Tuesday, January 01, 2013

permulaan 2013

assalamualaikum w.b.t.. happy new year everyone!! it's 2013..
alhamdulillah..selamat memasuki tahun 2013..sekejap je tahun dah bertukar nombor..umur pun akan bertukar nombor jugak..oh..tak sanggup nak ingat umur sendiri..

i just came back from my hometown..konon celebrate new year kat rumah..31 Disember 2012, tepat pukul 10 aku dah selamat atas katil..esok pagi bangun tengok ada orang hantar mesej selamat tahun baru..terpinga-pinga sekejap, eh dah tahun baru ke..haha..perasaan tahun 2013? fuhh..belum apa-apa dah rasa mencabar..sebab tahun ni banyaaaaaaaak agenda dan misi yang kena dilaksanakan..awal bulan ni pun dah ada agenda penting..fuh fuh..semoga semuanya dipermudahkan dan diberkati oleh Nya..

petang tadi pukul 5 tiba Pudu Sentral..glemer tau nama..memandangkan hobi diri ini suka membeli belah buku, singgah lah Kedai Buku 1 Malaysia tu..seperti yang dijangka, berjaya sambar 4 buah buku...


buku pertama..nama asal Raudzah Roslan atau dikenali sebagai Roza Roslan.

 

buku kedua, sekali lagi Roza Roslan.

kalau mengikut turutan, Travelog Cinta Abadi dulu, kemudian Travelog Impian Abadi dan barulah Travelog Kehidupan Abadi..aku jatuh cinta dengan gaya cerita Roza Roslan sejak baca Bukan Sekadar Resepi..tiga-tiga travelog ni dah lama dah usha..cuma tak berkesempatan nak beli je..memandangkan tadi ada 2 je baru, beli je 2 dulu..nak mencari Travelog Cinta Abadi dulu baru nak start baca..nak ambik feeling lah konon kan..kena lah baca pembuka dulu kan..hey! seronok shopping tadi sebab harga buku memang murah..ok,lepas ni memang akan shopping dekat Kedai Buku 1 Malaysia je..

next..
aku beli buku ni sebab tertarik dengan kata-kata di belakang buku..
HADIAH BUAT MUSLIMAH - Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang mesti dimiliki oleh semua wanita. Terkandung di dalamnya perkara-perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayammum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan banyak lagi.

Hukum-hakam yang dipersembahkan di dalam buku ini lengkap dengan nas daripada al-Quran dan Hadis. Isu yang diperbincangkan amat mustahak, kontemporari dan relevan dengan cabaran masa kini. Buku ini amat sesuai untuk semua wanita, gadis dan remaja pada semua peringkat umur.

"Sebuah Hadiah Teristimewa Untuk Wanita... Buat Mendekati Syurga"
boleh dijadikan hadiah untuk hari pertunangan,perkahwinan, hari jadi dan hari ulang tahun perkahwinan..belakang buku ni ada tulis macam ni eh..bukan aku yang tulis..tak sempat lah nak tunggu hari-hari tu tunggu orang bagi hadiah..beli hadiah untuk diri sendiri dulu..ilmu di dada belum cukup lagi.. :)

ok lah..aku review tiga buku je..review beli je lah..belum baca lagi..tapi jangan risau, buku-buku ni semua menarik tertarik dan best..cuba lah cari untuk anda-anda yang suka membaca.. ;)
i should go to sleep now..sebelum lupa,gambar di atas semua ihsan  google..till then.goodnight!


tweettweet : bismillahhirrahmanirrahim. dengan nama Allah yang maha pemurah.lagi maha mengasihani. permulaan untuk tahun 2013.

No comments: