Tuesday, December 31, 2013

tunggu dan lihat

entry sticky post. :D

assalamualaikum w.b.t

blog ini sedang dalam proses penambaikan. mungkinkah tahun baru berwajah baru? haha. mana-mana terkurang atau terlebih tu harap diabaikan, sebab 'the writer' nya sambil edit blog sambil blogwalking. sekian. ;)


Thursday, December 19, 2013

Pregnancy Review : Herbalife untuk Ibu Mengandung

yup. I just wanna share my first pregnancy with herbalife. sebab ada kawan-kawan yang curious boleh ke orang pregnant minum herbalife. jawapannya boleh aje. InsyaAllah, dengan izin Allah sihat. sebab herbalife adalah makanan yang berasaskan protein soya. protein tumbuh-tumbuhan, bukan protein haiwan. :)

masa awal kandungan, memang la selera makan berkurang. makan apa pun tak masuk. even shake herbalife ni pun susah nak telan. tambah kalau bancuh plain, kosong gitu. for sure takkan habis. maka, memang setiap kali bancuh shake akan tambah dengan jus oren. asalkan ada rasa manis tu. kadang-kadang campur jugak dengan soya jagung. perisa yang boleh masuk tekak time tu tropical fruit dengan vanilla je. masa first checkup tu memang la nurse kasi asid folik. semua pun sedia maklum kan asid folik ni untuk menguatkan janin kita masa awal-awal kandungan ni. memandangkan aku bukanlah orang yang suka makan ubat especially pil, ehem...sampai sekarang asid folik tu elok je cantik terletak atas meja kat bilik. huhu. aku cuma make sure setiap hari aku akan habiskan at least 400ml shake. sebabnya dalam shake herbalife ni semua nutrisi, vitamin, kalsium yang perlu untuk ibu mengandung ada. termasuklah asid folik tu. boleh tengok dekat label yang balut botol.selalunya aku minum waktu brekfes lah. tengah hari, petang, malam, ikut selera tekak nak makan apa. jadi,satu, aku ambik Formula 1 Herbalife sebagai sarapan pagi. :)

dua, aku minum NRG Tea, atau nama penuh Nature Raw Guarana tea. tea ni berfungsi untuk tambah tenaga dan improve ketajaman fikiran. disebabkan masa 1st trimester tu badan memang superletih, super mengantuk, aku minum NRG untuk kurangkan letih dan mengantuk tu. still rasa tu tetap ada,perubahan hormon dalam badan kan, tapi gagah lagi la nak masuk office tu. tapi tekak ni memang nak rasa manis je kan, aku campur dengan gula jugak la sikit. hehe.walaupun sebaiknya minum tanpa gula. takpe, khasiat tak berkurang pun. penambah rasa je. :D aku minum bila-bila aku rasa mengantuk nak tido kat office.takde spesifik time.

ketiga, masuk 2nd trimester aku dah mula ambik Calcium Plus dengan Omega 3 Fish Oil. actually, dari 1st trimester lagi dah ambik cuma tak kerap je. sebab masa tu kan mana rasa nak masuk makanan banyak-banyak. so, masuk 2nd trimester aku ambik setiap hari. seperti kita tahu, kalsium penting untuk ibu mengandung dan penting bila masuk 2nd trimester sebab anak kita dah mula menyerap segala nutrisi dan zat dari badan kita. dan minyak ikan pulak penting untuk perkembangan otak. :) yang ada DHA bagai macam kat dalam susu tepung tu. jadi, aku merajinkan diri makan Calcium Plus dengan Omega 3 yang berbentuk kapsul ni yang boleh tahan besarnya. demi anak, kugagahkan jua. haha.

selain daripada semua kat atas tu, Herbal Aloe Concentrate yang bertindak sebagai pencuci usus, dengan Teamix aku ambil juga. Aloe sebab rasanya masam, aku minum nak hilangkan loya je, disamping nak cuci usus tu kan. even sampai sekarang pun ada jugak rasa tak sedap tekak tu sikit-sikit. ada jugak aku baca, time mengandung ni boleh terjadi sembelit. maka, minumlah aloe untuk melancarkan proses pembuangan. :D Teamix pulak aku ambil after makan berat je. Teamix ni aku tak gemar sangat sejak mengandung. mungkin sebab dah minum NRG kot. tapi penting jugak teamix ni nak cuci minyak-minyak,  lemak-lemak makanan yang kita dah makan. sebab tu aku minum bila lepas makan berat je. dan.... yang penting, air masak at least 2 Liter aku minum satu hari. kalau tak, cemana la nak buang sisa-sisa kumuhan yang kita dah makan tu kan. :)

antara produk-produk herbalife. tapi ini over the sea punya.

 
ini Malaysia punya produk. sila pilih nak rasa apa. :D

 copyright gambar : google.com

so, that's it. actually, semuanya produk yang sama je aku consume hari-hari sebelum mengandung. takada spesifik set pun untuk ibu  mengandung. takada beza pun. bezanya cara pengambilan je dengan orang yang nak turun berat badan ke, nak naik berat badan ke. still, boleh nampak jugak badan aku agak berisi masa mengandung ni. sebabnya aku bukan ikut program nak jaga badan. aku minum sebab nak kasi nutrisi kat baby je. takada jugak kuantiti banyak mana aku nak consume. kalau larat, minum la banyak mana suka hati aku. ada orang sampai 3 kali shake setiap hari. minyak ikan Omega 3 tu,lagi banyak makan lagi bagus. :) aku ni ikut sedap tekak je. hehe. atleast, makanan yang berkhasiat la kan. sebab dah tahu khasiat yang ada, bila bagi baby makan tu, rasa "oh,hari ni dah bagi baby makan makanan yang berkhasiat". kadang-kadang nak makan yang pelik-pelik tu rasa bersalah. hehe. dulu takde la pulak kan nak bersalah. suka hati je makan. heee~

apa-apa pun, ini semua ikut masing-masing la. :) ada yang rasa produk lain lagi bagus, just take it. as for me, aku rasa setakat ni, ini yang bagus untuk aku dan family. dan yang penting, banyak-banyakkan doa kepada Allah agar baby sentiasa sihat, diri sendiri pun sihat dan semuanya akan dipermudahkan kelak. itu yang penting. ini hanyalah sebahagian dari usaha kita untuk yang terbaik. orang dulu pun mana la ada semua benda ni kan. sihat jugak anak mereka. tapi kalau difikirkan environment dulu dan sekarang, kita sendiri pun tahu kan macam mana. perkembangan dunia yang semakin berteknologi tinggi. :)

alhamdulillah, masuk 25 minggu usia kandungan, semua sihat, ibu dengan anak sihat. aku pun takde masalah kaki bengkak atau water retention ke orang panggil? sakit belakang ada la sikit-sikit bila duduk lama sangat kat office tu. kaki cramp ada jugak sekali-sekala datang, especially time sejuk ya amat. perut pun comel je membulat. hihi. nama je belum cari lagi. :p

Friday, December 13, 2013

disember 2013

assalamualaikum w.b.t

disember bermaksud tibanya penghujung tahun 2013. tahun Masihi. kalau kalendar Islam, dah bermula pun tahun baru untuk kita. hari ni 13 Disember 2013, bermakna tinggal lagi 14 hari aku akan berkhidmat di sini. :) 2 minggu je lagi? macam tak percaya pun ada. after waiting for 3 months, the time will come. lepas ni tak tahu nak buat apa, mungkin jadi suri rumah sementara kot. after confinement baru la kembali bekerja. well....what can I say..selepas 2 orang yang boleh dikatakan agak penting jugak untuk support aku kat sini, pergi, semangat pun semakin kurang..ditambah pulak berulang alik Subang Jaya - KL dengan perut semakin membesar, aku rasa, cukup lah kot.

too many memory to remember..banyak sangat..walaupun gembira, perasaan sedih tetap ada..especially with my daebakers team..oh, dedication untuk mereka, I'll write later. :D tunggu sampai last day nanti. sekarang tak boleh sedih sangat lagi. end of year, end of my career here. InsyaAllah, I believe, rezeki Allah sentiasa ada. Yang penting tak jemu berusaha. It's time to start something fresh. Kadang-kadang teringat kata-kata yang pernah dengar dari radio, "kita berada dalam sesuatu keadaan yang negatif mungkin sebab kita diperlukan untuk tukar keadaan tu jadi positif. atau sememangnya kita termasuk dalam aura yang negatif itu sendiri." so? muhasabah diri sekejap. :)

copyright : islamic thinking.

Thursday, December 12, 2013

Monday, November 25, 2013

Pregnancy Review : A Story From A Doctor

ini dari seorang kawan sekolah aku yang sekarang dah bergelar seorang doktor. memang banyak dia share experience dia sepanjang bergelar doktor ni. banyak kisah yang menarik. yang ini pulak aku tertarik nak share. :) credit to Dr. Syamirulah Rahim.


"Aku, Buku Merah, Dan Pesakit Itu."

***

"Puan, jadi kandungan ini anak sulung puan, berusia 35 minggu..puan dimasukkan ke wad semalam sebab contraction datang awal, kan."

Pesakit berkenaan mengangguk perlahan, sedang Dr. Syamirul memulakan review petang pada hari tersebut. Wanita mengandung berusia sekitar 30 an itu memerhati Dr. Syamirul membelek perlahan buku merah nya, yang menjadi "passport" bagi semua wanita mengandung.

Sering beliau ingatkan kepada pesakitnya, pergi ke mana sekalipun, hatta ke pasar malam pun, seseorang wanita mengandung mesti perlu membawa buku merahnya bersama. Semua maklumat mengenai kandungan tercatat didalam buku itu. Ditakdirkan tiba masa datang tanda kelahiran, doktor takkan sempat menyoal itu ini kepada pesakit, buku merah itulah yang membawa jawapan kepada persoalan2 penting.

Teringat Dr.Syamirul akan soalan viva beliau di awal posting di jabatan OnG berkenaan. "Seorang pesakit, 20+ years old, unbooked, presented with contraction pain and leaking liquor. What is the first thing you must do?" soal MO beliau. Tergagap2 Dr. Syamirul. Ligat kepalanya berpusing, buntu.

"Perspeculum and Vaginal Examination?" Dr. Syamirul meneka. Logiknya begitulah. Kalau betul dah datang tanda sakit dan dah turun air ketuban, maka next step perlu tahu apakah bukaan rahim dah cukup luas. Silap2 dah OS full, kena transfer masuk labor room terus.

"Bukan, rapid test HIV! Unbooked mother, you tak tahu status HIV dia, you jangan letakkan diri you or the whole labor room team dalam risiko by conducting deliveries or even performing VE without knowing whether she had HIV or not!" Tegas MO berkenaan.

Begitulah peri pentingnya buku merah tersebut. Bukan setakat tempoh gestasi kandungan, malah status screening HIV, kedudukan/presentasi kandungan, lokasi terkini plasenta, masalah2 antenatal, semuanya tercatat dalam buku merah yang menjadi sumber maklumat doktor dalam mengendalikan sesebuah kelahiran.

Sedar dari lamunan, Dr. Syamirul membelek-belek buku merah pesakit tersebut. "G1P0", dibaca "gravida one para zero", juga sinonim dengan "nulliparous", membawa maksud ini adalah kandungan pertama wanita ini, serta wanita ini tidak pernah mengalami kelahiran.

"Emm..doktor.." suara wanita berkenaan menarik perhatian Dr. Syamirul. "Ye, kak?"

"Sebenarnya ini bukan anak pertama saya."

Dr. Syamirul membeliakkan mata. Menanti penjelasan lanjut wanita tersebut.

"Beberapa tahun dulu saya dah pernah mengandung dan bersalin, tapi ketika itu saya muda lagi, tak kahwin lagi. Suami saya sekarang tak tahu pasal perkara ni, keluarga saya pun tak tahu."

Dr. Syamirul mengucap panjang didalam hati. Tak sangka, apa yang selama ini dianggap beliau hanya scene dalam drama, kini berada didepan matanya.

"Tak apa kak, terima kasih sebab beritahu perkara yang sebenar kepada kami. Hal ini penting kak, kerana banyak perkara yang perlu kami para doktor tahu mengenai kandungan yang sebelum ini, dan ia juga akan mengubah banyak aspek rawatan dan penjagaan akak termasuk ketika proses kelahiran kelak."

Maksudnya pesakit ini bukan lagi nulliparous, tetapi sebenarnya multiparous (sudah pernah mengalami kelahiran). Banyak management sudah berubah dari hakikat ini. Ubat penguat contraction, pitocin, tidak boleh lagi diberi pada kadar 96cc/h, sebaliknya mesti diseparuhkan. Tempoh maksimum fasa aktif kelahiran juga tidak lagi dibenarkan mencecah 12 jam, sebaliknya disingkatkan ke 8 hingga 10 jam. Kadar kecepatan proses bersalin pun berbeza, kalau nulliparous kita dapati bukaan rahim baru 4cm, kita boleh rehat2 lagi. Tapi kalau multip, sudah perlu berjaga2, sejam dua sudah boleh os full.

Bukan itu sahaja. Malah, sejarah kandungan dan kelahiran terdahulu juga perlu diterokai. Bersalin biasa atau operation? Jika anak sebelum ini dibedah, perlu diketahui apakah ada komplikasi atau tidak. Adakah allow VBAC (vaginal birth after cesarian)? Berapa berat kelahiran, kerana jika anak sebelum ini besar, kemungkinan kandungan2 seterusnya juga besar, yang boleh mendedahkan kepada risiko soulder dystocia atau extended tear.

Soalan pertama Dr. Syamirul kepada wanita berkenaan tentulah, "Buku merah yang anak dahulu tu, masih ada kak?" Kerana dalam buku itu tercatat semua maklumat yang perlu diketahui, termasuklah maklumat postnatal (pasca kelahiran).

"Tak ada doktor, semua saya sudah buang. Anak tersebut pun saya dah bagi kepada keluarga angkat, saya sendiri dah tak tahu siapa dan ada di mana. Doktor tolong jangan sebut perkara ini dihadapan suami saya atau keluarga saya, mereka semua tak tahu." Tergambar kegusaran pada riak wajahnya.

Begitulah berbezanya perspektif doktor dan pesakit. Tatkala ketika itu, seorang doktor sedang khuatir dan risau mengenai pesakitnya, plan rawatan dan management yang perlu dibuat. Sedangkan pada pihak pesakit, apa yang beliau khuatir dan risaukan, adalah takut kebenaran diketahui oleh suami dan ahli keluarganya.

"Tak apa akak jangan risau, selaku seorang doktor, kami terikat dengan kerahsiaan pesakit sekalipun terhadap suami dan keluarga akak sendiri, kecuali kes-kes tertentu." - barulah tampak lega pada raut mukanya.

"Tapi saya minta kepada akak, maklumat akak ni sangat penting khususnya kepada kami yang nak tolong akak ni. Kalau kami tak diberitahu mengenai hal ini, kami boleh memberi rawatan yang salah, management yang salah, yang boleh mengancam nyawa akak mahupun bayi dalam kandungan. Tengok dalam buku merah akak pun dah salah, akak sepatutnya bagitau perkara ni semasa nak buka buku merah ni lagi. Bayangkan apa terjadi kalau akak datang dalam keadaan dah nak bersalin sangat2, tak sempat bagitau kami, dan kami pula hanya berpandukan buku merah ini semata?"

"Ye..akak faham..akak minta maaf," serak suara wanita tersebut dihadapan Dr. Syamirul.

"Tak apalah akak, yang penting alhamdulillah, akak berterus-terang dengan saya hari ini. Setidaknya, saya masih sempat buat pembetulan pada buku ini. Minta maaf akak, buku merah ini maklumat hospital, kita kena tulis perkara yang betul. Tapi inshaAllah kita akan tulis dalam bahasa inggeris serta menggunakan istilah2 perubatan, mudah2an agar suami atau ahli keluarga akak yang terbaca buku ni, tidak faham apa yang ditulis. Tapi untuk pencegahan, mungkin akak boleh simpan buku ini baik2 agar tidak dibaca oleh orang lain."

"Terima kasih doktor, terima kasih sangat-sangat."

"Tapi saya minta dengan serius kepada akak, akak nak rahsiakan hal ini daripada suami dan ahli keluaga, itu hak peribadi akak. Namun saya minta sangat2, bila sampai masanya nak bersalin nanti, akak mesti berterus terang dengan kami. Biarpun ketika itu suami akak ada sekali. Kerana ia mempengaruhu rawatan kami ketika itu.

"Baik, doktor.."

Selesai review pesakit berkenaan, Dr. Syamirul segera mendapatkan MO beliau untuk dimaklumkan mengenai hal itu.

***

Meskipun peristiwa ini berlaku beberapa bulan yang lalu, ia masih berlegar di mindaku. Besar impaknya, kerana peristiwa realiti yang sebelum ini dibayangkan dalam novel/drama sahaja.

Wanita tersebut mungkin dahulunya jahil. Jahil sehingga melahirkan anak luar nikah. Dan mungkin dia pada ketika ini sudahpun bertaubat dan berusaha melupakan masa silamnya.

Namun hakikatnya, masa silamnya itu tetap datang menghantuinya. "A new life" might not seem so new.

Begitu juga, pendiriannya untuk tidak memberitahu suaminya mengenai perkara tersebut. Aku tidak berhak judge her decision. Malah sering juga kita dengar dalam kuliah agama, ustaz-ustaz mengatakan isteri tidak wajib menceritakan peristiwa hitam yang silam kepada bakal suami.

However, to what extent? Contohnya dalam situasi wanita ini. Sampai bila beliau mahu menyembunyikan hakikat ini daripada pengetahuan suaminya? Adakah beliau sanggup meletakkan nyawanya dalam bahaya demi menyembunyikan maklumat ini?

Apa terjadi jika suaminya mengetahui akan hakikat ini? Secara romantiknya orang berkata, jika benar suaminya mencintainya maka dia akan menerima isterinya seadanya. Namun benarkah realistiknya sedemikian? Kalau anda di tempat itu, bagaimana?

Kesemua komplikasi2 ini, tiadalah mampu aku rungkai dalam minda, melainkan hanya mampu aku katakan, "beringat sebelum kena."

Tatkala zina membarah dalam masyarakat yang aku melihat sendiri first person akan akibatnya, setiap minggu ada sahaja kes zina yang dilaporkan, ibu luar nikah melahirkan anak, sukar untuk aku bayangkan institusi kekeluargaan masyarakat zaman akan datang, sepuluh dua puluh tahun kemudian, bagaimana ia akan tertegak, kukuhkah ia atau rapuh didalam.

Dan betapa susah menyampaikan mesej "beringat sebelum kena" ini kepada adik-adik remaja anak muda kita, tatkala mereka lebih mudah terpengaruh dengan terbitnya bukti video kapel seminggu, video gwiyomi boyfriend, dsb..

Justeru pada malam tasu'a menjelang asyura ini, aku menadah tangan bermunajat sambil mengenangkan qalam Ilahi,

"Ya ayyuhal ladziina aamanu, quu anfusakum, wa ahliikum, naara." Surah At Tahrim, ayat enam. [66:6]

**
Disclaimer:

- dialog, latar dan watak diubahsuai bagi mengekalkan kerahsiaan pesakit, dalam masa yang sama, mengekalkan keaslian jalan cerita.

Sunday, November 24, 2013

Pregnancy Review : Pregnancy Check Up

assalamualaikum w.b.t.
ehem. musim mengandung, banyak la eh cerita pasal mengandung. :) banyak jugak google mencari info-info untuk ibu mengandung. dah sampai bulan ke-5, lagi banyak benda kena baca. jumpa doktor sebulan sekali je untuk check up. cakap pasal check up, experience sendiri, lepas disahkan mengandung, minggu ke 8 tu terus pergi Klinik Kesihatan buat buku merah. niat asalnya nak MC, sebab badan tak sihat. sampai dekat sana, konfius jap nak pergi bahagian ibu mengandung ke bahagian biasa. tapi pergi bahagian biasa jugak mula-mula, cakap kata tak sihat, tapi saya mengandung.haha. staff tu pun suruh pergi bahagian ibu mengandung dan cakap kata nak bukak buku merah. bertambah konfius lagi, buku merah tu apa pulak. tak apa lah. klinik yang kami pergi Klinik Kesihatan Shah Alam mula-mula. bila pergi bahagian ibu mengandung, ditanya pulak rumah dekat mana. rupanya, kena pergi klinik yang dekat dengan rumah. so, Shah Alam taknak terima, disuruh pergi Kelana Jaya. Subang Jaya tak ada Klinik Kesihatan. bila sampai Kelana Jaya pun,nurse cakap sepatutnya Taman Medan. tapi dia accept jugak la, boleh diterima. baru la tahu macam tu rupanya prosedur. yelah, awak baru seminggu sah mengandung, lepas tu niat nak ambik MC, terus pergi buka buku merah tu. tak sempat nak google ke tanya orang ke apa lagi dah nak buat apa masa awal mengandung tu. bagus juga, belajar sendiri. :D

Rasanya mana-mana ibu mengandung pun tahu buku merah tu apa kan. macam buku rekod setiap kali kita buat check up. sebab kita check up merata-rata, kot nak bersalin nanti pun bukan dekat klinik yang kita selalu check up. itulah gunanya buku merah. dulu housemate mengandung pun taktau wujud buku merah tu. haha. Jadi, masa 8 minggu dah buat check up yang pertama, then, next check up sebulan kemudian. masa first check up tu nurse tanya kerja kat mana. bila cakap KL, dia tanya kenapa tak pergi sana je. mana la tahu. rupanya nak senangkan kita, lepas check up boleh masuk kerja terus. begitu lah. so, nurse pun suggest check up kedua terus ke Klinik Kesihatan dekat KL.

On 12 weeks, hari yang sepatutnya kena buat check up, aku pun ambik cuti. sebab malas nak ke KL dan nak masuk kerja lepas tu. huhu. still proceed pergi Kelana Jaya. seperti yang diketahui, kalau Klinik Kesihatan memang terlalu ramai orangnya. dan memang perlu menunggu dengan sabar. kalau klinik bukak pukul 8, 7.30 orang dah beratur tunggu. tapi aku pukul 9 baru sampai. hehe. memang tengah hari la habisnya. tak dapat jumpa doktor pulak tu. nurse pun check perut gitu2 je. erm, ada la nak kata tak puas hati jugak sikit. sebab kita tak tahu baby kita macam mana condition, sihat ke tak kan. maybe sebab usia kandungan still awal lagi dan mereka lebih utamakan untuk ibu-ibu yang dah sarat. jadinya, lepas tu aku pun decide dengan husband nak tukar pergi check up dekat swasta on next appointment. dari mula pun memang aku tak pernah scan baby. bukan taknak pergi klinik swasta, tapi ada je halnya dengan family dan tak berkesempatan. takpe, berdoa je baby sentiasa sihat sejahtera dalam perut ni. :) 

honestly, memang kami berdua relaks je. sepanjang 4 bulan pertama tu, 2 kali je aku jumpa doktor. selebihnya aku jaga diri sendiri. cukupkan rehat. jaga makan. dan aware lah dalam perut ada baby. haha.appointment ketiga, aku tak pergi. huhu. masa tu kandungan dah 16 minggu. bulan ke-4 lah kan. sebabnya masa tu terlalu banyak hal nak diuruskan. dengan dah
elalu sangat ambik cuti. dan macam-macam benda lagi lah. makanya aku missed appointment. dan bila kandungan dah masuk 20 minggu hari tu, means dah 5 bulan baru aku pergi buat check up. first check up dekat swasta. oh, lepas survey dan tanya beberapa orang kawan aku dan husband, kami pun decide nak proceed dekat Hospital Umra, Shah Alam. memang hospital khas untuk ibu mengandung & anak. tapi still ada juga untuk rawatan sakit yang lain.

seperti biasa, mula-mula nurse check berat, tekanan darah dan air kencing. cuma, tak ada check HB darah. kalau kat Klinik Kesihatan memang akan check HB darah. HB means Hemoglobin dalam darah. HB ni penting untuk ibu mengandung untuk elakkan kesan tak elok kepada baby. cukup ke tak cukup oksigen dalam darah merah kita.erm, boleh google lagi la kot. aku pun google je nak tau. :D ok, itu prosedur biasa lah kan sebelum check kandungan kita. hari tu boleh tahan ramai juga ibu-ibu mengandung. dengan orang sakit nak bersalin lagi.lepas nurse dah check semua, tunggu untuk scan baby pulak. :) for the first time nak tengok baby dalam perut. 

Alhamdulillah. baby sihat. uri dekat atas. kepala time tu dekat bawah. still, dia boleh pusing-pusing. masa tu dia tengah makan. haha. sebabnya elok sebelum tu aku makan roti sebab dah lapar. jadinya, dah masuk dalam perut dia pulak sambung makan. :D memang nampak tengah mengunyah. hai comelnye. :) :) :) tangan kaki gerak-gerak sana sini. tapi memang aku tak rasa apa-apa pun. maybe sebab dia kecik lagi kot. perut aku pun mana ada membulat sangat. bila nak tengok muka, dia tutup pulak dengan tangan. kaki melonjak-lonjak. dengar degupan jantung dia. tengok darah dalam jantung, dalam otak. kesimpulannya, i am speechless..dan tak ada apa yang mampu nak ucap selain Alhamdulillah. bila jumpa doktor pula, doktor cakap semuanya sihat, tak ada apa-apa masalah. :) tapi kena membebel jugak sebab dah skip 3rd appointment dan belum buat ujian air gula. :D don't follow this. make sure pergi check up sebulan sekali.

nak dijadikan cerita aku kena buat ujian air gula on the next day. sebabnya mama ada history kencing manis, sebab tu kena buat. bak kata doktor, perubahan hormon boleh jadi sebab untuk ada kencing manis walaupun sekarang tak ada kencing manis. kot nak makan coklat 1 bar, badan tak boleh terima, terus gula naik. begitulah. bila sebut air gula, nampak macam scary kan. termasuk la aku. dengar cerita kawan-kawan, semua bagi feedback tak best lah. haha. tapi bila aku minum, sedap pulak rasa dia. macam rasa ribena pun ada. tapi memang pekat la. warna pun merah macam darah. selama ni dok imagine ingat warna putih. macam minum pati gula tu. :D Alhamdulillah, keputusan ujian pun ok. tak ada kencing manis.

so far, aku berpuas hati jugak dengan servis kat Hospital Umra ni. doktor pun baik. :) banyak bagi nasihat especially untuk new mommy macam aku.oh masa scan tu, tak pilih pun nak 2D ke 3D ke 4D ke. terus doktor tu scan semua. dari 2D sampai 4D. dapat sekeping CD ada gambar dan video baby + 2 keping gambar 2D + 1 keping gambar 4D total semua RM185. termasuk pakej check up jumpa doktor semua sekali lah tu. untuk test air gula pulak RM78. aku rasa untuk servis biasa macam tu memang RM70++ lah. :)

just sharing what I feel towards my pregnancy moment. bila officemate tanya apa perasaan, taktau nak cakap apa perasaan. haha. dari sebelum aku kahwin dia tanya apa perasaan nak kahwin, apa perasaan dah kahwin sampai la apa perasaan dah mengandung. haha. apa-apa pun, semua pengalaman ni kan satu proses pembelajaran jugak. me and husband sama-sama go through this process. dia la yang meneman pergi klinik dari mula sampai habis. aku cuti dia pun cuti. bila taktau, 2 2 orang taktau, tapi lepas tu sama-sama tau. bila doktor explain, 2 2 pun oooo...hahaha..same goes to my mother in law juga yang sama-sama teman kalau husband tak cuti @ ada emergency. yang banyak bagi nasihat2 jugak on how to be a parents. plus papa dengan mama kan jauh di perak. :)

so, that's it. to be continued...... :D

Thursday, November 21, 2013

my little munchkin.

genap 21 minggu..masuk 22 minggu my 1st baby bernyawa dalam perut ni. :) dan kalau diikutkan selesailah sudah aku melalui trimester pertama..dah masuk trimester kedua..walaupun masih ada lagi terasa
sikit-sikit pening, loya..tapi dah boleh makan double dari biasa tu aku kira dah ok la tu..perasaan? :)
tak dapat nak cakap macam mana..kami tak pernah merancang untuk anak..aku mungkin la masa awal berkahwin tu perasaan nak dapat anak tu membuak-buak.suami rileks je.tapi bila bulan pertama still period seperti biasa, sedih pulak time tu kan..lepas tu fikir balik, alah awal lagi..kenapa nak kelam kabut.kenduri pun tak lepas lagi. penangan kawan-kawan la ni. haha. lepas tu,dah tak kisah dah..sibuk dengan kerja dan urusan rumahtangga.

sampai hujung bulan puasa, badan rasa letih sangat..kepala pening, perut sakit..at first,ingatkan gastrik.sebab aku memang ada history gastrik yang hebat..tapi, perangai aku berubah.asal masuk kereta aku memang tutup mata,tido dengan lena macam malam tak cukup tido. dan aku elergik bau ekon kereta..kalau bukak ekon, automatik aku terus loya + pening..so, aku rela berpanas bukak tingkap..lagi fresh aku rasa..
makan takde nak masuk tekak sangat..makan cukup-cukup nak isi perut waktu berbuka..keadaan ni berlanjutan la sampai lepas raya..yang buat diri ini rasa dah pregnant bila masa hari raya aku tiba-tiba muntah takde signal..tengah mandi,tiba-tiba muntah..so, takada siapa perasan.rasa pelik sekejap sebab masa tu rasa badan sihat walafiat.tapi simpan je dalam hati sorang-sorang..taknak terlalu mengharap walaupun sepanjang bulan puasa tu aku tak period..still, buat taktau je.haha.orang lain mesti dah eksaited..

bila keadaan dah jadi lagi bertambah sikit teruk,pening aku bertambah-tambah,loya aku menjadi-jadi,dah makin kerap muntah..aku cerita dengan officemate aku dulu.bukan suami.. :D sebab dekat rumah aku ok, dekat office semua simtom keluar..baby tak suka datang office kot.lol.then, siti advice suruh test sendiri dulu,dah konfem baru pergi jumpa doktor.aku pun gigih menapak pegi watson
kat pavilion cari pregnancy kit..boleh tahan harga,sebab google ramai orang suggest guna brand tu.. :D after work, mesej suami bagitau rasa diri saya ini pregnant kot. sebab macam ada tanda-tanda.
dia cakap ok,balik ni pergi klinik..hoh.kita dah beli nak test sendiri la..dia kata tak payah,klinik terus senang.maka, memang lepas balik kerja terus pergi klinik dan doktor sahkan positif mengandung.
membebel gak aku sekejap dah beli pregnancy test tu tak guna.mahal kot. :D dia cakap takpe, expired date lambat lagi, boleh simpan anak no 2. -______-

so,dekat klinik doktor dah sahkan. and it's already 7 weeks pun.tak ada apa lagi. still kecik.balik dari klinik,suami aku senyum tak berhenti.senyum sorang-sorang.haha.orang kata senyum sampai telinga.orang pertama yang tau adalah siti.haha.sebab dia eksaited mesej aku nak tahu result.
so,bila dah sah dan konfem mengandung tu,bertambah hebat lah alah aku.siap countdown bila la nak habis 1st trimester ni..7 minggu..baru lagi..sejujurnya memang semua tu jadi bila aku jejak kaki kat ofis je..
kat rumah aku sihat walafiat..bangun pagi cergas + semangat konon nak pergi kerja..masuk kereta, tido.bangun tido sampai ofis terus pening.bab makan memang mula-mula tak berapa nak telan..makan pun sikit sekadar alas perut..selebihnya suami aku habiskan..waktu muntah pukul 10 pagi dengan lepas lunch..memang aku get redi bila dah tahu timing..minyak angin memang tak lepas dari tangan..bau minyak angin jugak aku boleh terima..preparation nak duduk dalam kereta.sebab aku rasa bau kereta tu memang bau busuk gila.walaupun hakikatnya tak bau pun.haha.pelik-pelik..

shake pun aku ambik brekfes je..tu pun jenuh nk menghabiskan..memang selera lain macam..nasi lemak aku suka.tiap2 pagi boleh makan nasi lemak.tapi tengah hari takleh makan nasi dah..end up banyak beli kuih ke, buah ke, cekodok ke..malam aku blur terus nak makan apa..yang aku fikir nak tido je..sebab badan pun memang letih semacam..bila orang yang pernah mengandung cakap, orang yang tak mengandung takkan faham apa yang kita rasa. ada betulnya..sebab kadang-kadang aku sendiri pun tak faham dengan emosi aku sendiri. sorry husband. banyak menyusahkan awak dengan kerenah yang tah apa-apa.bukan dibuat-buat perasaan tu.kadang-kadang tiba-tiba je nak sedih tak bersebab. :) dan seperti nasihat mak mertua aku, lain anak, lain situasi kita mengandungkan dia. apa-apa pun itu semua dapat pahala. bersabar je laluinya dan jangan pernah mengeluh. :) 

dalam macam-macam situasi tu, aku tersenyum gembira bila tengok baby bergerak-gerak dengan aktifnya dalam perut. hilang semua rasa sakit, penat. well, it's a new phase in my life, to become a parents. satu fasa yang mencabar. semoga aku dan suami sentiasa diberi petunjuk dan kesabaran untuk melaluinya. :)

doktor cakap dia malu nak tunjuk muka. and husband cakap, "dia pemalu macam saya la tu"
semua nak macam dia la kan. haha. :)

Wednesday, October 09, 2013

peluang

i am lonely today. LOL! sounds pathetic. tak ada lah lonely. mungkin office hari ni kurang orang, jadinya
terasa kosong pulak..satu team pergi meeting..kiri kanan depan tak ada orang..teman untuk berbual hanya ada siti je..yang lain mesti lah sibuk seperti biasa..kalau tak sibuk, tak ada lah namanya bekerja kan..atau aku sahaja yang kurang kerja..hmmm..fikir sekejap..dengan tak semena-mena aku pun turn on radio online membisingkan telinga..sunyi sangat rasa dan menghilangkan perasaan bosan + mengantuk.

dulu masa sekolah cikgu cakap, zaman bekerja tak sama dengan zaman belajar.so, please enjoy yourself masa tengah belajar ni..masa tu tak faham pun apa cikgu cakap.masa tu fikir nak habis periksa nak cepat besar..tak sabarnya nak besar..mana lah tahu apa nak jadi akan datang kan.sekarang dah beberapa tahun berlalu dari zaman sekolah..dan aku memulakan pekerjaan pertama setahun setengah yang lalu..seumur hidup aku tak pernah kerja part-time ke, kerja lepas spm ke.oh, cuma masa internship..boleh la kot dikira 1st job..
nak dapat pekerjaan pertama ni pun tak senang.sebab syarat utama untuk bekerja dulu mesti lah berdekatan dengan rumah sahaja.tapi, kawasan rumah tu bukanlah kawasan yang sesuai untuk jenis kerja yang aku cari..paling dekat pun pergi negeri sebelah, Pulang Pinang atau Kedah..6-7 bulan jugak lah jadi penganggur yang terhormat..takde perasaan risau pun, cuma rasa tak best je. orang lain dah ada life bekerja..duduk rumah pun banyak kerja boleh buat..cumanya dari pagi sampai pagi esok memang aku dalam rumah je lah..
nak keluar beli barang pun kadang-kadang.ataupun pergi shopping dengan mama..

sekarang, semua dah berubah.pagi sampai petang dekat office..hari ini pun sama dekat office..matahari dah terbenam baru dekat rumah.cuma hari ni aku rasa lebih banyak memerhati..haha! aku teringat satu hari masa tengah berbincang dengan bos. dia cakap tentang opportunity.atau bahasa melayu nya 'peluang'.perkataan tu buat aku terfikir jap.aku senyum sendiri.teringat kali pertama aku jejak kaki dekat bangunan ni. aku diberi peluang untuk memegang jawatan Jurutera Perisian. memang itu yang dicari selama 6 bulan menganggur..kemudian diberi peluang lagi dalam tempoh percubaan selama 6 bulan.kalau prestasi memuaskan, akan ditawarkan memegang jawatan secara tetap..6 bulan pertama boleh dikatakan semuanya ok.semuanya seronok.seronok baru mula bekerja kot.ataupun seronok dah mula pegang duit sendiri.ataupun seronok berkenalan dengan kawan-kawan baru.tempoh percubaan dah tamat,maka sekali lagi peluang diberikan untuk terus bekerja di sini secara  tetap.dan hidup sebagai pekerja diteruskan..sehari demi sehari cuba untuk memajukan diri..biasalah alam pekerjaan mana ada yang indah sepanjang masa.hidup pun tak selamanya indah.satu demi satu dugaan pulak yang datang..dalam keseronokan ada juga yang tak menyeronokkan..tapi diteruskan juga untuk hidup.takkan nak patah balik duduk rumah.walaupun memang boleh sebenarnya..peluang diberikan sendiri oleh diri untuk terus bersabar dan belajar dari setiap dugaan yang datang.tapi semakin hari semakin tak nampak cerahnya.yang nampak hanya matahari yang nak terbenam setiap hari.haha! maka, masih ada lagikah peluang untuk diri sendiri? :) atau mungkin ada peluang lain yang menanti..aku cuma nampak peluang yang ketiga sahaja.

itu perihal kerja.satu yang menjadi persoalan dalam diri aku.bagaimana dengan perihal hidup?antara kita dengan Yang Maha Esa.rasanya terlalu banyak peluang diberikan untuk aku.antara sedar atau tak.terlalu banyak kesalahan masa lalu yang kadang-kadang masih lagi dilakukan sehingga hari ini.istghfar sendiri dalam-dalam.setiap hari tengok dunia luar.bukan tak terdetik dalam hati, ada terdetik cuma tak melakukan je lagi.semoga diri ini akan sentiasa istiqamah dalam apa jua benda yang nak dilakukan.semalam baca satu novel.watak dalam tu menimbulkan persoalan. "do you believe in second chance?" fikir sesaat dua sebelum tidur. aku senyum sendiri. yes. i do believe in second chance. if not i will not be what i am today.dan aku rasa Tuhan dah beri aku berpuluh atau beratus atau beribu peluang.

kenapa banyak berfikir tah sekarang.adakah aku semakin dewasa? haha!

Monday, October 07, 2013

see you soon

hari ini hari terakhir.
esok dia dah tak ada.
dia dah pergi.
bila akan berjumpa lagi?
entah.
mungkin tak akan berjumpa lagi.
semoga dia gembira di mana saja dia berada.
semua yang dah berlalu pasti akan jadi memori.

"Promises made, every memory saved
Has reflections in my mind"
-viva forever, spice girls

suatu ketika, dia pernah menjadi antara yang terbaik untuk diri ini.
sahabat yang terbaik.
good friends never say goodbye, they simply say "see you soon".
so, should I say see you soon? or i am not a good friend to you? haha!
yang pasti, seorang lagi akan menyusul tak lama lagi.

wish you all the best. sedih? :)


Friday, October 04, 2013

kopi or teh tarik?

assalamualaikum dan hai!

:D alhamdulillah. dah selesai majlis resepsi dua-dua keluarga.
penat. tak terucap dengan kata penatnya. kahwin sekali. majlisnya 2,3 kali. doakan semoga kekal bahagia sampai syurga. gambar nikah hari tu baru dapat. puas hati. hehe. nak tunggu gambar masa resepsi pulak. tapi takde lagi la softcopy. fotografer i tolong cucikan terus. hardcopy gambar je ada. so, tak boleh la nak tempek kat sini.kad nikah kitorang pun dah siap.so, boleh la kot kata officially kawin. haha! semua dah selesai..sedar tak sedar dah nak masuk 5 bulan jadi isteri orang..boleh tak nak kata macam miracle pun ada..semalam single, hari ni dah kawin. besok lusa jadi triple pulak. :p

dan dalam masa beberapa bulan ni jugak, sorang lagi besfren aku, yasmin, pun dah selamat melangsungkan perkahwinan dia dengan pilihan hati yang amat dicintai..cheewah.. :D dari zaman sekolah bercinta, alhamdulillah akhirnya sampai ke jinjang pelamin.. :) sorang lagi pulak fathiyah dah selamat mengandung anak pertama..dah nak masuk 7 bulan kot.. :) tinggal 2 orang lagi yang belum dengar bunyi ke khabar angin ke apa tanda-tanda nak berubah ke arah fasa berkeluarga.. :D semoga korang dipermudahkan urusan dalam mencari jodoh ni ye. :) aku? aku baru je cergas kembali nak buat sebarang aktiviti. nak berblog ke..nak buat apa-apa pun ke..

ada berita gembira pun ada berita sedih..2 orang teammate aku pun dah resign..haih..happy for them but at the same time sedih untuk diri sendiri..tak apa lah..hopefully hidup mereka kat tempat baru akan lebih baik dari sekarang.. :D bunyi macam sedih sungguh ke. maybe, sebab mereka antara orang yang aku rapat..
over ke kalau aku cakap life is complicated..haha..yela, hidup ni kan penuh dengan liku-liku.. :D ah..bosan nak cakap benda ni..hidup kena sentiasa happy dan ceria..
insyaAllah lepas ni hidup akan bertambah ceria. :D

teringat satu benda, one day tengah sembang sembang dengan my officemate, then she ask me,

"your husband minum kopi tak"

dan dengan yakinnya aku jawab "tak. dia mana minum kopi"
tapi tak lama lepas tu aku macam fikir, eh, minum ke tak eh. haha.

"eh. u ni. minum ke tak. takkan taktau kot husband u suka minum apa. teh tarik minum tak?" 
haha...i never saw him drinks coffee or teh tarik, so i just guess "tak". but i am very sure he's not drinking coffee or teh tarik.selama ni pun dia cuma order limau ais, air buah atau air masak. that's his favourite.

then i promise with my friend to ask my husband whether dia minum ke tak kan kopi tuh. tapi lama-lama lupa...sampai laaaa baru-baru ni..kitorang singgah rumah ayah mertua kejap..balik dari rumah ayah, singgah kedai runcit sebab aku terasa nak minum susu..dia pun sibuk jugak beli susu..tapi yang aku kisahkan dia beli susu flavor kopi..selama ni fevret dia coklat je kot..tak pernah nampak beli selain dari coklat..so, aku pun tak puas hati la kan..

"apesal beli kopi..takde perisa lain ke"
"saje la" sengih.

"bukan awak tak minum kopi ke..apesal beli kopi?"

"bila masa saya cakap tak minum kopi..saya minum la..tapi jarang-jarang"
"yeke?? takde cakap ke"

"yelaaa...saya minum la kopi"

nak menjadi penyedap cerita, dari rumah ayah kitorang nak ke rumah makcik pulak lepas tu..kat sana kitorang dijamu dengan air kopi..aku pandang dia..dia pandang aku..kitorang gelak sendiri..maka, minum lah dia air kopi tu..dan aku memandang dengan perasaan teruja..hahaha..aku memang tak minum kopi..teh tarik aku suka! :D

so, moral of the story?? please get to know your husband very well..hakhak..eh..tapi sweet apa..baru nak belajar tentang diri encik suami..alah, dia pun banyak benda lagi tak tahu pasal aku..kadang-kadang sampai bergaduh pun ada..fair and square la tu.. :D dan bila dia beli sesuatu yang rare, dia akan sengih senyum ada makna..pffft..so, u know there is something wrong somewhere..LOL..tapi ini la yang buatkan hidup aku ceria..it's a learning process about your husband. same goes to him la..i know what you feel husband. :p



"One of the biggest challenges in life is loving without expecting anything back."

:) nice words is it? Selfless love. A love that gives even when they don’t get. Ya Rab, make us amongst those that love others selflessly, without expectations.
 
source : destinationjannah tumblr

thanks husband. and i love you. :)

Tuesday, September 03, 2013

Naruto dan Kampung Pasir


sebulan dua ni pergi kerja balik kerja boleh dikatakan tiap-tiap hari suami hantar dan ambik dari kerja.
kadang-kadang je menggunakan pengangkutan awam. dan perjalanan kami akan melalui satu tempat nama Kampung Pasir.satu hari, masa tengah lalu tempat Kampung Pasir tu, suami aku ni pun tanya satu soalan.

Suami : Awak teka, sapa ada kat Kampung Pasir ni.

Aku : *sambil fikir* sapa ada kat sini? kawan awak ke?

Suami : teka la dulu. ada....

Aku : taktau la. sapa?

Suami : Naruto laa.

=____=  Naruto???? aku dah rasa hangin satu badan.

Aku : Itu bukan kat Malaysia...bila masa pulak Naruto tu duduk sini.

Suami : Eh, dalam cerita dia tak cakap pun naruto duduk kat Malaysia ke kat mana..so, mana-mana tempat yang nama Kampung Pasir ada Naruto lah. Haha.

Aku : Fineeeee....

 
Ini baru Naruto. Nanti aku cerita Chibi Maruko Chan. Seumur hidup aku tahu Shin Chan je.
dah kawin aku tambah ilmu pengetahuan dalam bab kartun. pendiam sangat la laki aku ni kan. betul ke Naruto duduk kampung pasir? aku malas nak google.

Friday, August 23, 2013

What I Feel.

Assalamualaikum w.b.t

Aku suka membaca. Tak kisah buku, surat khabar atau apa saja jenis bahan bacaan. Hobi.
Dan sekarang tambah satu lagi bahan bacaan, blog. Kisah kehidupan orang. Pelbagai cerita yang boleh dijadikan pengajaranataupun sebagai hiburan. Dari membaca juga boleh membantu kita untuk berfikir dengan lebih matang lagi. (*ayat macam nak taip karangan SPM*)
Kadang-kadang lepas membaca, aku akan berfikir. Merenung masa lepas dan masa lalu. Apa yang aku dah buat masa lepas, dan apa yang aku nak buat untuk masa depan. Banyak benda nak buat untuk masa depan. Terlalu banyak kalau nak senaraikan dekat sini pun. Kita cuba untuk capai apa yang kita nak, sikit-sikit.
Orang mungkin nampak aku pendiam, tak ada cita-cita. Haha. Tapi aku lebih suka bertindak daripada bercakap banyak. Apa yang aku nak buat, aku rangka dalam kepala saja. Memang diakui, kadang-kadang ada yang tak berjaya, tapi ada sebab yang tersendiri sesuatu perkara tu tak berjaya. Diam aku bukan bermakna aku tak tahu apa-apa, bukan bermakna aku tak ambil peduli dengan keadaan sekeliling,
tak bermakna juga aku lemah dalam melakukan sesuatu, bukan bermakna juga aku setuju dengan semua perkara. Aku lebih suka lihat, nilai sendiri dan buat seperti biasa. Kenapa aku tulis macam ni? Sebab aku sedar ada yang memandang rendah pada aku. Haha. Aku sedar. Bukan aku tak sedar.Bagus jugak, at least boleh tahu lagi mana lagi yang kurang dengan diri ni.

Ada masa terlalu banyak kehendak luar yang perlu dipenuhi daripada memenuhi keperluan sendiri. Tak ada siapa yang nak memenuhi keperluan sendiri melainkan diri sendiri. So, perasaan berdikari tu wujud sendiri. Tak nak bergantung harap dengan orang. Selagi diri sendiri mampu, buatlah sendiri. Perlu faham, perangai manusia pelbagai jenis. Jadinya, aku hanya buat hal sendiri? :) Bergantung kepada keadaan persekitaran. Ada masa aku buat je hal sendiri. Ada masa aku ikut juga kehendak orang lain. Dan perlu ingat satu perkara. Manusia tak sempurna. Kalau itu yang ada dalam fikiran kita, in shaa Allah kita tak kan pandang rendah dengan seseorang. Sebab kita sendiri pun kena sedar, kita tak sempurna pun. Sekurang-kurangnya cubalah menghormati antara satu sama lain.

Hormat satu perkataan yang susah nak dilakukan oleh manusia. Hormat kita dengan ibu bapa, dengan kawan-kawan, dengan adik-beradik, dengan suami dan dengan orang yang tak dikenali. Pada pandangan aku, kalau seseorang itu hormatkan kedua ibu bapa dia, in shaa Allah orang lain dia boleh hormat. Itu melalui kaca mata aku saja. Melalui pandangan aku. :) Kalau dengan ibu bapa sendiri pun tak hormat, apatah lagi orang lain. I am not a perfect muslimah. Tapi, bagi aku, itu semua perkara asas dalam kehidupan. Kalau ikut bahasa kasar aku, aku menyampah + meluat dengan orang yang tak hormat orang lain, walaupun kawan. Bagi aku, hormat tu meliputi semua perkara. Dari segi benda, kehidupan, percakapan. Walaupun kau sebagai seorang abang, kau boleh marah adik sesuka hati cakap macam-macam. Itu contoh saja, contoh dalam hidup aku lain. Tak perlu nak diceritakan. Haha. Semua contoh yang diberi tak ada kaitan antara yang hidup atau pun yang dah mati. :D

Bila dah masuk fasa berkahwin, hormat dengan suami adalah keutamaan. Sebab suami adalah syurga untuk seorang isteri. Taknak cerita banyak tentang hal suami isteri kali ni. Sebab apa yang jadi sekeliling, pengaruh luar, sedikit sebanyak mempengaruhi hubungan kami suami isteri. Kadang-kadang aku jemu jugak setiap hari hadapi benda yang sama, lalui benda yang sama, kena sabar dengan benda yang sama. Jemu sebab menghadapi kerenah manusia. Sebab tu aku ambil langkah berdiam diri. Senyum. Tak perlu kata apa-apa. Cakap banyak nanti lagi banyak benda yang jadi. Memang kena positif setiap hari. Setiap hari aku cuba menjadi positif. Sebab tu sekali lagi, aku lebih suka berdiam diri. Haha. Jujur aku kata, aku tak suka jugak orang yang banyak cakap. Tak baik betul. Sebab kadang-kadang ada rasa annoying tu. Itu pun mempengaruhi sikap aku setiap hari. Nak positifkan diri, selalu ingat, manusia tu tak sempurna. Dia dah diciptakan begitu. Terima je lah. Redha dengan setiap benda yang berlaku... :)

Kenapa tulis entry dah macam karangan fakta. Oh. Sebab aku dah lama memendam perasaan mengkaji kerenah manusia sekeliling. Haha. Betul la dugaan setiap manusia lain-lain. Sekarang ni aku rasa, beratnya dugaan ni. As usual, I have my mom who always support me. Yang memahami yang dapat merasai anak dia tengah susah ataupun senang. Tak ke terharu saat kita rasa takde sape paham kita, tiba-tiba mak kita call bagi nasihat seolah-olah tahu kita tengah hadapi masalah tu. Walaupun dia tak tahu sebenarnya.
Menangis bengkak mata lah. Enough said. Sorry kalau ada perkataan yang kasar kat sini. It is just what I feel. Apa yang aku rasa apa yang aku nak keluarkan dekat sini. Ini cuma sikit je. Sekadar berkongsi apa yang rasa boleh dikongsi. :)

Maaf zahir batin. Raya tak habis lagi.

Wednesday, August 14, 2013

# random 5


assalamualaikum w.b.t...

lupa nak cakap..tadi kita tulis entry guna smartphone kita...
motif??
saja nak bagitau orang tu..first time taip guna phone kita..

bye!!

#random 4


assalamualaikum w.b.t.... :)
selamat hari raya aidilfitri..harapnya tak terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya..
setakat mesej kawan-kawan je..sepatutnya raya tahun ni kena la jadi raya yang paling best kan.. :) best jugak..cuma kurang meriah...gambar raya pun tak ada..

too many thing happens..sometimes i feel that can't face it anymore..sangat..cabaran demi cabaran yang datang memang membuatkan aku rasa lemah sangat..agaknya setiap hari fikir macam mana nak selesaikan masalah sampai dah tak ada senyuman dah kat muka ni..bila orang tegur, baru terasa nampak sangat ke muka tak gembira..tak mampu nak tahan dah..sepatutnya kena kuat semangat..tapi kali ni tak boleh dah..

bila kita rasa kita dah tak mampu nak buat apa-apa..melainkan berdoa..segala usaha semua dah dilakukan tetapi tetap tak berjaya, masa itulah Allah S.W.T permudahkan segalanya...bantuan datang tak terduga.. :'') Alhamdulillah..terima kasih Allah..disaat aku rasa betul-betul buntu..saat itu jugalah Allah berikan pertolongan..sebak terharu semua tak terkata..terasa diri ini sangat lemah..percayalah Tuhan sentiasa ada untuk hambaNya. :'')

terima kasih juga untuk semua keluarga..aku tahu kali ini tak terbalas jasa mereka semua..satu hari nanti inshaaAllah..keluarga adalah anugerah Allah yang terlalu bernilai..dan yang paling penting kedua ibu bapa kita..enough said..Alhamdulillah is the best word..semoga dipanjangkan umur untuk aku terus merasai kasih sayang mereka..no more sedih-sedih.. :) teruskan hidup seperti biasa..

Selamat Hari Raya!!
tak paham tak apa.
peace! :D

Monday, August 05, 2013

# random 3


"Kekayaan, kegembiraan, kesempurnaan, kesedihan, kemiskinan, kepapaan. Semuanya adalah ujian Tuhan untuk setiap hamba-Nya. Sentiasa beringat walau apa pun situasi yang kita hadapi."

berat ujian Tuhan..Ramadhan yang penuh dengan dugaan..apa yang telah aku lakukan sepanjang sebulan Ramadhan tahun ini. :| Jadikan aku hamba mu yang bersyukur Ya Allah..

Wednesday, July 17, 2013

# random 2


aku melihat kanak-kanak itu tersenyum riang.
gembira barangkali.
apa yang diinginkan sudah dipenuhi.
ayah.
tiada seorang pun yang mampu memenuhi keinginan kita seperti mana ayah kita.
tak percaya? cuba kenang kembali. zaman kanak-kanak kita.
hingga kita dewasa..seboleh mungkin melayan kita seperti anak kecilnya.
:)
rindu. sangat.sangat.
papa, saya nak...........
papa, nanti kita pergi..........
papa, esok nak makan.........

# random 1


dan....perasaan itu datang lagi..lagi dan lagi..
apa yang harus aku lakukan?
apa pilihan yang aku ada..
tiada.
tiada pilihan.
hanya ada satu keputusan.
yang tak dapat diubah.
:)
pathetic. sungguh.
semuanya sudah ditentukan..
menyesal? sedikit.

Monday, July 08, 2013

deep deep deep in my heart.

assalamualaikum w.b.t.

salam bulan Julai 2013..in shaa Allah, hari rabu ni bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan..bulan yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam..semoga dapat beribadah dengan tenang dan sempurna. :) tahun ni juga tahun pertama berpuasa sebagai isteri..kadang-kadang masih tak percaya, dah jadi isteri dah pun ni..sebab kami masih macam dulu, beza, hari-hari jumpa.. :D

masih sibuk dengan kerja kat pejabat..dengan herbalife..dengan tugas sebagai isteri, walaupun tak lengkap lagi tugas jadi isteri ni..tanggungjawab sebagai anak dan menantu..yang penting tanggungjawab sebagai hamba Allah..setiap hari dugaan dan cabaran semakin bertambah..kalau diberikan kegembiraan pun dugaan, diberikan kesedihan pun dugaan..semakin hari semakin banyak pelajaran baru yang aku belajar..semakin banyak kesabaran yang perlu aku bekalkan dalam diri aku..tiada tempat terbaik yang boleh aku mengadu selain daripada Allah S.W.T..manusia memang hamba yang lemah..baru kena jentik sikit dah mula rasa besarnya cabaran..tapi tak boleh hanya fikirkan cabaran dan dugaan yang ada, seharusnya fikirkan jalan penyelesaian yang boleh di lakukan untuk selesaikan setiap cabaran..dan aku akui, aku bukan orang yang kuat..boleh dikatakan setiap kali selepas solat, air mata tak keluar tak sah..meminta kekuatan daripada Yang Maha Esa..belajar dengan setiap perkara yang berlaku..belajar untuk menjadi seorang hamba Allah yang diredhai olehNya.. :)

manis dan indahnya perkahwinan masih terasa. :) siapa tak sayang suami..pernah 1 malam kena tinggal sekejap pun dah terasa lain..haha..ye..susah kalau suami outstation..nanti semua benda tak kena..alhamdulillah..dikurniakan suami yang sangat memahami..faham isteri dia bekerja keluar pagi balik malam..faham isteri dia seorang anak tunggal perempuan..faham isteri dia masih belajar untuk jadi seorang isteri..nak jadi ibu belum lagi.. :) kesimpulannya dua dua pun masih belajar..orang kata tahun pertama dan kedua memang nampak indah semuanya..masuk tahun ketiga bermula lah cabarannnya..tapi aku rasa sekarang pun dah banyak cabaran dan dugaan dalam rumahtangga..kembali kepada yang utama, macam mana kita menghadapi setiap cabaran dan dugaan.. :) dan semakin mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

still topik tetap pasal kahwin kan..nanti ada anak, pasal anak pulak..entry pasal melancong dah separuh..separuh lagi nak complete..

Monday, June 10, 2013

#solemnization 1

assalamualaikum w.b.t..

menunggu hari untuk terbang ke Bangkok, Thailand. :) alhamdulillah..destinasi ketiga ke luar negara..kali ni bersama dengan suami dan keluarga mertua sebab kami pergi untuk training dan event Herbalife..banyak benda lagi perlu belajar..saya masih budak baru belajar.. :D kalau ada masa dan kesempatan memang nak update setiap tempat yang dah pergi tu..tengok lah nanti yer..Singapore dan Bandung pun tak habis cerita lagi..sambil tu tengah sibuk jugak preparation untuk majlis kenduri nanti..dua kali majlis kan..serupa macam orang bertunang lepas tu kenduri..bezanya aku nikah lepas tu kenduri. :)

masa nikah hari tu rasanya dah buat sesimple yang habis..se bajet yang mungkin..haha..yela, bersederhana je kan..yang penting majlis selesai berjalan lancar dan menjamu tetamu yang diraikan makan..walaupun tak menjemput ramai orang..boleh la nak list out kan checklist preparation aku untuk majlis nikah hari tu. :)

Baju Lelaki & Perempuan : Rose Fashion Boutique - upah RM295
Pelamin Nikah : De'Inai Pengantin, Selama Perak - RM 350
Bunga tangan : RM60
Fotografer : Shafwan Radzi - RM650
Make up : Kawan sekolah sendiri - RM 220
Hantaran : DIY - RM 500 - RM1000
 i) Famous Amos
ii) Kek coklat
iii) Pulut kuning
iv) Buah-buahan
v) Sirih Junjung
vi) Bunga Rampai
vii) Wallet + tali pinggang

Makanan tetamu + 2 khemah makan : Papa sponsor
Goodies : Sponsor dari mama, abang & toksu.

rasanya ini saja lah kot yang aku prepare untuk majlis nikah hari tu..bab hantaran tu aku lupa berapa bajet aku..ahaha..dah memang tak sempat nak saving pun..suami ajak kahwin bulan 1, bulan 5 nak nikah..4 bulan je preparation..memang dapat gaji beli je la terus kan..itu pun bernasib baik sebab banyak jugak di sponsor..yang mana aku tulis RM tu je yang aku bayar..gambar-gambar semua tak dapat lagi lah..tunggu fotografer saya kasi gambar nanti..yang ada cuma dari kawan-kawan je..kite letak teaser je dulu eh.. :D


nampak pelamin kat belakang tu..as simple as that..ini masa suami tengah baca taklik.


baju dari Rose Fashion Boutique..dekat Hulu Langat..veil tu pun DIY sendiri hasil bantuan housemate tersayang dulu..haha..ko ingat tak penat jahit manik-manik tu sendiri..manik-manik dekat baju tu pun ada tambahan..taknak terlalu nampak kosong..baju design sendiri..kenduri nanti rasa macam nak sewa je pun ada..fuhhh...kat atas tu upah je..beli kain semua, aku boleh kata baju ni berharga RM1000++. T_T
oh..baju suami, boleh tahan la..murah separuh je dari aku..haha.


yer..ini daebakers saya aka officemate saya..sempoi kan diorang..memang diorang la tetamu paling lama kat rumah aku.. :D


here they are again.. :) disebabkan gambar-gambar ni dari kamera salah seorang diatas, banyak gambar budak ofis je lah..lain-lain takde..takpe, nanti dah dapat gambar aku tempek jugak kat sini yer.. :) thanks untuk semua yang sudi datang untuk meraikan..kenduri nanti pastikan datang lagi yer.. :)

Wednesday, June 05, 2013

sabar.

assalamualaikum w.b.t

entry pertama bulan Jun.. :) masih awal nak bekerja rasa..hari ni pun tiba ofis 8.30..bukak semua benda nak buat tapi tak buat pun..termenung kejap..rindu mama dengan papa..sangat.. :'')
semenjak dua menjak ni selalu teringat..tak tahu kenapa..perubahan hidup kot..
nak telefon mama tapi risau suddenly menangis dan nanti dia risau pulak..i just miss them so much..

ada beberapa keadaan yang agak susah untuk aku faham dan terima..aku tak suka cakap banyak melainkan aku akan buat apa yang aku cakapkan..entahlah, it's just not me..aku lebih suka diamkan diri dan memerhati dan fikir apa yang perlu aku buat..cakap banyak tapi tak buat takde guna jugak kan..dan contoh, jangan asyik cakap nak kahwin tapi tak ada ilmu nak kahwin..memang yang nampak hanyalah seronoknya kahwin..tapi perlu fikirkan jugak kemungkinan kemungkinan sebaliknya..bila ada masalah, perlu fikir secara rasional nak selesaikan masalah..aku pun belum cukup lagi ilmu nak cakap banyak-banyak..itu cuma pendapat sendiri je..kita hanya perlu matang dalam berfikir..

matang. atau matured..rasakan lah sendiri sama ada kita sudah matang atau belum..hal remeh temeh aku dah malas nak ambik pusing..kata lah apa pun yang nak dikata..sakit hati memang ada..tapi kalau dilayan memang takkan kemana pun..kadang-kadang terlalu memikirkan hal orang memang penat..entah lah..setiap orang berbeza..aku yang tak boleh terima keadaan orang atau orang yang tak faham keadaan aku..apa-apa pun aku hanya berdoa setiap hari setiap waktu, satu yang aku minta..kesabaran yang sangat tinggi..sangat sangat tinggi..itu sahaja..berikanlah aku kesabaran yang tinggi dalam diri aku ini.

tweettweet : gembira dan sedih.

Friday, May 31, 2013

anniversary

assalamualaikum..w.b.t

curi masa rehat hari Jumaat kejap..Jumaat means genap seminggu dah jadi seorang isteri..ampun lah yer kalau agak-agak seminggu dua ni eksaited nak cerita pasal kahwin..berani jamin tunggu la sebulan dua nanti..haha..well, blog still dalam hati..tak boleh kalau tak bukak blog satu hari walaupun tak ada update apanya..nak cerita pasal seminggu..sebab pagi tadi dapat mesej..

"Happy Anniversary yang ke seminggu sayang"

haha..surprise..! tengok sebulan setahun nanti. :D ok la tu..seminggu pun dah banyak benda baru aku belajar pasal suami tercinta..dah tu ramai pulak tanya best tak kahwin..jawapan aku, korang kahwin dulu baru tahu best ke tak..haha..takde jawapan untuk soalan tu..nanti sambung story panjang..makan dulu. peace!


p/s: thank you qilah! hehe.

Tuesday, May 28, 2013

officially a wife


assalamualaikum w.b.t.

hai! :) :) :) senyum ke telinga..hehe..alhamdulillah..selesai sudah majlis nikah..selepas ini fokus kepada majlis resepsi pula..tarikh dah tetap..tak lama lagi akan ada lah jemputan..sabar yer kawan-kawan.


credit to mr.photographer saya a.k.a junior saya di UMP, shafwan radzi. :)

gambar lain..tunggu kumpul dulu dari semua semua kamera.
bye!


tweettweet : he is my friend, my bestfriend, my husband.

Friday, May 24, 2013

nikah.

assalamualaikum..hai. :)
aku masih di pejabat..tak ada kerja..bos free kan diri ini sebab dah nak kahwin..yer..insyaAllah masa anda baca entry ini aku sudah selamat menjadi isteri orang..isteri kepada suami, Muhammad Jamilulhakim Kamarulaffandi..aku menulis entry ini hari isnin..tapi saje publishkan hari ini..biarlah dah selesai semua baru publish kan..kepada kawan-kawan yang tak dijemput..maaf..sebab ini cuma majlis nikah saja..majlis kecil saja..atas permintaan kedua belah keluarga..resepsi majlis insyaAllah bulan September nanti..dan anda semua pasti dijemput.. :)

sebenarnya saat ini pun hati ni masih ragu-ragu dengan keputusan yang besar ni..tak patut kan..sudah ketetapan nak bernikah 24hb Mei 2013..kena terima dengan hati terbuka..selalu saat-saat akhir aku bertanya kepada suami, "perlu ke kahwin".."kena kahwin ke".."tak bersedia lah nak kahwin"..dan lain lain lagi lah..tapi dia tenang je..jawapan dia tetap sama.."kena kahwin wak" dan senyum..dan aku mati akal nak bagi alasan tak nak kahwin. haha. boleh cari alasan taknak kahwin kan. :)

susah sebenarnya..sangat susah..hari ini pun macam-macam benda ada dalam fikiran ni..aku tahu kadang-kadang aku buat dia susah hati..ada lelaki senang hati ke bila bakal isteri cakap taknak kahwin..dah setiap kata-kata tu adalah doa kan..terima kasih sebab bersabar sehingga selesai semuanya..sebab bersabar dengan kerenah aku yang aku rasa aku pun takkan boleh tahan..haha..

doakan kebahagiaan aku dan suami kekal sampai ke syurga.. :) gambar? tunggu lepas majlis selesai.

Monday, May 20, 2013

prayer.strength



Prayer. That’s where our strength lies.The difficulties may come and tomorrow may bring bigger trials than today but the refuge…the drive…the strengh comes in prayer.

copy paste from : destinationjannah.tumblr


Ya Allah..berikan aku kekuatan. :(

Wednesday, May 08, 2013

sedih!


i was happy this morning until my mom call and crying.. :( kucing kami sekor lagi mati..this time semua nya dah besar..almost 7 month i think.. dapat berita semalam pun masa tengah meredah hujan lebat..tak boleh nak call..sampai rumah dah letih dengan tak makan malam terus tidur..pagi ni hampir lupa kucing dah mati sampai mama call baru tiba-tiba jadi sedih..hmm..apa nak buat..papa cakap maybe kena langgar..tapi takde lah perut terburai ke apa..cuma memang ada luka lah sikit..

taknak tulis banyak. sedih! nasib dekat ofis..kalau dekat rumah, memang sama menangis dengan mama dah.
sekarang tinggal 5 ekor je. hmm. :'(

Thursday, May 02, 2013

Syukur :)

assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah..syukur Ya Allah..that's the only word i can say today when i heard that news. :) he get it..he achieve it..i feel like crying again..luckily i'm in the office..kalau kat rumah macam semalam memang dah..sampai sakit kepala memikirkan..he deserves it..congratulations awak. :) even i don't know u read this or not..ahaha..better u don't..again, congratulations..

disebabkan kecuaian aku yang sikit, walaupun secara tak sengaja, mungkin akan memberikan kesan yang besar..dan perasaan bersalah itu tetap ada..aku tak suka nak menyusahkan orang lain..bila ada benda yang aku buat menyusahkan seseorang, memang perasaan bersalah tu ada..aku tak tahu perasaan orang tu macam mana..walaupun dia kata tak kisah, tak marah..tapi dalam hati siapa yang tahu kan..bila berkaitan hati dan perasaan orang ni aku betul sensitif..aku amat kisahkan perasaan orang..walaupun perasaan aku selalu tak dikisahkan..haha..biarlah..mungkin aku sendiri pemendam rasa..setiap hari nampak ceria dan gembira..baguslah tu kan..kesimpulannya, as long as u happy, then i'll be happy too.. :)

bila hujung bulan, saat-saat orang semua pening mencari solution, aku pulak macam tak ada perasaan kan. :) bukan tak ada perasaan..bukan juga tak kisah.. :) takpelah, itu biarlah aku simpan sendiri..selagi aku boleh bekerja sendiri,usaha sendiri, aku akan buat sendiri..walaupun ada masanya pertolongan orang lain itu perlu juga..itu bukan ego kan..itu berdikari kan..yelah..kalau selalu minta tolong dengan orang, satu masa orang akan jemu juga..

ada sesetengah benda aku rasa senang untuk aku ceritakan dengan orang..ada sesetengahnya aku rasa kalau aku cerita pun belum tentu orang tu faham situasi yang aku hadapi..end up, blog jadi tempat aku luahkan apa yang aku rasa..complicatednya perasaan itu..aku je yang rasa macam tu ke aku tak tahu lah kan..
tapi itu lah yang aku rasa..atau mungkin aku suka fikir apa yang akan jadi..mind setting..sangat berkuasa ke atas kita..kalau salah fikir, boleh buat salah keputusan..ke aku pun banyak berfikir..haha..tah, aku tak suka nak fikir banyak-banyak..ikut flow je apa yang jadi.. :)

lunch time. got to go!


Wednesday, May 01, 2013

1 mei

assalamualaikum w.b.t

today is labor day and yes today is holiday..dah lama kan tak updae blog..boleh katakan memang aku sibuk..walaupun seminggu dua ni di pejabat macam tak ada kerja sangat..tapi sibuk mengerjakan benda lain..nak bersosial di laman sosial lama-lama pun tak rajin..dan sekarang pukul 4.30 pagi celik pulak kan..hmmm..susah hati sekejap tadi..susah hati bila orang lain susah hati dan bila kita pun buat dia susah hati..bukan orang lain la..orang yang kita sayang..siapa suka kan..

hopefully tak ada apa-apa..and i should be happy memandangkan hari ni dah mei! :) tunggu la semua selesai dulu baru boleh happy betul-betul..again, i'm sorry..


source : islamic thinking

selamat hari pekerja. :) awak,maaf..

Monday, April 01, 2013

good news

assalamualaikum w.b.t..

sudah masuk bulan april..semakin hari semakin hampir..dan setiap urusan berjalan dengan lancar..Alhamdulillah..starting on from this week i'm gonna be very busy..to make preparation.. :) 

pagi tadi dapat lagi good news..very very very good news...one of my bestfriend akan bertunang dan juga berkahwin tak lama lagi..mengejut jugak dapat berita ni..same goes to me i think..beza nya aku tak bertunang dah..ahaha..Alhamdulillah...bila kawan baik sama-sama sibuk nak menguruskan hal nak kahwin ni..semua jadi eksaited..dulu sama-sama pening belajar..sekarang sama-sama jugak nak kawin..same year..same month..hopefully next year sama-sama dapat baby kot..wee~ insyaAllah... ;D

to you my dear friend, i'm really happy for you..walaupun aku belum kenal lagi bakal suami nya, i think it's the best for you..i'll pray for your happiness..ketentuan Tuhan kan..tak siapa boleh lawan..semoga urusan kita sama-sama lepas ni dipermudahkan..seronoknya lagi hati ni.. :) :) :)


"The most beautiful and sweetest of moments usually come after lots of pressure and difficulty"

Monday, March 18, 2013

keputusan

assalamualaikum w.b.t

:) perkara yang paling susah nak dilakukan dalam hidup adalah membuat keputusan ataupun pilihan..betul ke betul? betul kan..bila kita perlu membuat sesuatu keputusan dalam hidup rasa susahnya nak buat..tapi, kita perlu membuat keputusan itu dan terima akibatnya dari sesuatu keputusan yang kita buat sama ada baik atau tidak..malam tadi pun aku rasa susah untuk membuat keputusan..selama beberapa minit sebelum aku buat keputusan lepas tu terus tidur,dah habis menangis mencari kekuatan diri dan perlu yakin keputusan ini adalah yang terbaik untuk masa depan..dan berbalik kepada yang satu, istikharah. :)

semoga aku diberikan ketabahan yang tinggi lagi untuk menghadapi masa-masa mendatang..semoga aku diberi semangat dan kekuatan untuk menghadapi setiap dugaan dan cabaran-cabaran lain selepas ini..jika ini yang terbaik untuk aku, aku redha.. :) sedihnya rasa semalam sampai pagi ni pun terasa lagi..luckily nobody saw me crying..hahaha..

don't worry..ini tak ada siapa yang salah..it's just me..hanya saya je..well, the good news is, honestly i'm going to married soon..with my future husband..i think everyone knows him..unless u are my anynomous.. :D don't worry. i tak makan orang..pray for us my dear friends.. :) dan semoga semua urusan kami dipermudahkan..bila? when the time comes, i'll let you all know.. :) i can say, very soon..insyaAllah... :)



Friday, March 08, 2013

saje update.

assalamualaikum w.b.t

bulan ketiga untuk tahun ni dah pun muncul..yes..masa cepat sangat berjalan sekarang..tiba-tiba minggu depan aku dah 25 tahun..masih selamat hidup di bumi ciptaan Allah s.w.t selama 25 tahun..Alhamdulillah..bersyukur walaupun kadang-kadang tak reti jugak nak bersyukur..dan....bulan lepas genap setahun aku bertahan dengan pekerjaan sekarang..nak kata dah kering hati tak jugak..kadang-kadang hujan turun lebat jugak..kena bersabar lagi untuk sementara waktu ni..

well...just came back from Bandung, Indonesia..trip yang sangat mencabar dan berani..because just two of us, me and siti..ya, my officemate..her name is siti hajar..and people call her siti..that's why when i asked my teammate to call me siti, they said 'oh..we're already have 1 siti in our team'..so, i asked them to call me nana, but they hear hana..and hana is my new nickname..not so new laa..1 year already..nice isn't it? :p ok..back to the story..Bandung..dah tertukar channel omputih pulak..kami hanya berdua, tanpa travel agent, memang gamble ikut google map je mana nak pergi..tentatif perjalanan pun sendiri yang decide..yang berani kami hanya 2 orang perempuan..yang kagum tu, hampir semua tempat yang kami nak pergi, kami berjaya tiba..tapi...sebenarnya sejam sebelum terbang baru dia tahu hanya kami berdua..tak sempat nak bagitahu..alasan kan..haha..takut sebenarnya nak bagitahu..nak cerita details lagi tunggu lah aku tak sibuk..sekarang sangat sibuk..for me, cukup la sekali je aku pegi bandung..suka bab shopping kain je..untuk benda-benda lain tak ada lah kot..tapi best lah melawat negara orang.. ;) nanti tengok bulan 6 ni cemana pulak rupa Bangkok yer..

balik Bandung dah EOM untuk Herbalife..semua sibuk nak buat last order..dengan aku pun pening nak buat order..walaupun takde la banyak sangat order kan..tapi pening jugak lah.. :D itu yang fun..pening-pening lepas tu masuk sikit duit belanja..boleh buat makan subway..aku ada satu perasaan puas bila dapat beli produk..walaupun bukan produk sendiri.. :D

eh..ok lah..nak balik kampung petang ni..rindu dah dengan negeri Perak ni..bye!

Tuesday, February 19, 2013

happiness


assalamualaikum w.b.t

just wanna say..thank you Allah for giving me this happiness..alhamdulillah..
semoga setiap apa yang akan berlaku dan setiap urusan akan dipermudahkan.. :) :) :)




by the way..happy birthday nur fateha naim! sorry sebab baru sedar hari ni birthday kamu dah lepas 9 hari..nanti sila tuntut hadiah eh.. :)

Friday, February 08, 2013

paranoid.

sangat mengantuk sekarang..dan tak dapat fokus nak buat kerja..traffic teruk pagi tadi, maka aku tiba tepat pukul 10.22 pagi..hebatkan..pecah rekod ooo..dari pukul 8 sampai pukul 9 bas tak bergerak..aku dah tido bangun tido bangun pun tempat sama je lagi..nak minum shake pun tahan tahan sebab sejuk ya amat..bas takde toilet yang membolehkan aku untuk buat urusan..akibatnya perut nyanyi lagu keroncong dondang sayang..nak dengar?

setahun aku berulang alik pergi kerja dari ampang ke klcc dengan bas..satu hipotesis yang aku buat..polis trafik memang melancarkan perjalanan..tapi melambatkan perjalanan orang..kalau satu jalan tu 15-20 minit..kalau ada 3,4 jalan..apa-apa pun aku tetap suka lampu isyarat yang buat kerja..macam pagi tadi, bila hujan dah turun, polis trafik pun balik lah..hujan dah turun baru bas berjalan..sebab? lampu isyarat dah buat kerja..mungkin korang ada hipotesis sendiri..tapi itulah hipotesis aku bila polis trafik mengawal lalu lintas..kenapa dah macam nak masuk subjek sains ni..

satu lagi kajian aku sepanjang setahun ni..penumpang-penumpang monorail..sebab tu setengah tahun je aku bertahan naik monorail pergi pejabat..setengah tahun lagi aku nekad naik bas dari ampang ke klcc..dari klcc berjalan ke jalan raja chulan..sambil menghirup udara pagi sambil bersenam.. ;) oh..pasal penumpang monorail..memang lah monorail tu tak cukup panjang..dah tu ramai pulak orang yang nak naik kan..aku paling pantang bila belum nak sampai stesen tu pun dah kalut nak berlari pergi pintu..macam lah pintu tu dah terbuka..macam la stesen tu nak lari..macam la monorail tu blah macam tu je..nak nak bila tengah sesak dalam monorail tu..yelah..diorang dah lambat kot...fikir positif jer..dari aku membebel sorang kat orang tiap-tiap hari, baik aku naik bas je..tapi dah keluar monorail tu lenggang lenggok jugak jalan macam tengah buat fashion show..maka? nak kejar apa sangat..

dah macam buat research apa pulak ni..human research.. :D seronok apa memerhati gelagat orang yang macam-macam..walaupun aku tak suka orang perhati apa aku buat.. :D alah..macam korang tak suka tengok gelagat orang kan..haa..ada satu cerita minggu lepas..after wedding tiah, aku terus lari pergi PWTC..event tak boleh tinggal walaupun dah nak habis masa..bak kata ibu dah nak tutup kedai pun..hee..masa tengah dalam train, dekat stesen bandaraya, tiba-tiba datang sorang lelaki duduk sebelah..aku seperti biasa buat biasa..tiba-tiba lagi dia pun tegur aku..

"akak nak balik mana?"
"tak balik mana"
senyap....makin rapat pulak dengan aku..hati berdebar jangan cakap..

"kerja ke hari ni?"
"tak kerja"
aku jawab tak pandang muka dia pun..sebab takut..seriously aku takut..sangat..hampir nak menangis tapi tahan sebab nasib baik ada 2 orang budak sekolah cina kat depan..orang orang lain semua jauh..dan dia makin rapat lagi ke sebelah..

"nak berkenalan boleh?"
"tak boleh!"

senyap..train baru tiba stesen sultan ismail..1 stesen lagi tiba pwtc..elok train bergerak terus bangun berdiri depan pintu..kenapa takut? sebab perwatakan dia yang selekeh dan dia berbau..jujur itu yang aku rasa..yang ni memang aku tak boleh nak think positive ke apa..sebab aku memang takut dengan orang-orang macam ni..orang yang nampak macam baik pun aku was was..hmmmh..paranoid ke? entah lah..memang aku panggil orang tu gila..ni je la sedihnya bila duduk sorang-sorang kat sini..habis sangat boleh telefon je mengadu..

ok..habis drama minggu ni..tengok minggu depan ada drama ke tak..haha..
selamat bercuti rakan-rakan..dan selamat pergi makan kenduri..peace!

tweettweet : 90 days plan started?

Wednesday, February 06, 2013

hari lahir dia

assalamualaikum w.b.t.. :)
hari ni hari rabu..tapi tak ada wordless wednesday hari ni..hari ni jadi wordmore wednesday..sedap jugak ape kan.. :D bulan Februari sikit je hari bekerja..ditambah pulak end of month nanti nak bercuti seminggu..lari dari malaysia sekejap..berdua dengan siti lari dari malaysia..dari orang-orang yang ermm....

actually dah tulis entry lain..tapi edit balik lah sikit..ada orang tegur..nanti menyampah pulak korang baca kan.. :D 1 februari lepas is his birthday..yang ke 26. :) wilayah persekutuan kuala lumpur cuti hari tu..selangor tak cuti..tapi dia pun buat cuti sendiri..pegi ambik mc..sabar je lah..jeles orang cuti la tuh..haha..so, we celebrate his birthday at Nandos..disebabkan awal pagi pun aku dah keluar pergi mencari barang pengantin baru best friend forever, tiah, so, petang terus lah ke Subang..gigih kan.. :D
sebab takde alasan taknak pergi..awal minggu dah tanya dan suruh pergi..

so....awak..happy birthday..walaupun dah wish through message kan.. ;)
semoga semua urusan awak dipermudahkan..semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki..gembira selalu disamping orang-orang yang awak sayang..terima kasih sebab tiba-tiba saje muncul dalam hidup saya..dan sentiasa bersabar dengan saya..for almost one year..dan semoga urusan kita juga akan dipermudahkan ye awak..ok..enough..yang selebih lebihnya dah disampaikan secara personal..

nak update cerita spectacular hari tu tengah tunggu hard disk dan gambar..belum sampai ke tangan lagi..lepas tu cerita wedding tiah pulak kan..banyak cerita nak update ni..semoga sempat lah yer i nak mencuri masa kat ofis ni nak update belog..wee~~
oh..kalau nak tengok gambar spectacular hari tu dulu, boleh pergi belog coach saya. ;) kat sini.



"You can do the best job you can possibly do but you can never guide who you want to guide. The selection is Allah's"


i don't know anything..and i don't wanna know..don't let me know..

Thursday, January 24, 2013

keep smiling.


terasa nak menulis setiap hari..kenapa tah minggu ni rajin benar nak menulis..mungkin sebab u takde kot zarif, then i penat mata tengok coding then siti pun sibuk dengan dia punya testing then ofis pun atau spesifiknya team kita pun lengang je..me and reza buat kerja dengan tenang tak ada orang kacau.. :D
especially i rasa tenang sebab tak ada u kacau. :p
so, cepat sikit balik ofis, sebab nanti habis semua cerita i pergi tulis dekat blog pulak..

aku tulis entry ni semalam..sebab hari ni aku akan tak ada nak tengok blog dah sampai isnin nanti..dan sebab aku tengah rajin ni kan..rindu dengan kamu yasmin..dah lama tak berborak kan kita..dah banyak benda aku tertahan perasaan..i can guarantee u once kita jumpa personally, air mata aku yang keluar dulu..dugaan Tuhan..tiba-tiba saja rasa tak yakin dengan keputusan yang dibuat dulu..sebab? aku sendiri pun masih mencari-cari sebab kenapa jadi begini..beberapa kemungkinan yang aku buat, mungkin aku belum bersedia dengan apa yang bakal aku lalui..banyak persoalan yang sentiasa aku persoalkan...persoalan yang memang tak ada jawapan lagi..sebab ianya tak akan sama dengan orang lain..mampu kah aku? itu yang selalu aku fikirkan..

setiap hari aku membina kekuatan diri..berdoa kepada Allah supaya aku kuatkan hati..mungkin separuh daripada kekuatan itu dah ada...separuh lagi... :) belum ada lagi..

rasa nak balik duduk perak..taknak duduk kuala lumpur..

source : destinationjannah.tumblr

keep smiling..whatever happens, just keep smiling...

Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

2013 dreams

assalamualaikum.. salam spectacular..
wink..wink..wah..semangat spectacular kata kan...lunch hour time..tapi aku jadikan blogging time..pukul 1 nanti baru makan..sebab waktu inilah berkurangnya orang-orang dekat pejabat ni..

dreams..setiap orang ada dreams..tak kira besar atau kecik..rasanya ada post post sebelum ni aku dah pernah tulis antara dream dream aku kan..tapi itu aku tak ambik secara serius..sebab...tulis je dream tapi hati tak pernah yakin dream itu akan tercapai..bila hati tak yakin, maka tak ada usaha untuk mencapai semua dream tu..jadi, setiap tahun tak ada perubahan yang besar dalam hidup..

lately ni aku banyak berfikir..dan banyak belajar dari orang-orang sekeliling..terutama dari orang-orang herbalife lah..banyak benda yang jadi sumber inspirasi aku untuk terus tak mengalah, tak selalu berfikiran  negatif, ambil semua benda positif, dan senyum setiap hari walaupun terlalu banyak masalah yang ada..masalah tak kan pernah habis..sebelum ni walaupun aku selalu je cakap taknak negatif, taknak fikir apa orang lain cakap dan lain lain lagi, tapi sebenarnya aku tak sekuat yang aku sangkakan..sebab utama dan penghalangnya adalah diri aku sendiri..diri aku sendiri yang taknak berusaha dan memberi peluang..

semakin hari bila semakin banyak inspirasi yang aku perolehi, aku sedar aku harus beri diri sendiri peluang..kalau aku nak berubah..untuk menjadi orang yang lebih baik..yang penting aku kena berusaha dan melawan semua aura-aura negatif..cheewah.. :) serius..dan disebabkan itu aku dah senaraikan semua dream aku untuk tahun 2013..aku kena tulis dalam blog, nanti aku boleh review balik bila dah masuk 2014 kan..

1. nak suruh semua satu family consume herbalife.
2. nak kawin.
3. nak beli kereta.
4. nak beli iphone atau semua adik beradik apple.
5. nak berhenti kerja pergi 9 pagi balik 6 petang.
6. walaupun tak kerja 9 pagi balik 6 petang, nak ada income sendiri RM 5000 ke atas.
7. boleh beli alat-alat penjagaan kucing semua sekali.
8. nak buat rumah kucing yang selesa.
9. bawa satu family pergi umrah.

9 impian aku untuk tahun 2013..untuk mencapai semua ini haruslah bekerja kuat..takkan ada benda yang datang bergolek ke..berjalan ke..berlari ke..is it impossible to achieve?? it's possible if i really really really work hard..for the 1st step, i choose to go to the Spectacular..
apa-apa pun..kembali kepadaNya..semuanya akan tercapai dengan izin Allah dan jika aku berusaha dengan bersungguh sungguh..kucing pun termasuk sekali tau..sebab sekarang pun fikir 2 kali nak beli semua barang mereka itu..till then..let's work hard in this year 2013.. :)


"Learn and benefit from people who's character inspires you. Being around them makes you want to better yourself. Allah knows best." -Sheikh Abdul Nasir Jangda