Showing posts with label ..pape jer... Show all posts
Showing posts with label ..pape jer... Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

# random 5


assalamualaikum w.b.t...

lupa nak cakap..tadi kita tulis entry guna smartphone kita...
motif??
saja nak bagitau orang tu..first time taip guna phone kita..

bye!!

Wednesday, December 12, 2012

tak ada yang special.


facebook..twitter..blog..penuh nak update 121212..tak lupa jugak status kawan-kawan gtalk aku..
yelah..sekali seumur hidup kot jumpe tarikh ni..
bukan nak cerita pasal 121212..
saje nak menghilangkan bosan dan nak tambah record dalam entry list ada tarikh 121212. haha.
tak ada yang special hari ini..
bye!


"Some hearts understand each other. - even in silence"

Monday, February 07, 2011

mata-mata.

update pendek je kali ni.
oh ye. blog aku sekarang dah ada mata-mata tau. takleh la nak tulis benda pelik pelik lepas ni. satgi ada ja modal.


aku: rasa macam nak buat blog lain pulak. :D :D :D

Thursday, December 23, 2010

masin.kahwin.kahwin.masin

selamat petang. hai.hai semua. wah. excited pulak yer.
kesian dah blog ni ha. ceh. jgn cakap blog. facebook dengan twitter pun terbiar dah.
makin lama makin malas nak beronline-online nih. habih sangat, bosan, melayan k-pop je kerje. cess. ajaran sape tah ni.

eh. tadi kan baru lepas buat mee kuah. setelah bertungkus lumus dari pagi kan. makanan macam tu. memang lama la nak siap. renyah tau tak renyah. nak perisi ketam bagai. ni dah rajin sangat la ni kan baik hati nak masak mee kuah. lagi pun first time buat ikut resipi maktih bagi. nak jugak la try kan. alang-alang tengah bercuti sepenuh hati. aku duduk rumah semua benda aku nak buat. kuih talam ko pun dah lepas yana. :D
lepas tu report kat maktih. last-last maktih jugak kempunan tak dapat makan. :D

eh. nak cerita pasal mee kuah tadi. alkisah terlajak bubuh garam. gila masin ya amat garam nih. sebelum nih bubuh garam 3,4 sudu kecik pun tak masin. sekali tadi bubuh kuantiti yang sama. boleh kena darah tinggi aku rasa. garam ni masin sangat. 
*salahkan garam yang masin gila. sape suruh masin sangat.
dah nama resipi pun main ingat dalam kepala je kan. mana nak details bubuh berapa camca garam. berapa gelen air. berapa kilo udang. main hentam ja. ikut kata hati. cheeewah..yela. bukan nak buat kek pun. itu ya la kena ikut sukatan betul-betul. kang buat kek main hentam ikut suka, tak jadi kek pulak.

lepas tu nak cover la kan. konon tak nak bgtau mama lagi. pi la hantar mesej kat sorang hamba Allah ni.  dia bagi la petua nak hilangkan masin. lepas tu siap boleh kata.
"orang tua-tua kata, kalau masak masin ni, dah nak kawin".
amboih. suke hati kamu je kan. haha. awak.awak. orang tua mana la yang cakap nih. tapi, kalau betul pun wak, apa salahnya. hahaha. cehh. gatai!
tapi petua dia bagi tak menjadi. kuah tu tetap masin. last-last kena jugak bgtau mem besar. neutralkan pun tetap masin jugak. ish.ish.ish. berapa banyak gula taruk pun aku tak tau nak neutralkan kuah tu. at last, boleh jugak la makan kan. tak kena darah tinggi punya. mem besar kate sedap. big boss pun puji. ehem.ehem. :D yer. tau. still slack kat masin tu je.

bak kate maktih. takpe. 1st time buat. tak dapat tune dia lagi. ah. gaya macam nak buat banyak kali je kan. tapi dia dah pesan, duduk rumah dia nanti kena masak semua benda yang dia tak dapat rasa. ada gaya macam nak kena kerahan tenaga nanti ni.


aku: betul ke? kena masak masin-masin la selalu lepas ni. hahaha.


adios~~
with ღ
n@n@

Thursday, December 16, 2010

duit.duit.

"duit. duit. di mana kau duit. duit. duit."
 
mesti semua orang pernah dengar lagu tu kan. sape nyanyi tah. hattan tak salah aku. aku pun ingat-ingat lupa. lagu tang korus tu je yang aku ingat. haha.
hari ni bukan nak cerita mana nak dapat duit ke apa ke. tadi aku baca suratkhabar kosmo. tajuk depan pasal mak dengan anak jadi penyamun. anak perempuan pulak tu. samun sampai 20 000 ringgit. ish.ish.ish. alasannya sebab dah tak tahan dengan bebanan hutang. dengan anak ramai lagi. anak nak sekolah lagi. anak sakit lagi. kesian kan. lagi kesian sebab dah sampai tak boleh nak pikir elok-elok buat keputusan nak menyamun. yang lagi kesian sebab kaum perempuan pulak tu. zaman sekarang ni, bukan setakat lelaki je yang bahaya, perempuan pun dah sama bahaya.

tak lama lepas tu. aku tengok tivi pulak. wanita hari ini. tajuk perbincangan diorang hari ni, "wanita boros, lelaki jimat". again. pasal kewangan. then, buat aku terfikir, boros ke aku nih. haha. tak payah pikir memang dah tau, aku suka berbelanja. tapi tak tahu la nak kate boros ke tak. boros tu macam mana eh. semua benda nak beli. tapi tak pakai pun. macam tu ke? keinginan nak membeli tu sentiasa meluap-luap dalam diri ni. tapi bila pikir 2,3 kali, kalau rasa tak penting, tak beli jugak. kalau ada benda yang betul-betul sangat sangat aku nak, aku beli la jugak.

aku rasa sama je lelaki ke perempuan. dua-dua kalau ada yang jenis suka berbelanja tu, memang akan belanja punya. contoh terdekat abang aku la kan. dia tu kuat belanja jugak tu. minat dia dengan pancing. habis dulu dia beli pancing berapa ratus tah. tu sebatang. kalau dah beli 2,3 batang. tak sampai beribu? then, minat dengan kamera pulak kan. beli la dslr dia satu. pastu nak cari lens lagi. tu pun beribu jugak. lepas tu bela kucing pulak. habis segala barang penjagaan kucing tu dia beli, dari vitamin ke shampu bagai. belum masuk barang-barang kereta lagi. tapi sejak dia kawin ni, kereta dia maintain macam tu je. kereta orang dah kawin la katakan. haha. ehem. dah kalau dah minat kan, mesti akan belanja dengan banyak nye. same goes with women. sama je 2, 2 orang. yang penting aku rasa how we manage the money la. kalau kita bijak uruskan perbelanjaan kita, tak timbul masalah tekanan dengan bebanan hutang.

yang ni aku ngaku. aku ni tak reti nak uruskan duit sangat. asal ada duit kat tangan je, nampak apa-apa, jalan. duit ada kat bank pun, kad atm kat tangan. macam mana tuh. mungkin belum rasa susahnya nak dapat duit kan. duit takde je, telefon mama mintak duit. esok, duit dah ada balik. kalau tak berani mintak dengan mama, mintak dengan abang. sumber kewangan sentiasa ada di mana-mana. tanpa segan silu pulak tu kan. duduk rumah ni, sumber kewangan lagi depan mata. ish. ish. harapnya aku berubah la bila dah rasa susahnya mencari sesuap nasi.


aku: macam mana nak jadi kedekut??



adios~~
with ღ
n@n@


Thursday, December 02, 2010

top chef.

currently. my fevret tv show ialah rancangan top chef.
tapi sekarang dah masuk season 4. bila masa ada season 1, 2, 3 pun aku tak tau. hari ni hari last day siaran ulangan dia. means, dah final day la untuk season 4 ni. aku pun tak tau bila masa ada rancangan ni. dulu dok tgk hell's kitchen jer. 

cehh. rancangan pun nak masak-masak kan. best la tgk diorg memasak. pastu jadi cantik. tengok macam sedap je. tapi bukan cita-cita aku nak jadi chef. aku suka tengok ja benda cantik-cantik ni. jadi chef kena kreatif. buat lain dari yang lain. dari 2 minggu lepas dok tengok cerita ni, tiap-tiap hari. and aku adore sangat dengan chef spike. tapi dia dah keluar semalam. kalah dah. huhu. tapi suka jugak dengan antonia. calm je. tak kalut macam orang lain. eh. sape menang kali ni? rasa dah sampai season 6 kot rancangan ni. ke aku sorang je yang tengok. haha.






aku: jadi chef untuk family sudah. kan.


adios~~
with ღ
n@n@

secret recipe.

pagi ni rajin sikit. lepas subuh tak tidur balik. selalu tak leh tahan. tambah musim hujan ni. lagi la liat. sebab malam semalam tidur awal kan. selalu 2,3 pagi duk layan tivi lagi. :D

aktiviti hari ni nak pegi shoping-shoping sama mama.
bukan shoping baju. shoping barang dapur. dan aku nak cari bahan nak buat kek.
lama dah tak makan kek.
ijan. rindu tak kek coklat aku? :D
eh. apa kata 1st month gaji tukar dengan aku belanja sebiji kek.
dari kenny rogers.
secret recipe dari aku. haha.


aku: bangun awal, lapar pun awal jugak.


adios!!
with ღ
n@n@

Wednesday, December 01, 2010

nyanyi-nyanyi.

orang sebelah berkaraoke.
seronok sungguh dia nyanyi. sampai dengar kat rumah aku nih.
lepas tu tengok cerita pulak. volume nombor berapa tah.
sama level dengan suara dia nyanyi tadi.
haha.


aku: rasa serba tak kena pulak.


adios!!
with ღ
n@n@

Wednesday, November 24, 2010

rajin sikit.

my new layout.
tiba-tiba rajin pulak nak tukar layout kan.
edit sana sikit. sini sikit. nak yang simple je. tak nak bunga-bunga.
wujud la layout nih.
mood sekarang nak mencantik kan blog nih.
layout ni pun tak berapa siap lagi. main try-try jer. sementara jaa.
tapi rasa macam ni pun ok jugak kan. simple mimple je.
 
 
aku: musim kenduri tiba. bermakna musim menambah berat badan juga bermula.
 
 
adios!!
with ღ
n@n@

Thursday, October 14, 2010

mak angkat.

seronok ke ada mak angkat eh? seumur hidup aku, tak pernah ada mak angkat, kakak angkat, abang angkat. semua yang angkat angkat lah. tak percaya? sila lah percaya. huhu. dulu masa kecik kecik time sekolah rendah, kawan-kawan selalu dok main nak ambik adik angkat lah. kakak angkat lah. aku pun tak tau kenapa. padahal bukan takde kakak. bukan takde adik. pastu nak cari adik angkat, mesti laki. yang hensem. pompuan tak main lah. haha. apa hal lah.

bila dah besar sikit, kawan tanya, tak nak ambik adik angkat ke. aku cakap. adik sendiri pun tak terlarat nak jaga, nak ambik adik angkat lagi. even aku takde kakak pun, tak pernah pulak terfikir nak ada kakak angkat. zaman sekolah kan femes nak berangkat-angkat nih. huhu. nak ada abang angkat lah. pastu terus jadi boifren. 

bila dah masuk universiti, ada program keluarga angkat. konfem ada kan kalau masuk universiti mana-mana pun. tapi aku tak pernah ada perasaan pun nak involve program macam tu. boleh la nak kata tak berminat. tak tahulah kenapa. setengah orang mungkin rasa seronok, dapat kenal orang baru, dapat tambah kawan baru. tambah family baru. dapat bina silaturahim baru kan. tapi aku takde feel macam tu. 

bukan apa. bila tengok keadaan sekeliling kan. yang ada family angkat. tapi bila masalah family angkat tu, kita yang kena solve. kita yang kena serabut fikir macam mana nak settle. kita yang bersengkang mata. kalau problem tu logik dek akal mungki takpe lah kot. tapi kalau dah macam over sangat. yang agak macam tak logik je. macam tak seronok pulak aku tengok. sedangkan kita ni student. tanggungjawab kena belajar. bagus la kalau memang willing nak tolong. aku je kot yang takde perasaan macam tu. mungkin aku ni prejudis. tak suka dengan orang luar yang bukan family aku kan. tapi, entah lah. still setiap orang, lain lah pemikirannya kan. aku dah memang begini.



aku: kelas bahasa inggeris takde malam ni. yeay~!
haha. gembira lagi.


adios!!
with ღ
n@n@

Saturday, February 27, 2010

mud kurang baik

sambil-sambil buat assignment...dgr hot fm..
malam2..radio juz putar lagu jer..
sambil2 dgr lagu...layan perasaan...
mud hari ni kurang baik...
saya perlukan seseorang...untuk bercakap...untuk ketawa...
untuk bercerita...
tapi dia tiada untuk saya...
:)
saya xsalahkan dia...tapi kadang2 saya rasa sunyi...
habis berbual dgn mama...
habis berbual dengan kawan2...
saya sunyi lagi...
sorang dah mula bekerja...balik kerja penat..tido...
sorang lagi......
saya xtahu...kadang2 saya xtau pun dia buat apa hari ni...
dia pun sibuk jugak...
saya pun sibuk jugak...tapi sentiasa ingat dekat dia...
dia dan dia xtahu ingat dekat saya ke x...
:)
saya selalu macam ni...terlalu sensitif dan mudah keluarkan air mata...
bila saya perlukan seseorang..dia tiada...
hari ni saya sedih...dia buat macam tiada apa2...
esok mula cerita baru...
cerita semalam???tersimpan dalam hati yg masih sedih....
:)
teruk kan saya.....
macam lagu faizal tahir yang saya tgh dengar sekarang...
BENCINTA~!




aku: sakit aku benci kau...sakit lagi aku cinta kau~~!!



adios~
with ღ
n@n@

Friday, February 26, 2010

ladies mobile

i got this picture from my auntie..
sgt cantik oh...
ada sapa2 mau kasi x kat aku.. =)













huu...cantik kan...cantik kan...mau jugak hias2 macam ni...
dah nama pun lady kan.. :D
adios~~
with ღ
n@n@
SALAM MAULIDUR RASUL
12 RABIULAWAL 1431H


n@n@

Saturday, January 30, 2010

perumpamaan cinta

semalam sembang2 dgn mint...sembang perkara biasa...kebetulan aku pun bosan xde buat apa....1 topik yang kitorang sembang hal kawan2...kawan2 masa sekolah...masa matrik...mcm2 ragam...ada jugak love story yg kitorang bual...& juga perumpamaan untuk orang bercinta...

"kalau orang yang kita sayang tu bahagia, kita pun bahagia"

kalau yang still ada hubungan, boleh lah diterima...tapi kalau untuk orang yang dh berpisah....aku terfikir, boleh ke kalau kita tgk bekas kekasih kita bahagia & kita juga turut bahagia melihat dia bahagia....

kalau aku, mungkin bnda tu ikut keadaan & cara kita berpisah...kalau kita berpisah secara baik, xmustahil bnda ni boleh berlaku....tapi kalau x, xmungkin....& juga sebagai seorang perempuan, mesti akan ada rasa cemburu, iri hati & macam2 lagi la...itu bukan bahagia dah...

kadang2 ada keadaan yang membuatkan kita terpaksa berkorban demi kebahagiaan dia...even dah bertahun kita bercinta, dia still xbahagia dengan kita....xguna jugak kan...so, kalau dia bahagia dengan orang lain dari kita, lebih baik kita lepaskan dia jer....walaupun hati kita berat nak lakukannya....tp, dari diri kita yang merana....

sebenarnya....kisah cinta ni terlalu complicated...semua bergantung kepada keadaan & juga diri masing2.... =)

aku: ini pendapat aku sebagai seorang perempuan...kalau lelaki, diorang pk mcm ni jugak ke ha...snggup ke diorang tgk orang yg diorang syg bahagia dgn orang lain.....wah, dh jdi pengulas cinta pulak....



adios~~
with ღ
n@n@

Wednesday, January 27, 2010

iklan

pOn pOn..

Okeh..I nak buat ikLan keJap..
nak membantu kawan..

kepada sume-sume yang baca...kawan i nak jual kasut dia..
crocs Lily..



mcm ni la kasut dia...
size : 7
pernah pakai sekali jer...lepas tu xpakai dah sebab salah saiz...
xmuat dengan kaki dia...
harga asal dia beli RM 139
so dia mau jual harga RM 100 jer..
condition bagus lagi...sebab baru pakai sekali jer...
sape2 mau bagitau la I yer..
sape cepat dia dapat...
=)


aku: xrugi pakai crocs...kaki pun xmelecet...
cheewah..ada promotion



adios~~
n@n@

Thursday, January 07, 2010

pendrive



hehe...ini lah hadiah pendrive yg aku & ijan dapat dari en.wan P.A ksyangan kitorang...tetiba jdi ksayangan...huhu
wah..terharu...4Gb tu...mngkin en.wan dh sedia utk kasi semua anak P.A dia...
motif en.wan kasik knonnya pointer naik...tp aku naik sikit je pun..xde la byk mna...
lepas tu saje bg zai jeles...teringat kisah dia, tia & pendrive...mcm tajuk drama dh ha...
haha...
dah 3 hari masuk kelas...tenang betul jiwa...kelas free gila..ada 1 sbjek, technopreneurship...kna amik sem nih...dh nak kena pk pasal bisnes pulak...haduih...projek yg diberikan sngguh mncabar kewangan aku nih...haha...
mana taknya, nk kna buat research pasal usahawan yg ada kat malaysia..tp, mngkin boleh specific kat pahang kot...tp, majoriti grup aku nk bejalan ke t'ganu...
waduh2...ni bukan nk buat projek nih...ni nak melancong namanya...huhu...
okeh2..nk mengiron baju...esok klas pukul 8 & full...esok lah satu-satunya kelas aku yang full dari pagi sampai ptg...fuhh...


adios~~
with ღ
n@n@


Tuesday, November 03, 2009

petua REMAJA

petua 1
lpas mkan tnggu 30 minit baru mnum air
~okeh..mmg i praktikkn..knon2 xmau prut buncit la kan...tp klu kat rmah...bkan 30 minit i xmnum air...smpi ke sudah xmnum air...bgun tdo bru trasa dahaga...dats y prut i xbuncit kot...hahaha...prasan gila..

petua 2
lpas mndi..tnggu rmbut kering dlu bru bleh sikat..
~knon nk jga rmbut okeh! smpi skarang i amalkn petua ini...mmg kering pun rmbut i...tp smpi esok pgi bgun tdo kot bru sikat rmbut..sbb dh lma2 mlas nk amik sikat..mlas nk sikat rmbut...haha..bleh trima ke alsan??
bru tdi sarah tnya..."ct, dh sikat rmbut blum??"
haha...btapa concern nya rumate i yg sorg nih...ke sbb tgk rmbut i yg berserabai ini??hehe..
rmbut i gna jari pon bleh ok... :D
tlong jgn muntah okeh! :D

petua 3
mkan buah b4 mkan nasik..
~ni 1 lgi petua knon2 nk jga perut..dri f1 smpai f5 i amalkan petua ini..tp bkan sbb nk jga perut @ ksihatan...sbb i akn loya klau mkan buah lpas mkan nsik..haha...especially klu buah tmbikai...itu dulu laa....skang ok dh kot...sbb dh lma xjmpa buah...dlu2 mkcik dS sdiakn buah sorg satu dlam tray...skang??sringgit 1 kot.....

hehe...itu je la kot petua2 yg aku amalkn...zaman kanak2 pnya kerja ni...bleh plak aku ikut...smua ni sbb aku bca mjalah REMAJA...hehe..
btapa aku sgt amalkan petua2 ini..so..cba lah yer pda yg blum mncuba..hehehe...


aku: ada petua lain yg nak dikongsi??huhu~~


adios~~
with ღ
n@n@

Sunday, November 01, 2009

entry 1st November

1 November 2009
welcome november...

skjap sudah bulan November..
& sekejap sudah aku berumur 21 tahun..
next year..i'll be 22 years old..
tua bukan??haha...

aku dah baca byk blog org..
mcm2 jnis tulisan ada..ada yg cool je tlsannya..ada yg sempoi...& ada yg puitis..
act,,aku ska klu bca ayat2 puitis ni...tp aku xreti pun nk tlis mcm tu..
haha..mngkin sbb aku blaja sastera kat skolah smata2 nk amik SPM je kot..
tapi..serius..aku mmg ska sbenanya...

1 November 2009
2 November 2009
3 November 2009
4 November 2009
5 November 2009
6 November 2009

tgl lagi 4 hari je okeh...huh...cuak sngguh rasa...baru present tesis je kot...klu dh present sstem??aduih...da la hari terakhir..org len dh abes awal msa 5 hb..dh bleh ready tuk final..aku kna ngadap slide lgi kot..hish...
Ya Allah..permudahkanlah segala urusan aku Ya Allah...

aku: sekejap sungguh masa berlalu...


adios~~
with ღ
n@n@

Thursday, October 29, 2009

GHOST

aaa..i baru je lpas tgk GHOST season 2..episod 1..
tu pun hasil donload dari sharing files..
tp baru ada smpai episod 5...
huuu...nak lagi...nak lagi...
sgt best okeh cta nih...season 1 pnya dh hbis tgk dh b4 final last sem..

i mncari-cari tau season 2 punya...
tp sikit je baru dapat...
xbest tgk sikit2 gini..huhu...
ke kat TV pon xhabis lagi tayang??
haha...i don't know..coz da lama xtgk tv nih..

kepada sumer rakan2...sape2 yg dh ada full episod GHOST,
tlonglah bgtau yer..i mau pegi amik trus..
huhu..

ni lah dia barisan pelakon2 utk season 2..cheryl dgn nas still ada lagi dlm cta nih..
tapi + pelakon baru like anding, isma hanum, zahiril adzim, fairil emran, colin kirton, & melissa campbell..
sgt menarik okeh..yg i tau hjung episod season 2 ni, eza (lakonan cheryl) kna tmbak..
tpi dia mati @ x??
huh..ada smbungan season 3 lak ke..aish..
cepat2 la bgtau aku eh kalau sesape ade drama nih..

aku: xsdar diri final dh dekat...lagi mau tgk muvie..


adios~~
with ღ
n@n@

Monday, October 26, 2009

PapaDom


yeeehaa....hri Jumaat hri tuh i lpas tension sama kawan2..
siap je tesis PSM dlm kol 4.30 kot...
dh hntar semua...lpak la kat blik k.ina..plan pnya plan..mau g tgk wayang..cita PapaDom..
search dlm tenet..ade tiket kol 9.15..
so..trus decide pkol 8 gerak..huhu..
so, ktorang iaitu aku, mint, k.ina, ecah, qilah & bf(fidi) besiap utk pegi...
last minit jugak ajak bameng ngan rizal...tp bameng je dpat ikut...rizal demam..

sikit la nk cta psal filem nih..
sgt best!!gile2 pnya best...
rsa mcm nk tgk skali lagi jer..
srius weh...
mcm mna dia relate kn papadom(yg mknan tuh) dgn Papa Dom..
then, bila dia crita psal kasih sayg seorg ayah dkat anak dia...
kalau bapak aku buat mcm tu...konfem aku sedih + terharu gila...
mmg touching...mngalir jgak kot air mata aku...haha..
dari 10 bintang aku bg 9 la..y?
maybe sbb aku msuk lewat 5 minit kot..cta dh mula bru msuk..huhu..
pape pon..cter ni mmg serius best...xrugi tgk wyg..huhu..

lpas tu gerak g TC..xplan pon..sumer last minit pnya plan..org kate klu last minit ni lagi best...
tp mmg best pun..mkan kfc ats rmput..tp hjan gerimis plak...bak kate bameng..haha..
smpi TC lak pkul 12 tgh mlm..gilo btul..
tp rmai lagi manusia2 kt TC tuh..dak UMP pon de lagi...
huhu..igtkn ktorg je..
mkan2..smbang2...jalan2 hirup udara mlam...
pkol 1 kot baru gerak balik...tu pun dh kna bebel ngan en.raimi..
bukan selalu kan encik...hehehe..

smpi ump dlam kol 1.45 am..huh..lewat btol..
mak aku tau,,mau kna semblih kot..
anak dara kuar tgh2 mlam..blik pkul 2...
heh..xpe..rmai pnpuan yg kluar time tuh...alasan!!
=)
tp..mmg enjoy la kuar mlm tuh..hlang skjap tension mnyiapkan tesis yg dh bpe kli kna ubah..print..ubah lagi...print blik...smpi hbis ink printer aku...huhu...
xpe..pngorbanan...hehe..
bTw,,thanx ye korang...nnt bla2..kta kuar ah lgi mlm2 gitu...tp,,rugi xde amik pic kan time tuh...dh gembira sgt..
hahaha...

aku: sayang papa aku! & juga mama..hee~~