Tuesday, January 31, 2012

gambar lama - credit to ijan. ^_^


last few days kan aku godek-godek la folder gambar masa zaman-zaman belajar dulu.
almaklumlah, baru ambik balik dari ijan.
gambar simpanan aku abih dah haa semua hilang. virus punya pasal. rosak external aku. -.-'

most of the pictures mestilah gamba-gamba my besfren ever!
lepas tu mula la aku gelak sorang-sorang. macam-macam gaya ada.
ahh..how i really really really miss all that moments. :) beribu kali dah cakap kan benda yang sama.
every single thing we did, we'll have at least 1 picture.
tapi tipu la kan 1 je gambar..mesti berjuta-juta lemon jugak..

if u read my blog earlier, u'll already know who are my besfrens masa di UMP.
the propa geng. hoyeah!
kali ni pun aku nak tempek muka diorg lagi..sebab kan..kan..sebabnye kan..
ijan dah edit gambanye..hehe..ijan, aku taruk dalam belog eh gamba2 ko edit tu..wee~~.

let's start with ijan. she's like our 'penjaga'. haa..gituuww..
sebab dialah yang banyak menegur & memberi nasihat kepada kami-kami ni yang banyak merapu..yang paling anti sekali kalau orang buang sampah merata-rata..kalau nak dengar dia bagi ceramah, kau buang la sampah suka hati keluar tingkap kereta..hee.gurau je lah ijan..but it's true.. ;)


next is orang sarawak mari. hmm..ape yer pasal ko zai.
paling senyap kot..yeke senyap.. *pikir jap.
senyap la kot sebelum berjumpa dengan kiteorang ni kan..lepas jumpa kiteorang terus jadi tak senyap kot..
dah kate propa kan..ahahah..ah zai, aku rindu dengar kau cakap sarawak dengan mak kau. ;)



hah..this one lah yang ketua propanye..dah kate dia yang bagi nama propa kan..
taku memang suka lah gambar ni..terserlah kemodelannya..gambar mana pun sume nak posing abis kan..yang banyak cakap pun dia..senang kata, takde tia, maka suramlah kehidupan kami..cheewah! aku rasa aku belajar bergosip ni pun dengan kau la tia.. ^_^



well..yang sorang ni, cool aje..eh, sume orang pun cool lah..kann.. ;D
mint ni kira macam tempat luahan perasaan aku yang paling kerap lah..dah dulu bilik pun sebelah sebelah..asal boring lepak bilik dia, landing atas katil, story mory..
kalau dia boring, datang bilik aku, landing atas katil, citer-citer..sementara tunggu turn mandi, singgah bilik aku..malas balik bilik katenye..macam jauh aje ha.



how nerd it is they're? itu zaman bila tu..2009 ke 2010 gitu..aku pun muka budak-budak jugak haa..
2 tahun dah ha berlalu..sekarang muka semua dah matured haa..gituuw~~
walau kami berbagai ragam..berbagai perangainye..kami tetap gembira..aiceh! :)
we've been together since....tahun bile eh??aku pun lupa dah..sedar-sedar dah rapat.. :D
all this pictures credit to ijan lah..ijan jugak lah photographernya..ijan jugak lah tukang editnye..kami kami ni model sambilan jer..tapi kadang ijan bising jugak sebab dia je asyik tangkap gambar..
tapi sekarang tak pakai dah nama 'propa' tu..kami dah insaf.. *sila percaya pleease
lagipun masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing..
sekali sekala je mesej update cerita. :)


eh, nak tempek jugak muka aku sekeping.


i don't know how to describe myself when i'm with them. can u my dear friends?? ;D

Sunday, January 29, 2012

oh baby baby


am a little bit serabut with my child, baby.
asyik garu sana..garu sini..sampai luka berdarah habis..sampai bulu pun dah tanggal.
nampak kulit yang putih itu saje.. -.-'
last week ada bawak pegi vet, nak check la kan kenapa sampai luka2 tu.
disebabkan baby hanya rapat dengan aku saje compare to mama dgn papa, maka aku la yang kena bawak. kalau papa yang bawak nanti haru la dekat klinik tu.
so, doktor pun check sana sini..he asked, baby ada gaduh dengan kucing lain ke..
setahu aku takde lah..dengan perangai dia yg agak slow motion, tak ambik kisah pun..dengan takut nak keluar rumahnye, mana nak jumpa kucing lain.almaklumlah, betina. :D

mula-mula doktor nak kasi ubat makan je.
aku cakap takyah..nanti bukan dia makan pun..dia luahkan balik ade la ubat tu..
bertuah kan kucing aku..eh, nanti aku cerita pe'el yang lain. :D
so, doktor kasi injection la..untuk kudis-kudis sekalian..
kesian oh. :'( i can feel it..lepas tu mata dia berair..mesti sakit kan kena cucuk..
what to do..harus lah untuk kesihatan..then, cuci luka tu sikit..
sepetang tu macam tak bermaya je..effect ubat ke apa taktau..haih.

tapi...tapi...tapi..sampai ke hari ni tak hilang lagi garunye... -.-
dah bagi mandi pun tetap macam tu jugak..aku rasa bulu dia ada kutu lah..
selak-selak bulu tak nampak pun kutunye..bulu panjang sangat..aku trim karang baru tau..hilang kecomelan dah haa..siap aku buat research lagi tau masalah2 kucing ni..silap-silap aku boleh jadi doktor kucing!
buat masa ni aku nak cari syampu berubat dulu lah..syampu sedia ada tak berubat..kasi bulu lembut saje..
selain kesian tengok asyik garu, rimas jugak dibuatnye haa..
 
eh..ada hindustan best..sambung nanti eh. ;)

in this situation



source : thingssheloves


just let it be..if it's meant to be, it will be. :)
yang penting berusaha, berdoa dan bertawakal.

Thursday, January 26, 2012

secrets.


Allah berfirman : "Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan"
(Surah As-Sajdah : 16)



Tuesday, January 24, 2012

nak promote sikit.

selamat petang. :)
walaweh..hari ni rajin meng-edit template belog ni.
tak sangka yer dah masuk tahun ke-empat belog ini berfungsi..
kate nak tutp belog la kunun..tapi tak jadi lah..
 i sayang ini belog..abaikan saje anasir-anasir luar itu..
agaknye dia pun dah tak bace belog aku kan..

aku menulis belog untuk tatapan rakan-rakan saja.
takde pun nak jadi blogger tegar ke apa.
dulu mungkin aku sedikit aktif pegi visit blog orang sana sini kan.
tapi sekarang tak rajin dah..
so, for those who'd followed me and like to read my entry, u are most welcome..
*macam ada kan. hakhak.

maka tahun ini aku berazam nak aktif mengupdate belog kembali.
memandangkan tahun lepas aku tak berapa nak rajin sangat menulis kan.
31 je post untuk 1 tahun..dasyat betul tahap 'kerajinan' aku.
harapnya tahun ni dapat la 200 kot..kot.. ;D

eh..disamping tu..meh ler nak promote sikit ha..

my ump's friend.
boleh laa sape-sape nak upah fotografer..nak suruh design apa-apa..
kad kawin ke..banner ke.dan lain-lain..
just find him through facebook / twitter..nama itu jugak lah ha dia guna.. ;)
since dia pun orang kampung den, sonang lah ha nnti den upah dio sajo haa..
takyah cari jauh2 kan..ahahaha..


tweettweet : hope to hear a gud news. aminn...

Tuesday, January 17, 2012

different bff.


what does 'friend' means to you?
and bestfriend? and bestfriend forever?
macam aku pernah cakap sebelum ni.
i have different types of best friend. but still they are my best friend. :)

kenapa different types.
dunno. maybe sebab jumpa at different places.
masa sekolah, lain bestfriend nye..masuk universiti, lain pulak gengnye..
honestly aku tak pernah ada bestfriend yang aku share semua cerita.
dari kecik sampai la 24 years-old-to-be ni.
kadang-kadang aku rasa cerita yang aku nak sampaikan tu macam tak kena je.
macam yang dalam drama drama kat tivi tu..
they can share anything..takde yang rasa janggal..
when they happy..they happy together..
bila sedih sama-sama sedih.

tapi mungkin jugak sebab aku bukan jenis yang macam tu kot.
hahaha. aku sendiri pun taktau aku jenis kawan yang macam mana.
aku tak reti nak bagi nasihat. tapi aku boleh jadi seorang pendengar yang baik.
itu aku akui..tapi mungkin jugak sebab keadaan semasa kan.
kalau yang ada si dia, lebih senang bercerita dengan si dia. ;)
yang rapat dengan kazen, story mory dengan kazen. ye dak.
mungkin jugak sebab kawan semuanya jauh-jauh.
hanya facebook jadi penghubung. kalau tak..... :D

kalau kawan yang hanya mencari waktu susah.
waktu senang lupa sekejap. itu perkara biasa lah.
rasanya semua orang pernah alami benda tu kan. :)
entah-entah aku pun pernah buat macam tu kan. haih.

sejak beberapa tahun ni kan. mama is my best friend.
nak-nak sejak tahun lepas. semakin rapat.
ahh..walaupun selalu bertekak kan..gaduh sana sini.. :D
still, aku dah mula selesa bercerita dengan mama.
dulu aku tak suka, sebab mungkin duduk asrama..kawan ramai kononnya..
habis cuti tak sabar-sabar nak balik sekolah kan...
zaman tak matang.. :)
sangat rugi rasanya kalau kita tak jadikan mak kita sahabat baik kita.
whatever it is, their advices are the best.
kadang-kadang kita rasa kita taknak cerita masalah kita sebab taknak tambahkan masalah mereka.
tapi sebenarnya mereka rasa sangat dihargai bila kita sudi bercerita dengan mereka.
itu bukan satu masalah buat mereka. :')
tapi kalau gaduh...emm..eh, tapi aku tak meninggi suara yer..marah diam-diam aje..hee..


tweettweet : sad moment when someone who used to be your close friend acts like strangers with you now :/
 
 

Sunday, January 15, 2012

dia.

 
dia datang lagi. setelah lama menghilangkan diri.
dia tak sepatutnya datang. belum masanya.
dan salah tempatnya. boleh tak pergi balik.
kalau dah sampai masa baru datang balik.
 sebab kalau dia datang, hanya akan mengganggu ketenangan.
jangan kacau ketenangan itu pleasee....
lagipun bukan tempat dia disini.
i guess......


 mungkin tempat dia di Paris~~ ;)



Wednesday, January 11, 2012

penenang jiwa





sumber : youtube


bahasa pengaturcaraan.

tajuk translate jer kan. ;D
i'd left all the c++, vb, .net, sql.. & yang sewaktunya for 6 months!
6 months yer..bukan sekejap..lama tu..
tapi sebenarnya 6 bulan tu kejap jer..
tutup mata..bukak mata.. dah 6 bulan..
tapi kalau dah tinggal bahasa pengaturcaraan tu untuk 6 bulan, memang merangkak balik laa..
sama la macam mengaji kan..dah lama tak mengaji, tergagap jugak. ;)

tapi takde la aku tinggal terus.
sekali sekala bila datang rajin, aku study jugak segala bahasa-bahasa tu..
walaupun taktau apa yg studynye tu kan..huhu..
dah kata setiap kali interview je ada test..memang la kena studi kan..
tapi bila buat test ja..hmmph!

never mind lah..
i'll keep trying..



life is full of colors and pusing-pusing like merry-go-round.


tweettweet : mud tenggelam timbul last few days.


Tuesday, January 03, 2012

wonderwall


When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, 
you want the rest of your life to start as soon as possible.





Sunday, January 01, 2012

hye twenty twelve

hai 2012!
wah..gigih kan menaip entry di awal hari 2012.
peace! :D
now we can say goodbye 2011.
hmm..such a great year..from the beginning of 2011 till the end..
yeay! i feel good~~~




 harap-harap 2012 ni akan lebih membuatkan aku banyak tersenyum..... ;)
selamat tahun baru rakan-rakan.
alhamdulillah masih dipanjangkan umur..
dengan itu umur saya dah bertambah 1 angka!


tweettweet : new chapter of life will begin. 
i have lots of thing to do this year. ;)