Friday, October 29, 2010

mana satu?

study week dah bermula.
jom menelaah pelajaran.
eh. nak melayan muvie dulu.
erm. ataupun tido dulu?


adios!!
with ღ
n@n@

Tuesday, October 26, 2010

header tercantik.

aku telah di tag.
2 orang sekali tag aku untuk contest yang sama. haih. semangat suruh aku masuk.
ditambah pulak sekarang ni mood nak update blog malas. asignmnt menggunung perlu disetelkan.
tapi dah bangun awal pagi ni. setelkan tag ni dulu.
oh. aku telah di tag oleh yana - as usual my sedara.
dan sorang lagi kawan aku a.k.a classmate aku kat ump dulu - en.shino.

contest kali ni ialah 'Pertandingan Header Tercantik'.
anjuran dari blog ALIENELLIZ.


header yang aku guna sekarang ni hasil rekaan en.shino.
dah kata dia kawan kan. hehe. again, credit tu en.shino.
for me. aku suka la banner ni. tambah aku suka main gerak-gerak cursor tu kat banner di kala bosan. haha. takde keje kan. benda tu pun boleh buat main. :D

oh. inilah banner yang aku guna. sama je macam kat atas tu kan. tapi saja nak promote lagi kat sini. =)



antara syarat contest ni kena tag lagi 3 orang. dengan itu aku nak tag:-

1) ijan
2) norazliza
3) sara

sekian saja contest kali ni. segala info dan syarat penyertaan untuk contest ni boleh la klik kat nama blog ALIENELLIZ atas tu yer. senang & simple je. :)



aku: kembali menghadap coding php. =_=



adios!!
with ღ
n@n@

Monday, October 25, 2010

Allah selamatkan kamu.

Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Wan Fathiyah & Norizan.
Allah selamatkan kamu.

it's 25 Oct. and my BFFs besday. yup. 22 orang lahir tarikh yang sama. kebetulan pulak kan. 
untuk tiah & ijan.
selamat hari lahir yang ke-22.
dah berapa bulan tak jumpa ni. bila lagi kita nak jumpa?
cepat la buat next plan. :)
semoga berjaya dalam presentation L.I.
semoga berjaya dalam apa-apa interview.
semoga berjaya dapat kerja.
semoga cepat-cepat kahwin.
semoga. dan semoga lagi. :)

sayang korang sangat.
ah. i do miss you all a lot. sangat. tengah intern pun korang bizi.
apatah lagi korang dah kerja nanti kan.
take care always my dear friends. =)



kesayangan saya. oh. yang sambut besday sama-sama tu yang hujung kiri dan hujung kanan.




ahh. rindu. :D



aku: rindu..serindu-rindunya.



adios!!
with ღ
n@n@

the last song.

saat aku tengah menulis entry ini, fa tengah melayan cerita mantra.
aku dah pernah tengok cerita ni kat wayang dulu. tengok ke. entah la. haha.
aku malas nak tengok balik. kenapa? nanti akan aku ceritakan.
aku bukan penggemar cerita hantu, seram, bunuh-bunuh yang menjijikkan. tapi, bila dah duduk dengan orang yang minat cerita hantu ni, layankan je la. dengan syarat. takde bunyi. ko pakai la headfon ke, apa ke. janji aku tak dengar bunyi. tengok gambar boleh.
eh. itu memang cara aku lah tengok cerita hantu. lagi better dari dengar sound tapi tak tengok gambar. bunyi itu boleh memberikan effect yang tak bagus. untuk aku je la. orang lain tak tahu la kan. nanti kate takde feeling pulak. feeling aku lain. haha. 
aku suka cerita action, tembak-tembak.kejar-kejar. tumbuk-tumbuk. tapi kalau bunuh-bunuh yang menjijikkan tu sampai potong-potong tangan orang lah, patahkan tangan orang macam patah kan pensil, makan badan orang macam makan nasi, sumpah aku pejam mata.

semalam aku baru tengok satu muvie. adaptasi dari buku. filem The Last Song. penulis yang sama dengan cerita A Walk To Remember. AWTR ni pun dah pernah difilemkan dulu. tahun bila tah. lama dah cerita ni. pernah tengok? aku suka tengok AWTR tu. cerita dia sangat meaningful. sweet. ok. memang cerita tu cerita romantik. tapi ada maksud yang mendalam. aku ulang 2,3,4,10 kali tengok pun tetap menitis air mata kot. dan tak bosan. kali ni, cerita The Last Song pulak. baru keluar tahun ni. penulis 22 cerita ni Nicholas Sparks. jalan cerita tetap sweet mcm AWTR. tapi AWTR cerita cinta. TLS cerita kekeluargaan. ada jugak cinta sikit-sikit. sedih tetap sedih. memang mengalir lagi la air mata aku. tapi kalau dah adaptasi dari buku, for sure baca buku lagi best kan. rasa macam nak mencari pulak novel dia. 

so. kalau ada masa terluang. cari la cerita The Last Song ni. yang tak pernah tengok lagi la. yang dah tengok takpe. bagi aku memang best la kan. dah aku gemar tengok cerita slow macam ni. slow tapi bukan lembap. penuh emosi. kalau yang dah suka tengok cerita horror tu dah konfem la cakap cerita ni tak best kan. 



ini filem punya poster.

a story about family, first loves, second chances, and the moments in life that lead you back home.




ini novel dia.



aku: mesti cari buku ni sampai dapat.



adios!!
with ღ
n@n@

Wednesday, October 20, 2010

kahwin.pregnant.

petang tadi tengah melayan FB, terpandang satu status dari kawan sekolah rendah. wish dekat lagi sorang kawan. congratz pasal dia dah pregnant. member tu kawin dalam tahun lepas la. lepas tu tengok lagi sorang kawan sekolah rendah punya profile, tengok gambar dah bertunang. baru jumaat lepas bertunang.
wah..lepas sorang-sorang kawan-kawan aku ni meninggalkan aku. yang dah ada baby jangan cakap la kan. dah besar pun anaknya. haha. 

siapa sangka kan. kawan zaman kecik-kecik dulu. lepas sekolah lari-lari main kat padang. panjat sana. panjat sini. sekarang dah besar. semua dah berubah. ini bukan zaman sekolah menengah. ini sekolah rendah. kanak-kanak sangat. aku ganas kot masa sekolah rendah. haha. time sekolah menengah dah tak jumpa diorang. aku dah berhijrah ke Gerik. yang lain kebanyakannya berkumpul kat sekolah dekat rumah tu jugak kan. bila dah ada FB ni baru jumpa balik. konfem la dah lain kan. even BFF aku masa sekolah rendah dulu pun dah tak menjadi BFF sangat sekarang. jadi BF je kot. haha. sometimes kami berkumpul jugak time raya-raya kan. time raya je la pun kami berjumpa. kalau tak, lagi la tak berkawan.

dulu masa zaman kanak-kanak, keje nak main je. masuk sekolah menengah, duk suka orang tu. duk suka orang ni. suka je la kan. haha. naik universiti, bercinta. masuk umur 20-an, fasa alam perkahwinan pulak. tak sangka akan jejak jugak peringkat ni. =) dah dewasa rupanya aku ni. teringat masa zaman abang aku dulu. tak sangka dia dah besar, dah ada isteri, dah beli rumah sendiri. dah berjaya sampai macam ni. dulu masa kecik, dia bukan ada apa-apa pun. tapi sekarang dia dah ada macam-macam. 

kita semakin hari semakin meningkat dewasa kan. bukan semakin muda. lepas satu, satu fasa kita lalui dan tinggalkan. masuk fasa baru pulak. orang kata apa, pusingan kehidupan? lingkaran kehidupan. ke apa tah. aku lupa pulak term tu. haha. next year umur aku akan bertambah satu, jadi 23. wahh. lagi 2 tahun 25. 25 ok. angka keramat tu untuk gadis-gadis. haha. 

apa-apa pun tahniah diucapkan dekat kawan-kawan yang dah bertunang. yang dah pregnant. yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. dengar cerita hujung bulan 12 ni ada jugak kawan sekolah rendah yang nak kawin. aku? aku tunggu mak aku carikan jodoh dulu. :D



aku: nak cari calon suami je lepas ni. bukan cari calon boifren dah. hehe.



adios~~
with ღ
n@n@

Tuesday, October 19, 2010

tulip.

walaupun baru 2 hari tak menulis. rasa rindu dah dekat blog nih.
owh. semalam aku ada test discrete yang kedua. so, haruslah hujung minggu lepas aku kena studi kan. online, blogwalking boleh. nak menaip entry tu malas sikit. :D
hujung-hujung semester ni banyak lah kerja-kerja nak kena submit. dengan presentation semua kan.
tak sampai sebulan je lagi aku akan meninggalkan bumi Gambang ni.
sedih. lepas ni dah tak bergelar pelajar dah.

masa konvo hari tu kan banyak kedai jual bunga-bunga. nak buat hadiah kan.
cantik memang cantik. tapi aku bukan penggemar bunga hidup. dan juga bukan penggemar bunga ros. aku tak tau kat mana diorang cakap bunga ros tu wangi. huhu. serius. even aku tengok bila dah gubah-gubah bunga tu, memang la nampak cantik. tapi sekadar cantik je la aku tengok. bila tengok orang dapat bunga banyak-banyak macam best je. tapi aku pikir, nak buat apa nanti dengan bunga tu. orang cakap buat jadi bunga kering. lepas tu? nak simpan kat mana? aih. kalau dah tak minat tu, macam-macam jugak kan. tapi, kalau orang bagi, aku akan hargainya jugak. ataupun kasi bunga plastik. boleh jugak aku buat hiasan. :D

satu-satunya bunga yang aku minat tulip jer. wah. demand kan aku ni. nak bunga yang takde kat malaysia. serius. aku selalu terbayang kalau aku sorang-sorang berdiri tengah-tengah ladang bunga tulip. warna-warni. angin sepoi-sepoi bahasa. ohh. best nye. tapi boleh berangan je la kan. nak pergi betul-betul entah bila dapat. jangan tanya kenapa aku minat tulip. aku pun tak tau. tapi aku memang minat.


macam ni la aku nak. cantik kan. kan.
sumber: google.com


aku: eh.eh. aku konvo nanti nak jugak bunga tau. walaupun takde tulip.
*banyak aku kena tuntut nanti :D



adios~~
with ღ
n@n@

Saturday, October 16, 2010

tawaran.

semalam aku dapat fon call dari staff unit pentadbiran UMP.
offer untuk L.I sem depan. katanya ada projek dengan mufti pahang. macam mana tah.
tapi dia nak student komputer untuk buat projek itu.
kalau berminat boleh pergi interview isnin nanti.

hmmph. bukan aku tak nak. tapi dah konfem la kan nanti kerja dekat UMP.
bukan taknak duduk UMP dah. cukup lah aku merantau jauh 3 tahun nih. haha.
nak duduk dekat dengan rumah pulak. buat sementara waktu. nanti kalau dah kerja betul-betul mana tahu kalau kena kerja tempat jauh lagi kan..kan..kan..


aku: isk. tak dapat lagi tempat nak praktikal ni.


adios!!
with ღ
n@n@

berapa orang duduk dalam bilik ni?

ada orang ketuk pintu tiba-tiba.
bukak-bukak nampak sorang perempuan.

PEREMPUAN ITU: hai. nak tanya. berapa orang duduk dalam bilik ni?
AKU: (sambil buat muka pelik. aku pasti aku buat muka). haa? saya sorang je.
PEREMPUAN ITU: oh. sorang je ke. erm. adik pernah dapat baucer makanan?
AKU: (sambil tutup pintu rapat sikit. tak kenal tiba-tiba tanya benda pelik) haa? tak pernah baucer apa?
PEREMPUAN ITU: (keluarkan BISTRO punya baucer makanan.)
AKU: terus jawab... "ohh...yang ni pernah dapat dah"
PEREMPUAN ITU: bila? tahun lepas?
AKU: ha'ah. tahun lepas dah dapat dah.
PEREMPUAN ITU: itu tak best dik. dah tamat tempoh dah. yang ni baru punya.
AKU: tak pelah. taknak. taknak.
PEREMPUAN ITU: tak nak ke dik?
AKU: tak nak. taknak. takpe.
PEREMPUAN ITU: ok. terima kasih dik.


hoh. terkejut aku mula-mula bukak pintu. serius takut kot. tengok orang tak kenal tiba-tiba muncul depan pintu. gaya dia tu yang menakutkan. aku dah bayang pelik-pelik dah tadi. sekali nak jual baucer makanan BISTRO tuh. huh. bukan aku tak tau. sama je tuh. takdenye lain. macam aku nak makan hari-hari kat sana. 

haih. apelah. suka hati je naik hostel buat benda tu. pakcik guard bagi pulak tu. macam-macam betul. haih. terkejut lagi nih sekarang nih. malas pulak nak keluar bilik.



aku: nak cakap gaya macam pencuri pun ada. tapi tak baik pulak. sebab tak pernah tengok orang asing kot naik hostel tanya pelik-pelik.



adios!!
with ღ
n@n@

kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah.

i got this article from my friend. dia post dekat FB. then, mintak nak share dekat sini lah.
kalau ada yang dah baca takpe. aku saja nak post sebagai bahan bacaan untuk diri sendiri. =)


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..



aku: tak pernah menyesal pun putus cinta. malah sekarang pun aku mampu tersenyum gembira =)
sebab aku tau pasti ada yang terbaik untuk aku. :D



adios!!
with ღ
n@n@

Friday, October 15, 2010

ct.nana.

siti atau nana atau farhana.
mana-mana pun boleh. nama penuh aku siti farhana.
kawan sekolah rendah aku panggil fana.
sampai la aku form 3 kan. tapi masuk form 4, kawan-kawan aku panggil aku nana.
sebab batch aku dah ada 3 orang farhana. yang sama nama dengan aku pun ada. masuk aku, dah jadi 4 orang farhana. masing-masing dah ada gelaran. sorang paan, sorang pean, sorang fana. masuk aku terus tuka jadi nana.ada la cerita disebalik kenapa kawan kawan aku panggil aku nana. dulu aku tak suka jugak orang panggil aku nana. macam gedik pun ada. nak nak time tu nana AF tu tengah femes kot. huh.

tapi lama-lama tak kisah dah. aku halang macam mana pun, depa panggil aku nana jugak. lekat la nama nana sampai aku matrik. masuk ump aku perkenalkan diri sebagai siti.
aku pun tak tau nape aku suruh diorang panggil aku siti. malu kot nk introduce suruh panggil nana.
haha. gedik. tapi kat ump ni ada 2 orang je budak bertuah panggil aku kak nana. yang lain semua panggil aku siti. sampai ada orang konfius. mana satu kak nana, mana satu kak siti. tak kisah lah panggil apa pun, aku terima je. jangan panggil aku nama pelik-pelik sudah. haha. at least aku boleh detect, kalau panggil aku siti, kawan universiti, kalau panggil nana, kawan sekolah. kalau panggil farhana semua kawan biasa. macam tu pulak kan. haha.

tapi bila tulis blog aku tetap abadikan nama nana. :D
aku pun tak tahu nape. sounds good je nama nana bila tulis blog. haha.


aku: family aku panggil aku adik. lagi best. agaknya bila umur aku 30 pun panggil adik tak kelakar ke ha. haha. =D



adios!!
with ღ
n@n@

Thursday, October 14, 2010

mak angkat.

seronok ke ada mak angkat eh? seumur hidup aku, tak pernah ada mak angkat, kakak angkat, abang angkat. semua yang angkat angkat lah. tak percaya? sila lah percaya. huhu. dulu masa kecik kecik time sekolah rendah, kawan-kawan selalu dok main nak ambik adik angkat lah. kakak angkat lah. aku pun tak tau kenapa. padahal bukan takde kakak. bukan takde adik. pastu nak cari adik angkat, mesti laki. yang hensem. pompuan tak main lah. haha. apa hal lah.

bila dah besar sikit, kawan tanya, tak nak ambik adik angkat ke. aku cakap. adik sendiri pun tak terlarat nak jaga, nak ambik adik angkat lagi. even aku takde kakak pun, tak pernah pulak terfikir nak ada kakak angkat. zaman sekolah kan femes nak berangkat-angkat nih. huhu. nak ada abang angkat lah. pastu terus jadi boifren. 

bila dah masuk universiti, ada program keluarga angkat. konfem ada kan kalau masuk universiti mana-mana pun. tapi aku tak pernah ada perasaan pun nak involve program macam tu. boleh la nak kata tak berminat. tak tahulah kenapa. setengah orang mungkin rasa seronok, dapat kenal orang baru, dapat tambah kawan baru. tambah family baru. dapat bina silaturahim baru kan. tapi aku takde feel macam tu. 

bukan apa. bila tengok keadaan sekeliling kan. yang ada family angkat. tapi bila masalah family angkat tu, kita yang kena solve. kita yang kena serabut fikir macam mana nak settle. kita yang bersengkang mata. kalau problem tu logik dek akal mungki takpe lah kot. tapi kalau dah macam over sangat. yang agak macam tak logik je. macam tak seronok pulak aku tengok. sedangkan kita ni student. tanggungjawab kena belajar. bagus la kalau memang willing nak tolong. aku je kot yang takde perasaan macam tu. mungkin aku ni prejudis. tak suka dengan orang luar yang bukan family aku kan. tapi, entah lah. still setiap orang, lain lah pemikirannya kan. aku dah memang begini.



aku: kelas bahasa inggeris takde malam ni. yeay~!
haha. gembira lagi.


adios!!
with ღ
n@n@

Wednesday, October 13, 2010

dah konvo dah.

lenguh badan. berminyak-minyak muka buat tutorial mate. rajin pulakkan malam ni.
entah. mungkin sebab buat berteman kot kan. selama ni sorang-sorang je.feeling lain sikit.haha.

ok lah. malam ni nak update pasal konvo yang dah lepas baru-baru ni. even tarikh 9.10.10.
but, tetap unik jugak kan. sungguh, tengok orang konvo, tak sabar pulak rasa diri ni nak konvo. insyaAllah, kalau takde pape, tahun depan aku akan konvo jugak.
dapatlah aku title lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer major dalam Kejuruteraan Perisian atau dalam bahasa ringkasnya Software Engineering. :D
nak sambung master atau tak. itu tunggu lepas praktikal nanti. bergantung kepada keadaan. niat memang dah ada. dah lama tanam niat nak sambung master pulak. ada rezeki nanti, ada lah. insyaAllah... =)
rasanya, penat lelah belajar, macam-macam dugaan datang untuk habiskan belajar & dapatkan segulung ijazah ni akan terasa bila dah konvo nanti. konfem touching punya nanti.
tapi, berakhirnya sesi pembelajaran dengan konvo, merupakan satu permulaan untuk hidup baru kan. dah masuk alam bekerja, rasanya lagi mencabar kan. hmm~~

oh. daripada bercerita. lagi best kalau tengok gambar kan. so, tengok lah gambar-gambar yang diambil khas oleh photographer profesional. member-member kami jugak. eh, tapi bukan aku yang upah. fa yang upah. aku menumpang bergambar jer. ambik berkat la katakan. haha.


time ni sesi pagi. baru keluar dari dewan.




then, kami sambung sesi penggambaran waktu petang pulak.




merasa pakai topi je dulu... :D




ada orang cakap gaya macam kat oversea. :D
ok. sila jangan puji ketembamam pipi aku.




one of my beloved sis. =)




oh. ini takyah cakap la kan. kalau dah gambar aku dengan dia je banyak. :D




dah penat berjalan-jalan. rehat dulu.




tapi still tetap kena posing yer. :D




apa aje lah yang jadi. macam-macam hal diorang nih. :D




barisan graduan Diploma Sains Komputer.


mereka ni student diploma 2007. kira kami sama-sama daftar masuk la dulu-dulu kan. memandangkan diploma 3 tahun. diorang dah habis dulu la. sekarang semua tengah sambung degree. dah jadi akak senior ha. klu diorang akak senior, aku ni apa.? super senior la kot. haha. okeh, muka masing-masing gembira tak tau nak cakap macam mana la. harap-harapnya degree ni pun diorang akan lebih success. good luck everyone~! =)



aku: nak tido. selamat malam semua~! =)
hepi.hepi.



adios!!
with ღ
n@n@

Friday, October 08, 2010

congratulations.

ehem. ehem. testing. testing.
fine. suara aku taknak keluar. dah macam ramli sarip nyanyi. 2 hari lepas ada gaya macam ella. bangun pagi tadi dah bertukar jadi ramli sarip. ada perubahan. cess.
konon taknak jumpa doktor la kan. sekali suara dah takde. hidung dah tersumbat. terpaksa la pegi klinik. tambah pulak mama telefon dengar suara dah sumbang semacam kan. lagi lah kena membebel pegi klinik. balik kelas semalam letih semacam je badan. lepas makan, makan ubat. makan ubat pun selamba jer. aku cium cium jugak kan ubat tu. nak bau la. kot rasa macam mana kan. sekali tak leh bau pun. cuba bau perfume. still takde bau. ahh. hentam je makan. tapi lidah ni gatai nak rasa jugak kan ubat tu. sebelum telan dok rasa-rasa dengan lidah. ok takde rasa ubat. tapi tetap rasa semacam kat lidah. betapa teruknya selsema.

cukup la sekali je makan. hari ni dah malas dah. memandangkan selsema dah berkurang. bau perfume pun dah boleh bau. haha. tapi suara still bertambah teruk. dan batuk pulak. kan dah cakap, sekali aku demam complete. semua datang. tambah keja asyik dok dalam ekon jer. sejuk bukan main. keluar keluar panas. mau tak teruk lagi. oh. ok lah. enough cerita pasal demam.

esok convocation day dekat UMP. most of my adik-adik akan grad. semua bising-bising suruh datang. yer. saya datang yer nanti kamu-kamu semua. semalam sebelum pegi klinik, teman fa pergi ambik jubah konvo. segan jugak. yelah yang datang semua nak ambik jubah. aku dok tercongok je. bukan apa, aku nak pegi klinik sorang takut. ajak fa teman. kebetulan dia tengah ambik jubah, pegi la sana dulu. sambil-sambil tu tengok la semua senior-senior datang ambik jubah. ada yang kenal. ada yang tak. semua dah lain rupanya. dah keje kan. bukan keje biasa-biasa. engineer. tiba-tiba terbayang konvo tahun depan. aku konvo la nanti time tu. macam mana la rupa sorang-sorang nanti kan. haha. yela. masing-masing dah keja jugak time tu. mesti hebat sorang-sorang. dan aku pun dah mula berangan konvo nanti. waa.. tak sabarnya..

for my beloved adik. yang selalu baca blog akak ni. fa & ida. congratulations ya. tahniah sebab berjaya habiskan diploma. lepas ni degree pulak. and next year akak konvo, korang pun wajib datang. =)
and tak lupa untuk yang lain-lain tu. hanis,fana,ayu,zaza&hawa.
i'm happy coz we have such a great moment together. =)


aku: ah. sedih pulak tiba-tiba.



adios!!
with ღ
n@n@

Tuesday, October 05, 2010

22-25.

selamat malam semua. eh. ke selamat petang. ah. tak kisah la kan.
erhm. hari ni nak cerita pasal apa eh. 
tak ada cerita pun. tapi tangan ni dah gatal nak menulis. so, terus saja la bukak blog ini.

eh. sekarang sana sini tengok dalam facebook orang ni bertunang. orang tu bertunang. sana sini semua nak bertunang. hehe. tak puas hati pulak. takde lah. cuma gembira untuk mereka-mereka yang dah bertunang. semoga mereka bahagia la. hujung tahun ni jugak ada sedara aku yang nak kawin. abang yana. hah. adik beradik dia semua dah lepas. ko bila pulak yana? haha. kita ni selalu berangan macam-macam. tak habis berangan.

itu tak kisah la. selalu kan kalau yang sulung tu dah kawin. mesti la makcik makcik pakcik pakcik sebuk tanya yang adiknya pulak kan. abang aku dah dekat 2 tahun kawin. nasib baik takde lagi sedara mara yang bertanya. tapi yang tak tahan jiran pulak yang terlebih ambik berat. aduhai. susah gini kalau balik rumah.
itu nasib aku takde kat rumah. balik bercuti terperap dalam rumah. ni dah nak habis belajar. macam mana?
makcik. saya muda lagi. baru 22. belum pun 25. kalau 25 saya takde calon, baru makcik tolong carikan. boleh? ok la tu. target 25. target 30 jenuh kot.
haha. ada jugak kena berleter karang.



aku: demam dah kebah. selsema pulak muncul.



adios!!
with ღ
n@n@

Sunday, October 03, 2010

tuam kepala.

okeh. hari ni dah sihat balik.
semalam masa nak tidur, tuam kepala dengan towel basah.
bila jadi macam ni. mula nak sedih. nak teringat rumah la.
mula nak homesick balik. huh.
tapi memang badan panas semalam. letak towel sekejap pun dah panas towel tu.
kipas memang tak pasang dah. rasa sejuk semacam jer. tekak dah raya loya semacam. tapi boleh bertahan lagi. air masak jangan cakap. berapa gelen dah aku telan. ok tipu. berapa liter jer. yang penting bukan smpai 8 gelas. :D
see. selagi tak perlu makan ubat, tak akan makan punya.
tekak pun dah tak perit sangat. dah boleh menelan air tanpa muka berkerut-kerut.

cuma tak berapa sihat lagi. tak pasang kipas pun badan ni sejuk jugak. tak berpeluh.
dah kemas bilik. sapu sampah. still badan tak berpeluh sangat. sikit sikit jer.
lepas ni nak basuh baju pulak lah. bagi berpeluh lagi.
oh. tiba-tiba rasa nak cari 100 plus pulak.


aku: pengaruh korea semakin menjadi jadi 2, 3 bulan nih. haish.


adios!!
with ღ
n@n@