama cakap.
"nah adik bawak hantaran masuk rumah."
"laa..nape pulak..mama la bawak...."
"ape pulak mama..mama orang tua..orang muda la bawak hantaran."

terdiam jap..ada maksud ke kena bawak-bawak hantaran ni? -.-


hantaran-hantaran

dah masa sesi posing-posing dengan maktih, tangkap la gambar sireh ni..maktih pulak cakap.
 
 
 
"ambik satu daun sireh bawak balik."
"nape nak ambik pulak."
"yela...orang tua-tua kata kalau kita curi-curi ambik bawak balik makan, nanti cepat kawin..tapi tuan rumah tak boleh tau la.."
"pulak...macam tu ke..."
"yela...haa..ni nanti esok dan dan dia masuk meminang terus..tapi maktih curi banyak kali dah pun, tak kawin cepat jugak"
 
-___________________-
 
ayat maktih yang last ni memang kelakar..tapi ambik juga sehelai daun sireh tu bawak masuk beg.beria la kan curi daun sireh tu..last-last dia cakap macam tu..
tunangnye sepupu ni orang depan rumah je..jodoh kan...papa memang kenal sangat dengan family bakal suami sepupu aku ni..orangnye pun aku kenal-kenal gitu je la..tak kenal sangat-sangat pun..zaman sekolah rendah dulu je..dah habis sekolah rendah terus merantau..memang tak kenal la orang-orang kampung halaman ha..jiran satu taman je kenal..yang tak satu taman tak kenal..orang pun taktau papa ada anak perempuan..haa..cemana?
 
mama dok ulang seronok la dapat orang dekat..tak susah ha..ulang ada maksud tu..tapi buat tak ambik tau..nanti buatnye pergi cari orang taman sebelah tu, menangis je nanti..tapi mama tak macam tu.. :) :) :) yang penting anak-anak dia bahagia..cheewah..



tweettweet : nak taip panjang lagi..tapi pening..bye!
 

Friday, August 24, 2012

cerita raya 2012 - part 2

raya ke - 6 dah..meh sambung story raya..
masa raya kedua hari tu, abang balik kan..lepas tu dia request nak ayam masak merah..selalunya tiap-tiap tahun memang papa buat ayam masak merah..tapi tahun ni tak buat..ada rendang ayam dengan kari daging je..maka, disebabkan itu, lepas papa balik kerja je terus pergi beli bahan nak masak..malam raya ketiga gigih buat ayam masak merah..

nak jadi penyedap cerita lagi..abang pun gigih salin resepi nih..konon-konon nak cuba masak la kot nanti kat rumah dia..mula-mula aku tak amik port nak belajar ayam masak merah ni..aku memang la tak reti lagi resepi lauk kenduri ni kan...tapi takde pulak nak belajarnye..nak makan aje pandai..ha, sekali papa dah start tumis bahan-bahan tumis tu..aku dok menyetelkan baju baju kat mesin basuh tu..abang datang dapur bawak pen dengan kertas lapik tutup periuk..gigih tak gigih nak belajar ayam masak merah..takleh jadik, kena tengok jugak ni cara-cara memasak..resepi papa kan..kena warisi nih..tapi kite bajet pandai la kan, takyah pen dengan kertas, hafal je..lepas tu papa jadi masterchef kat dapur dengan 2 orang anak murid..

sesambil tu boleh pulak abang suruh teka paham ke tak tulisan dia..tulisan dah macam tulisan doktor..eh, tulisan abang cantik tau..siap bersambung-sambung..kalau dalam miscrosoft word tu yang jenis kaligrafi ke ape tah tu..bersambung sambung..tulisan aku tak cantik..tapi comel..haha! dah.sambung cerita..paham je abang tulis apa..dia kata kawan dia tak paham dia tulis apa..agaknya dah dia abang aku kot, semua benda paham..dah lepas main-main, borak-borak, ayam pun masak..pukul 12 makan lemang cicah ayam masak merah..abang je..aku dah lena dibuai mimpi pukul 12 tu..belajar pun tak habis..alaah..tapi tau jer nak masak nanti..berlagak lagi kan..takpe..nanti dah balik kl nak buat ayam masak merah..


si hensem yang baru 3 bulan..tapi dah macam 3 tahun..


tweettweet : motif utama entry ini adalah ayam masak merah..tak ada kaitan dengan gambar di atas..

Tuesday, August 21, 2012

cerita raya 2012 - part 1

salam syawal 1433H. :)
hari ini dah masuk hari raya ketiga dah..aktiviti hari ni taktau lagi..memandangkan hari pertama pergi beraya..hari kedua merayakan orang..hari ketiga mungkin pergi beraya balik..dan aku ada semangat pulak nak menulis satu entry raya kan..sebab sekarang semua orang tengah tido lagi, boleh menulis dengan perasaan..nanti abang dah keluar bilik, tak senang duduk dah aku..

eh, masa raya pertama hari tu, first time jumpe sedara sebelah mama yang kerja kapal tu..dah kata kerja kapal, memang susah lah nak jumpa kan..dah kebetulan dia cuti raya ni, baru boleh jumpa..dah tetiba aku cakap pasal dia kan..sebab bila jumpa peramah ya amat..interview aku macam orang nak interview kerja..dah lepas tu kami sembang 2 orang tak ingat orang sekeliling dah..wee~ sebaya kata..banyak la topik topik orang sebaya kan..tetiba maktih masuk nak kenen kenen kan..sabar je lah..sampai balik ke rumah pun topik orang kerja kapal tu tak habis..sebab semua cakap dia dah hensem..haha..tu sebabnye..orang bawak kapal,bawak kapal terbang mesti imagine hensem.. :D

raya pertama cuma pergi rumah tokwan, rumah sedara mama yang anak dia kerja kapal tu, rumah sedara mama lagi..semua sedara mama lah..petang tu, papa dengan mama pergi rumah sedara papa pulak..aku, maktih, makuda dengan dikmei pergi taiping sentral..bertuah kan..lepas tu tengok orang makan mcD..raya-raya pun makan mcD..tak feel raya betui..oh, kami pergi sana saja nak berjalan je..dah aku dengan heels 3 inci..sampai taiping sentral terus beli selipar pakai time tu jugak..bajet pakai heels nak pi rumah-rumah sedara jer..dalam kereta, bukak la..ni dah berjalan shopping kompleks..krem jugak kaki ha..


this is us..me, maktih, makuda..

raya kedua hari meraikan orang..pagi-pagi lagi family maknjang dah sampai..kami tengah bersilat kat dapur lagi nak masak mee kuah..tu pun pepagi lepas subuh terus pergi pasar cari bahan..sempat maknjang pergi beraya ruma orang lain dulu baru datang balik rumah aku..itupun ramai dah pembantu-pembantu, maktih, makuda, kak eda, mama..pukul 2 jugak baru siap masak..lepas family maknjang, kawan-kawan abang pulak yang datang..lepas tu family kak eda pulak..memang tak putus-putus orang datang..dan lepas tu tepat pukul 11 aku pun dah belayar..ponat weh..ponat..

masa family maknjang dengan paknjang datang, nak salam tu paknjang cakap.
"nanti nak makan nasi minyak jangan ler lupe jemput".
aku cakap..
"tak lupe paknjang..paknjang doa je saya jumpe jodoh nanti."
tiap kali raya, itu je yang dia cakap tiap kali nak salam..tahun depan kalau tak kawin lagi itu jugak yang dicakapnya jugak nanti..konfem..

dan sekarang mari sambung beraya..nanti sambung lagi cerita raya..
selamat hari raya!!



tweettweet : baju raya kat tailor lagi..sobs..sobs..


Friday, August 17, 2012

this feeling.

i write this last night..but i set it to publish today..
because? no reason..
 
i have this feeling once..i don't want to feel it anymore..
i'd promise for myself never ever to be in this situation..
but now, it comes again..and i'm afraid..
i'm afraid to accept that i have this feeling..again....
once is enough for me..
but i can't avoid it..O Allah..please guide me..if this is the answer for all my prayer..
i don't have that strength anymore...
i'm just afraid...afraid...again... T_T


kalau dah dapat pembayang, boleh ke terus dapat jawapan?
kalau pembayang salah, jawapan pun salah..
how i wish u understand what i feel..takut itu takut yang sangat takut.


puasa dan raya.

niat di hati nak mengupdate cerita di bawah..tapi idea nak tulis pasal tu tak keluar pulak..sebab raya dah nak dekat..feeling raya tu yang lebih..lepas raya baru cerita pasal tu boleh tak...boleh aje lah kan..belog aku, maka suka hati aku nak tulis apa..

kalau sebut raya, ada la rasa sedih sikit-sikit..sebab banyak benda yang jadi bila dekat dekat nak raya ni..tak kisah lah yang happy ke..yang tak happy ke..memori tu mana boleh lupa kan..there's thing that i should not remember but when raya is just around the corner, suddenly it comes..i should forgive that person, but till now, that-hate-feelings always there..haish..orang nak raya patut happy kan..since i think this raya will be most exciting raya.. :) :) :) maka perlu ceriakan diri..dan juga sebab beberapa jam lagi nak balik kampung..yeay! nak jumpe kelabu kesayangan..

Ramadhan dah nak habis..Alhamdulillah..dapat berpuasa dengan tenang..walaupun ada jugak la anasir-anasir yang sentiasa nak menggugat kesabaran diri ini..tapi berjaya bertahan dengan sebaik mungkin..semoga kesabaran ini akan terus kekal dalam diri aku untuk beberapa waktu..sampai bila? tengok la lepas raya ni macam mana..maka, untuk sesiapa yang baca belog aku ni..especially you yang selalu tiap-tiap hari suruh i update belog...

aku nak ucapkan selamat hari raya..maaf zahir dan batin kalau ada tersalah kata..terkasar dalam berbicara..terpukul kat mana-mana kan..biasalah, kadang tangan aku ni tak boleh duduk diam.. :D
semoga beraya dengan gembira disamping family tercinta..jemput la datang beraya kat rumah..dekat je perak tu..naik flight 10 minit dah sampai...haha


tweettweet : semakin hari semakin.......

Monday, August 13, 2012

a piece of cake.




ada orang candid gambar suka hati..tapi takpe, i suka ini gambar..wee~
later-later i share story yer..copy paste je gambar ni sebab i takde kamera yer..
oh..ini masa event herbalife semalam..peace! ;)


tweettweet : senyum sorang-sorang dari pagi sebab ada orang buat lawak semalam.