Thursday, January 24, 2013

keep smiling.


terasa nak menulis setiap hari..kenapa tah minggu ni rajin benar nak menulis..mungkin sebab u takde kot zarif, then i penat mata tengok coding then siti pun sibuk dengan dia punya testing then ofis pun atau spesifiknya team kita pun lengang je..me and reza buat kerja dengan tenang tak ada orang kacau.. :D
especially i rasa tenang sebab tak ada u kacau. :p
so, cepat sikit balik ofis, sebab nanti habis semua cerita i pergi tulis dekat blog pulak..

aku tulis entry ni semalam..sebab hari ni aku akan tak ada nak tengok blog dah sampai isnin nanti..dan sebab aku tengah rajin ni kan..rindu dengan kamu yasmin..dah lama tak berborak kan kita..dah banyak benda aku tertahan perasaan..i can guarantee u once kita jumpa personally, air mata aku yang keluar dulu..dugaan Tuhan..tiba-tiba saja rasa tak yakin dengan keputusan yang dibuat dulu..sebab? aku sendiri pun masih mencari-cari sebab kenapa jadi begini..beberapa kemungkinan yang aku buat, mungkin aku belum bersedia dengan apa yang bakal aku lalui..banyak persoalan yang sentiasa aku persoalkan...persoalan yang memang tak ada jawapan lagi..sebab ianya tak akan sama dengan orang lain..mampu kah aku? itu yang selalu aku fikirkan..

setiap hari aku membina kekuatan diri..berdoa kepada Allah supaya aku kuatkan hati..mungkin separuh daripada kekuatan itu dah ada...separuh lagi... :) belum ada lagi..

rasa nak balik duduk perak..taknak duduk kuala lumpur..

source : destinationjannah.tumblr

keep smiling..whatever happens, just keep smiling...

Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

2013 dreams

assalamualaikum.. salam spectacular..
wink..wink..wah..semangat spectacular kata kan...lunch hour time..tapi aku jadikan blogging time..pukul 1 nanti baru makan..sebab waktu inilah berkurangnya orang-orang dekat pejabat ni..

dreams..setiap orang ada dreams..tak kira besar atau kecik..rasanya ada post post sebelum ni aku dah pernah tulis antara dream dream aku kan..tapi itu aku tak ambik secara serius..sebab...tulis je dream tapi hati tak pernah yakin dream itu akan tercapai..bila hati tak yakin, maka tak ada usaha untuk mencapai semua dream tu..jadi, setiap tahun tak ada perubahan yang besar dalam hidup..

lately ni aku banyak berfikir..dan banyak belajar dari orang-orang sekeliling..terutama dari orang-orang herbalife lah..banyak benda yang jadi sumber inspirasi aku untuk terus tak mengalah, tak selalu berfikiran  negatif, ambil semua benda positif, dan senyum setiap hari walaupun terlalu banyak masalah yang ada..masalah tak kan pernah habis..sebelum ni walaupun aku selalu je cakap taknak negatif, taknak fikir apa orang lain cakap dan lain lain lagi, tapi sebenarnya aku tak sekuat yang aku sangkakan..sebab utama dan penghalangnya adalah diri aku sendiri..diri aku sendiri yang taknak berusaha dan memberi peluang..

semakin hari bila semakin banyak inspirasi yang aku perolehi, aku sedar aku harus beri diri sendiri peluang..kalau aku nak berubah..untuk menjadi orang yang lebih baik..yang penting aku kena berusaha dan melawan semua aura-aura negatif..cheewah.. :) serius..dan disebabkan itu aku dah senaraikan semua dream aku untuk tahun 2013..aku kena tulis dalam blog, nanti aku boleh review balik bila dah masuk 2014 kan..

1. nak suruh semua satu family consume herbalife.
2. nak kawin.
3. nak beli kereta.
4. nak beli iphone atau semua adik beradik apple.
5. nak berhenti kerja pergi 9 pagi balik 6 petang.
6. walaupun tak kerja 9 pagi balik 6 petang, nak ada income sendiri RM 5000 ke atas.
7. boleh beli alat-alat penjagaan kucing semua sekali.
8. nak buat rumah kucing yang selesa.
9. bawa satu family pergi umrah.

9 impian aku untuk tahun 2013..untuk mencapai semua ini haruslah bekerja kuat..takkan ada benda yang datang bergolek ke..berjalan ke..berlari ke..is it impossible to achieve?? it's possible if i really really really work hard..for the 1st step, i choose to go to the Spectacular..
apa-apa pun..kembali kepadaNya..semuanya akan tercapai dengan izin Allah dan jika aku berusaha dengan bersungguh sungguh..kucing pun termasuk sekali tau..sebab sekarang pun fikir 2 kali nak beli semua barang mereka itu..till then..let's work hard in this year 2013.. :)


"Learn and benefit from people who's character inspires you. Being around them makes you want to better yourself. Allah knows best." -Sheikh Abdul Nasir Jangda

Monday, January 21, 2013

counting days...

assalamualaikum..

minggu ni kerja 3 hari..seronok! sebab memang dalam hati ni dah semakin kurang perasaan nak bekerja pukul 9 pagi sampai pukul 6..nak bekerja tak ada masa yang tetap..tapi kena tunggu green light dari future husband dulu..dia kata ok, baru ok nak hantar surat..sebab dia pun tengah tunggu green light..hehe..

oh..dan tak sabar jugak menunggu hari sabtu dan ahad ni..


seperti Amalina Peter cerita semalam dekat STS, sebelum pergi spectacular mereka, dia dan suami, tak nampak langsung jalan untuk berkahwin..2 minggu lepas attend spectacular, dengan izin Allah S.W.T dia terus nikah..and everyone is surprised..diri dia sendiri pun terkejut jugak apatah lagi orang lain kan..apa ada dengan spectacular? let me go first then baru i share dengan korang yer..since this is my first spectacular..and of course la aku super excited..ada orang kerja 9 pagi 6 petang excited dengan kerja dia? kalau ada aku tabik. sebab aku tak.. :)

disebabkan terinspirasi dengan kisah Amalina dan Abqari, mana tahu balik spectacular seminggu terus nikah ye dak..ahaha.. :) apa-apa pun semua dengan izin Allah S.W.T..masih mencari-cari jalan untuk melengkapkan ibadat yang satu ini..doakan lah untuk kami yer.. :) dear future husband, let's work together. :) for those yang pergi spectacular, see you guys in spectacular!!!

tweettweet : selamat menyambut maulidur rasul. maulud nabi jangan dilupakan. :)

Friday, January 18, 2013

kek lapis sarawak

salam jumaat. :)

hari jumaat. seperti biasa belakang pejabat ada pasar tengah hari. dikenali sebagai pasar wanita di kalangan rakan-rakan sepejabat aku. sebab? dah time solat jumaat, memang ramai wanita je lah..kalau ada lelaki jugak, itu adalah yang berniaga dan mungkin baru sekali ponteng solat jumaat. mungkin...

singgah gerai jual kek lapis..niat di hati nak beli sebagai buah tangan untuk malam ni..tak sedap kalau datang tak bawa buah tangan..dan esok nak balik ke perak sekejap..jenguk mama dan papa..beli juga lah sekali buah tangan nak balik perak..belum apa-apa dalam hati dah terdetik, kalau beli kat sini, kat sana pun kena beli jugak..

lepas tu rasa lah semua tester kek lapis yang ada..tak tahu nak beli yang mana satu..bukan pernah beli semua pun..rasa-rasa ada satu yang berkenan..fikir lagi, takkan nak beli satu je..macam tak cukup je..tanya lah akak yang jual tu, mana satu yang sedap..satu persatu kek dia keluarkan..yang coklat cip, yang oreo..yang rasa original..semua lah dia keluarkan, tapi tak semua aku rasa sebab tak ada tester..end up, aku decide beli 2 rasa blueberry dan 2 rasa oreo..masa nak bayar....

aku : "akak..buat 2 plastik eh..1 plastik 2 jenis tu.."

akak : "yang ni dengan yang ni..yang ni dengan yang ni eh.." sambil asing 1 blueberry dengan 1 oreo.

aku : "ha..yer.." *senyum.

akak : "nak bawak balik kampung ke.."

aku : "oh..ha'ah..nak balik kampung.." *senyum

akak : "kampung kat mana.."

aku : "kampung saya kat perak.." *senyum

akak : "ooo..mertua duduk mana..tinggal dengan mertua ye kat sini.."

aku : ???? "eh..saya belum kawin lagi kak.." *masih senyum

akak : "ooo..habis kenapa buat 2 plastik.."

aku : "oh..tapi memang nak bagi lah satu lagi tu..satu nak bagi mak nanti.."

akak : "oooo...bagusnya..belum kawin dah nak bagi bagi..bila nak kawin..tahun ni?"

aku : hilang senyum. terkejut. "aaaa..insyaAllah....."

akak : "keje kat mana?"

aku : "keje kat sini je..depan tu ofis saya.." *senyum balik

bayar kek lapis..duit bertukar tangan..ambik plastik kek..

aku : "terima kasih kak.." *senyum


balik dengan seribu persoalan dalam hati
am i really looks like a married woman??? sebab agih 2 plastik kek je pun...saya belum kawin lagi kak..jari saya takde cincin pun...hai la akak kek lapis..

sumber : google.com.my

Saturday, January 12, 2013

marah.

Assalamualaikum.

Aku tengah buat research pasal hotel-hotel untuk destinasi pelancongan aku selepas ini..sambil research sambil google jugak blog-blog orang yang dah pergi sana dan buat review di blog mereka..kena lah menggunakan passport yang lagi setahun lebih akan expired tu kan..and this vacation is so unplanned..sambil berborak dengan officemate, dia kata jom, aku pun jom je lah..oohh..terlalu banyak benda yang nak kena take note..where is this place? surprise! ;) dah balik nanti baru aku story yer..yea..yea..vacation ke singapore belum habis lagi kan..ingat nak sambung hari ni..tapi external dengan ijan..maka gambar-gambar trip tu dalam external..maka, tangguh la lagi..hee~ alasan kan....

kembali kepada tajuk..sejak akhir-akhir ni aku jadi cepat marah..tak tahu lah kenapa..dan orang yang berkenaan akan jadi tempat aku melepaskan perasaan marah..bahaya kan bila ada perasaan marah ni..semalam pun aku marah..secara tak sengaja nak marah..i was expecting something, end up it turns out something else..erm..ada perasaan sedih dan sedikit kecewa sebab tu terus bertukar jadi perasaan marah..dan bila aku marah, aku hanya akan senyapkan diri dan melayan perasaan sendiri..ignore everyone..everything..especially yang membuat aku marah tu lah..dan takde nak muhasabah diri untuk beberapa jam..selepas beberapa jam baru boleh berfikir dengan rasional..dan...baru la nak rasa menyesal..at the end, mungkin aku yang tak patut terlalu mengharapkan yang semuanya akan berjalan dengan lancar..sebab dah terbukti beberapa puluh kali pun dalam hidup aku ni, aku suka mengharap semuanya akan berjalan dengan lancar dan bila sesuatu terjadi di tengah-tengah, tak boleh nak terima..

pagi tadi..dengan perasaan marah yang masih ada lagi saki baki..buka facebook seperti biasa..ada status dari salah seorang pensyarah aku..

"Pesan seorang Murabbi:-
Jangan keluarkan kata-katan yang tak baik ketika mood tak baik. Kerana mood boleh bertukar menjadi baik, akan tetapi kata-kata yang tidak baik tidak boleh ditarik balik.
Bila marah, senyum..Bila dah senyum, apa lagi yang nak marah."

tak ke terasa tu..iyalah..aku fail lagi bab nak menguruskan emosi ni..macam dulu, emosi lebih mendahului dari rasional..apa nak buat? berhenti berfikir tentang orang lain dan fokus diri sendiri je? fokus kerja dekat pejabat..maka tak akan ada benda-benda yang boleh kacau..tapi tak boleh lah macam tu..itu bukan hidup namanya nanti..hmmm...fikir dulu lah..aku senyum jugak tadi...tak lama lepas tu, elok lah..setiap malam sebelum tidur kena maafkan semua orang..dah maafkan, tapi ada marah lagi macam mana? ah..mengada je aku ni..sensitif..the right word..

 "shake kena positif, senyum selalu, takleh stress, takleh moody..kang sia-sia nutrition masuk dalam tak jadi apa. dapat kenyang je la."

ada rasa nak marah lagi tak lepas tu? tak jadi.

Wednesday, January 02, 2013

sensitif

aku ada satu sifat yang tak boleh dibuang sampai sekarang, sensitif..sangat sensitif..sepatah perkataan, setiap perbuatan ataupun situasi yang membuatkan aku terasa, aku akan cepat terasa..sangat..mungkin sebab aku lembut hati..sebab tu aku tak boleh tengok lembu kena sembelih..aku rasa dah banyak kali aku tulis benda ni dalam belog..sebabnya sekarang aku tak gembira..tak boleh tido..sebab tu aku bukak laptop..bukak belog..

kadang-kadang benda yang tak ada kaitan dengan aku pun aku boleh terasa..orang tu tak cakap pasal aku pun aku boleh terasa..tapi selalunya, apa yang aku rasa tu memang betul pun..mungkin kadang-kadang aku pandai sembunyikan perasaan aku..nak pujuk diri sendiri mesti cakap 'ah..perkara kecik jer..kenapa mesti terasa..' walaupun hakikatnya, memang dah rasa nak keluar air mata dah..disebabkan itu  mungkin ada sesetengah orang yang tak berapa gemar dengan sikap aku yang satu ini..aku sedar itu..

dah kenapa aku mengarut pasal benda ni..sebabnya sekarang rasa macam sedih sikit..sebab sedih? entah..tak dapat dipastikan..tak ada kaitan antara hidup dan mati..mungkin ada situasi yang buat aku rasa sedih...atau sepatah perkataan..atau satu perbuatan..sepatutnya berdoa kan..bukan macam buat luahan perasaan dekat sini..ada masa, aku rasa, menulis dekat sini boleh kurangkan perasaan tu.

babai. macam baku nye ayat..kalau anda boleh memahami sikap aku yang satu ini..terima kasih kerana boleh memahami..tak paham pun takpe..tiada paksaan.. ;)


tweettweet : gara-gara air bercaffein..salah beli air..

Tuesday, January 01, 2013

permulaan 2013

assalamualaikum w.b.t.. happy new year everyone!! it's 2013..
alhamdulillah..selamat memasuki tahun 2013..sekejap je tahun dah bertukar nombor..umur pun akan bertukar nombor jugak..oh..tak sanggup nak ingat umur sendiri..

i just came back from my hometown..konon celebrate new year kat rumah..31 Disember 2012, tepat pukul 10 aku dah selamat atas katil..esok pagi bangun tengok ada orang hantar mesej selamat tahun baru..terpinga-pinga sekejap, eh dah tahun baru ke..haha..perasaan tahun 2013? fuhh..belum apa-apa dah rasa mencabar..sebab tahun ni banyaaaaaaaak agenda dan misi yang kena dilaksanakan..awal bulan ni pun dah ada agenda penting..fuh fuh..semoga semuanya dipermudahkan dan diberkati oleh Nya..

petang tadi pukul 5 tiba Pudu Sentral..glemer tau nama..memandangkan hobi diri ini suka membeli belah buku, singgah lah Kedai Buku 1 Malaysia tu..seperti yang dijangka, berjaya sambar 4 buah buku...


buku pertama..nama asal Raudzah Roslan atau dikenali sebagai Roza Roslan.

 

buku kedua, sekali lagi Roza Roslan.

kalau mengikut turutan, Travelog Cinta Abadi dulu, kemudian Travelog Impian Abadi dan barulah Travelog Kehidupan Abadi..aku jatuh cinta dengan gaya cerita Roza Roslan sejak baca Bukan Sekadar Resepi..tiga-tiga travelog ni dah lama dah usha..cuma tak berkesempatan nak beli je..memandangkan tadi ada 2 je baru, beli je 2 dulu..nak mencari Travelog Cinta Abadi dulu baru nak start baca..nak ambik feeling lah konon kan..kena lah baca pembuka dulu kan..hey! seronok shopping tadi sebab harga buku memang murah..ok,lepas ni memang akan shopping dekat Kedai Buku 1 Malaysia je..

next..
aku beli buku ni sebab tertarik dengan kata-kata di belakang buku..
HADIAH BUAT MUSLIMAH - Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang mesti dimiliki oleh semua wanita. Terkandung di dalamnya perkara-perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayammum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan banyak lagi.

Hukum-hakam yang dipersembahkan di dalam buku ini lengkap dengan nas daripada al-Quran dan Hadis. Isu yang diperbincangkan amat mustahak, kontemporari dan relevan dengan cabaran masa kini. Buku ini amat sesuai untuk semua wanita, gadis dan remaja pada semua peringkat umur.

"Sebuah Hadiah Teristimewa Untuk Wanita... Buat Mendekati Syurga"
boleh dijadikan hadiah untuk hari pertunangan,perkahwinan, hari jadi dan hari ulang tahun perkahwinan..belakang buku ni ada tulis macam ni eh..bukan aku yang tulis..tak sempat lah nak tunggu hari-hari tu tunggu orang bagi hadiah..beli hadiah untuk diri sendiri dulu..ilmu di dada belum cukup lagi.. :)

ok lah..aku review tiga buku je..review beli je lah..belum baca lagi..tapi jangan risau, buku-buku ni semua menarik tertarik dan best..cuba lah cari untuk anda-anda yang suka membaca.. ;)
i should go to sleep now..sebelum lupa,gambar di atas semua ihsan  google..till then.goodnight!


tweettweet : bismillahhirrahmanirrahim. dengan nama Allah yang maha pemurah.lagi maha mengasihani. permulaan untuk tahun 2013.