Showing posts with label Tasneem Naturel. Show all posts
Showing posts with label Tasneem Naturel. Show all posts

Wednesday, February 05, 2020

Calm Time Tasneem Naturel

CALM TIME








Inilah balm CALM TIME dari Tasneem Naturel. Fungsinya adalah untuk :-

πŸ’šMengurangkan tantrum anak.
πŸ’šMembantu menenangkan anak yang meragam.
πŸ’šMemberi keselesaan pada anak.
πŸ’šMembantu anak supaya lebih tenang dan ceria!

Cara penggunaannya adalah :-

Sapu balm pada nadi tangan, nadi belakang telinga, tulang belakan dan tapak kaki.

Balm ini juga sesuai sangat digunakan oleh sesiapa sahaja, baik bayi yang baru dilahirkan atau orang dewasa. Selalunya setiap hari memang Nana akan sapu CALM TIME ni dekat anak-anak selepas mandi pagi dan petang. Pagi supaya diorang tenang-tenang je nak pergi sekolah. Petang supaya diorang senang nak tidur malam.

Bila anak tenang, ibu pun lagi lah bertambah tenang. Hehe. Untuk ibu-ibu yang nak anak tenang-tenang je pergi sekolah atau nak bagi baby yang baru lahir selesa je, boleh tekan link wasap kat bawah ye. πŸ’‹


πŸ’“
Nana

Sunday, February 02, 2020

7 manfaat bermain bagi anak-anak.

Tak dinafikan, perkembangan anak-anak kita dipengaruhi dengan aktiviti bermain. Mereka akan banyak belajar dengan bermain. Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu tahu manfaat bermain untuk anak-anak kita. Antaranya ialah :-

1. Bermain sangat penting sebagai salah satu keperluan untuk membantu perkembangan si kecil.
2. Bermain secara aktif boleh membantu menguatkan otot-otot tubuh si kecil.
3. Ketika bermain, si kecil sering melalui pengalaman baru. Pengalaman ini akan berada dalam memorinya dan kemudian akan diaplikasikan dalam realiti kehidupannya. Ini sekaligus akan membantu mengembangkan kreativiti si kecil.
4. Sewaktu bermain bersama rakan-rakan, si kecil akan belajar kemahiran bersosial. Di sinilah mereka akan belajar untuk menjalin hubungan persahabatan, menangani konflik, saling berkongsi serta belajar memberi dan menerima.
5. Bermain juga membuatkan si kecil mengetahui kemampuan dirinya. Di sinilah mereka akan belajar dan berlatih untuk mengatasi kelemahan yang dimiliki.
6. Sewaktu bermain, si kecil akan belajar mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang boleh dilakukan dan mana yang tidak boleh dilakukan.
7. Dalam bermain, dia juga akan mempelajari moral dan peraturan yang harus dipatuhi, misalnya tidak boleh bermain tipu atau mengelat dan perlu sedia berhadapan dengan kekalahan.

Maka, selalulah bermain dengan anak-anak kita. Tak perlu kita terlalu fokus nak anak kenal ABC seawal usia 3 tahun, nak pandai tambah tolak darab bahagi seusia 4 tahun. InsyaAllah, dengan bermain pun kita boleh ajar itu semua. Macam Nana, memang Nana tak pernah paksa anak-anak belajar pun. Sampai masa diorang pergi sekolah, diorang belajar semua benda tu kat sekolah. Balik rumah kita buat revision je.

InsyaAllah, cepat je diorang ni dapat tangkap. Kenal huruf, kenal nombor. Oh, cuma tulisan jawi tu memang nak kena extra extra extra revision. πŸ˜…

Bermainlah dengan anak-anak. Selain bagus untuk perkembangan mereka, kita juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan anak-anak.




Oh, sebelum bermain tu, kita 'spray' kan la dulu Bugs Away dari Tasneem Naturel ni untuk anak kita. Bugs Away ni sangat bagus tau untuk elakkan nyamuk atau serangga-serangga lain gigit anak kita terutama sekali kalau bermain di luar. Memang nyamuk tak akan serang la anak kita. Takde la berbintat kulit anak. Hehe.



Macam mana cara nak menggunakan Bugs Away ni? Senang je, spray sahaja pada baju, tangan dan kaki anak-anak. InsyaAllah Bugs Away ni selamat untuk kulit anak-anak kita. Spray banyak pun takpe. Untuk anak kulit sensitif pun insyaAllah selamat digunakan. Baunya pula adalah bau serai. Haa. Wangi tau.

Selalu sebelum bawa 2 beradik ni main kat taman, memang Nana spray siap-siap la Bugs Away ni. Kat tengkuk, tangan, kaki 1 badan la spray. Nanti kesian tengok kalau main tergaru-garu je diorang. Setakat satu dua bintat tu boleh la diterima kan. 😁

So, untuk mama atau papa yang nak dapatkan Bugs Away ni, boleh terus tekan link kat bawah ye. InsyaAllah, zaaassss kita akan reply segala pertanyaan secepat mungkin.


www.wasap.my/60183159351/nakbugsaway
www.wasap.my/60183159351/nakbugsaway
www.wasap.my/60183159351/nakbugsaway


πŸ’“
Nana

Saturday, February 01, 2020

FAQ tentang Tasneem Naturel

Di bawah ini adalah antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh pengguna kepada kami agen-agen Tasneem. Untuk anda yang masih ada sebarang kemusykilan, boleh ajukan terus kepada saya. 😘

1. Siapa yang boleh guna balm TN?
πŸ’š Balm TN boleh sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi newborn hingga orang dewasa.

2. Newborn boleh guna ke?
πŸ’š Boleh puan. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah di 'dilute' dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk 'newborn'. Banyak juga 'feedback' ibu-ibu dalam yang pantang kami terima.

3.Newborn boleh guna balm TN. Bagaimana pula dengan bayi pramatang?
πŸ’š Kami tidak menyarankan kepada bayi pramatang. (Kelahiran dibawah 37wks), kerana hati (organ) sikecil belum matang sepenuhnya lagi. Jadi, kita khuatir ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan.

4. Newborn saya jaundice. Boleh guna balm TN?
πŸ’š Kami sarankan puan ikhtiar dengan T-RUB. T-RUB membantu anak supaya kerap membuang air besar, supaya birubulin dapat dinyahkan. Kami telah dapat 'feedback' kuning cepat turun dengan T-RUB.
Adapun kami tidak sarankan Sleep Time jika anak jaundice, untuk elakkan anak asyik tidur, supaya ibu dapat kerap menyusukan bayi.

5. Balm ini panas tak?
πŸ’š Balm tidak panas.

6. Berat balm berapa? Tahan berapa lama?
πŸ’š Balm sahaja 18g. Termasuk bekas 80g. Sebekas balm boleh tahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan kerap.

7. Balm ada expired date?
πŸ’š 1 tahun lepas buka, 2 tahun jika belum dibuka

8. Sijil KKM ada tak?
πŸ’š Kelima-lima balm TN telah mendapat pengesahan dari KKM.








9. Ibu mengandung boleh guna?
πŸ’š Boleh. Ramuan balm TN TIADA bahan yang bahaya utk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandungkan.

10. Sleep tu kalau ikut pada cara penggunaan ada sapu di tapak kaki..kalau sapu sebelah tapak kaki apa jadi?
πŸ’š Tapak kaki ada saraf yang 'direct' terus pada organ tertentu. Jadi, kurang berkesan kalau sapu sebelah sahaja.

11. Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?
πŸ’š Balm TN mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian individu.

12. Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?
πŸ’š Cara simpan pada suhu bilik biasa. AWAS! Bekas balm adalah kaca. Jika dibaling boleh pecah.

13. Sejauh mana & berapa lama ketahanan CALM dan SLEEP tu berfungsi pada bayi.
πŸ’š Balm ini bukan ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya. Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk healing, rilekskan saraf & stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.

14. Kenapa lepas saya guna CF-RUB anak jadi kerap muntah? Selsema pun asyik meleleh je
πŸ’š Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna CF-RUB balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut. Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.

15. Kenapa SLEEP TIME balm tak boleh sapu banyak?
πŸ’š Dalam SLEEP TIME balm, ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar.
Biasa anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, SLEEP TIME balm hanya perlu sapu nipis sahaja untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih :joy:

16. Balm ini boleh guna serentak ke?
πŸ’š Boleh guna serentak.

17. Anak G6PD boleh guna?
πŸ’š Boleh puan. Tidak mendatangkan bahaya.

18. Anak ekzema boleh guna?
πŸ’š Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pd individu juga. Dalam balm ada almond oil di mana ada sesetengah yang sensitif dengan nya. Ada juga anak ekzema yang ok bila guna balm ini. Jadi, perlu kenalpasti anak sensitif dengan apa.

Tapi, sekarang kita dah ada balm SKEENZ yang dibuat khas untuk mereka yang berkulit sensitif & mempunyai ekzema.

19. Bayi saya naik ruam selepas sapu CF-RUB. Sapu balm lain tiada masalah. Anak 3 tahun sapu CF-RUB tiada naik ruam pula. Kenapa ya?
πŸ’š Bayi puan kemungkinan alergi dengan eucalyptus yang ada dlm CF-RUB. Ada sesetengah kulit bayi tidak serasi dengannya.

20. Anak saya ada 'allergy'. Apa yang perlu saya lakukan untuk pastikan balm ini sesuai dengan anak saya?
πŸ’š Cuba test sapu dipelipat terlebih dahulu. Jika nampak naik ruam, sapu balm ditapak kaki sahaja. Jika tidak, boleh sapu seperti yang disarankan.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk-produk Tasneem Naturel, boleh terus klik link whatsapp di bawah.



πŸ’“
Nana

Friday, March 08, 2019

Layout baru.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Hampir sempurna nak touch up blog ni. Walaupun memang terpaksa touch up di tengah malam waktu semua orang dah tidur. Ni pun suami dah tidur kat sebelah. Ajak teman, dia yang berlayar dulu. Haha. It's ok lah.

Tujuan asalnya nak aktifkan balik blog ni sebab Tasneem Naturel la. Ingatkan nak buat blog baru, tapi rasa sayang pulak dengan blog ni. Dari zaman universiti simpan blog ni, alang-alang tu, teruskan je la kat sini. Mana post yang tak berkaitan tu dah delete la. Tak habis lagi pun. Kita cuba nak jadikan blog ni blog yang agak berhemah ye. Cheewah. Biar orang ramai boleh dapat info dari blog ni. Bukan sekadar luahan perasaan. Haha. Ya Allah. Ni pun rasa dah macam luahan perasaan.

Tengah belajar macam mana nak baca traffic dekat blog ni. Dah la nak edit layout pun kena guna javascript. Dah kenapa la tak dapat berpisah dengan dunia coding ni. Mujur la skill lama tu ada lagi sikit-sikit walaupun rasa taknak tengok dah coding. Apa la sangat coding blogspot ni. Kan? πŸ˜† Harap-harap layout yang baru ini memuaskan hati anda semua. Tak terlalu serabutkan, walaupun agak berbunga-bunga sikit disitu. 🌹🌹

Doakan sis berjaya update 100 entry sebulan. Demi menaikkan traffic blog. Amiin. 😘


Farhana,
Masih seorang Software Engineer - dirumah. πŸ˜‹

Baby Spa Set Tasneem Naturel

Assalamualaikum W.B.T

Harap masih belum terlambat lagi nak cerita tentang produk baru dari Tasneem Naturel. Ada produk baru ke? πŸ‘€πŸ‘€ Ada.....Hehe..Walaupun di cipta khas untuk bayi baru lahir, bayi yang dah membesar pun boleh guna, apatah lagi kita yang dewasa ini. Sama la macam balm juga, sesuai digunakan oleh bayi baru lahir sehingga dewasa. πŸ˜‰

Ok. Taknak panjang cerita. Inilah dia produk baru dari Tasneem Naturel, yang diberi nama Baby Spa Set. πŸ‘Ά

Baby Spa Set ada 3 produk, iaitu Head To Toe, Massage Oil, dan Lotion. Seperti poster di bawah ini.


Sorry. Ini poster promosi hari tu. Hehe. Dah lepas 1 Mac, dah launching pun. πŸ’š Dari 2000 set yang dikeluarkan, ada tinggal 300++ set sahaja lagi yang tinggal. MasyaAllah. Takpe, insyaAllah batch kedua akan masuk tak lama lagi.

Apa yang 'special' sangat dengan set ni? Specialnya sebab bahan-bahan pembuatan semua produk ni diadun dengan menggunakan resepi balm CALM TIME. Siapa yang dah pernah guna, mesti tau macam mana bestnya balm CALM TIME tu. Wangi sudah semestinya lah. Dijamin memang anak-anak mesti suka. πŸ‘

Eh. Kita dah guna tau. Kita beli Head To Toe loose set untuk nak cuba. Ni bukan bagi anak-anak yang cuba, umminya ni yang guna. Haha. Ya Allah...Memang best sangat bau tau. Wangi sangat. 😍😍 Dah lah memang suka bau balm CALM tu, dapat Head To Toe ni, memang jatuh cinta berkali-kali la jawabnya. Haha.

Jadi, siapa yang perlu dapatkan BABY SPA SET ni?

1. Bakal ibu yang tengah mengandung (beli awal pun tak apa, tak ada masalah aih.)
2. Ibu yang baru lepas melahirkan anak.
3. Ibu yang dalam tempoh berpantang.
4. Suami yang ada isteri sedang mengandung.
5. Suami yang ada isteri sedang berpantang dan baru melahirkan anak.
6. Kawan-kawan atau saudara mara yang ada kenalan tengah berpantang, sudah melahirkan anak atau bakal melahirkan anak.
7. Ibu bapa yang sangat pentingkan penggunaan bahan - bahan semulajadi untuk anak.

Harga : RM99 sahaja (tidak termasuk postage)

Berbaloi sangat la dengan bahan-bahan premium yang ada dalam semua produk ni kan. Lagipun guna tak banyak pun. Picit sikit-sikit je untuk baby. Kalau mak baby nak guna, kena la beli yang saiz besar sikit. Hehe.

Berminat untuk dapatkan Baby Spa Set di atas ni? Boleh terus klik link dibawah @ tekan logo whatsapp kat sebelah. Haa. Senang. Nanti terus je direct masuk whatsapp. 😊


InsyaAllah, next post kita akan cerita fungsi dan kelebihan Baby Spa Set ni.

Farhana,
Agen sah Tasneem Naturel.

Saturday, February 09, 2019

Agen sah Tasneem Naturel Subang Jaya & USJ


Assalamualaikum semua. Buat yang baru mengenali, nama saya Siti Farhana. Alhamdulillah dah berusia 30 tahun, berkahwin & sudah mempunyai 2 orang hero kecil. Mula menjadi pengedar sah Tasneem Naturel sekitar Ogos 2017. Baru setahun lebih je & sehingga sekarang pun masih menjadi pengedar yang sah di sekitar kawasan Subang Jaya & USJ.

Mungkin ramai yang dah tahu cerita macam mana boleh join dengan Tasneem Naturel ni. Balm pertama yang dicuba waktu tu balm Calm Time. Masa tu Luqman tengah fasa tantrum. Umur dalam 3 tahun lebih. Betul la tu, normal la kalau anak-anak tantrum kan waktu umur macam tu. Mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak, baling barang, tapi kalau kita boleh kurangkan lagi amukan dia, mesti lagi tenang perasaan kita kan? Bagi je tips untuk kurangkan tantrum anak, semua pun kita cuba. Ada satu masa, bila ada orang pertikaikan kenapa teruk sangat Luqman ni mengamuk. Macam kita ni teruk sangat tak pandai nak urus anak. Sedangkan kalau boleh, kita dah jadi mak ni, memang taknak pun anak tu mengamuk. Seboleh mungkin kawal emosi anak, tapi tak semua benda kita kena turutkan kan? Memang terkesan sangat dekat hati waktu tu bila orang komen macam-macam. Tak nak dengar cakap² orang, tapi dah terdengar pun. Sedihnya rasa waktu tu.

Bila nampak ada sedara jual balm ni, terus rasa nak cuba tanpa ragu-ragu. Tak fikir dah berkesan ke tak. Memang nak beli, nak sapu kat Luqman dengan harapan dia boleh kurang mengamuk. Mengamuk dia bukan setakat menangis biasa-biasa, memang mengamuk baring dekat lantai, hentak kaki, kalau teruk lagi, hentak kepala. Takkan berhenti selagi tak penat. Hari pertama dapat balm Calm, memang hari tu dia ada mengamuk. Peluk apa semua tak jalan, terus sapu balm Calm tu. Waktu dia tengah menangis tu, sapu balm. Sambil selawat sikit, baca doa untuk lembutkan hati anak, benda yang sama dibuat tiap kali dia mengamuk, cuma hari tu kita calit balm Calm.

Bukan nak kata hebat sangat, tapi memang tak lama lepas tu Luqman betul-betul 'cool down'. Mengamuk dia tak lama macam biasa. Menangis pun tak lama. Bila bercakap dengan dia, ada respon. Tak marah dah. Apa perasaan bila jadi macam tu? Mesti la rasa lega teramat sangat, syukur, kagum ada, tak percaya pun ada. Nak kata tak logik pun boleh, tapi memang betul-betul jadi macam tu. Lepas tu pun boleh nampak perubahan Luqman setiap hari dah jarang nak mengamuk sangat. Sekali sekala tu memang la dia marah jugak, tapi dah boleh dikawal perasaan. Takde nak hentak kepala, nak baling barang dah. Itu la permulaan jatuh cinta dengan balm Tasneem.

Lepas tu, baru cuba balm yang lain. CF-RUB kot kalau tak salah. Sebulan lepas tu baru buat keputusan nak sama-sama join bisnes Tasneem Naturel tanpa mencuba semua balm pun. Lepas jadi pengedar baru guna semua balm dengan istiqamah sampai lah sekarang. Tak pernah tinggal setiap kali lepas mandi. Kami anak beranak memang 'product lover'. Niat asal bisnes, memang suka menjual. Nak cari duit poket geli-geli. Dah kita pun duduk rumah jaga anak, nak jugak RM 10, RM 20 beli aiskrim. Itu dulu la, sebab tak pernah impi & mimpi boleh dapat RM 500 sebulan, tapi alhamdulillah pernah dapat.

Nak cerita manfaat setiap balm, memang terlalu banyak. Walaupun memang tak dinafikan kesan setiap balm bergantung kepada setiap individu itu sendiri. Yang penting, guna dengan yakin & konsisten. Buat anda yang nak menjana pendapatan, insyaAllah Tasneem Naturel boleh jadi platform untuk anda. Kerja apa pun yang kita buat, disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh, insyaAllah pasti ada hasilnya di kemudian hari.


Sekiranya ibu-ibu berminat mahu bersama-sama dengan saya menjana pendapatan ataupun ingin mendapatkan balm bayi ini, boleh hubungi saya di talian seperti di bawah.



πŸ’— Farhana
Agen sah Tasneem Naturel Subang Jaya.

Sunday, January 06, 2019

Riadah Hujung Minggu

Hari minggu pertama 2019, kami anak beranak teman abah main bola padang. Dah beberapa bulan suami join team kawan dia main bola padang. Rasanya azam 2019 memang lepas ni pagi ahad kami akan beriadah dekat padang bola la kot jawabnya. πŸ˜„

Ok la kan. Memandangkan diri sendiri pun dalam fasa tengah menurunkan berat badan, tahun 2019 nak jadi lebih sihat & cergas. Gituu. Hehe. Sama la juga pagi ni, teman suami main bola padang. Oh, aku memang ikut je suami kalau dia ada game ke, event apa-apa ke. Futsal je selalu main tengah malam, kalau tak dah ikut jugak.

Main bajak kutip daun.

Ok. Hari ni nak cerita promosi sepanjang Januari untuk Tasneem Naturel. Haa. Nak tau tak apa promosinya? πŸ˜‰

Sepanjang bulan Januari 2019, dengan setiap pembelian 2 balm & ke atas, akan dapat PERCUMA 1 PUZZLE EDISI OMAR HANA. Macam mana rupa puzzle tu? Macam gambar kat bawah ni.



Best ke best? Boleh bagi anak-anak main puzzle comel ni pulak kan. Beli 2 balm je, insyaAllah, dapat la puzzle Omar Hana ni. Puzzle ni tak dijual tau. Hanya boleh dapat FREE bila beli balm Tasneem je. Macam biasa, benda LIMITED, selagi stok masih ada lah. 😊

Yang nak mendapatkan balm Tasneem Naturel ini boleh terus whatsapp di nombor 018-3159351 ye.

πŸ’“ Farhana
Agen sah Tasneem Naturel Subang Jaya

Wednesday, January 02, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Assalamualaikum 2019.

Alhamdulilllah dah masuk tahun ke 2019. Banyak agenda dan perancangan yang dah dibuat untuk tahun 2019 ni, terutama sekali rancangan kewangan lah. Tahun ni juga tahun pertama hero sulung ke tadika. Luqman dah nak masuk alam persekolahan. How time flies. Ummi yang masih tak bersedia nak lepaskan anak ni. Hehe.

Hari ni belum mula lagi sekolah Luqman. Esok baru mula. Hari ni kita rileks dan tidur je dulu. Haha. 2018 banyak kenangan yang pahit dan juga manis. 2018 juga buat aku serius nak bisnes jual balm dengan sungguh-sungguh. InsyaAllah. Doakan tahun ni akan melimpah lagi rezeki dengan jual balm ni. Amiiin.

Kadang-kadang rasa dah selesa sangat jadi surirumah ni. Apa yang nak, suami bagi. Apa nak beli, suami bayar. Nak makan apa, makan la. On that part, alhamdulillah, cuma, ada satu perasaan yang buat aku rasa nak juga buat sesuatu. Hutang tak habis bayar lagi weii. πŸ˜‚ Tu yang jual macam-macam, tapi, tak pernah serius. Hehe. Sibuk dengan anak kononnya. Please please doakan kali ni aku bertambah serius dengan balm Tasneem Naturel ni. Baking kek lagi ke tak? Aku buat kalau ada tempahan je. Tak terbuat lagi kalau nak buat banyak-banyak. Siapa yang tempah, insyaAllah aku buat je. 

2018 juga banyak sangat memberi aku pengajaran. Alam rumahtangga, hidup suami isteri, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling merupakan pengalaman & pengajaran yang terbaik untuk kita. All I can say is, do whatever you want to do. Orang kata zaman sekarang zaman makcik & pakcik bawang. Kuatkan semangat!

Akhir kata pembuka tirai 2019, Selamat Tahun Baru semua. Semoga segala urusan dan perancangan kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amiin.

Kita guna gambar 2018bestnine lah. 😊

Hampir terlupa. Disebabkan kita sekarang agen sah Tasneem Naturel, sesiapa yang nak mencuba balm Tasneem Naturel, boleh terus whatsapp ye. 😘

018-3159351
Tasneem Naturel Subang Jaya.

p/s : Sekarang tengah ada promosi Januari tau. Will update later.

Sunday, December 09, 2018

Luqman dan Tasneem Naturel

Diam tak diam, dah setahun rupanya terjebak dengan Tasneem Naturel. Ya, sekarang dah jadi agen sah Tasneem Naturel. InsyaAllah, akan fokus dengan Tasneem sampai bila-bila. Sebelum ni guna untuk si abang je, sebab waktu tu dia tengah fasa tantrum yang tak boleh dikawal. Nampak sedara tengah 'promote' dekat Facebook dia masa tu, rasa macam nak cuba. Terus beli satu. Masa tu beli balm 'CALM TIME'.

Lepas dah guna, alhamdulillah. Memang tak sangka, Luqman dah jarang nak mengamuk. Dulu tu mengamuk sampai hentak kepala dekat lantai. Bukan mengamuk sebab kita marah dia, tapi mengamuk sebab tak dapat apa yang dia nak. Cakap elok-elok pun tak jalan, segala tips yang ada dalam google tu mana yang tak cuba. Semua pun cuba. Sekejap je elok, lepas tu, mengamuk balik. Umi is pening. πŸ’†

Hampir seminggu guna memang nampak perubahan. Terus jatuh cinta dengan Tasneem, terus beli balm yang lain. Sebulan lepas tu terus jadi agen sampai lah sekarang. Walaupun budak-budak ni dah 3,4 tahun, tetap guna juga setiap hari. Sampai sekarang pun memang guna setiap hari. 😍 Eh, dok tulis ni, korang dah kenal belum dengan balm Tasneem ni? Hehe. Kat bawah ni la balm Tasneem. Ada 5 jenis semuanya dengan fungsi yang berbeza.



Fungsi untuk setiap balm adalah seperti di bawah ni.

πŸ’— CF-RUB : Membantu mengurangkan masalah batuk dan juga selsema. Mengurangkan suhu badan ketika demam.
πŸ’š CALM TIME : Membantu untuk menenangkan anak yang suka mengamuk, meragam.
πŸ’œ SLEEP TIME : Membantu anak yang susah nak tidur, tidur tidak lena, tidur tidak ikut pola yang betul.
πŸ’› T-RUB : Membantu anak yang mempunyai masalah sembelit, kembung perut, cirit-birit.
πŸ’™ SKEENZ : Membantu untuk mengurangkan gatal-gatal kulit, ruam lampin, ruam susu, gigitan serangga, eczema.

Walaupun fokus untuk anak, tapi sebenarnya balm sesuai untuk semua golongan tau. Mak & mak mertua pun guna ye balm ni. πŸ˜‰ Balm apa yang mereka guna? Nanti kita cerita dalam next post. 😘



Berminat nak mencuba balm Tasneem?
Boleh whatsapp terus ke 018-3159351 😊

Tasneem Naturel Subang Jaya