Assalamualaikum.
Aku tengah buat research pasal hotel-hotel untuk destinasi pelancongan aku selepas ini..sambil research sambil google jugak blog-blog orang yang dah pergi sana dan buat review di blog mereka..kena lah menggunakan passport yang lagi setahun lebih akan expired tu kan..and this vacation is so unplanned..sambil berborak dengan officemate, dia kata jom, aku pun jom je lah..oohh..terlalu banyak benda yang nak kena take note..where is this place? surprise! ;) dah balik nanti baru aku story yer..yea..yea..vacation ke singapore belum habis lagi kan..ingat nak sambung hari ni..tapi external dengan ijan..maka gambar-gambar trip tu dalam external..maka, tangguh la lagi..hee~ alasan kan....
kembali kepada tajuk..sejak akhir-akhir ni aku jadi cepat marah..tak tahu lah kenapa..dan orang yang berkenaan akan jadi tempat aku melepaskan perasaan marah..bahaya kan bila ada perasaan marah ni..semalam pun aku marah..secara tak sengaja nak marah..i was expecting something, end up it turns out something else..erm..ada perasaan sedih dan sedikit kecewa sebab tu terus bertukar jadi perasaan marah..dan bila aku marah, aku hanya akan senyapkan diri dan melayan perasaan sendiri..ignore everyone..everything..especially yang membuat aku marah tu lah..dan takde nak muhasabah diri untuk beberapa jam..selepas beberapa jam baru boleh berfikir dengan rasional..dan...baru la nak rasa menyesal..at the end, mungkin aku yang tak patut terlalu mengharapkan yang semuanya akan berjalan dengan lancar..sebab dah terbukti beberapa puluh kali pun dalam hidup aku ni, aku suka mengharap semuanya akan berjalan dengan lancar dan bila sesuatu terjadi di tengah-tengah, tak boleh nak terima..
pagi tadi..dengan perasaan marah yang masih ada lagi saki baki..buka facebook seperti biasa..ada status dari salah seorang pensyarah aku..
"Pesan seorang Murabbi:-
Jangan keluarkan kata-katan yang tak baik ketika mood tak baik. Kerana mood boleh bertukar menjadi baik, akan tetapi kata-kata yang tidak baik tidak boleh ditarik balik.
Bila marah, senyum..Bila dah senyum, apa lagi yang nak marah."
tak ke terasa tu..iyalah..aku fail lagi bab nak menguruskan emosi ni..macam dulu, emosi lebih mendahului dari rasional..apa nak buat? berhenti berfikir tentang orang lain dan fokus diri sendiri je? fokus kerja dekat pejabat..maka tak akan ada benda-benda yang boleh kacau..tapi tak boleh lah macam tu..itu bukan hidup namanya nanti..hmmm...fikir dulu lah..aku senyum jugak tadi...tak lama lepas tu, elok lah..setiap malam sebelum tidur kena maafkan semua orang..dah maafkan, tapi ada marah lagi macam mana? ah..mengada je aku ni..sensitif..the right word..
"shake kena positif, senyum selalu, takleh stress, takleh moody..kang sia-sia nutrition masuk dalam tak jadi apa. dapat kenyang je la."
ada rasa nak marah lagi tak lepas tu? tak jadi.
No comments:
Post a Comment