Monday, November 25, 2013

Pregnancy Review : A Story From A Doctor

ini dari seorang kawan sekolah aku yang sekarang dah bergelar seorang doktor. memang banyak dia share experience dia sepanjang bergelar doktor ni. banyak kisah yang menarik. yang ini pulak aku tertarik nak share. :) credit to Dr. Syamirulah Rahim.


"Aku, Buku Merah, Dan Pesakit Itu."

***

"Puan, jadi kandungan ini anak sulung puan, berusia 35 minggu..puan dimasukkan ke wad semalam sebab contraction datang awal, kan."

Pesakit berkenaan mengangguk perlahan, sedang Dr. Syamirul memulakan review petang pada hari tersebut. Wanita mengandung berusia sekitar 30 an itu memerhati Dr. Syamirul membelek perlahan buku merah nya, yang menjadi "passport" bagi semua wanita mengandung.

Sering beliau ingatkan kepada pesakitnya, pergi ke mana sekalipun, hatta ke pasar malam pun, seseorang wanita mengandung mesti perlu membawa buku merahnya bersama. Semua maklumat mengenai kandungan tercatat didalam buku itu. Ditakdirkan tiba masa datang tanda kelahiran, doktor takkan sempat menyoal itu ini kepada pesakit, buku merah itulah yang membawa jawapan kepada persoalan2 penting.

Teringat Dr.Syamirul akan soalan viva beliau di awal posting di jabatan OnG berkenaan. "Seorang pesakit, 20+ years old, unbooked, presented with contraction pain and leaking liquor. What is the first thing you must do?" soal MO beliau. Tergagap2 Dr. Syamirul. Ligat kepalanya berpusing, buntu.

"Perspeculum and Vaginal Examination?" Dr. Syamirul meneka. Logiknya begitulah. Kalau betul dah datang tanda sakit dan dah turun air ketuban, maka next step perlu tahu apakah bukaan rahim dah cukup luas. Silap2 dah OS full, kena transfer masuk labor room terus.

"Bukan, rapid test HIV! Unbooked mother, you tak tahu status HIV dia, you jangan letakkan diri you or the whole labor room team dalam risiko by conducting deliveries or even performing VE without knowing whether she had HIV or not!" Tegas MO berkenaan.

Begitulah peri pentingnya buku merah tersebut. Bukan setakat tempoh gestasi kandungan, malah status screening HIV, kedudukan/presentasi kandungan, lokasi terkini plasenta, masalah2 antenatal, semuanya tercatat dalam buku merah yang menjadi sumber maklumat doktor dalam mengendalikan sesebuah kelahiran.

Sedar dari lamunan, Dr. Syamirul membelek-belek buku merah pesakit tersebut. "G1P0", dibaca "gravida one para zero", juga sinonim dengan "nulliparous", membawa maksud ini adalah kandungan pertama wanita ini, serta wanita ini tidak pernah mengalami kelahiran.

"Emm..doktor.." suara wanita berkenaan menarik perhatian Dr. Syamirul. "Ye, kak?"

"Sebenarnya ini bukan anak pertama saya."

Dr. Syamirul membeliakkan mata. Menanti penjelasan lanjut wanita tersebut.

"Beberapa tahun dulu saya dah pernah mengandung dan bersalin, tapi ketika itu saya muda lagi, tak kahwin lagi. Suami saya sekarang tak tahu pasal perkara ni, keluarga saya pun tak tahu."

Dr. Syamirul mengucap panjang didalam hati. Tak sangka, apa yang selama ini dianggap beliau hanya scene dalam drama, kini berada didepan matanya.

"Tak apa kak, terima kasih sebab beritahu perkara yang sebenar kepada kami. Hal ini penting kak, kerana banyak perkara yang perlu kami para doktor tahu mengenai kandungan yang sebelum ini, dan ia juga akan mengubah banyak aspek rawatan dan penjagaan akak termasuk ketika proses kelahiran kelak."

Maksudnya pesakit ini bukan lagi nulliparous, tetapi sebenarnya multiparous (sudah pernah mengalami kelahiran). Banyak management sudah berubah dari hakikat ini. Ubat penguat contraction, pitocin, tidak boleh lagi diberi pada kadar 96cc/h, sebaliknya mesti diseparuhkan. Tempoh maksimum fasa aktif kelahiran juga tidak lagi dibenarkan mencecah 12 jam, sebaliknya disingkatkan ke 8 hingga 10 jam. Kadar kecepatan proses bersalin pun berbeza, kalau nulliparous kita dapati bukaan rahim baru 4cm, kita boleh rehat2 lagi. Tapi kalau multip, sudah perlu berjaga2, sejam dua sudah boleh os full.

Bukan itu sahaja. Malah, sejarah kandungan dan kelahiran terdahulu juga perlu diterokai. Bersalin biasa atau operation? Jika anak sebelum ini dibedah, perlu diketahui apakah ada komplikasi atau tidak. Adakah allow VBAC (vaginal birth after cesarian)? Berapa berat kelahiran, kerana jika anak sebelum ini besar, kemungkinan kandungan2 seterusnya juga besar, yang boleh mendedahkan kepada risiko soulder dystocia atau extended tear.

Soalan pertama Dr. Syamirul kepada wanita berkenaan tentulah, "Buku merah yang anak dahulu tu, masih ada kak?" Kerana dalam buku itu tercatat semua maklumat yang perlu diketahui, termasuklah maklumat postnatal (pasca kelahiran).

"Tak ada doktor, semua saya sudah buang. Anak tersebut pun saya dah bagi kepada keluarga angkat, saya sendiri dah tak tahu siapa dan ada di mana. Doktor tolong jangan sebut perkara ini dihadapan suami saya atau keluarga saya, mereka semua tak tahu." Tergambar kegusaran pada riak wajahnya.

Begitulah berbezanya perspektif doktor dan pesakit. Tatkala ketika itu, seorang doktor sedang khuatir dan risau mengenai pesakitnya, plan rawatan dan management yang perlu dibuat. Sedangkan pada pihak pesakit, apa yang beliau khuatir dan risaukan, adalah takut kebenaran diketahui oleh suami dan ahli keluarganya.

"Tak apa akak jangan risau, selaku seorang doktor, kami terikat dengan kerahsiaan pesakit sekalipun terhadap suami dan keluarga akak sendiri, kecuali kes-kes tertentu." - barulah tampak lega pada raut mukanya.

"Tapi saya minta kepada akak, maklumat akak ni sangat penting khususnya kepada kami yang nak tolong akak ni. Kalau kami tak diberitahu mengenai hal ini, kami boleh memberi rawatan yang salah, management yang salah, yang boleh mengancam nyawa akak mahupun bayi dalam kandungan. Tengok dalam buku merah akak pun dah salah, akak sepatutnya bagitau perkara ni semasa nak buka buku merah ni lagi. Bayangkan apa terjadi kalau akak datang dalam keadaan dah nak bersalin sangat2, tak sempat bagitau kami, dan kami pula hanya berpandukan buku merah ini semata?"

"Ye..akak faham..akak minta maaf," serak suara wanita tersebut dihadapan Dr. Syamirul.

"Tak apalah akak, yang penting alhamdulillah, akak berterus-terang dengan saya hari ini. Setidaknya, saya masih sempat buat pembetulan pada buku ini. Minta maaf akak, buku merah ini maklumat hospital, kita kena tulis perkara yang betul. Tapi inshaAllah kita akan tulis dalam bahasa inggeris serta menggunakan istilah2 perubatan, mudah2an agar suami atau ahli keluarga akak yang terbaca buku ni, tidak faham apa yang ditulis. Tapi untuk pencegahan, mungkin akak boleh simpan buku ini baik2 agar tidak dibaca oleh orang lain."

"Terima kasih doktor, terima kasih sangat-sangat."

"Tapi saya minta dengan serius kepada akak, akak nak rahsiakan hal ini daripada suami dan ahli keluaga, itu hak peribadi akak. Namun saya minta sangat2, bila sampai masanya nak bersalin nanti, akak mesti berterus terang dengan kami. Biarpun ketika itu suami akak ada sekali. Kerana ia mempengaruhu rawatan kami ketika itu.

"Baik, doktor.."

Selesai review pesakit berkenaan, Dr. Syamirul segera mendapatkan MO beliau untuk dimaklumkan mengenai hal itu.

***

Meskipun peristiwa ini berlaku beberapa bulan yang lalu, ia masih berlegar di mindaku. Besar impaknya, kerana peristiwa realiti yang sebelum ini dibayangkan dalam novel/drama sahaja.

Wanita tersebut mungkin dahulunya jahil. Jahil sehingga melahirkan anak luar nikah. Dan mungkin dia pada ketika ini sudahpun bertaubat dan berusaha melupakan masa silamnya.

Namun hakikatnya, masa silamnya itu tetap datang menghantuinya. "A new life" might not seem so new.

Begitu juga, pendiriannya untuk tidak memberitahu suaminya mengenai perkara tersebut. Aku tidak berhak judge her decision. Malah sering juga kita dengar dalam kuliah agama, ustaz-ustaz mengatakan isteri tidak wajib menceritakan peristiwa hitam yang silam kepada bakal suami.

However, to what extent? Contohnya dalam situasi wanita ini. Sampai bila beliau mahu menyembunyikan hakikat ini daripada pengetahuan suaminya? Adakah beliau sanggup meletakkan nyawanya dalam bahaya demi menyembunyikan maklumat ini?

Apa terjadi jika suaminya mengetahui akan hakikat ini? Secara romantiknya orang berkata, jika benar suaminya mencintainya maka dia akan menerima isterinya seadanya. Namun benarkah realistiknya sedemikian? Kalau anda di tempat itu, bagaimana?

Kesemua komplikasi2 ini, tiadalah mampu aku rungkai dalam minda, melainkan hanya mampu aku katakan, "beringat sebelum kena."

Tatkala zina membarah dalam masyarakat yang aku melihat sendiri first person akan akibatnya, setiap minggu ada sahaja kes zina yang dilaporkan, ibu luar nikah melahirkan anak, sukar untuk aku bayangkan institusi kekeluargaan masyarakat zaman akan datang, sepuluh dua puluh tahun kemudian, bagaimana ia akan tertegak, kukuhkah ia atau rapuh didalam.

Dan betapa susah menyampaikan mesej "beringat sebelum kena" ini kepada adik-adik remaja anak muda kita, tatkala mereka lebih mudah terpengaruh dengan terbitnya bukti video kapel seminggu, video gwiyomi boyfriend, dsb..

Justeru pada malam tasu'a menjelang asyura ini, aku menadah tangan bermunajat sambil mengenangkan qalam Ilahi,

"Ya ayyuhal ladziina aamanu, quu anfusakum, wa ahliikum, naara." Surah At Tahrim, ayat enam. [66:6]

**
Disclaimer:

- dialog, latar dan watak diubahsuai bagi mengekalkan kerahsiaan pesakit, dalam masa yang sama, mengekalkan keaslian jalan cerita.

Sunday, November 24, 2013

Pregnancy Review : Pregnancy Check Up

assalamualaikum w.b.t.
ehem. musim mengandung, banyak la eh cerita pasal mengandung. :) banyak jugak google mencari info-info untuk ibu mengandung. dah sampai bulan ke-5, lagi banyak benda kena baca. jumpa doktor sebulan sekali je untuk check up. cakap pasal check up, experience sendiri, lepas disahkan mengandung, minggu ke 8 tu terus pergi Klinik Kesihatan buat buku merah. niat asalnya nak MC, sebab badan tak sihat. sampai dekat sana, konfius jap nak pergi bahagian ibu mengandung ke bahagian biasa. tapi pergi bahagian biasa jugak mula-mula, cakap kata tak sihat, tapi saya mengandung.haha. staff tu pun suruh pergi bahagian ibu mengandung dan cakap kata nak bukak buku merah. bertambah konfius lagi, buku merah tu apa pulak. tak apa lah. klinik yang kami pergi Klinik Kesihatan Shah Alam mula-mula. bila pergi bahagian ibu mengandung, ditanya pulak rumah dekat mana. rupanya, kena pergi klinik yang dekat dengan rumah. so, Shah Alam taknak terima, disuruh pergi Kelana Jaya. Subang Jaya tak ada Klinik Kesihatan. bila sampai Kelana Jaya pun,nurse cakap sepatutnya Taman Medan. tapi dia accept jugak la, boleh diterima. baru la tahu macam tu rupanya prosedur. yelah, awak baru seminggu sah mengandung, lepas tu niat nak ambik MC, terus pergi buka buku merah tu. tak sempat nak google ke tanya orang ke apa lagi dah nak buat apa masa awal mengandung tu. bagus juga, belajar sendiri. :D

Rasanya mana-mana ibu mengandung pun tahu buku merah tu apa kan. macam buku rekod setiap kali kita buat check up. sebab kita check up merata-rata, kot nak bersalin nanti pun bukan dekat klinik yang kita selalu check up. itulah gunanya buku merah. dulu housemate mengandung pun taktau wujud buku merah tu. haha. Jadi, masa 8 minggu dah buat check up yang pertama, then, next check up sebulan kemudian. masa first check up tu nurse tanya kerja kat mana. bila cakap KL, dia tanya kenapa tak pergi sana je. mana la tahu. rupanya nak senangkan kita, lepas check up boleh masuk kerja terus. begitu lah. so, nurse pun suggest check up kedua terus ke Klinik Kesihatan dekat KL.

On 12 weeks, hari yang sepatutnya kena buat check up, aku pun ambik cuti. sebab malas nak ke KL dan nak masuk kerja lepas tu. huhu. still proceed pergi Kelana Jaya. seperti yang diketahui, kalau Klinik Kesihatan memang terlalu ramai orangnya. dan memang perlu menunggu dengan sabar. kalau klinik bukak pukul 8, 7.30 orang dah beratur tunggu. tapi aku pukul 9 baru sampai. hehe. memang tengah hari la habisnya. tak dapat jumpa doktor pulak tu. nurse pun check perut gitu2 je. erm, ada la nak kata tak puas hati jugak sikit. sebab kita tak tahu baby kita macam mana condition, sihat ke tak kan. maybe sebab usia kandungan still awal lagi dan mereka lebih utamakan untuk ibu-ibu yang dah sarat. jadinya, lepas tu aku pun decide dengan husband nak tukar pergi check up dekat swasta on next appointment. dari mula pun memang aku tak pernah scan baby. bukan taknak pergi klinik swasta, tapi ada je halnya dengan family dan tak berkesempatan. takpe, berdoa je baby sentiasa sihat sejahtera dalam perut ni. :) 

honestly, memang kami berdua relaks je. sepanjang 4 bulan pertama tu, 2 kali je aku jumpa doktor. selebihnya aku jaga diri sendiri. cukupkan rehat. jaga makan. dan aware lah dalam perut ada baby. haha.appointment ketiga, aku tak pergi. huhu. masa tu kandungan dah 16 minggu. bulan ke-4 lah kan. sebabnya masa tu terlalu banyak hal nak diuruskan. dengan dah
elalu sangat ambik cuti. dan macam-macam benda lagi lah. makanya aku missed appointment. dan bila kandungan dah masuk 20 minggu hari tu, means dah 5 bulan baru aku pergi buat check up. first check up dekat swasta. oh, lepas survey dan tanya beberapa orang kawan aku dan husband, kami pun decide nak proceed dekat Hospital Umra, Shah Alam. memang hospital khas untuk ibu mengandung & anak. tapi still ada juga untuk rawatan sakit yang lain.

seperti biasa, mula-mula nurse check berat, tekanan darah dan air kencing. cuma, tak ada check HB darah. kalau kat Klinik Kesihatan memang akan check HB darah. HB means Hemoglobin dalam darah. HB ni penting untuk ibu mengandung untuk elakkan kesan tak elok kepada baby. cukup ke tak cukup oksigen dalam darah merah kita.erm, boleh google lagi la kot. aku pun google je nak tau. :D ok, itu prosedur biasa lah kan sebelum check kandungan kita. hari tu boleh tahan ramai juga ibu-ibu mengandung. dengan orang sakit nak bersalin lagi.lepas nurse dah check semua, tunggu untuk scan baby pulak. :) for the first time nak tengok baby dalam perut. 

Alhamdulillah. baby sihat. uri dekat atas. kepala time tu dekat bawah. still, dia boleh pusing-pusing. masa tu dia tengah makan. haha. sebabnya elok sebelum tu aku makan roti sebab dah lapar. jadinya, dah masuk dalam perut dia pulak sambung makan. :D memang nampak tengah mengunyah. hai comelnye. :) :) :) tangan kaki gerak-gerak sana sini. tapi memang aku tak rasa apa-apa pun. maybe sebab dia kecik lagi kot. perut aku pun mana ada membulat sangat. bila nak tengok muka, dia tutup pulak dengan tangan. kaki melonjak-lonjak. dengar degupan jantung dia. tengok darah dalam jantung, dalam otak. kesimpulannya, i am speechless..dan tak ada apa yang mampu nak ucap selain Alhamdulillah. bila jumpa doktor pula, doktor cakap semuanya sihat, tak ada apa-apa masalah. :) tapi kena membebel jugak sebab dah skip 3rd appointment dan belum buat ujian air gula. :D don't follow this. make sure pergi check up sebulan sekali.

nak dijadikan cerita aku kena buat ujian air gula on the next day. sebabnya mama ada history kencing manis, sebab tu kena buat. bak kata doktor, perubahan hormon boleh jadi sebab untuk ada kencing manis walaupun sekarang tak ada kencing manis. kot nak makan coklat 1 bar, badan tak boleh terima, terus gula naik. begitulah. bila sebut air gula, nampak macam scary kan. termasuk la aku. dengar cerita kawan-kawan, semua bagi feedback tak best lah. haha. tapi bila aku minum, sedap pulak rasa dia. macam rasa ribena pun ada. tapi memang pekat la. warna pun merah macam darah. selama ni dok imagine ingat warna putih. macam minum pati gula tu. :D Alhamdulillah, keputusan ujian pun ok. tak ada kencing manis.

so far, aku berpuas hati jugak dengan servis kat Hospital Umra ni. doktor pun baik. :) banyak bagi nasihat especially untuk new mommy macam aku.oh masa scan tu, tak pilih pun nak 2D ke 3D ke 4D ke. terus doktor tu scan semua. dari 2D sampai 4D. dapat sekeping CD ada gambar dan video baby + 2 keping gambar 2D + 1 keping gambar 4D total semua RM185. termasuk pakej check up jumpa doktor semua sekali lah tu. untuk test air gula pulak RM78. aku rasa untuk servis biasa macam tu memang RM70++ lah. :)

just sharing what I feel towards my pregnancy moment. bila officemate tanya apa perasaan, taktau nak cakap apa perasaan. haha. dari sebelum aku kahwin dia tanya apa perasaan nak kahwin, apa perasaan dah kahwin sampai la apa perasaan dah mengandung. haha. apa-apa pun, semua pengalaman ni kan satu proses pembelajaran jugak. me and husband sama-sama go through this process. dia la yang meneman pergi klinik dari mula sampai habis. aku cuti dia pun cuti. bila taktau, 2 2 orang taktau, tapi lepas tu sama-sama tau. bila doktor explain, 2 2 pun oooo...hahaha..same goes to my mother in law juga yang sama-sama teman kalau husband tak cuti @ ada emergency. yang banyak bagi nasihat2 jugak on how to be a parents. plus papa dengan mama kan jauh di perak. :)

so, that's it. to be continued...... :D

Thursday, November 21, 2013

my little munchkin.

genap 21 minggu..masuk 22 minggu my 1st baby bernyawa dalam perut ni. :) dan kalau diikutkan selesailah sudah aku melalui trimester pertama..dah masuk trimester kedua..walaupun masih ada lagi terasa
sikit-sikit pening, loya..tapi dah boleh makan double dari biasa tu aku kira dah ok la tu..perasaan? :)
tak dapat nak cakap macam mana..kami tak pernah merancang untuk anak..aku mungkin la masa awal berkahwin tu perasaan nak dapat anak tu membuak-buak.suami rileks je.tapi bila bulan pertama still period seperti biasa, sedih pulak time tu kan..lepas tu fikir balik, alah awal lagi..kenapa nak kelam kabut.kenduri pun tak lepas lagi. penangan kawan-kawan la ni. haha. lepas tu,dah tak kisah dah..sibuk dengan kerja dan urusan rumahtangga.

sampai hujung bulan puasa, badan rasa letih sangat..kepala pening, perut sakit..at first,ingatkan gastrik.sebab aku memang ada history gastrik yang hebat..tapi, perangai aku berubah.asal masuk kereta aku memang tutup mata,tido dengan lena macam malam tak cukup tido. dan aku elergik bau ekon kereta..kalau bukak ekon, automatik aku terus loya + pening..so, aku rela berpanas bukak tingkap..lagi fresh aku rasa..
makan takde nak masuk tekak sangat..makan cukup-cukup nak isi perut waktu berbuka..keadaan ni berlanjutan la sampai lepas raya..yang buat diri ini rasa dah pregnant bila masa hari raya aku tiba-tiba muntah takde signal..tengah mandi,tiba-tiba muntah..so, takada siapa perasan.rasa pelik sekejap sebab masa tu rasa badan sihat walafiat.tapi simpan je dalam hati sorang-sorang..taknak terlalu mengharap walaupun sepanjang bulan puasa tu aku tak period..still, buat taktau je.haha.orang lain mesti dah eksaited..

bila keadaan dah jadi lagi bertambah sikit teruk,pening aku bertambah-tambah,loya aku menjadi-jadi,dah makin kerap muntah..aku cerita dengan officemate aku dulu.bukan suami.. :D sebab dekat rumah aku ok, dekat office semua simtom keluar..baby tak suka datang office kot.lol.then, siti advice suruh test sendiri dulu,dah konfem baru pergi jumpa doktor.aku pun gigih menapak pegi watson
kat pavilion cari pregnancy kit..boleh tahan harga,sebab google ramai orang suggest guna brand tu.. :D after work, mesej suami bagitau rasa diri saya ini pregnant kot. sebab macam ada tanda-tanda.
dia cakap ok,balik ni pergi klinik..hoh.kita dah beli nak test sendiri la..dia kata tak payah,klinik terus senang.maka, memang lepas balik kerja terus pergi klinik dan doktor sahkan positif mengandung.
membebel gak aku sekejap dah beli pregnancy test tu tak guna.mahal kot. :D dia cakap takpe, expired date lambat lagi, boleh simpan anak no 2. -______-

so,dekat klinik doktor dah sahkan. and it's already 7 weeks pun.tak ada apa lagi. still kecik.balik dari klinik,suami aku senyum tak berhenti.senyum sorang-sorang.haha.orang kata senyum sampai telinga.orang pertama yang tau adalah siti.haha.sebab dia eksaited mesej aku nak tahu result.
so,bila dah sah dan konfem mengandung tu,bertambah hebat lah alah aku.siap countdown bila la nak habis 1st trimester ni..7 minggu..baru lagi..sejujurnya memang semua tu jadi bila aku jejak kaki kat ofis je..
kat rumah aku sihat walafiat..bangun pagi cergas + semangat konon nak pergi kerja..masuk kereta, tido.bangun tido sampai ofis terus pening.bab makan memang mula-mula tak berapa nak telan..makan pun sikit sekadar alas perut..selebihnya suami aku habiskan..waktu muntah pukul 10 pagi dengan lepas lunch..memang aku get redi bila dah tahu timing..minyak angin memang tak lepas dari tangan..bau minyak angin jugak aku boleh terima..preparation nak duduk dalam kereta.sebab aku rasa bau kereta tu memang bau busuk gila.walaupun hakikatnya tak bau pun.haha.pelik-pelik..

shake pun aku ambik brekfes je..tu pun jenuh nk menghabiskan..memang selera lain macam..nasi lemak aku suka.tiap2 pagi boleh makan nasi lemak.tapi tengah hari takleh makan nasi dah..end up banyak beli kuih ke, buah ke, cekodok ke..malam aku blur terus nak makan apa..yang aku fikir nak tido je..sebab badan pun memang letih semacam..bila orang yang pernah mengandung cakap, orang yang tak mengandung takkan faham apa yang kita rasa. ada betulnya..sebab kadang-kadang aku sendiri pun tak faham dengan emosi aku sendiri. sorry husband. banyak menyusahkan awak dengan kerenah yang tah apa-apa.bukan dibuat-buat perasaan tu.kadang-kadang tiba-tiba je nak sedih tak bersebab. :) dan seperti nasihat mak mertua aku, lain anak, lain situasi kita mengandungkan dia. apa-apa pun itu semua dapat pahala. bersabar je laluinya dan jangan pernah mengeluh. :) 

dalam macam-macam situasi tu, aku tersenyum gembira bila tengok baby bergerak-gerak dengan aktifnya dalam perut. hilang semua rasa sakit, penat. well, it's a new phase in my life, to become a parents. satu fasa yang mencabar. semoga aku dan suami sentiasa diberi petunjuk dan kesabaran untuk melaluinya. :)

doktor cakap dia malu nak tunjuk muka. and husband cakap, "dia pemalu macam saya la tu"
semua nak macam dia la kan. haha. :)