Wednesday, October 20, 2010

kahwin.pregnant.

petang tadi tengah melayan FB, terpandang satu status dari kawan sekolah rendah. wish dekat lagi sorang kawan. congratz pasal dia dah pregnant. member tu kawin dalam tahun lepas la. lepas tu tengok lagi sorang kawan sekolah rendah punya profile, tengok gambar dah bertunang. baru jumaat lepas bertunang.
wah..lepas sorang-sorang kawan-kawan aku ni meninggalkan aku. yang dah ada baby jangan cakap la kan. dah besar pun anaknya. haha. 

siapa sangka kan. kawan zaman kecik-kecik dulu. lepas sekolah lari-lari main kat padang. panjat sana. panjat sini. sekarang dah besar. semua dah berubah. ini bukan zaman sekolah menengah. ini sekolah rendah. kanak-kanak sangat. aku ganas kot masa sekolah rendah. haha. time sekolah menengah dah tak jumpa diorang. aku dah berhijrah ke Gerik. yang lain kebanyakannya berkumpul kat sekolah dekat rumah tu jugak kan. bila dah ada FB ni baru jumpa balik. konfem la dah lain kan. even BFF aku masa sekolah rendah dulu pun dah tak menjadi BFF sangat sekarang. jadi BF je kot. haha. sometimes kami berkumpul jugak time raya-raya kan. time raya je la pun kami berjumpa. kalau tak, lagi la tak berkawan.

dulu masa zaman kanak-kanak, keje nak main je. masuk sekolah menengah, duk suka orang tu. duk suka orang ni. suka je la kan. haha. naik universiti, bercinta. masuk umur 20-an, fasa alam perkahwinan pulak. tak sangka akan jejak jugak peringkat ni. =) dah dewasa rupanya aku ni. teringat masa zaman abang aku dulu. tak sangka dia dah besar, dah ada isteri, dah beli rumah sendiri. dah berjaya sampai macam ni. dulu masa kecik, dia bukan ada apa-apa pun. tapi sekarang dia dah ada macam-macam. 

kita semakin hari semakin meningkat dewasa kan. bukan semakin muda. lepas satu, satu fasa kita lalui dan tinggalkan. masuk fasa baru pulak. orang kata apa, pusingan kehidupan? lingkaran kehidupan. ke apa tah. aku lupa pulak term tu. haha. next year umur aku akan bertambah satu, jadi 23. wahh. lagi 2 tahun 25. 25 ok. angka keramat tu untuk gadis-gadis. haha. 

apa-apa pun tahniah diucapkan dekat kawan-kawan yang dah bertunang. yang dah pregnant. yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. dengar cerita hujung bulan 12 ni ada jugak kawan sekolah rendah yang nak kawin. aku? aku tunggu mak aku carikan jodoh dulu. :D



aku: nak cari calon suami je lepas ni. bukan cari calon boifren dah. hehe.



adios~~
with įƒ¦
n@n@

5 comments:

Robot | Sakti said...

mesti cari yang caring ek?
hahahaha

Siti Farhana said...

haha.
insyaAllah. setakat ni xjumpa lagi la DR.
hahaha. :D

Anna Boleyn said...

:)

waa..sama lah kta, thn dpan dah 23. hukhuk.

btw, btol..skang ni dah tak de masa dah nk cr calon bf, cr calon suami je terus. :)

Siti Farhana said...

anna boleyn:
itu lah. malas dh nk cri boifren. :)

TSYA'Z (~_^) said...

aku pun nak cari calon suami je skang nie....hahaha tiap2 ari bc blog bijen smpi rasa aku nak kawen....hahaha