Salam Ramadhan.
Alhamdulillah. Masuk Ramadhan ke 9 dah hari ni. Sekejap je dah nak habis 10 Ramadhan pertama. Aku macam biasa la, ada masa sempat buat terawikh. Ada masa pengsan terus dengan anak-anak. Hmm. Apa-apa pun diharapkan semoga ibadat aku diterima.
Jujurnya aku tak kira pun berapa hari dah puasa. Baru tadi kira. Sebab nak tulis blog. Lama dah blog ni bersawang. Puasa kali ni biasa saja. Lebih kepada kurangkan pembaziran. Sebab puasa, bukan nak makan banyak sangat. Makan sikit pun dah kenyang.
Alhamdulillah. Masih mampu berpuasa lagi, walaupun Mifzal masih full breastfeed. Makin dah besar ni makin kerap pulak dia nak menyusu. Tahu agaknya nanti dah nak kena pisah susu. Huhu.
Tahun ke-4 berpuasa dengan suami. Alhamdulillah. Tak banyak yang aku prepare. Sama je tahun-tahun sebelum. Haha. Cuma tahun ni, puasa-puasa pun dia still kena outstation. Tu yang tak best sikit. Takde la lama mana pun, but still.... Haha.
Ok lah. Salam Ramadhan semua. Saja mengisi masa lapang sekejap selepas sahur hari ni. Kalau rajin nanti I tulis lagi ye. Byeee.!
No comments:
Post a Comment