Friday, July 30, 2010

what u give, u get back.

assalamualaikum. selamat malam. eh. selamat pagi dah ha.
dah pukul 12.37.
=)
tiba-tiba terpanggil untuk menaip entry tajuk ini. 
tengah pening menatap dokumen sdp. tak boleh masuk dalam kepala nak buat macam mana.
mahap le kawan2. tak termampu nak buat sorang. kena ada banyak kepala baru jalan gamaknya. huhu.

okeh. back to topic. baru-baru ni. sorang kawan ni muncul balik setelah sekian lama mendiamkan diri. mula2 nak terasa jugak. yelah, kalau dah kita message tak berbalas. ym tak bereply. sapa tak fikir pelik kan. but, dia cerita reasonnya.
boleh diterima. walaupun still ada nak touching2 lagi. haha. hey, i kawan baik u. how dare u buat i mcam ni. but, aku tak kisah la. he's going through hard time. then he choose untuk berdiam diri seketika waktu.
cuma 1 benda yang menarik perhatian aku. its not like aku nak memalukan dia. cuma membuatkan aku berfikir.berfikir.berfikir. dan terus berfikir.
masuk pasal cinta pulak hari ni.

when he said that he needs his ex in his life. aku macam oh my. kenapa dia berubah sampai macam ni. dulu dia memang dah tak nak sangat dengan his ex. even the girl mnta maaf & buat macam2 pun he still tolak. 
i ask him. kenapa dia berubah sampai macam ni sekali.
then he answered:
"sebab kita tak sedar yang kita ada orang yang terbaik melainkan kita kehilangan dia"

:0
ini ke dia yang aku kenal. yang selama ni seorang yg sangat ceria. yang dulu totally different la. even sekarang his ex boleh terima dia, but that girl selalu sakitkan hati dia. bila dia merungut, that girl akan mengungkit. aku tersenyum. 
aku cakap. macam situasi aku dulu2 jer. suka mengungkit. oh. stop! :D
tapi dia nampaknya sangat sangat sangat sayangkan ex girl dia tuh. aku tak tahu lagi sebab yang sebenar-benarnya dia berubah. bila dia tnya, macam mana nak bukak kan balik hati gf dia tu. aku cakap bnyak bersabar la. byak berdoa. buat istikharah. klau dah betul sayang, terpaksa telan la semua bnda yang mnyakitkan hati. selembut-lembut hati seorang perempuan, kalau dah keras, memang susah kan. trust me. =)

aku tak tahu la smpai bila dia boleh bersabar. sefaham aku dgn sikap lelaki, klu dia dah bosan, dia blah macam tu jer..tak pikir dah keadaan sekeliling..
oh. apa-apa pun aku tetap mengharap kan agar dia bahagia je la. what u gives, u get back.  pasal perasaan ni sangat komplikated. aku penah cakap, aku xfaham apa yang lelaki ni fikir. suka-suka hati korang jer nak buat macam ni. sekejap nak. sekejap taknak. macam mna la orang tu nak pecaya. klau aku pun aku dah tak pecaya. tapi dia cakap, dia pun tak faham apa yang perempuan fikir. sudahnya 2 2 gelak. dan persoalan tu tergantung.

teringat satu ayat dari kawan masa dekat gerik dulu. dia tulis.
"salah satu cara untuk mencintai sesuatu adalah dengan menyedari bahawa sesuatu itu mungkin hilang."
kalau dah hilang, mana nak cari.
=)

tapi tiada cinta yang kekal melainkan cinta terhadap Allah S.W.T.
Allah S.W.T sentiasa ada dengan kita. tak pernah tinggalkan kita sorang-sorang.
 
 
aku: wah.gaya tulisan dah macam hape. :D 
tapi aku tetap insan biasa yang cuba untuk memperbaiki diri. 
 
 
 
adios~~
with ღ
n@n@


Sunday, July 25, 2010

sunyi.

assalamualaikum. selamat malam.
 
hari ni dah hari ahad. esok mula balik minggu belajar.
tapi hari ni tiba-tiba rasa sedih. tanpa sebab. 
semangat berkobar-kobar siang tadi nak menelaah pelajaran, hilang pulak.
fikiran dah melayang ke mana tah.
tiba-tiba rasa sunyi. rasa tersisih.
perasaan je kot kan. tapi ye lah, perasaan sendiri, bukan orang lain faham pun.


hati menangis dalam diam.

Saturday, July 24, 2010

susah ke subjek ni kak?


situasi 1.
kuliah intro to S.E seksyen 13

aku: ni kelas intro to software engineering kan?
tak sempat tanya nama: ha? apa?
aku: (dalam hati: slow sangat ke suara aku. ke aku salah sebut subjek). ulang balik macam ayat atas.
tak sempat tanya nama: ha'ah kot. kitorang pun baru msuk je seksyen ni. klu tak dulu seksyen 12. tapi sebab kena rombak kan.
aku: oh. *angguk angguk. tanda paham.
tak sempat tanya nama: baru masuk ke.?
aku: again. aku sengih je. tak la. dah tahun 4 dah.
tak sempat tanya nama: oh. *terlopong lagi. susah ke subjek ni kak?
aku: takde lah. bla bla bla. explain.
situasi 2
kuliah intro to S.E seksyen 11 & 12
aku: ni kelas intro to software engineering kan.?
fida: *angguk angguk. student baru eh. seksyen 12 ke?
aku: *sengih sengih. tak lah. da lama dah. *sengih lagi.
fida: eh? dah lama? 
aku: tahun 4 dah. *sengih lagi lagi.
fida: *terlopong. ohh. akak la nie.
aku: haha. lebih kurang laa.
fida: susah ke subjek ni kak? *sambil buat muka cuak sebab dah tahu ada akak senior.
aku: (dalam hati: ingat aku fail la nih.) tak lah. senang jer. subjek baca je ni. mana ada susah pun. bla bla bla. terpaksa explain lagi dari A-Z.
fida: oh. yeke. overall kos ni susah tak kak?
aku: erm...tak susah tak senang.

haha. itu baru dua situasi. memandangkan subjek ni di ajar dekat budak-budak 1st year. macam ni lah jadinya. macam-macam pertanyaan dari diorang nih kalau tau aku ni dah senior la knonnya. yelah. tahun 4. 3 tahun beza dari diorang. mesti la dah senior kan. lpas tu tnya sbjek ni susah ke tak. kos ni susah ke tak. dah macam jadi kaunter pertanyaan pulak ha.

oh ye. kalau tak aku belajar dengan student seksyen 13. tapi sebab jadual clash, terpaksa follow jadual seksyen 11 & 12. nasib badan. terpaksa la pandai-pandai cari bila ada masa free. tapi aku lagi suka kot belajar dengan seksyen 13. student nya pun tak ramai. dalam 15 @ 16 orang kot. bayangkan, dalam seksyen 11, perempuan melayu sorang jer. fida tu lah yang aku baru kenal. seksyen 12 pun dalam 8 orang. lelaki melayu pun sama la kot. aku tak kira pulak. tah la. ramai sangat studentnya kuliah ni. dah campur 2 kuliah kan.

yang penting lagi ramai dari kuliah aku dulu. bila dah belajar dengan adik-adik. lain pulak rasa. ye lah. betapa cerianya kelas. meriahnya kelas. korang imagine lah sendiri yer. aku sorang senyap kat tepi dinding. tengok diorang. haha. tiba-tiba terbayang zaman kita masa first year dulu. agaknya kita dulu pun macam tu kot rakan-rakan. kepoh je. masuk zaman nak buat PSM, kelas macam tak bernyawa dah. haha.

kelas aku sekarang pun dah bercampur-campur. ada belajar dengan kelas network. untuk subjek mate. belajar dengan kelas software untuk subjek-subjek software dan intro nih dengan student 1st year. nanti aku cerita kisah dalam kelas mate pulak. kelas network ada pelakon tau. haha. surprise surprise. aku tak sempat nak beramah mesra lagi. sempat kenal-kenal gitu, gelak-gelak masa buat latihan mate, makan-makan jer. hehe.



aku: hari sabtu. terasa macam hari ahad. mungkin hari jumaat semalam takde kelas 1 hari. :D


adios~~
with ღ
n@n@




Friday, July 23, 2010

template baru

assalamualaikum. selamat malam semua.
:)
cantik tak template baru nih. cantik kan. cantik kan. baik cakap cantik. kalau tak......

takde pape lah. :D
oh yer. saje jer nak pakai template baru. dah bosan dengan yang lama tuh. yang ni lagi besar template dia. ada flower-flower kat header tuh. simple but nice. :)
ok la ni kan. nak pakai yang ni dulu. tengok bertahan berapa lama.

tadi pergi shopping. beli barang makanan jer.
semester ini berazam untuk lebih berjimat. memandangkan hanya perlu fikir untuk diri sendiri jer, maka jimat kos dan belanja. kan?hehe.
semalam puasa. cuba nak membiasakan diri waktu bulan ramadhan nanti. so far xde la penat. maybe sebab tak banyak berjalan kot. semalam kelas xpack sangat. sempat balik bilik tido, then pergi kelas petang. atau mungkin jugak sebab semalam hari tak terik. takde la rasa dahaga sangat. takpe lah. puasa wajib kena puasa nanti. mengajar diri ini lebih kuat semangat. :)


aku: ada sorang budak junior tanya. kenapa tiba-tiba boleh masuk seksyen 49?
*sengih sengih.



adios~~
with ღ
n@n@

Wednesday, July 21, 2010

software planning.

selamat petang.
 
sambil-sambil tunggu waktu maghrib, sambil-sambil buat draft report writing. sambil-sambil tu jugak aku menaip entry kat blog nih. dah mengantuk mata ni nak buat b.i. tapi malam ni ada kelas, terpaksa tahan mata. esok kelas pukul 8 pagi. mencabar sungguh.
hari-hari aku bangun awal tau. pukul 6 dah bangun mandi. hebat tak. hebat tak. bangun lambat, bilik air penuh, lepas tu air dah takde. pukul 7 shower mesti dah lengang. yelah, semua kena pegi kelas awal. paling lambat aku gerak pun pukul 7.45. tapi sampai2 lecturer dah ada lah. malu je karang.
 
tadi belajar software planning. oh sungguh pening. tetiba rasa belajar waktu dulu lagi senang walaupun time tu rasa macam nak hape jer. kalau dulu kita buat dokumen ikut je template fskkp tuh. ni nak kena buat template sendiri oi. berdasarkan garis dan panduan D.O.D. penah dgr D.O.D before nih? aku first time dengar. kalau dulu macam nak menangis. kali ni aku rasa menangis terus dah ha.
 
nasib jer dah lepas SDD. takyah nak buat sistem. tapi kali ni dah xde dah nak pilih-pilih sistem ikut suka hati. dah ada tema. tema kali ni berkaitan client-server yer. more to real projek. dalam lab en.tarmizi cakap.
"subjek ni lah kita boleh tengok air mata student"
saje jer nak bagi gerun lah tuh. tetiba teringat masa formal review dulu.

eh. dah pukul 7.30.
mahu solat dulu. nak pegi blok X pulak untuk kelas b.i malam ni.
nanti aku sambung lagi story.

aku: sesungguhnya. bersyukur la silibus dulu lagi senang dari sekarang. oh 10 minggu je. 10 minggu je.


adios~~
with ღ
n@n@


Friday, July 16, 2010

terdetik di hati

sepintas lalu kenangan itu datang.
rindu? mungkin rindu sebagai seorang kawan.
:)
sihat kah dia. bagaimanakah hidup nya. mampu kah dia.
hati aku tak pernah membenci.
kerana aku tak diajar untuk membenci.
cuma kadang-kadang terdetik dalam hati,
bagaimanakah kehidupannya sekarang.
semakin baik kah. @ sebaliknya.
walaupun begini, aku dapat rasakan bebanan yang di tanggung.
aku hanya mampu berdoa. dan sentiasa berdoa. agar dipermudahkan segala urusannya.
agar dia sentiasa dilindungi.
agar dia sentiasa bahagia di sana. kalau dia bahagia, aku tumpang gembira. 
:)
 
ketahuilah kamu. aku tak pernah membenci kamu.
terima kasih atas segalanya. :)
kenangan itu akan aku simpan kemas dalam hati. zip. dan kunci dengan mangga.
simpan dalam kotak. dan tak akan usik dah kotak tu. simpan dalam stor. :D
pergilah kamu jauh dari aku. jangan lah kamu muncul lagi dalam hidup aku.
andai ditakdirkan satu hari nnti kita berjumpa kembali..
itu tunggulah kalau kita jumpa nnti. kalau tak jumpa, xde lah. :)

end of story~~


aku: redha atas segala yang terjadi. alhamdulillah. :)



adios~~
with ღ
n@n@

Thursday, July 15, 2010

Best Friend Forever

nabila mohd nasir cakap 
dah. lepas ni jangan nak lembik2. jangan buat apa2 sebelum bgtahu aku dulu.
paham.? apa2 bagitahu aku dulu.
*smile.smile.
dah macam mak aku dah ha. hehe. 
okay.okay. aku tau kau sayang aku kan. aku pun sayang kau jugak.
*smile lagi.

okay. sebulan hidup tak tentu arah. akhirnya dah stabil. :)
dah takde apa yang perlu fikir dah. mahu belajar, habis belajar, mahu kerja, kumpul duet, balas jasa mama dan papa, hidup bahagia di samping keluarga dan rakan-rakan.

kepada BFF BFF saya yang gorjes lagi cun melecun..

nabila mohd nasir: janji tau datang sini nanti. kau ta datang aku merajuk. :(

yasmin ahmad khashiri: tak tahu berapa kali nak cakap terima kasih kan. bnyak sangat dah kasih yang aku terima dri kau. :)
well. aku dh gembira dengan life sekarang.

norizan syahnan, dayang zaimah & wan nor fathiyah
banyak story yang nak cerita dgn korang. tapi tak tahu la korang sudi dgr ke tak cerita aku. segan nak cerita dgn korang. :|
nanti aku turun sana, ada masa dan kesempatan aku story la eh. sebab cerita nya sangat panjang. takut korang bosan pulak. boleh buat telenovela.

sarah amalina rosnan: i still waiting for the story. haa. tak kira. nak tahu jugak. 

oh. aku sangat rindu dengan korang. harap-harapnya jangan lah kita terputus hubungan kan. korang lah penawar hati aku. cheewah. :D
betul. tak tipu. kadang2 korang yang ceriakan hari-hari aku. tengok gambar korang pun dah cukup buat aku ketawa. 
tak sabar nak gathering nanti. :)


aku: oh. dah mula dpat asignment. tarikh test pun dh dpat. huh. 
*peluh. peluh.


adios~
with ღ
n@n@

Monday, July 12, 2010

hai.

ah. hari ni baru boleh online dekat asrama baru.
yer. aku dah pindah duduk kolej kediaman 4.
nun seberang dari ump.
hoh. penat angkut barang dari kk3 tak hilang lagi.
nanti la update cerita. 
mahu pergi berjalan-jalan baca blog orang dulu.
tata.


aku: hari-hari bergosip dengan nab & su. haha.

adios~
with ღ
n@n@