"duit. duit. di mana kau duit. duit. duit."
mesti semua orang pernah dengar lagu tu kan. sape nyanyi tah. hattan tak salah aku. aku pun ingat-ingat lupa. lagu tang korus tu je yang aku ingat. haha.
hari ni bukan nak cerita mana nak dapat duit ke apa ke. tadi aku baca suratkhabar kosmo. tajuk depan pasal mak dengan anak jadi penyamun. anak perempuan pulak tu. samun sampai 20 000 ringgit. ish.ish.ish. alasannya sebab dah tak tahan dengan bebanan hutang. dengan anak ramai lagi. anak nak sekolah lagi. anak sakit lagi. kesian kan. lagi kesian sebab dah sampai tak boleh nak pikir elok-elok buat keputusan nak menyamun. yang lagi kesian sebab kaum perempuan pulak tu. zaman sekarang ni, bukan setakat lelaki je yang bahaya, perempuan pun dah sama bahaya.
tak lama lepas tu. aku tengok tivi pulak. wanita hari ini. tajuk perbincangan diorang hari ni, "wanita boros, lelaki jimat". again. pasal kewangan. then, buat aku terfikir, boros ke aku nih. haha. tak payah pikir memang dah tau, aku suka berbelanja. tapi tak tahu la nak kate boros ke tak. boros tu macam mana eh. semua benda nak beli. tapi tak pakai pun. macam tu ke? keinginan nak membeli tu sentiasa meluap-luap dalam diri ni. tapi bila pikir 2,3 kali, kalau rasa tak penting, tak beli jugak. kalau ada benda yang betul-betul sangat sangat aku nak, aku beli la jugak.
aku rasa sama je lelaki ke perempuan. dua-dua kalau ada yang jenis suka berbelanja tu, memang akan belanja punya. contoh terdekat abang aku la kan. dia tu kuat belanja jugak tu. minat dia dengan pancing. habis dulu dia beli pancing berapa ratus tah. tu sebatang. kalau dah beli 2,3 batang. tak sampai beribu? then, minat dengan kamera pulak kan. beli la dslr dia satu. pastu nak cari lens lagi. tu pun beribu jugak. lepas tu bela kucing pulak. habis segala barang penjagaan kucing tu dia beli, dari vitamin ke shampu bagai. belum masuk barang-barang kereta lagi. tapi sejak dia kawin ni, kereta dia maintain macam tu je. kereta orang dah kawin la katakan. haha. ehem. dah kalau dah minat kan, mesti akan belanja dengan banyak nye. same goes with women. sama je 2, 2 orang. yang penting aku rasa how we manage the money la. kalau kita bijak uruskan perbelanjaan kita, tak timbul masalah tekanan dengan bebanan hutang.
yang ni aku ngaku. aku ni tak reti nak uruskan duit sangat. asal ada duit kat tangan je, nampak apa-apa, jalan. duit ada kat bank pun, kad atm kat tangan. macam mana tuh. mungkin belum rasa susahnya nak dapat duit kan. duit takde je, telefon mama mintak duit. esok, duit dah ada balik. kalau tak berani mintak dengan mama, mintak dengan abang. sumber kewangan sentiasa ada di mana-mana. tanpa segan silu pulak tu kan. duduk rumah ni, sumber kewangan lagi depan mata. ish. ish. harapnya aku berubah la bila dah rasa susahnya mencari sesuap nasi.
aku: macam mana nak jadi kedekut??
adios~~
with ღ
n@n@
2 comments:
blaja dri jaja kak..haha
haha. tu lah kan.
kena tanya tips dari dia nih.
Post a Comment