Monday, June 28, 2010

cerita world cup

yer. kali ni nak cerita lagi sikit pasal world cup.
sikit jer. ye lah. sebab world cup ni lah aku rasa aku dah mula minat tengok bola. satu pencapaian yang membanggakan bila dapat habiskan tengok game. banyak jugak la perlawanan yang aku tengok. sebelum ni jangan harap nak habis 1 game pun susah. konfem 1st half aku dah lentok. haha. tu la. sebelum ni cakap bola tak best la apa kan. tapi salah satu sebab aku suka tengok sebab yang main ni pemain luar negara kot. memang jauh beza kalau tengok pemain malaysia yang main.

well, daripada semua game yang aku tengok tu, aku takde lagi la team kegemaran. yang betul-betul menjadi pujaan hati lah. dia lah yang the best among the best. almaklumlah. baru je mula tengok tahun ni kan.
tapi dari pengamatan aku tengok skill diorang main, argentina dengan jerman menjadi pujaan hati setakat ni.. :D 
tu pun sebab aku banyak tengok team ni je yang main...yang lain sebab aku tak berapa tengok sangat. so, sebab tu aku tak sokong. aci la kan macam ni. :D

pemain argentina yang femes lagi popular sah sah la kan messi. menjadi pujaan gadis-gadis. iklan kat tivi pun banyak muka dia. tapi memang bergaya jugak la dia main. tevez pun not bad. alah. dah memang diorang terer main bola kan. kalau tak terer takde la boleh main. ah. aku nak komen lebih-lebih pun bukan aku terer kan bab-bab skill main bola ni. pemain dalam team tu pun bukan semua aku kenal. yang mana nama-nama femes pernah aku dengar, aku kenal la. hehe. dan setakat term-term yang simple aku tahu lah. kenapa dapat kad kuning ke kad merah ke ada la jugak pengetahuan. tapi selebihnya sebab syok tengok bila bola masuk gol. tambah-tambah bila team pujaan hati kan.. :D

tapi..tapi..kan..
semalam jerman lawan england. jerman dah menang.
pagi tadi argentina lawan mexico. argentina menang jugak.
so, nanti argentina lawan jerman.
hah. mana satu aku nak sokong. 2 2 team feveret. uish. susah ni. haha. macam hape jer.
ok la. macam ni la, sape bagi gol, aku sokong lah nanti. haha. aci la macam tuh.
ok lah. nanti tunggu 3 julai diorang lawan.

 gambar dari fifa.com


 aku: asyik tengok bola. nak buat cheesecake pun xbuat lagi. haha. alasan.



adios~~
with ღ
n@n@

Friday, June 25, 2010

tag lagi.

ahahaha..tag kedua. tengok mint dengan su buat. mahu buat jugak.saje seronok-seronok kan. kan. okey lah. jom jawab soalan. :D

1) Apa yang anda akan buat bila anda dapat tahu member anda tikam belakang anda?
entah. tak pernah rasa lagi.

2) 6 orang dihati anda?
1. mama
2.mama
3.mama
4. papa
5. abang
6. dikme.
7. kawan-kawan baik.

3)Anda rasa anda comel?
comel kot. :D

4) Single ?
yer single.

5)Blog yang anda suka?
blog jual baju. blog rakan-rakan. blog artis-artis. blog cupcakes. blog yang best-best lah.
banyak sangat nak describe satu-satu. asalkan sedap nak membaca.

6)Adakah bilik anda kemas setiap hari??
yer. kena kemas setiap hari kalau taknak kena bebel.

7)Lagu terakhir yang anda dengar?
tak tahu lah.

8)Last teks mesej?
yana

9)Last phone call?
yana

10) Hari terakhir anda menangis?
haha.

11) List 5 kaler favorite anda?
biru
krim
putih
hitam
emas

12) Orang terakhir anda ber-YM?
yasmin

13)Game paling anda suka?
entah. tak tahu. :D

14) Adakah anda peminat MCR?
tak.

15)Apa perasaan anda menjawab Tag ini?
biasa-biasa ajer.

16)Anda rasa Tag ini best?
bolehlah.

17) Tag lagi kepada 10 orang
nak tag yana jer. fazliana sabeli, sila jawab bagi mengisi kebosanan anda. :D 


okeh. dah siap tag kedua. lama tak jawab tag. best jugak. :D
okeh. nak pergi blogwalking kejap. mahu membaca.


aku: esok mahu buat oreo cheesecake. yummy~!


adios~~
with ღ
n@n@

tagging | beLL

dah lama tergendala nak buat. maaf yer bell. :))

Soalan 1 : Adakah anda rasa anda hot?
tidak.sejuk je rasa.


Soalan 2: Upload wallpaper yang anda guna sekarang.
banyak sangat.malas nak upload.

Soalan 3 : Cerita pasal wallpaper tersebut.
sedia ada dalam laptop.nice~!


Soalan 4 : Bila kali terakhir anda makan pizza?
awal bulan hari tu kot.


Soalan 5 : Lagu paling latest anda dengar.
ntah.jarang dengar radio.dengar lagu lama jer.

Soalan 6 : Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
takde buat apa.buat tag ni jer.

Soalan 7 : Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
nana.nanako.siti.


Soalan 8 : Tag lagi lapan orang.

aku nak tag sape2 ikut suka aku.
1. yasmin
2. soella
3. norizan
4. fazliana
5. sara
6. aqilah 

Soalan 9 : siapakah orang no. 1 kepada anda?
kawan baik.


Soalan 10 : Katakan sesuatu kepada orang no.5
hee.sila jawab eh sara.


Soalan 11 : No. 3 ada hubungan dengan siapa?
setakat ni xtahu. tunggu 5 tahun lagi.


Soalan 12 : Bagaimana pula dengan no.4?
entah. ni pun tak tahu. haha.


Soalan 13 : Pesanan kepada orang no.6
takde pesanan. nak pesan jawab tag ni jer. hehe.


Soalan 14 : Kata-kata cinta untuk orang no. 2.
alamak. tak reti lah. :D


Soalan 15 : Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
no 7 dengan 8 takde.


Soalan 16 : 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.

nabila mohd nasir.
panggil bell.
22 tahun.
duduk kluang.
suka kaler hijau.


Soalan 20 : Gay or less?
Straight


 aku: okey~! second tagging menanti.



adios~~
with ღ
n@n@

Monday, June 21, 2010

entry yang ke dua ratus.

entry ini adalah yang ke-200.
fuh.tak sangka.dah banyak jugak aku merapu merapik dalam blog nih.
niat asal dari dulu sampai sekarang konon macam diari la.tpi diari ni tak semua benda boleh tulis.ada jugak yang kena simpan dalam hati dan fikiran.
oh.ye.semalam hari bapa.ingat nak menaip pasal hari bapa semalam.tapi semalam pegi bejalan dari pagi sampai malam.tak larat nak menulis.bukak facebook pun semata tengok sayur-sayuran dan kerja-kerja yang dah tertangguh.haha.

well.ibu bapa @ panggilan aku mama dan papa sangat la berharga dalam hidup kita kan. tanpa mereka siapa lah kita. tak bermakna rasanya.
ingat tak lagu iklan susu fernleaf..
"ibu..ibu..
engkaulah..ratu hatiku..
bila kuberduka, engkau hiburkan selalu..
ibu..ibu..
engkaulah..ratu hatiku.."
agaknya sebab tu la aku suka minum susu fernleaf kot.haha.ye.betoi, dalam banyak-banyak susu tepung, aku suka fernleaf je.nespray, dutch lady tak berapa bekenan.
mungkin sebab fernleaf lagi lemak berkrim kot rasanya.eh.keluar topik pulak. :D

ok.ok.sepanjang aku hidup 22 tahun ni.belum pernah lagi papa marah aku.@ pukul ke.even cubit pun tak pernah. walaupun papa kerja askar dulu, tak bererti papa i garang okeh. mukanya ada misai, jarang senyum. tapi hati sangat lembut. bila kawan-kawan datang rumah, especially yang lelaki, semua takut dengan papa.1st impression diorang, tengok ada misai je garang. ala, misai biasa je pun belum lagi melentik. haha. yang selalu marah memang mama jer. mama lagi garang dari papa. garang-garang mama pun hati sensitif jugak. mungkin aku pun ikut perangai mama, sensitif dan mudah mengeluarkan air mata. tak dinafikan itu.

dulu kecik-kecik pun kalau pergi shopping lagi suka pergi dengan papa. sebabnya.cakap je nak baju ni.ok ambik la.nak seluar tu.hm. ambik.senang cerita.haha. dah nama lelaki, mana suka pergi shopping lama-lama. kalau dengan mama mesti banyak halangan nya..tak sesuai la.warna tak cantik la.semua lah. tapi, last-last baju aku banyak mama yang pilih jugak.
minat aku suka baca novel jugak datang dari papa.mama cakap, papa dulu-dulu pun suka baca novel. pernah tengok novel papa dulu. sumpah aku tak paham. novel orang dulu-dulu.yang pasti bukan cerita cinta macam sekarang la. nak kata macam mana pun tak tau lah.macam sejarah pun ada. hee~~

ah..apa-apa pun mereka tetap yang terbaik dalam hidup aku. tak dapat bayangkan macam mana kalau aku kehilangan mereka. sungguh. aku dapat rasakan perasaan itu. bila kita kehilangan orang yang penting dalam hidup kita.apatah lagi ibu dan bapa kita.
teringat peristiwa dulu. i know he's much better now. bila dia sedih, aku turut menangis.

mudah-mudahan aku menjadi anak yang solehah dan tidak melupakan tanggungjawab aku terhadap kedua ibu bapa aku.
:)

aku: kenapa takde lagu pasal bapa ha.ke ada je, tapi aku yang tak tahu.



adios~~
with ღ
n@n@


Sunday, June 20, 2010

birthday!


its 20th June.
happy birthday to my dearest auntie.
hakhak.
suppose i call her 'acu' since her niece and nephew call her 'acu'.. :D
tapi memandangkan we all sebaya, no acu..acu..
haha.

happy birthday to u.
its a long time kita tak borak-borak kan.
yo lah..orang tu sibuk bercuti kan..tak mau la kacau..
well..dah masuk 22 nih..takde ke kek kat aku..haha..dah lama teringin nak makan kek buatan kau tapi tak pernah kesampaian. :D
last-last buat sendirik je lah yer..

semoga Tuhan merahmati kau.
happy-happy lah selalu yer.
don't sedih-sedih. ke dah makin banyak kumbang hinggap sekarang..? :D

aku: i'm 22 years and 3 month old.


adios~~
with ღ
n@n@

Wednesday, June 16, 2010

i'm happy for her.

selamat pagi. another new day di rumah. =) bangun pagi, lepas solat terus hadap laptop, memulakan aktiviti blogwalking. dah lama rasa tak hadap blog nih. almaklumlah, dok berebut broadband dgn adik. dia pun cuti sekolah. on9 saja.
aku bila kat rumah, takde la perasaan sangat nak hadap facebook ke, blog ke.emel pun dah lama tak bukak. *mcm orang penting je nk cek2 emel nih. :D
mungkin rancangan kat tivi lagi menarik perhatian kot. tambahan pula kena buat kerja-kerja rumah.mana ada masa sangat nak on9. malam, pukul 12 dah tido. kalau kat hostel, selagi mata tak mau tido, selagi tu lah dok hadap laptop tuh. buat pi lah apa pun. ada je benda nak buat. cuti sekolah, macam biasa, kenduri. banyaaaaaaaaak kenduri.

dan semua aku kena pergi. cakap je tak mau pergi, konfem mama membebel. so, tak nak kena membebel, baik pergi.pergi makan je pun.tapi yang tak tahan, 1 hari 3 kenduri. penuh perut den ha. 3 kenduri means 3 pinggan nasi minyak. belum campur yang lain-lain. bubur kacang la. mee kari laa. roti canai la. huh. tapi tak dak la aku makan semua tuh. jenuh aih kalau nak makan semua. tapi sampai senak jugak la perut aku. at last, kenduri terakhir, aku minum air je. memang tak mampu dah nak makan.

teringat bila balik kampung mama. kenduri kawan mama kot. tah, aku pun tak tau. main ikut jer. family aku keturunan banjar. sampai kampung orang-orang tua je yang ada. dan memang sah-sah la diorang cakap bahasa banjar. aku memang tak paham 1 habuk pun. dok sebelah mama sengih-sengih, buat muka manis.

ada jugak 2,3 kawan aku yang dah kawin. dah ada anak pun. umur anak pun dah 2, 3 tahun. huh. macam tak percaya je bila tahu. tapi, husband masing-masing dah kerja. kerja yang bukan main-main punya. rezeki masing-masing. =)
ada sorang classmate masa kat gerik dulu. her son dah nak masuk 3 tahun. means dia kawin lepas spm la kan. sangat comel anak dia. tak pernah terbayang macam mana dia jadi mommy. haha. teringat perangai dia gila-gila masa sekolah dulu. 
sorang lagi kawan dekat gerik yang dah kawin. ada anak perempuan. dah besar jugak anak dia. yang penting aku tak kenal husband masing-masing. :D

sorang lagi classmate kat ump. senyap-senyap je dia kawin. dan dia pregnant sepanjang 1 sem lepas. sangat tabah. dengan nak siapkan fypnya. dengan pregnantnya. dengan nak berjalan pergi ke kelasnya. dengan nak final exam nya. bila berjalan pergi kelas, aku, tia, ijan & zai mesti worried pasal dia. boleh pulak dia pergi kelas pakai kasut tinggi. well, takde la tinggi sangat 1, 2 inci. tapi sebab dah risau. +2 bila usia kandungan dia dah 7, 8 bulan. bila sampai kelas, mesti dia tersandar penat. ehmm. yelah, bawak baby kan. then bila pegang perut dia baby dia gerak-gerak. haha. tapi aku geli nak pegang perut dia bila baby tu gerak-gerak. tapi teringin. at the end, aku tengok je. :D

hmm. now dia dah selamat bersalin. alhamdulillah. dapat anak perempuan. comel. memang elok-elok lepas final exam. fyp pun lepas. orang kata anak ni bawak rezeki. mungkin dah rezeki dia sempat habiskan final. masa tengah final, dah 9 bulan. bila-bila masa boleh due. teringat masa aku tengah sembang-sembang dengan dia.

aku: ain, dah 9 bulan dh ni. nnti kalau tak sempat final macam mana.
ain: hai..aku tak nak la..biar la habis final dulu..kan anak ibu kan..anak ibu baikkan..biar la ibu habis exam dulu baru keluar eh.. (sambil usap-usap perut).

sedih sekejap. so sweet. rasa nak menangis pun ada. mungkin bila dah mengandung naluri keibuan tu mesti wujud punya la kan. kahwin tengah belajar. memang banyak dugaan. tengok kawan sendiri mengandung depan mata.sama-sama pergi kelas. sembang-sembang pasal jantina anak. bila tengok dia sakit pinggang semua. lain rasa. & make me think. umur baru 22 tahun dah merasa sakit mengandung. dah jadi ibu. aku ni jangan kata nak jadi ibu, nak kawin pun rasa macam tak layak lagi. belum cukup lagi ilmu kahwin ni. apa-apa pun i'm happy for her. =)

aku: kerja part time aku sekarang, jadi baby sitter. jaga 2 orang budak kecik. whew~~



adios~~
with ღ
n@n@

Friday, June 11, 2010

macam-macam kerenah.


hai.selamat malam.
yer.piala dunia dah mula.even aku tak minat sangat bab-bab sukan ni, tapi kalau tahu jer ada lawan bola, konfem aku tak senang duduk.
sukan lain aku boleh terima.olah raga ke, renang ke, badminton ke, apa ke, boleh la aku join papa @ abang @ dikmei tengok.
tapi kalau bola jer, haiyo~!
agaknya sebab bola ni aku rasa tiap-tiap hari ada kot.
hujung minggu je papa nak tengok bola.lepas satu..satu piala..
aish..
memang lepas ni, waktu malam aku hanya kat dalam bilik, mengadap laptop, sambil melayari internet, berfacebook, berblogging, @ main game.
haha..kalau rajin..
habis malas, aku tido awal.

baru kejap tadi...
mama: mama nak tengok akademi al-quran...
dikmei: ish...hri ni pembukaan bola laaa...bukak la tv1..
mama: ala...kejap jer...smpi 10.30..lepas tu tuka la...
dikmei: isshh... (sambil mulut bising-bising membebel, masuk bilik.)
akak..nak broadband..akak guna lagi ka.
aku: ha'ah..guna..
(padahal tengok muvie)
:D
dikmei: isshh...bosan laaa...(mulut bising lagi membebel)

haha..esok hujung minggu.papa cuti..konfem tivi tu mereka yang punya..
 
 aku: mama dah suruh ajar guna komputer.jangan lepas ni suruh ajar buat facebook sudah.

adios~~
with ღ
n@n@

Wednesday, June 09, 2010

bila....

bila keegoan menguasai diri.
bila kejujuran tak disemarakkan.
bila kesetiaan di permainkan.
bila penipuan demi penipuan wujud.
apa lagi yang tinggal?

tiada.
hanya senyuman paksa.
dan hanya luka.
sangat kasihan.

Tuhan,berikanlah kekuatan.
agar ego itu tak memakan diri.
agar kejujuran dan kesetiaan bukan sebuah permainan.
agar penipuan itu adalah sebuah kebenaran.
supaya tiada penyesalan di kemudian hari.

sampai bila harus bertahan.
sudah tiba kah waktunya?
aku tiada jawapan itu.


adios~~
with ღ
n@n@

Thursday, June 03, 2010

bell.

baru balik dinner bersama rakan-rakan 1 batch..bcn dan bcs..walaupun xsemua ada, tapi meja tetap panjang..kesian 'uncle' kedai tu tau kena ambik meja lebih..
meriah..gambar??nanti lah upload..belum kutip lagi dari semua orang..almaklumlah, kamera xde..harap kamera orang je lah.. :D
am gonna miss this moment..terasa sekejap masa berlalu..dah 3 tahun aku dengan korang..macam-macam kenangan ada.. ;(

entry malam ni bukan nak cerita pasal makan malam..itu nanti buat entry lain lah..kalau rajin..hehe..
hmmph..bell..sori..sampai sekarang pun aku xdapat nak bagi jawapan yang pasti..bukan aku tak fikir semua tu, aku fikir..aku cuma ikut keadaan dan masa yang berlalu..selagi aku boleh bertahan, aku bertahan..sampai bila aku xtahu..aku tahu kadang-kadang kau marah dengan perbuatan aku..xtetap pendirian.. =)
aku akui benda tu..buat masa sekarang ni, aku rasa biarlah aku buat xtahu jer..macam kau cakap, sebelum tido,lupakan semua benda..bangun pagi, senyum dan gembira je..menjadi jugak.. :D
satu masa nanti..aku tahu..hari tu akan datang jugak..aku percaya benda tu..
aku minta maaf tau bell..satu masa nanti..percaya la..

aku: takut na ym dgn kau.nanti kau marah.

adios~~
with ღ
n@n@

pertanyaan untuk cinta

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, 

ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, 

ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

Namun hakikat CINTA yang sebenar adalah CINTA kepada Pencipta dan RasulNya..
Kebahagiaan Dunia & Akhirat pasti menjadi milikmu dengan rahmat-Nya
Kerana itulah janji-Nya yang benar  yang pasti akan dikotakan..
Bekalkanlah iman dan taqwa sebagai bekal bagi memberati neraca timbanganmu
Untuk mengharap sesuatu yang kita sendiri belum lagi pasti baik atau sebaliknya
Sebagaimana CINTA yang kita dambakan atas makhluk diatas dunia yang fana' ini..
 


CINTA???

Seorang bijak pandai Islam berkata "Jika engkau mahukan kemesraan dengan ALLAH, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri...tidak mengikut hawa nafsumu...kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan ALLAH, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-Nya.." 


* kenali hakikat CINTA itu, sememangnya CINTA itu tersangat indah..*



aku: email dari maktih.mendalam maksud nih.

adios~~
with ღ
n@n@