Showing posts with label ♥me N him♥. Show all posts
Showing posts with label ♥me N him♥. Show all posts

Wednesday, February 05, 2020

Happy Birthday Husband!


Aku dah nak tidur sebenarnya, tapi tiba-tiba nampak gambar ni. Lepas tu teringat laa birthday cik abang sayang ni 1hb hari tu. Nak menulis post dekat IG, FB, tapi malas. Rasanya menulis panjang-panjang lagi best dekat blog kan. Lagi sentimental. Haha! Dah la malam sebelumnya tidur awal. Kita wish pukul 10.40 malam dia tak terima. Tak larat nak tunggu sampai pukul 12. Sudahnya, dia pun tidur awal juga.

So, to my dearest husband, if you read this, i bet 4,5 months later, Happy 33rd Birthday! Fuuh. We are getting older. Semoga segala-gala urusan awak dipermudahkan, dari jadi Jurutera Pengaturcara, sekarang dah tambah job baru jadi manager bola sepak pulak. šŸ˜„ Takpe-takpe. Saya redha semuanya. Yang penting awak redha saya pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan saya nanti. Haha.

Petang tadi, on the way balik rumah, nampak satu pasangan suami isteri, pakcik makcik jalan sama-sama nak pergi surau. Suami pun cakap,

"Nanti kita tua sama-sama la macam tu kan"

šŸ˜„ Gelak dulu. Lepas tu aku pun jawab,

"Muda-muda la kena start pergi sama-sama wak"

"Yela..Itu nanti bila dah tua-tua, kena la macam tu jugak"

"InsyaAllah, kalau tak mati lagi"

Hmm..Mati tu memang pasti kan? Ok. Tak bersedia rasanya nak fikir, tapi kita bukan tahu apa yang akan jadi. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Semoga awak juga sentiasa diberi kesabaran yang teramat-amat tinggi untuk melayan emosi saya yang sentiasa turun naik setiap hari. Haha. I šŸ’š U.


Ok dah jom tidur.

šŸ’“
Nana

Tuesday, August 01, 2017

Kisah 15 Julai 2017

Assalamualaikum w.b.t
Masih dalam mode recovery dari operation hari tu. Lambat recover sebab luka operation ada infection. Jadi, semalam kena jahit semula tempat luka tu. Hmmh. Kena ulang semula sesi berpantang & berehat.

Jujurnya, sebelum ni tak berpantang sangat pun makan. Tambah pulak Mifzal masih aktif menyusu. Bergerak cergas sangat. Tak tahu nak berehat macam mana bila anak tengah aktif macam ni. Aku cakap dengan suami, bawak la Mifzal pergi ofis, baru boleh rehat betul-betul. Haha. Luqman selamat dengan tok & tokwan dekat kampung. Orang tanya dia ok ke. Dia terlebih ok la duduk kampung. Ummi takde nak marah-marah. Hmm. Gitu la. Dah jauh rindu la kaaann..Oh, kena hantar Luqman balik kampung sebab aku tak larat nak jaga 2 orang sementara tengah recover ni.

Ceritanya, 2 minggu lepas, sakit perut macam gastrik mula-mula. So, tahan aje la sebab dah selalu gastrik. Suami pulak tengah outstation, tapi mujur malam tu dah balik. Next day perut sakit lain macam. Sakit gila la. Buat apa benda semua tak kena. Baring tak kena. Makan terus takde selera. Anak-anak memang tak terlayan dah, maka rumah memang dah macam kena puting beliung. Pagi tu suruh suami masuk lambat sebab macam tak larat sementara nak hilangkan gastrik kononnya. Tapi petang tu dah suruh suami balik awal sebab memang rasa nak pecah perut dah tahan sakit ni. Hmmmh.

Balik kerja, setel anak-anak, kemas rumah, lepas maghrib terus pergi hospital. Aku dah tak tahan dah rasa ni. Sakit perut tu dah beralih ke arah sebelah bawah kanan. So, rasa bukan sakit biasa-biasa ni. Hospital Shah Alam jadi pilihan. Orang memang ramai. Aku taknak cerita part benda-benda tu. Ko sabar je, tunggu, follow the flow takkan jadi isu pun kena tunggu lama ke whatsoever. Jumpa doktor, doktor suspect 2 benda sama ada appendiks atau pregnant luar rahim kalau sakit macam ni. Huhu. Aku yakin tak pregnant & buat UPT pun negatif. Nak double confirm, kena ambik darah. Sobs. Hati dah rasa macam kena warded je ni.

Around pukul 1 pagi, result darah keluar &a tak cantik. So, it's confirm appendiks. Terus kena tahan. Masuk antibiotik, ubat tahan sakit, doktor pakar pun datang. Lepas sesi soal jawab, doktor terus suruh puasa, esok kena buat operation. Sobbsss lagi. Standby nak masuk wad, suami pun balik. Mujur dah weekend. Takyah ambik cuti. Hmmh.

Keesokan harinya. Hari Sabtu, 15 Julai 2017. Kena ingat nih. Haha. Tak pasal-pasal kena operation kot. Macam-macam doktor datang. Biasa la tu. Doktor cakap, based on cerita nampak macam appendiks, tapi nak make sure betul, kena buat operation. Kalau bukan appendiks, diorang akan tengok sama ada usus ke ada problem, ovari ke @ tiub fallopio. Risiko-risiko operation pun ada diorang mention. Hati dah dup dap dup dap. Sebab nanti akan bius satu badan. Means aku takkan sedar. Risiko bila kena bius pun ada juga diorang. Aku pun dah lupa, yang ingat akan ada effect ke otak. Hadam masa nak operation je. Mana lah tahu kan..Ajal maut semua di tangan Tuhan. Kita doa aje yang baik-baik.

Operation start dalam pukul 12 tengah hari macam tu. Suami datang pukul 11.30 aku dah masuk dalam OT. Dia takleh masuk la. Tunggu dekat ruang menunggu. Masa nak bius ni kelakar jugak. Sebab doktor bius agak kelakar orangnya. Kira ok la. Takde la menakutkan sangat walaupun sebelum tu dia dah cerita risiko-risiko bius ni. Sebelum kena bius, dia nak make sure heart rate rendah, tapi bila dia start suruh mengucap tu, terus heart rate aku naik tinggi. Haha. Debar agaknya nak kena potong.

Alhamdulillah. Overall semua berjalan lancar. Aku pun tak sedar bila aku pengsan. Sedar pun dah dekat pukul 3. Kira lama jugak la kot aku dalam OT tu. Masa nak pindah naik wad balik, suami pun muncul. Takde la scary pun. Sakit pun tak rasa sebab diorang bagi ubat tahan sakit. Lepas 2 hari, dah buang air besar, air kecik, dah kentut, takde demam baru keluar hospital. Makan pun tak selera sangat. So, takde la teruk sangat sebenarnya. Cuma bila dah duduk rumah ni dengan anak-anak, tu tak terjaga sangat sampai kena infection.

Boleh la imagine macam mana seksanya orang kena ceaser nak jaga luka. Doaku kalau pregnant lagi lepas ni, biarlah normal juga. Aku lagi rela jahit normal rasanya. Ni operation luka pendek pun hmmm...Tak pasal kena jahit lagi sekali. Oh, tapi, semalam scary jugak kena jahit depan mata. Walaupun dia bius kat perut, tak rasa pun jarum tu masuk, tapi nampak doktor tarik-tarik tu. Ya Allah....Dah la. Takmau ingat dah. Kali ni kita pantang betul-betul. Tak sanggup rasanya nak ulang balik. Huhu.

Agak panjang cerita kali ni. Haha. Sebab pengalaman pun agak panjang untuk kisah ni. Hati I sensitif sikit. Mula la nak sedih bila tau luka ada infection la, nak kena dressing la, nak kena jahit la. Haih. Hari-hari cakap dekat suami, penatnya macam ni. Seperti biasa, suami aku positif saja orangnya. Kita terlebih risau dia selalu kena halfday sebab bawak kita pergi hospital. Syukur. Allah suruh bersyukur tu. Hehe.

Ok lah. Till next story. Kalau ada lagi. First time kena bedah. Mesti la nak tulis. Haha. Walau hakikat sebenarnya, Allah je yang tahu perasaan macam mana. Everything happen for a reason.


Sunday, June 04, 2017

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan.
Alhamdulillah. Masuk Ramadhan ke 9 dah hari ni. Sekejap je dah nak habis 10 Ramadhan pertama. Aku macam biasa la, ada masa sempat buat terawikh. Ada masa pengsan terus dengan anak-anak. Hmm. Apa-apa pun diharapkan semoga ibadat aku diterima.
Jujurnya aku tak kira pun berapa hari dah puasa. Baru tadi kira.  Sebab nak tulis blog. Lama dah blog ni bersawang. Puasa kali ni biasa saja. Lebih kepada kurangkan pembaziran. Sebab puasa, bukan nak makan banyak sangat. Makan sikit pun dah kenyang.
Alhamdulillah. Masih mampu berpuasa lagi, walaupun Mifzal masih full breastfeed. Makin dah besar ni makin kerap pulak dia nak menyusu. Tahu agaknya nanti dah nak kena pisah susu. Huhu.
Tahun ke-4 berpuasa dengan suami. Alhamdulillah. Tak banyak yang aku prepare. Sama je tahun-tahun sebelum. Haha. Cuma tahun ni, puasa-puasa pun dia still kena outstation. Tu yang tak best sikit. Takde la lama mana pun, but still.... Haha.
Ok lah. Salam Ramadhan semua. Saja mengisi masa lapang sekejap selepas sahur hari ni. Kalau rajin nanti I tulis lagi ye. Byeee.!

Friday, June 03, 2016

Ada apa dengan cinta?

Ini bukan kisah Rangga dengan Cinta.
Ini kisah Jamil dengan Nana.

Genap bulan Mei 2016, cukup 3 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Rasa macam baru saja kami diijabkabulkan, tiba-tiba dah sampai tahun ketiga dengan 2 orang cahaya mata. Alah, apalah sangat 3 tahun nak dibandingkan dengan pasangan yang dah bersama 30, 40 tahun. :) Sememangnya, perjalanan kami masih terlalu jauh dan setiap hari aku memikirkan apakah kesudahan hidup kami masa akan datang. Takut pun ada, sedih pun ada. Hari berlalu dengan sangat pantas dan kami semakin tua. Tua! Haha. Nak sebut tua pun tak sampai hati. Tapi, itulah hakikatnya.

Teringat masa bersama-sama dengan kawan-kawan sepejabat dulu. Masih ada yang belum berkahwin dan membicarakan soal jodoh masing-masing. Masing-masing takut untuk membuat pilihan tambahan pula dengan keadaan zaman sekarang. Iyelah, takut sekiranya kebahagiaan yang dirasai tidak seperti yang diharapkan. Hati juga masih keliru untuk membuat pilihan yang terbaik. Aku senyum sendiri. Aku katakan pada mereka, aku juga macam tak percaya bila aku buat keputusan untuk berkahwin. Saat itu hati aku juga masih keliru. Haha. Kita boleh suka dengan sesiapa saja. Tapi suka tak bermakna kita cinta. Macam mana nak tahu kita cinta. Bila kita boleh rasa sesuatu yang tak boleh nak diungkap dengan kata-kata. Kawan lah seramai mana pun, tapi kalau rasa sesuatu tu tak ada, memang tak ada harapan la tu. Sungguh itu yang aku rasa bila bersama dengan suami aku suatu masa dahulu. Walaupun usia perkenalan kami tak sampai berapa bulan pun. Bila kawan-kawan tanya macam mana aku pasti that he's the one. Bila aku berada dengan suami aku, aku selesa. Tak satu pun perangai dia yang buat aku rasa tak selesa. He makes me feel comfortable. Walaupun waktu tu baru hanya ada rasa suka bukan cinta. Aneh kan perasaan tu? Haha.

Dan aku berkahwin tanpa ada rasa cinta yang mendalam. Aku hanya yakin bahawa dia lah yang terbaik untuk aku. Rasa 'sesuatu' tu yang buat aku yakin untuk menerima dia menjadi suami aku. Tapi dah 3 tahun ni, memang dah cinta sepenuh hati dah la. Haha.

To my beloved husband, thank you for choosing me as your life partner. :)
Saya tahu susah sebenarnya nak menjaga seorang Siti Farhana ni. Tapi percayalah, susah lagi menjaga seorang Luqman Al Hakim. Haha. Dah, taknak jiwang sangat. Rasa dah macam tulis novel cinta. Happy 3rd Anniversary. Moga kita kekal dijodohkan sehingga ke syurga. If you read this, do whatsapp me a.s.a.p. Haha!



credit picture -->> norizan syahnan

Sunday, November 24, 2013

Pregnancy Review : Pregnancy Check Up

assalamualaikum w.b.t.
ehem. musim mengandung, banyak la eh cerita pasal mengandung. :) banyak jugak google mencari info-info untuk ibu mengandung. dah sampai bulan ke-5, lagi banyak benda kena baca. jumpa doktor sebulan sekali je untuk check up. cakap pasal check up, experience sendiri, lepas disahkan mengandung, minggu ke 8 tu terus pergi Klinik Kesihatan buat buku merah. niat asalnya nak MC, sebab badan tak sihat. sampai dekat sana, konfius jap nak pergi bahagian ibu mengandung ke bahagian biasa. tapi pergi bahagian biasa jugak mula-mula, cakap kata tak sihat, tapi saya mengandung.haha. staff tu pun suruh pergi bahagian ibu mengandung dan cakap kata nak bukak buku merah. bertambah konfius lagi, buku merah tu apa pulak. tak apa lah. klinik yang kami pergi Klinik Kesihatan Shah Alam mula-mula. bila pergi bahagian ibu mengandung, ditanya pulak rumah dekat mana. rupanya, kena pergi klinik yang dekat dengan rumah. so, Shah Alam taknak terima, disuruh pergi Kelana Jaya. Subang Jaya tak ada Klinik Kesihatan. bila sampai Kelana Jaya pun,nurse cakap sepatutnya Taman Medan. tapi dia accept jugak la, boleh diterima. baru la tahu macam tu rupanya prosedur. yelah, awak baru seminggu sah mengandung, lepas tu niat nak ambik MC, terus pergi buka buku merah tu. tak sempat nak google ke tanya orang ke apa lagi dah nak buat apa masa awal mengandung tu. bagus juga, belajar sendiri. :D

Rasanya mana-mana ibu mengandung pun tahu buku merah tu apa kan. macam buku rekod setiap kali kita buat check up. sebab kita check up merata-rata, kot nak bersalin nanti pun bukan dekat klinik yang kita selalu check up. itulah gunanya buku merah. dulu housemate mengandung pun taktau wujud buku merah tu. haha. Jadi, masa 8 minggu dah buat check up yang pertama, then, next check up sebulan kemudian. masa first check up tu nurse tanya kerja kat mana. bila cakap KL, dia tanya kenapa tak pergi sana je. mana la tahu. rupanya nak senangkan kita, lepas check up boleh masuk kerja terus. begitu lah. so, nurse pun suggest check up kedua terus ke Klinik Kesihatan dekat KL.

On 12 weeks, hari yang sepatutnya kena buat check up, aku pun ambik cuti. sebab malas nak ke KL dan nak masuk kerja lepas tu. huhu. still proceed pergi Kelana Jaya. seperti yang diketahui, kalau Klinik Kesihatan memang terlalu ramai orangnya. dan memang perlu menunggu dengan sabar. kalau klinik bukak pukul 8, 7.30 orang dah beratur tunggu. tapi aku pukul 9 baru sampai. hehe. memang tengah hari la habisnya. tak dapat jumpa doktor pulak tu. nurse pun check perut gitu2 je. erm, ada la nak kata tak puas hati jugak sikit. sebab kita tak tahu baby kita macam mana condition, sihat ke tak kan. maybe sebab usia kandungan still awal lagi dan mereka lebih utamakan untuk ibu-ibu yang dah sarat. jadinya, lepas tu aku pun decide dengan husband nak tukar pergi check up dekat swasta on next appointment. dari mula pun memang aku tak pernah scan baby. bukan taknak pergi klinik swasta, tapi ada je halnya dengan family dan tak berkesempatan. takpe, berdoa je baby sentiasa sihat sejahtera dalam perut ni. :) 

honestly, memang kami berdua relaks je. sepanjang 4 bulan pertama tu, 2 kali je aku jumpa doktor. selebihnya aku jaga diri sendiri. cukupkan rehat. jaga makan. dan aware lah dalam perut ada baby. haha.appointment ketiga, aku tak pergi. huhu. masa tu kandungan dah 16 minggu. bulan ke-4 lah kan. sebabnya masa tu terlalu banyak hal nak diuruskan. dengan dah
elalu sangat ambik cuti. dan macam-macam benda lagi lah. makanya aku missed appointment. dan bila kandungan dah masuk 20 minggu hari tu, means dah 5 bulan baru aku pergi buat check up. first check up dekat swasta. oh, lepas survey dan tanya beberapa orang kawan aku dan husband, kami pun decide nak proceed dekat Hospital Umra, Shah Alam. memang hospital khas untuk ibu mengandung & anak. tapi still ada juga untuk rawatan sakit yang lain.

seperti biasa, mula-mula nurse check berat, tekanan darah dan air kencing. cuma, tak ada check HB darah. kalau kat Klinik Kesihatan memang akan check HB darah. HB means Hemoglobin dalam darah. HB ni penting untuk ibu mengandung untuk elakkan kesan tak elok kepada baby. cukup ke tak cukup oksigen dalam darah merah kita.erm, boleh google lagi la kot. aku pun google je nak tau. :D ok, itu prosedur biasa lah kan sebelum check kandungan kita. hari tu boleh tahan ramai juga ibu-ibu mengandung. dengan orang sakit nak bersalin lagi.lepas nurse dah check semua, tunggu untuk scan baby pulak. :) for the first time nak tengok baby dalam perut. 

Alhamdulillah. baby sihat. uri dekat atas. kepala time tu dekat bawah. still, dia boleh pusing-pusing. masa tu dia tengah makan. haha. sebabnya elok sebelum tu aku makan roti sebab dah lapar. jadinya, dah masuk dalam perut dia pulak sambung makan. :D memang nampak tengah mengunyah. hai comelnye. :) :) :) tangan kaki gerak-gerak sana sini. tapi memang aku tak rasa apa-apa pun. maybe sebab dia kecik lagi kot. perut aku pun mana ada membulat sangat. bila nak tengok muka, dia tutup pulak dengan tangan. kaki melonjak-lonjak. dengar degupan jantung dia. tengok darah dalam jantung, dalam otak. kesimpulannya, i am speechless..dan tak ada apa yang mampu nak ucap selain Alhamdulillah. bila jumpa doktor pula, doktor cakap semuanya sihat, tak ada apa-apa masalah. :) tapi kena membebel jugak sebab dah skip 3rd appointment dan belum buat ujian air gula. :D don't follow this. make sure pergi check up sebulan sekali.

nak dijadikan cerita aku kena buat ujian air gula on the next day. sebabnya mama ada history kencing manis, sebab tu kena buat. bak kata doktor, perubahan hormon boleh jadi sebab untuk ada kencing manis walaupun sekarang tak ada kencing manis. kot nak makan coklat 1 bar, badan tak boleh terima, terus gula naik. begitulah. bila sebut air gula, nampak macam scary kan. termasuk la aku. dengar cerita kawan-kawan, semua bagi feedback tak best lah. haha. tapi bila aku minum, sedap pulak rasa dia. macam rasa ribena pun ada. tapi memang pekat la. warna pun merah macam darah. selama ni dok imagine ingat warna putih. macam minum pati gula tu. :D Alhamdulillah, keputusan ujian pun ok. tak ada kencing manis.

so far, aku berpuas hati jugak dengan servis kat Hospital Umra ni. doktor pun baik. :) banyak bagi nasihat especially untuk new mommy macam aku.oh masa scan tu, tak pilih pun nak 2D ke 3D ke 4D ke. terus doktor tu scan semua. dari 2D sampai 4D. dapat sekeping CD ada gambar dan video baby + 2 keping gambar 2D + 1 keping gambar 4D total semua RM185. termasuk pakej check up jumpa doktor semua sekali lah tu. untuk test air gula pulak RM78. aku rasa untuk servis biasa macam tu memang RM70++ lah. :)

just sharing what I feel towards my pregnancy moment. bila officemate tanya apa perasaan, taktau nak cakap apa perasaan. haha. dari sebelum aku kahwin dia tanya apa perasaan nak kahwin, apa perasaan dah kahwin sampai la apa perasaan dah mengandung. haha. apa-apa pun, semua pengalaman ni kan satu proses pembelajaran jugak. me and husband sama-sama go through this process. dia la yang meneman pergi klinik dari mula sampai habis. aku cuti dia pun cuti. bila taktau, 2 2 orang taktau, tapi lepas tu sama-sama tau. bila doktor explain, 2 2 pun oooo...hahaha..same goes to my mother in law juga yang sama-sama teman kalau husband tak cuti @ ada emergency. yang banyak bagi nasihat2 jugak on how to be a parents. plus papa dengan mama kan jauh di perak. :)

so, that's it. to be continued...... :D

Thursday, November 21, 2013

my little munchkin.

genap 21 minggu..masuk 22 minggu my 1st baby bernyawa dalam perut ni. :) dan kalau diikutkan selesailah sudah aku melalui trimester pertama..dah masuk trimester kedua..walaupun masih ada lagi terasa
sikit-sikit pening, loya..tapi dah boleh makan double dari biasa tu aku kira dah ok la tu..perasaan? :)
tak dapat nak cakap macam mana..kami tak pernah merancang untuk anak..aku mungkin la masa awal berkahwin tu perasaan nak dapat anak tu membuak-buak.suami rileks je.tapi bila bulan pertama still period seperti biasa, sedih pulak time tu kan..lepas tu fikir balik, alah awal lagi..kenapa nak kelam kabut.kenduri pun tak lepas lagi. penangan kawan-kawan la ni. haha. lepas tu,dah tak kisah dah..sibuk dengan kerja dan urusan rumahtangga.

sampai hujung bulan puasa, badan rasa letih sangat..kepala pening, perut sakit..at first,ingatkan gastrik.sebab aku memang ada history gastrik yang hebat..tapi, perangai aku berubah.asal masuk kereta aku memang tutup mata,tido dengan lena macam malam tak cukup tido. dan aku elergik bau ekon kereta..kalau bukak ekon, automatik aku terus loya + pening..so, aku rela berpanas bukak tingkap..lagi fresh aku rasa..
makan takde nak masuk tekak sangat..makan cukup-cukup nak isi perut waktu berbuka..keadaan ni berlanjutan la sampai lepas raya..yang buat diri ini rasa dah pregnant bila masa hari raya aku tiba-tiba muntah takde signal..tengah mandi,tiba-tiba muntah..so, takada siapa perasan.rasa pelik sekejap sebab masa tu rasa badan sihat walafiat.tapi simpan je dalam hati sorang-sorang..taknak terlalu mengharap walaupun sepanjang bulan puasa tu aku tak period..still, buat taktau je.haha.orang lain mesti dah eksaited..

bila keadaan dah jadi lagi bertambah sikit teruk,pening aku bertambah-tambah,loya aku menjadi-jadi,dah makin kerap muntah..aku cerita dengan officemate aku dulu.bukan suami.. :D sebab dekat rumah aku ok, dekat office semua simtom keluar..baby tak suka datang office kot.lol.then, siti advice suruh test sendiri dulu,dah konfem baru pergi jumpa doktor.aku pun gigih menapak pegi watson
kat pavilion cari pregnancy kit..boleh tahan harga,sebab google ramai orang suggest guna brand tu.. :D after work, mesej suami bagitau rasa diri saya ini pregnant kot. sebab macam ada tanda-tanda.
dia cakap ok,balik ni pergi klinik..hoh.kita dah beli nak test sendiri la..dia kata tak payah,klinik terus senang.maka, memang lepas balik kerja terus pergi klinik dan doktor sahkan positif mengandung.
membebel gak aku sekejap dah beli pregnancy test tu tak guna.mahal kot. :D dia cakap takpe, expired date lambat lagi, boleh simpan anak no 2. -______-

so,dekat klinik doktor dah sahkan. and it's already 7 weeks pun.tak ada apa lagi. still kecik.balik dari klinik,suami aku senyum tak berhenti.senyum sorang-sorang.haha.orang kata senyum sampai telinga.orang pertama yang tau adalah siti.haha.sebab dia eksaited mesej aku nak tahu result.
so,bila dah sah dan konfem mengandung tu,bertambah hebat lah alah aku.siap countdown bila la nak habis 1st trimester ni..7 minggu..baru lagi..sejujurnya memang semua tu jadi bila aku jejak kaki kat ofis je..
kat rumah aku sihat walafiat..bangun pagi cergas + semangat konon nak pergi kerja..masuk kereta, tido.bangun tido sampai ofis terus pening.bab makan memang mula-mula tak berapa nak telan..makan pun sikit sekadar alas perut..selebihnya suami aku habiskan..waktu muntah pukul 10 pagi dengan lepas lunch..memang aku get redi bila dah tahu timing..minyak angin memang tak lepas dari tangan..bau minyak angin jugak aku boleh terima..preparation nak duduk dalam kereta.sebab aku rasa bau kereta tu memang bau busuk gila.walaupun hakikatnya tak bau pun.haha.pelik-pelik..

shake pun aku ambik brekfes je..tu pun jenuh nk menghabiskan..memang selera lain macam..nasi lemak aku suka.tiap2 pagi boleh makan nasi lemak.tapi tengah hari takleh makan nasi dah..end up banyak beli kuih ke, buah ke, cekodok ke..malam aku blur terus nak makan apa..yang aku fikir nak tido je..sebab badan pun memang letih semacam..bila orang yang pernah mengandung cakap, orang yang tak mengandung takkan faham apa yang kita rasa. ada betulnya..sebab kadang-kadang aku sendiri pun tak faham dengan emosi aku sendiri. sorry husband. banyak menyusahkan awak dengan kerenah yang tah apa-apa.bukan dibuat-buat perasaan tu.kadang-kadang tiba-tiba je nak sedih tak bersebab. :) dan seperti nasihat mak mertua aku, lain anak, lain situasi kita mengandungkan dia. apa-apa pun itu semua dapat pahala. bersabar je laluinya dan jangan pernah mengeluh. :) 

dalam macam-macam situasi tu, aku tersenyum gembira bila tengok baby bergerak-gerak dengan aktifnya dalam perut. hilang semua rasa sakit, penat. well, it's a new phase in my life, to become a parents. satu fasa yang mencabar. semoga aku dan suami sentiasa diberi petunjuk dan kesabaran untuk melaluinya. :)

doktor cakap dia malu nak tunjuk muka. and husband cakap, "dia pemalu macam saya la tu"
semua nak macam dia la kan. haha. :)

Friday, October 04, 2013

kopi or teh tarik?

assalamualaikum dan hai!

:D alhamdulillah. dah selesai majlis resepsi dua-dua keluarga.
penat. tak terucap dengan kata penatnya. kahwin sekali. majlisnya 2,3 kali. doakan semoga kekal bahagia sampai syurga. gambar nikah hari tu baru dapat. puas hati. hehe. nak tunggu gambar masa resepsi pulak. tapi takde lagi la softcopy. fotografer i tolong cucikan terus. hardcopy gambar je ada. so, tak boleh la nak tempek kat sini.kad nikah kitorang pun dah siap.so, boleh la kot kata officially kawin. haha! semua dah selesai..sedar tak sedar dah nak masuk 5 bulan jadi isteri orang..boleh tak nak kata macam miracle pun ada..semalam single, hari ni dah kawin. besok lusa jadi triple pulak. :p

dan dalam masa beberapa bulan ni jugak, sorang lagi besfren aku, yasmin, pun dah selamat melangsungkan perkahwinan dia dengan pilihan hati yang amat dicintai..cheewah.. :D dari zaman sekolah bercinta, alhamdulillah akhirnya sampai ke jinjang pelamin.. :) sorang lagi pulak fathiyah dah selamat mengandung anak pertama..dah nak masuk 7 bulan kot.. :) tinggal 2 orang lagi yang belum dengar bunyi ke khabar angin ke apa tanda-tanda nak berubah ke arah fasa berkeluarga.. :D semoga korang dipermudahkan urusan dalam mencari jodoh ni ye. :) aku? aku baru je cergas kembali nak buat sebarang aktiviti. nak berblog ke..nak buat apa-apa pun ke..

ada berita gembira pun ada berita sedih..2 orang teammate aku pun dah resign..haih..happy for them but at the same time sedih untuk diri sendiri..tak apa lah..hopefully hidup mereka kat tempat baru akan lebih baik dari sekarang.. :D bunyi macam sedih sungguh ke. maybe, sebab mereka antara orang yang aku rapat..
over ke kalau aku cakap life is complicated..haha..yela, hidup ni kan penuh dengan liku-liku.. :D ah..bosan nak cakap benda ni..hidup kena sentiasa happy dan ceria..
insyaAllah lepas ni hidup akan bertambah ceria. :D

teringat satu benda, one day tengah sembang sembang dengan my officemate, then she ask me,

"your husband minum kopi tak"

dan dengan yakinnya aku jawab "tak. dia mana minum kopi"
tapi tak lama lepas tu aku macam fikir, eh, minum ke tak eh. haha.

"eh. u ni. minum ke tak. takkan taktau kot husband u suka minum apa. teh tarik minum tak?" 
haha...i never saw him drinks coffee or teh tarik, so i just guess "tak". but i am very sure he's not drinking coffee or teh tarik.selama ni pun dia cuma order limau ais, air buah atau air masak. that's his favourite.

then i promise with my friend to ask my husband whether dia minum ke tak kan kopi tuh. tapi lama-lama lupa...sampai laaaa baru-baru ni..kitorang singgah rumah ayah mertua kejap..balik dari rumah ayah, singgah kedai runcit sebab aku terasa nak minum susu..dia pun sibuk jugak beli susu..tapi yang aku kisahkan dia beli susu flavor kopi..selama ni fevret dia coklat je kot..tak pernah nampak beli selain dari coklat..so, aku pun tak puas hati la kan..

"apesal beli kopi..takde perisa lain ke"
"saje la" sengih.

"bukan awak tak minum kopi ke..apesal beli kopi?"

"bila masa saya cakap tak minum kopi..saya minum la..tapi jarang-jarang"
"yeke?? takde cakap ke"

"yelaaa...saya minum la kopi"

nak menjadi penyedap cerita, dari rumah ayah kitorang nak ke rumah makcik pulak lepas tu..kat sana kitorang dijamu dengan air kopi..aku pandang dia..dia pandang aku..kitorang gelak sendiri..maka, minum lah dia air kopi tu..dan aku memandang dengan perasaan teruja..hahaha..aku memang tak minum kopi..teh tarik aku suka! :D

so, moral of the story?? please get to know your husband very well..hakhak..eh..tapi sweet apa..baru nak belajar tentang diri encik suami..alah, dia pun banyak benda lagi tak tahu pasal aku..kadang-kadang sampai bergaduh pun ada..fair and square la tu.. :D dan bila dia beli sesuatu yang rare, dia akan sengih senyum ada makna..pffft..so, u know there is something wrong somewhere..LOL..tapi ini la yang buatkan hidup aku ceria..it's a learning process about your husband. same goes to him la..i know what you feel husband. :p



"One of the biggest challenges in life is loving without expecting anything back."

:) nice words is it? Selfless love. A love that gives even when they don’t get. Ya Rab, make us amongst those that love others selflessly, without expectations.
 
source : destinationjannah tumblr

thanks husband. and i love you. :)

Monday, June 10, 2013

#solemnization 1

assalamualaikum w.b.t..

menunggu hari untuk terbang ke Bangkok, Thailand. :) alhamdulillah..destinasi ketiga ke luar negara..kali ni bersama dengan suami dan keluarga mertua sebab kami pergi untuk training dan event Herbalife..banyak benda lagi perlu belajar..saya masih budak baru belajar.. :D kalau ada masa dan kesempatan memang nak update setiap tempat yang dah pergi tu..tengok lah nanti yer..Singapore dan Bandung pun tak habis cerita lagi..sambil tu tengah sibuk jugak preparation untuk majlis kenduri nanti..dua kali majlis kan..serupa macam orang bertunang lepas tu kenduri..bezanya aku nikah lepas tu kenduri. :)

masa nikah hari tu rasanya dah buat sesimple yang habis..se bajet yang mungkin..haha..yela, bersederhana je kan..yang penting majlis selesai berjalan lancar dan menjamu tetamu yang diraikan makan..walaupun tak menjemput ramai orang..boleh la nak list out kan checklist preparation aku untuk majlis nikah hari tu. :)

Baju Lelaki & Perempuan : Rose Fashion Boutique - upah RM295
Pelamin Nikah : De'Inai Pengantin, Selama Perak - RM 350
Bunga tangan : RM60
Fotografer : Shafwan Radzi - RM650
Make up : Kawan sekolah sendiri - RM 220
Hantaran : DIY - RM 500 - RM1000
 i) Famous Amos
ii) Kek coklat
iii) Pulut kuning
iv) Buah-buahan
v) Sirih Junjung
vi) Bunga Rampai
vii) Wallet + tali pinggang

Makanan tetamu + 2 khemah makan : Papa sponsor
Goodies : Sponsor dari mama, abang & toksu.

rasanya ini saja lah kot yang aku prepare untuk majlis nikah hari tu..bab hantaran tu aku lupa berapa bajet aku..ahaha..dah memang tak sempat nak saving pun..suami ajak kahwin bulan 1, bulan 5 nak nikah..4 bulan je preparation..memang dapat gaji beli je la terus kan..itu pun bernasib baik sebab banyak jugak di sponsor..yang mana aku tulis RM tu je yang aku bayar..gambar-gambar semua tak dapat lagi lah..tunggu fotografer saya kasi gambar nanti..yang ada cuma dari kawan-kawan je..kite letak teaser je dulu eh.. :D


nampak pelamin kat belakang tu..as simple as that..ini masa suami tengah baca taklik.


baju dari Rose Fashion Boutique..dekat Hulu Langat..veil tu pun DIY sendiri hasil bantuan housemate tersayang dulu..haha..ko ingat tak penat jahit manik-manik tu sendiri..manik-manik dekat baju tu pun ada tambahan..taknak terlalu nampak kosong..baju design sendiri..kenduri nanti rasa macam nak sewa je pun ada..fuhhh...kat atas tu upah je..beli kain semua, aku boleh kata baju ni berharga RM1000++. T_T
oh..baju suami, boleh tahan la..murah separuh je dari aku..haha.


yer..ini daebakers saya aka officemate saya..sempoi kan diorang..memang diorang la tetamu paling lama kat rumah aku.. :D


here they are again.. :) disebabkan gambar-gambar ni dari kamera salah seorang diatas, banyak gambar budak ofis je lah..lain-lain takde..takpe, nanti dah dapat gambar aku tempek jugak kat sini yer.. :) thanks untuk semua yang sudi datang untuk meraikan..kenduri nanti pastikan datang lagi yer.. :)

Friday, May 31, 2013

anniversary

assalamualaikum..w.b.t

curi masa rehat hari Jumaat kejap..Jumaat means genap seminggu dah jadi seorang isteri..ampun lah yer kalau agak-agak seminggu dua ni eksaited nak cerita pasal kahwin..berani jamin tunggu la sebulan dua nanti..haha..well, blog still dalam hati..tak boleh kalau tak bukak blog satu hari walaupun tak ada update apanya..nak cerita pasal seminggu..sebab pagi tadi dapat mesej..

"Happy Anniversary yang ke seminggu sayang"

haha..surprise..! tengok sebulan setahun nanti. :D ok la tu..seminggu pun dah banyak benda baru aku belajar pasal suami tercinta..dah tu ramai pulak tanya best tak kahwin..jawapan aku, korang kahwin dulu baru tahu best ke tak..haha..takde jawapan untuk soalan tu..nanti sambung story panjang..makan dulu. peace!


p/s: thank you qilah! hehe.

Friday, May 24, 2013

nikah.

assalamualaikum..hai. :)
aku masih di pejabat..tak ada kerja..bos free kan diri ini sebab dah nak kahwin..yer..insyaAllah masa anda baca entry ini aku sudah selamat menjadi isteri orang..isteri kepada suami, Muhammad Jamilulhakim Kamarulaffandi..aku menulis entry ini hari isnin..tapi saje publishkan hari ini..biarlah dah selesai semua baru publish kan..kepada kawan-kawan yang tak dijemput..maaf..sebab ini cuma majlis nikah saja..majlis kecil saja..atas permintaan kedua belah keluarga..resepsi majlis insyaAllah bulan September nanti..dan anda semua pasti dijemput.. :)

sebenarnya saat ini pun hati ni masih ragu-ragu dengan keputusan yang besar ni..tak patut kan..sudah ketetapan nak bernikah 24hb Mei 2013..kena terima dengan hati terbuka..selalu saat-saat akhir aku bertanya kepada suami, "perlu ke kahwin".."kena kahwin ke".."tak bersedia lah nak kahwin"..dan lain lain lagi lah..tapi dia tenang je..jawapan dia tetap sama.."kena kahwin wak" dan senyum..dan aku mati akal nak bagi alasan tak nak kahwin. haha. boleh cari alasan taknak kahwin kan. :)

susah sebenarnya..sangat susah..hari ini pun macam-macam benda ada dalam fikiran ni..aku tahu kadang-kadang aku buat dia susah hati..ada lelaki senang hati ke bila bakal isteri cakap taknak kahwin..dah setiap kata-kata tu adalah doa kan..terima kasih sebab bersabar sehingga selesai semuanya..sebab bersabar dengan kerenah aku yang aku rasa aku pun takkan boleh tahan..haha..

doakan kebahagiaan aku dan suami kekal sampai ke syurga.. :) gambar? tunggu lepas majlis selesai.

Tuesday, November 03, 2009

nEvEr bE rEpLacEd


Baby I love you and i'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
All the love we make can never be erased
And i promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
All the love we make can never be erased
And i promise you that you will never be replaced

I love you,
Yes i do.
Ill be with you as long as you want me to,
Until the end of time.
From the day i met you i knew we'd be together.
And now i know i want to be with you forever, i want to marry you and i want to have
your kids.
Thinking can never compare to the feeling of your kisses.

I can say im truely happy till this day.
You make me thank god that i live my life every day.
Theres never been a doubt in my mind that id regret ever having you by my side.
But if the day comes that i have to let you go
I think theres something i should probably let you know,
Enjoyed everday that i spent with you and i will miss you cause im happy that i had
you at all.

[Chorus]
Baby I love you and i'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
All the love we make can never be erased
And i promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
All the love we make can never be erased
And i promise you that you will never be replaced

I feel for you yes i do
I'll be with you as long as you want me to
Until the end of time


Never be Replaced
by 1st Lady

aku: u'll never be replaced..mood i mcm lagu ni...even PSM keep bothering me..huh..suke ati la klu nk jiwang pon kan...


adios~~
with ♥
n@n@