Friday, March 08, 2019

Layout baru.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Hampir sempurna nak touch up blog ni. Walaupun memang terpaksa touch up di tengah malam waktu semua orang dah tidur. Ni pun suami dah tidur kat sebelah. Ajak teman, dia yang berlayar dulu. Haha. It's ok lah.

Tujuan asalnya nak aktifkan balik blog ni sebab Tasneem Naturel la. Ingatkan nak buat blog baru, tapi rasa sayang pulak dengan blog ni. Dari zaman universiti simpan blog ni, alang-alang tu, teruskan je la kat sini. Mana post yang tak berkaitan tu dah delete la. Tak habis lagi pun. Kita cuba nak jadikan blog ni blog yang agak berhemah ye. Cheewah. Biar orang ramai boleh dapat info dari blog ni. Bukan sekadar luahan perasaan. Haha. Ya Allah. Ni pun rasa dah macam luahan perasaan.

Tengah belajar macam mana nak baca traffic dekat blog ni. Dah la nak edit layout pun kena guna javascript. Dah kenapa la tak dapat berpisah dengan dunia coding ni. Mujur la skill lama tu ada lagi sikit-sikit walaupun rasa taknak tengok dah coding. Apa la sangat coding blogspot ni. Kan? šŸ˜† Harap-harap layout yang baru ini memuaskan hati anda semua. Tak terlalu serabutkan, walaupun agak berbunga-bunga sikit disitu. šŸŒ¹šŸŒ¹

Doakan sis berjaya update 100 entry sebulan. Demi menaikkan traffic blog. Amiin. šŸ˜˜


Farhana,
Masih seorang Software Engineer - dirumah. šŸ˜‹

2 comments:

norizansyahnan said...

Aku suka aku suka layout ni. Nampak clean look hahaha

keep it up!

Siti Farhana said...

ok. bila ijan dah suka layout ni memang kena guna la ni..haha. tapiiiii, susahnya nak edit. :D