Sunday, September 04, 2016

Merdeka!

Assalamualaikum.
Hai!

Salam 1 Zulhijjah.
Live dari kampung halaman tercinta. Oh mungkin akan berkampung disini sebulan dua.
Tidak tergambar perasaan yang terbuku di dada melainkan....Yeay!!!!

Jauh dari kesibukan kota..ke'sibuk'an warga kota & juga dunia.

Fuh!
Lega. ;)

Friday, August 26, 2016

Mak yang stress.

Assalamualaikum.
Hai!

Aku terasa nak menulis sebab saat ini terasa sangat stress emosi. Fuhh. Malam ni nampak gaya tak boleh tidur lagi sebab Luqman demam balik. Badan panas balik. Sejak awal bulan hari tu demam, selsema asyik on off. Ni batuk pulak. Haiih.. Mak ni mengeluh je setiap masa. Risau anak demam on off.

Last week Mifzal demam mungkin jangkit dari abangnye kot. Lepas demam, selsema pulak lepas tu batuk pulak. Luqman elok nak baik selsema, selsema balik, batuk balik. Nampak tak macam mana emosi mak boleh jadi stress?? Tambah sebab lagi mak yang kena jaga malam nak jaga anak. Well....Minggu ni sebab suami outstation. Dari minggu lepas lagi. Tu yang bertambah tambah tambah penat rasa.

Macam tak baik nak mengeluhkan. Ada la tu Allah nak tunjuk. Tapi yang mak lagi stress sebab mak ni punya la jaga anak tu baik2. Jaga makan, jaga tidur, jaga minum. Orang lain boleh pulak suka hati bagi minum ais, makan tak tentu arah. Anak aku baru setahun dua tahun hidup kat dunia ni. Bukan 30, 40, 50 tahun dah hidup. Tu tambah lagi stress. Ni tahap dah taktau nak luah kat sape dah.

Suami aku awal2 lagi dah kena leteran. Haha. Sebab takde sape nak marah. Aku marah la dia. Sorry la. Kali ni kesabaran dah sampai level gunung everest kot. Bila kau ada anak & then orang lain sesuka hati sumbat macam2 kat anak kau dengan keadaan zaman sekarang yang tah macam2 benda wujud, memang rasa nak meletus gunung berapi. Sakit bersalin pun dok rasa lagi ni. Sudahnya, aku nangis sorang diri. Penat weh penat.

Memang orang akan cakap alaa dulu bagi makan benda ni hidup sihat je sampai besar. Tapi ni anak aku, suka hati aku la kan nak jaga macam mana. It's my rule. Sampai satu tahap aku fikir, jangan la Allah ambik nyawa anak aku sekarang. Tengok anak susah nak tidur pun dah sembap mata nangis.

Tak sabar nak balik kampung minggu depan. Jauh dari 'SIBUKNYA' kota.

Sambung nanti. Mifzal jaga pulak.

Friday, June 03, 2016

Ada apa dengan cinta?

Ini bukan kisah Rangga dengan Cinta.
Ini kisah Jamil dengan Nana.

Genap bulan Mei 2016, cukup 3 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Rasa macam baru saja kami diijabkabulkan, tiba-tiba dah sampai tahun ketiga dengan 2 orang cahaya mata. Alah, apalah sangat 3 tahun nak dibandingkan dengan pasangan yang dah bersama 30, 40 tahun. :) Sememangnya, perjalanan kami masih terlalu jauh dan setiap hari aku memikirkan apakah kesudahan hidup kami masa akan datang. Takut pun ada, sedih pun ada. Hari berlalu dengan sangat pantas dan kami semakin tua. Tua! Haha. Nak sebut tua pun tak sampai hati. Tapi, itulah hakikatnya.

Teringat masa bersama-sama dengan kawan-kawan sepejabat dulu. Masih ada yang belum berkahwin dan membicarakan soal jodoh masing-masing. Masing-masing takut untuk membuat pilihan tambahan pula dengan keadaan zaman sekarang. Iyelah, takut sekiranya kebahagiaan yang dirasai tidak seperti yang diharapkan. Hati juga masih keliru untuk membuat pilihan yang terbaik. Aku senyum sendiri. Aku katakan pada mereka, aku juga macam tak percaya bila aku buat keputusan untuk berkahwin. Saat itu hati aku juga masih keliru. Haha. Kita boleh suka dengan sesiapa saja. Tapi suka tak bermakna kita cinta. Macam mana nak tahu kita cinta. Bila kita boleh rasa sesuatu yang tak boleh nak diungkap dengan kata-kata. Kawan lah seramai mana pun, tapi kalau rasa sesuatu tu tak ada, memang tak ada harapan la tu. Sungguh itu yang aku rasa bila bersama dengan suami aku suatu masa dahulu. Walaupun usia perkenalan kami tak sampai berapa bulan pun. Bila kawan-kawan tanya macam mana aku pasti that he's the one. Bila aku berada dengan suami aku, aku selesa. Tak satu pun perangai dia yang buat aku rasa tak selesa. He makes me feel comfortable. Walaupun waktu tu baru hanya ada rasa suka bukan cinta. Aneh kan perasaan tu? Haha.

Dan aku berkahwin tanpa ada rasa cinta yang mendalam. Aku hanya yakin bahawa dia lah yang terbaik untuk aku. Rasa 'sesuatu' tu yang buat aku yakin untuk menerima dia menjadi suami aku. Tapi dah 3 tahun ni, memang dah cinta sepenuh hati dah la. Haha.

To my beloved husband, thank you for choosing me as your life partner. :)
Saya tahu susah sebenarnya nak menjaga seorang Siti Farhana ni. Tapi percayalah, susah lagi menjaga seorang Luqman Al Hakim. Haha. Dah, taknak jiwang sangat. Rasa dah macam tulis novel cinta. Happy 3rd Anniversary. Moga kita kekal dijodohkan sehingga ke syurga. If you read this, do whatsapp me a.s.a.p. Haha!



credit picture -->> norizan syahnan