Wednesday, January 02, 2013

sensitif

aku ada satu sifat yang tak boleh dibuang sampai sekarang, sensitif..sangat sensitif..sepatah perkataan, setiap perbuatan ataupun situasi yang membuatkan aku terasa, aku akan cepat terasa..sangat..mungkin sebab aku lembut hati..sebab tu aku tak boleh tengok lembu kena sembelih..aku rasa dah banyak kali aku tulis benda ni dalam belog..sebabnya sekarang aku tak gembira..tak boleh tido..sebab tu aku bukak laptop..bukak belog..

kadang-kadang benda yang tak ada kaitan dengan aku pun aku boleh terasa..orang tu tak cakap pasal aku pun aku boleh terasa..tapi selalunya, apa yang aku rasa tu memang betul pun..mungkin kadang-kadang aku pandai sembunyikan perasaan aku..nak pujuk diri sendiri mesti cakap 'ah..perkara kecik jer..kenapa mesti terasa..' walaupun hakikatnya, memang dah rasa nak keluar air mata dah..disebabkan itu  mungkin ada sesetengah orang yang tak berapa gemar dengan sikap aku yang satu ini..aku sedar itu..

dah kenapa aku mengarut pasal benda ni..sebabnya sekarang rasa macam sedih sikit..sebab sedih? entah..tak dapat dipastikan..tak ada kaitan antara hidup dan mati..mungkin ada situasi yang buat aku rasa sedih...atau sepatah perkataan..atau satu perbuatan..sepatutnya berdoa kan..bukan macam buat luahan perasaan dekat sini..ada masa, aku rasa, menulis dekat sini boleh kurangkan perasaan tu.

babai. macam baku nye ayat..kalau anda boleh memahami sikap aku yang satu ini..terima kasih kerana boleh memahami..tak paham pun takpe..tiada paksaan.. ;)


tweettweet : gara-gara air bercaffein..salah beli air..

No comments: