Wednesday, July 25, 2012

dear blog.

dear blog,
i'm writing this because i feel bored..please cheer me up..pleasee..pleasee..

for the first time menaip entry di ofis..habis bosan sangat la ni kononnya..hari ni so far, tak ada lah mengantuk pun..kerja pun smooth je berjalan dengan lancar..tenaga pun boleh lagi la kalau nak menari nari kan..nasib aku ada rasa malu, kalau tak....don't imagine..haha..

2 hari puasa sambil kerja, aku tak jumpa bazaar yang besar nak beli makanan pun..bazaar kecik ada la..cukup seminggu, habis semua gerai aku jelajah..lepas tu fikir nak makan apa..ah, sekarang pun tengah fikir apa nak makan buka nanti..time ni la terasa best nya kalau ada kat rumah sekarang..boleh main masak-masak dengan mama kan..takpe, this weekend balik sekejap..since abang dengan dikmei semua balik, maka aku harus balik jugak..nanti jeles..sebab masing-masing akan mesej cakap makan best dekat rumah..tak adil tu..even dikmei pun tanya balik ke tak..ke tanya ada makna tu..

ok lah..tumpang lalu sekejap je kat papan putih ni..
nak menaip panjang-panjang, ada feel, kena tempat yang sunyi..contohnya kat bilik..
sekarang sunyi jugak, tapi tak secure..ewaah..ini pun nak secure kan..
haruslah! sebab ada orang tu sibuk jalan ulang alik tempat aku kan..lepas tu berenti tengok aku buat apa..
kan en zarif?


tweettweet : gembira.suka hati.babai!

Sunday, July 22, 2012

heart and feels.

sometimes I feel like I'm a stranger..even though we've known each other quite a long long long time..but still, I've this feeling..err,maybe not too long.. :D
yea..kadang-kadang ada keadaan yang aku tak boleh nak elakkan diri..susah lah nak tulis kat sini..nak ekspresi kan dengan ayat-ayat..hati je boleh rasa..ewaah..tapi betul la, ada masa aku tetap rasa tak sedap hati kan..if u read this, can u feel what i feel? hmm..maybe u can't..because i don't think u understand..haha..i can say it's my heart yang suka nak rasa, nak fikir....hmmm...

enough lah dengan merepek-repek..hari ni masuk hari kedua Ramadhan..haa..semalam merealisasikan hajat min nak makan mee kuah aku..resepi dah share 2 tahun lepas kot..nak jugak aku masak kan kan..haha..aku pun sebenarnya dah lama tak masak mee kuah ni..sebabnya kerja nya amat lah remeh..nak kena perisi ketam..keluarkan isi ketam tu..sampai luka jugak lah sikit-sikit tangan semalam..sebab tu lah aku tak rajin nak buat..tapi demi orang tersayang kan, ku sanggup kan jugak..cheewaah..terharu tak min? ;D tapi seronok tau orang makan apa yang kita masak..feeling tu lain macam sikit..kita pun kenyang bila tengok orang makan..

sesi mencari ketam semalam memang mencabar..banyak dugaan..dah pergi pasar petang-petang..memang payah lah nak jumpa ketam kan..tak ada pilihan, cari kat pasaraya lah..konon nak cari kat pasar sebab nak yang segar..padahal aku pun taktau macam mana nak tengok ketam tu segar ke tak..wee..ikan aku tau lah..ketam jarang beli..dan aku bukan lah peminat tegar ketam, udang..maka, sila rasa beruntung kawan dengan aku..oh, dah sesi mencari ketam berakhir pukul 3.30 petang setelah melawat beberapa pasaraya.....tapi tak ada gambar lah mee kuah nye..masing-masing dah eksaited nak berbuka kan....

and tomorrow will be my first time working during Ramadhan..setelah beberapa kali praktis puasa kat ofis, so far ok je aku rasa..tak ada beza pun puasa time belajar dulu..and hopefully this Ramadhan will be much much better than before..InsyaAllah.. :) :) :)



source : islamic thinking tumblr


tweettweet : "Surely in the remembrance of Allah, do the hearts find rest." (13:28)

Friday, July 20, 2012

ramadhan.

salam ramadhan semua. :)
sekejap je dah tiba bulan puasa balik kan..tahun lepas sempat puasa sebulan dekat rumah, teman mama dengan papa..dan sekarang bila kat sini, sedih pulak nak puasa sesorang.. *lapairmata*
betul sedih ni..walaupun seronok sebenarnya nak sambut puasa..
mula-mula ingat memang dah kena sambut awal puasa sesorang dah ni..memang lagi berhujan lah nanti..tapi ijan cakap esok baru dia balik rumah family dia..hah..kurang sikit lah sedihnya..

sebenarnya, setiap kali bulan puasa ada je kenangan kenangan indah..mula dari zaman sekolah, sampai la tahun lepas..tahun ni tak tahu la indah ke tak..harapnya indah la yer. ;)
setiap jumaat malam sabtu mama mesti mesej punya tanya tido sorang ke malam ni..minggu ni buat apa..tiap-tiap minggu lah macam tu..malam ni pun sama lah..nak nak dah start puasa ni kan..hai..betul betul rindu rumah..orang awal puasa balik sambut dengan family kan..takleh cakap tapi..tapi..keadaan tak mengizinkan.. *lapairmatalagi*

 oh..sebelum lupa..it's my first time berpuasa dengan herbalife..teruja pun ada..sebab aku ni memang tak rajin lah nak bangun sedia sahur semua kan..dulu pun zaman belajar paling paling bancuh susu makan dengan cereal..tahun ni sahur shake aje..tengok result lepas puasa nanti macam mana..wee~~ mama pun dah mula nak minum herbalife..lagi laaa teruja kan..


tweettweet :  sayang.


Monday, July 16, 2012

sumber inspirasi.

ambik mood sebelum tido jap..eh, bila cakap ambik mood sebelum tido mesti kena gelak..pelik ke ayat "ambik mood sebelum tido" tuh..takde mood, takleh tido kot..kot je la..haha..

ofismate sibuk memasing cari sumber inspirasi kat ofis untuk bagi semangat datang kerja kononnya..
bila memasing dah ada insipiration sendiri, baru la rasa best nak datang kerja kan..
agaknya sebab tu aku rasa tak best nak datang ofis kot..tak jumpa sumber inspirasi..
takpe, takde kat ofis, kat luar ofis dah ada inspirasi.. *sakittekak*
 bertuah punya alasan la kan nak cari sumber inspirasi baru seronok datang kerja..
boleh kira ikhlas ke tak ikhlas tu pergi kerja..


i love this quote lah. ambik dari facebook.

"The more anger you hold towards the past in your heart, the less capable you are of loving
 the present.
"

sebab tu jangan marah-marah..nanti muka tak manis..senyum banyak-banyak baru manis. ;)


tweettweet : mood tido dah sampai..mood nak berbelog separuh jalan.

Saturday, July 14, 2012

He said...


He said...
 
"Percaya rezeki, jodoh, ajal, maut semua dari Allah. Yang penting doa, usaha, ikhtiar, tawakkal, lakukan yang terbaik yang kita boleh. Simple kan?"

and

"InsyaAllah...Percayalah hanya pada Allah..dah berusaha, serahkan segalanya kepadaNya."


:) :) :)
Thank you..

He'll always give me an unexpected answer..Can I say, I'm touched....I will tempek all this ayat-ayat in my blog, sebab I know when I baca balik my old post, I tak akan berhenti senyum..InsyaAllah..

I believe in Allah..Perancangan Allah memang sentiasa yang terbaik..No doubt.. :)




tweettweet : ayat pun nak campur melayu english kan.
 

Sunday, July 08, 2012

mengidam.

petang ahad layan Ali Setan 2..
last week tak dapat tengok Ali Setan 1 sebab time ni tengah on the way dari perak ke sini. tengah sedap tido atas bas tu..hujung minggu aku kali ni hanya lah melepak di rumah saja dan main masak-masak.
jumaat hari tu aku mengidam nasi lemak..semua orang aku cakap aku mengidam nasi lemak..
memang tekak ni terasa rasa dah nasi lemak..maka, semalam berusaha gigih buat nasi lemak..
mula-mula masak macam banyak..tapi aku makan pun banyak tengah hari tu..5 senduk kot.. T_T
belum campur malam lagi kan..takpe..bukan selalu makan banyak..sebulan sekali je feeling nak makan banyak tu..nanti recover balik minum air masak banyak-banyak..

tu semalam..hari ni mengidam nasi tomato pulak kan..haa..mood rajin nak masak-masak ni..untung la kan..oh, cakap pasal masak-masak ni..i have this friend..yang selalu mengadu gastrik..gastrik..
satu hari tu, hari isnin..seperti biasa, dia mengadu gastrik..aku tanya la, tak makan ke yang gastrik tu..
then dia jawab, dah la wiken..sorang-sorang pulak tu..mana nak makan sangat..nak pergi makan takde kawan..lain la kalau ada boifren, boleh jugak teman pergi makan..ni boifren pun tak ada...
hmmh..kalau nak pikir ada boifren baru nak pergi makan, sampai ke sudah lah kamu takyah makan..kan..
suka hati lah..tiap-tiap minggu lah gastrik jawabnye tu..bila suruh masak, taknak pulak..last-last aku suruh pi cari boifren cepat-cepat..tak larat nak dengar asyik gastrik..

 baru lepas makan nasi. dan sekarang aku mengidam dominos.
sekian.


tweettweet : dah ada partner nak berangan sama-sama. ;)


Tuesday, July 03, 2012

fathiyah's engagement day.

mood rajin nak berbelog hari ni..
just to share momen momen indah masa majlis tunang tia hari tu..
ewaah..momen momen indah tau..aku rasa hari ni ayat aku semua nak klasik je kan..
dah sebulan sebenarnya majlis nye..baru hari ni berkesempatan nak sharing sharing kat sini kan..yang dah tengok kat facebook tu takpe la..itu orang yang uploadkan..aku share 5,6 keping je kat sini..boleh la kan....oh yer..fotografernye haruslah ijan..siapa lagi kan...tak ada yang lain..selebihnya, tunggu la ijan tempek kat belog dia bila-bila nanti..wee~~


bakal jadi mrs.shafiq..cik fathiyah.. :)


inilah momen indahnya..indah kan.. :) tak tahu lah si tia ni neves ke tak.. ;D



ni dia ha tunangnye..orang kata mereka ada iras-iras..ke aku yang kata...



ehem..ehem..aku jadi tukang pegang bunga jer...



sweet kan gambar ni.. :) 



ijan the fotografer..housemate kite jugak.. :)



four of us..bestfriendforever... :)


the end..itu sahaja lah aku tempek kan..boleh tak aku nak kata muka masing-masing dah cun semua compare waktu zaman study dulu.. ;D
selamat dah tia jadi tunang orang kan..lepas ni nak jadi bini orang dah..sedih tapi gembira. :')
well...itulah namanya hidup kan..

so....who's next?? ;)


tweettweet : boleh tak nak berangan sekarang..ok bukan berangan, dreams..

cuti sakit.

assalamualaikum..selamat pagi..
pagi-pagi dah menaip entry kan..still lying on bed, riba laptop, bukak blog sambil minum shake..
what to do..? i'm on MC today..wait, MC tu bukan Medical Certificate ke? ke ada maksud lain yang aku tak tahu..ah, abaikan..yang penting sekarang ni tak senang duduk setiap 15 minit ulang alik masuk toilet..
semalam sempat masuk pejabat 1/2 day je..klasik je bunyi pejabat tu..selalu sebut ofis..ofis..
pagi semalam dah start cirit-birit atau bahasa doktor, diarrhea..ingat mampu bertahan..
tapi, masuk pukul 10 badan dah lesu dah..dah nak jadi macam hari tu balik..nanti kang kena ulang alik toilet nak muntah..pengsan pulak kang kat ofis tu..maka, dalam takut-takut jugak ambik lah cuti...
terus rush balik rumah..otak fikir nak tido je ni..kepala rasa berat semacam..kat luar terik pun badan aku rasa sejuk macam dalam ekon..

ingat malas nak jumpa doktor..memandangkan aku bukan lah orang yang berani nak pergi klinik..bukan takut, tak berani je....sesorang pulak tu..tapi, takut melarat pulak kan..gagah jugak la..jumpa doktor pun bukan tau nak cakap apa, selalu mama yang tolong cakap kan..kita tau cakap sakit je lah..haha..
doktor cakap food poisoning..entah salah makan apa tah..tak tahu..takkan hari tu pun food poisoning jugak..hari tu lagi teruk sampai muntah pun dah takde air nak muntah..tak apa lah..makan je ubat..sebab ubat dia tak sebesar ubat yang dulu..doktor cakap elakkan makanan bergoreng, berminyak, dan pedas..aku rasa setiap kedai yang jual makanan, takde lagi yang jual kukus atau rebus..habis semalam, kena makan nasi jugak..memang takde lah yang rebus atau kukus..nak masak? tak apa lah..perut dah lapar dulu..agaknya sebab tu sakit perut sambung hari ni kot.. -.-'

sebab tu hari ni berazam nak masak bubur nasi..jumpa doktor semalam balik..terkejut dia hari-hari datang jumpa kan..hari ni nak mintak MC je..taknak ubat..semalam tak mintak MC ingat dah mampu nak pergi ofis..tapi nak MC ni pun takut-takut jugak..semua nak takut kan..haih..takpe, setahun je nana..setahun je ok..sekejap je setahun tu..senyum banyak banyak ok.. :) :) :)
ok..back to the story..untuk mengisi masa lapang yang ada, aku pun melawat blog blog yang ada..
untung jugak bos tak bagi laptop lagi..pffft~


tweettweet : tambah tolak 18 hari lagi nak Ramadhan. :)