Showing posts with label ღcuit-cuitღ. Show all posts
Showing posts with label ღcuit-cuitღ. Show all posts

Sunday, September 10, 2017

Resah

Hai! Rajin pulak aku semenjak 2 menjak ni bukak blog. Nak menghilangkan resah di hati. Kadang-kadang dengan menulis ni dapat menenangkan sikit hati ni. Sikit laa..Mungkin sebab kali ni luka di hati agak dalam, proses nak melupakan tu ambik masa sikit. Terlebih layan perasaan sikit, mula laa..Amboi. Luka di hati tau. Haha. Apa yang terlukanya? Biarlah rahsiaaa...Hehe.

Seriously, bila hati terluka, nak buat apa pun serba tak kena. Mujur ada anak-anak jadi penghibur. Boleh la nak lupa sat beberapa perkara yang tak patut. Aku jenis cepat sensitif, cepat terasa, sukar untuk marah, mudah memaafkan tapi susah untuk melupakan. Entah lah. Patut lah kita kena letak kepercayaan untuk Allah S.W.T sahaja semata-mata daripada semua makhluk di bumi ni. Cuma, sebagai manusia biasa, kelemahan aku di situ. Kepercayaan aku kepada manusia dah semakin berkurang. Dramatik tak ayat? Haha. Kenapa ye susah nak melawan kelemahan diri ni. Kadang aku terfikir, kat mana silapnya aku salahnya aku walaupun tak tahu salah siapa sebenarnya.

Banyak kali kecewa dengan perbuatan manusia. Kecewa yang teramat-amat sangat. Sedih tak tahu nak cakap sampai aku fikir sudahlah, I don't care anymore. Lantaklah apa nak jadi. Aku buat hal aku je. Sudahnya memang aku buat hal aku je lah.

Tak perlu faham apa yang aku tulis. Sekadar coretan di hati. Ye. Berdoa selalu dengan Allah. Ada masa hati ini tewas juga. Macam ada yang baca blog aku. Haha. Harapnya tak ramai la yang ingat blog ni. Cantik tak layout baru? Haha. Blogger dah ada layout cantik. Mari kita cuba.

Till then.

Tuesday, December 31, 2013

tunggu dan lihat

entry sticky post. :D

assalamualaikum w.b.t

blog ini sedang dalam proses penambaikan. mungkinkah tahun baru berwajah baru? haha. mana-mana terkurang atau terlebih tu harap diabaikan, sebab 'the writer' nya sambil edit blog sambil blogwalking. sekian. ;)


Sunday, May 20, 2012

dreams.

looking forward to future 90 days plan. :) :) :) :) :)
banyak kan kite senyum..

everyone has wish list..but i have dream list..
eh..macam tak sama kan wish dengan dream.
tapi dream tu macam ummph sikit..sebab boleh dream yang hebat hebat..tapi taknak lah dream sekadar dream kan..may my dreams come true..oh..or may our dreams come true.. :) :) :)
insyaAllah..

oh..tapi apa benda 90 days plan?
 emm..later later lah aku cerita..bila dah tiba masa untuk melaksanakannya..
 nak start list kan dream satu satu dulu.. ;)



source : thingssheloves

he said :
"if we have big dreams, our problem is no problem" :)


tweettweet : kucing aku dah bunting weh!!

Sunday, January 29, 2012

in this situation



source : thingssheloves


just let it be..if it's meant to be, it will be. :)
yang penting berusaha, berdoa dan bertawakal.

Thursday, January 26, 2012

secrets.


Allah berfirman : "Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan"
(Surah As-Sajdah : 16)



Sunday, May 22, 2011

last day.

orang selalu cakap.
setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
benda tu mesti akan berlaku punya dalam hidup semua orang kan.


  jumaat ritu last day untuk hikmee,chris dan k.ayu.
oh. diorg ni antara rakan rakan aku kat ofis & IT department.
k.ayu akan tukar tempat kerja kat KL. chris dah habis intern. & akan continue study.
hikmee pun dah habis intern.dan akan transfer kerja kat cyber.
well.harus lah sedih kan.nak nak dengan hikmee.
menitis jugak la air mata bila tengok dia pergi.dh lama tak menangis.tetiba hari ni pulak nak keluar. *nasib dia tak tau blog ni. :D


he's such a very special friend.for me n tikah.
yelah.aku ni mana la ramai kawan lelaki kan..
bila semalam dia cakap detik detik pertemuan pertama.hahah.kelakar bila ingat.
masing masing sombong.konon macam ape kan.serius semacam je.
dalam hati pun duk pikir,mamat ni poyo semacam je. :D
tapi.
don't judge a book by its cover kan. =)
 lama-lama makin rapat.tak tau la apa penyebab kita bertiga boleh rapat kan.
setiap hari ada je gosip.cerita.kemusykilan.soalan-soalan kbkk,teka-teki yang akan kita borak.dan dia jugak la yang konon jadi dr.love.hahah.dulu niat nak jadi dr.tapi tersalah amik kos.jadi dr komputer je la. :D
seriusly en.hikmee..we'll miss ur soalan-soalan KBKK..ur 'love memory'..ur pendapat yang jujur..ur teka-teki yang sangat mencabar minda..fine! sampai skarang kami kalah dengan ampa..


konon tadi tak tau nak say babai macam mana.hahah.
weird sungguh rasa.hopefully our friendship takkan putuslah.even 5 bulan je kita kenal.
yang penting gaji pertama, dekat evergreen. yeay!
.
.
.
ok. speechless.


google



aku:dah biasa bertiga.bila tinggal berdua...haih..macam mana esok.. T_T



adios~!
with ღ
n@n@

Tuesday, May 17, 2011

suam-suam.

it comes again.
the memory.
although it has been one year.
sometimes i do miss u.
  
=)
thank you.
for making me realize.
i am such a beautiful.gorgeous.charm.
girl.
deserved.
someone better.


aku: hari ni cuaca suam suam kuku. mood pun jadi suam. :)


adios~
with ღ
n@n@

Wednesday, April 27, 2011

flow-chart

suddenly i miss this blog.
hahah.ya. sometimes i feel so.so.so malas untuk tulis dalam ini belog.
sometimes terasa ada baaaaanyak benda nak tulis.
tapi.tak tertulis.rasa patut tulis dalam diari kot. :D

everything happens for a reasons kan.
maybe i should not be too afraid. and don't let the past keep 'ghost-ing' me.
kan...
=)
=)
=)
 
 
just follow the flow-chart.
aku: pagi petang siang malam. asyik dengar fly fm. pengaruh sape tah nih.


adios!
with ღ
n@n@


Friday, December 24, 2010

fitnesse dan omega.

Day 07 - A picture of someone / something that has the biggest impact on you

Jumaat sudah. means. tinggal lebih kurang seminggu je lagi before semester baru bukak. itu jugak bermakna tinggal seminggu je lagi before aku mula praktikal. ummph. tak feel pulak nak mula kerja ni.

hari ni nak sambung cabaran hari ke-7. well. penat jugak pikir idea tentang tajuk. i do have someone that give the biggest impact to me. tapi malas ah nak cerita. haha. ehem. ehem. memandangkan tengah menjalankan kempen "jom jogging" dengan my besfren kat rumah ni. kitorang pun menjalankan aktiviti "jom makan fitnesse" jugak. berebut kot makan fitnesse dengan dia. tiap pagi lepas joging makan. malam pukul 8 makan. konon nak jaga makan la kan. dah kate nak diet kan. makan harus lah dijaga jugak. sia-sia la pi joging tapi lepas tu hentam makan banyak.



tada..fitnesse & fruit. my fevret la setakat ni. ada 3 perisa. tapi antara 3,3 aku suka yang ni lagi. sekotak ni tahan la seminggu. kalau sebulan 4 minggu tak ke 4 kotak. aku baru makan 2 minggu. so, dah 2 kotak habis. aku sorang. diulangi, aku sorang je melantak benda alah ni. sejak-sejak tengok iklan la nih. ish.ish.ish. berat terkini? tak tau lagi. tak berani nak timbang dah. haha. betapa hebatnya fitnesse ni menggoda aku. tapi makan cereal ni memang kenyang sampai tengah hari. malam pun makan before pukul 8. tahan la sampai nak tidur. kalau tidur pukul 10, takdenye rasa lapar.


punya nak diet kan. sanggup tau beli seminggu sekotak. minum dengan susu omega. giler lah. susu pun nak demand tau.



aku: tapi kalau dah hari-hari asyik masak makanan best-best jer, diet pekenamanya.
 
 
adios!!
with ღ
n@n@

Thursday, December 09, 2010

tak semangat.

Day 05 - A picture of somewhere you've been to


Selamat pagi semua. hari ni baru nak terbuat entry yang ke-5. Nampaknya tak berjaya la nak menyiapkan satu bulan ni. ah. kisah ape aku kan. kali ni pasal gambar lagi. 
 
 gambar ni dah pernah tersiar dulu. malas nak ambik gambar lain.
 
 
erm. tempat ni kitorang dah pergi lama dulu. dalam bulan 6 macam tu kot. saje nak penuhi impian kawan kitorang sorang tu. ijan dah lama berangan dan ajak kitorang pegi bukit tinggi tu. dari sem berapa tah kitorang kat ump. tapi biasalah, kalau dah nama student, mesti sibuk memanjang, dengan assignmentnya. duit lagi kan. 

memandangkan sem lepas masing-masing dah praktikal, kitorang pun plan la untuk berjalan-jalan. demi memenuhi hasrat ijan. :)


aku: agak tak bersemangat sekarang nak mengupdate.


adios~~
with ღ
n@n@

Saturday, December 04, 2010

tell me your wish.

Day 04 - A habit that you wish you didn't have

sekejap je dah masuk hari ke-4. begitu jugak sekejap je aku rasa dah dekat 3 minggu kat rumah ni. tak terasa. so. kali ni pasal habit. erm. lepas pikir punya pikir la kan. habit yang aku harap aku tak ada la kan..... 
main facebook. haha.
 
betul la. aku harap sangat aku boleh tahan diri ini dari tak bukak facebook. ataupun paling koman bukak sekali sehari je kan. semua orang tahu, sape ada facebook memang akan ketagih punya. same with me. bosan-bosan, bukak facebook. habis studi, bukak facebook. bangun tido bukak facebook. cess. macam hape jer.

dah la tu. dah ada profesion baru. stalker. haha. eh. tapi seronok apa stalk-stalk orang ni. macam hiburan la. boleh ketawa-ketawa. tapi. sedih pun boleh jugak. dulu pernah jugak deactivate akaun facebook nih. tapi bertahan sekejap jer. tak tahan tengok orang tag-tag gamba lah. komen sana sini. cehh.

tapi memandangkan sekarang ada kat rumah kan. mood nak berfacebook tu kurang sikit. cerita kat tivi lagi best kot. dari nak melayan benda alah tu. kadang tu boleh la, bukak sehari sekali jer. tu pun sebelum tido malam. kadang tengah hari online, malam tak online dah. siang penat buat kerja. malam adalah waktu untuk merehatkan badan. ye ye je. haha.


aku: rasanya. korang pun wish tak nak ada habit ni kot. ke aku je.


adios~~
with ღ
n@n@



Friday, December 03, 2010

crispy popia.

Day 03 - A picture of you and your friends.
hari ni dah masuk hari ke-3 cabaran. dan jugak hari ke-3 bulan disember. semangat masih tinggi. berkobar-kobar lagi. harap-harap ianya bertahan selama sebulan nih. hehe. ok. challenge hari ni berkenaan gambar lagi. aku suka la letak-letak gambar nih. tak yah explain banyak-banyak. tapi ye je lah aku ni. satgi ada jugak merepek macam-macam. haha.


before ni asyik letak geng propa je kan. kali ni aku letak gambar diorg pulak. sebab diorang yang menceriakan hari-hari terkahir aku kat ump sem ni. cheewaah. ayat tak boleh blah. well. nak cerita apa eh pasal gambar ni. oh. dari kanan. farhana. nama kami sama. :D
sebelah tu fa. sebelah tu ida. last sekali tu aku la. tak kenai saja la. ada sorang lagi. hanis. tapi disebabkan dia jadi camerawoman. takde la dalam gambar. ini last day jugak kami bersama-sama.

time ni kitorang tengah makan crispy popia. ida mengidam. kami pun layan je. not bad jugak la popia tu. walaupun tak cukup inti. semua makan penuh selera. first and last time kot aku makan popia tuh. kalau jumpa kat mana-mana lagi mesti nak beli lagi. nyum. nyum.


aku: tiba-tiba mengidam johnnys pulak. aih.


adios!!
with ღ
n@n@
 

Thursday, December 02, 2010

disebalik nama.

Day 02- The meaning behind your Blog name
its second day. wallaweh. semangat. semangat. hehe. dan aku hanya menulis entry cabaran ini waktu malam jer. waktu siang sibuk. cehh. berlagak sibuk konon. haha.
disebalik nama blog aku? bukan apa sangat pun. nothing special. nama aku sendiri jer. that's my identity. dulu takde idea nak letak nama apa kan. last-last letak nama sendiri.
"siti farhana mohd said".

tapi sekarang dah ada idea dah. maybe. insyaAllah. early January nanti akan bertukar. kate tahun baru. semangat baru kan. nama blog pun harus lah baru. haha. cuma nak abadikan nama yang banyak bagi sweet memori. nama apa? tungguuuu..

fa. i think u know akak nak letak nama apa kan. haha. ini first move untuk cita-cita kita nih. :D


aku: 2nd day berakhir dengan jayanya. :)


adios~~
with ღ
n@n@

Wednesday, December 01, 2010

fakta menarik. jom baca!

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

 
ok jangan tertipu. :D 
it's 1st of december.  sekejap je dah masuk penghujung bulan 12. macam tak percaya. dan sekejap je 5 bulan dah berlalu. and i feel much much better now. tahun depan, tahun baru, semangat baru, dan life baru. i love myself so much. haha.

and now. tiba la masa untuk cabaran sebulan. ada sape2 nak buat cabaran satu tahun tak? haha. berangan. nak update sebulan ni pun mengah. so, dengan gigihnya aku menaip untuk entry ini. semangat sungguh kan. :D
 ini la gambar yang boleh dikatakan terbaru jugak. last day aku berjalan-jalan dekat bandar kuantan. dengan adik-adik. this pic taken by farhana. not me. its just we got same name je. hehe. aku pun tak tau la bila gambar ni ditangkap. tak ingat dah. kat mana pun lupa dah. may be time nak tunggu lif kot. :D

and 15 interesting facts about me?

1. sangat malas keluar rumah kalau dah ada dekat rumah. kadang-kadang memang tak keluar rumah pun, even halaman depan rumah pun tak jejak kaki. :D

2. sebelah rumah ada jiran baru. ehem. ehem. :D

3. i love to dance. and used to dance when i was in primary school. sila percaya. :D

4. minat dengan muzik. dan suka tengok band main muzik. tapi hanya mampu tengok dalam tivi @ video jer. i wish i can watch yang real punya performance. ada harapan ke. macam takde je.

5. dah pandai menulis surat cinta masa umur 9 tahun. tapi kantoi dengan mama. cess. buat malu jer. tapi surat tu tak dihantar pun. :D

6. minat dengan cerita korea. tak kira la variety show ke. drama ke. ah. semua yang berkaitan dengan korea la. dulu pun dah minat dah. tapi dulu minat biasa-biasa jer. sekarang minat luar biasa. tapi belum sampai tahap fanatik lagi. ada rupa fans korea tak? :D

7. tak pandai tunggang motor. dulu pandai. lepas upsr. sekarang dah tak pandai. :D

8. pernah memenangi pingat perak dalam acara 100 m. tapi itu dulu jugak. masa sekolah rendah. sekolah menegah terus takde pingat dah.

9. kadang-kadang bercakap agak kasar hingga orang salah paham. orang ingat aku marah. tapi padahal tak marah pun. even my mom said so. macam mana nak cakap lembut-lembut?

10. sangat malas nak sikat rambut.

11. selain cheese dan coklat, aku juga gemar dengan perasa yam @ keladi. sedap oh.

12. tak pernah guna talian digi. asyik celcom dan maxis jer. best tak digi?

13. agak-agak dah 5 kali kot tukar number fon. setahun sekali. yang latest ni paling lama bertahan, hampir 2 tahun. berhajat untuk menukar nombor lagi nanti. aci tak?

14. tak suka memasak dengan mama. nanti semua tak kena. no wonder orang kata orang perempuan tak boleh berkongsi dapur.

15. tak pandai pakai make-up. tapi teringin nak bermake-up. :D



interesting ke? haha. depends korang la nak rasa interesting ke tak. aku dah kering idea nak melalut apa 15 benda. rasa macam semua benda dah tulis dalam blog ni pasal aku. :D
at least siap untuk hari yang pertama. tee-hee. :D


aku: sesiapa yang rajin tu. boleh la buat. :D banyak sungguh smiley.

adios!!
with ღ
n@n@

Tuesday, November 30, 2010

quite interesting. :)

i read this challenge from my sedara, yana. dia dapat dari mana tah. huhu. & tengok macam menarik je kan. dia dah lama dah mula. since benda ni untuk sebulan. aku plan nak bermula esok. and finish it for this whole month. berjaya kah? tengok la nanti. :D

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Day 02- The meaning behind your Blog name

Day 03- A picture of you and your friends

Day 04- A habit that you wish you didn’t have

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to

Day 06- Favorite super hero and why

Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Day 08- Short term goals for this month and why

Day 09- Something you’re proud of in the past few days

Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

Day 11- Another picture of you and your friends

Day 12- How you found out about Blogger and why you made one

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently

Day 14- A picture of you and your family

Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play

Day 16- Another picture of yourself

Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why

Day 18- Plans/dreams/goals you have

Day 19- Nicknames you have; why do you have them

Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future

Day 21- A picture of something that makes you happy

Day 22- What makes you different from everyone else

Day 23- Something you crave for a lot

Day 24- A letter to your parents

Day 25- What I would find in your bag

Day 26- What you think about your friends

Day 27- Why are you doing this 30 day challenge

Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Day 29- In this past month, what have you learned

Day 30- Your favorite song.



aku: its d end of 2010.
adios~~
with ღ
n@n@

Thursday, November 11, 2010

paper 2.

selesai lagi satu paper. 
semalam paper final yang kedua. diescrete math.
soalan senang. tapi kalau diikut dengan gaya lecturer yang suka cari kesilapan, ada je yang tertinggal tolak setengah markah, tak tulis sikit pun tolak setengah markah, soalan senang pun boleh jadi susah.
hari ni rehat sekejap. sambung esok pulak.
tapi yang bestnye semalam. tengok soalan nombor satu. terus tinggal. jawab soalan nombor dua dulu. last baru jawab soalan nombor satu. ingatkan aku sorang je buat macam tu. keluar-keluar dewan exam, sembang-sembang dengan member, ramai rupanya yang buat macam tu. gelak-gelak semua orang. bukan susah pun soalan. dah kata soalan senang kan.
tapi tah. semua malas nak jawab kot. misteri betul soalan tu. haha.



aku: adik aku dah dapat motor sebijik. aku bila nak dapat keta sebijik. oo.abang?


adios~!!
with ღ
n@n@

Tuesday, October 26, 2010

header tercantik.

aku telah di tag.
2 orang sekali tag aku untuk contest yang sama. haih. semangat suruh aku masuk.
ditambah pulak sekarang ni mood nak update blog malas. asignmnt menggunung perlu disetelkan.
tapi dah bangun awal pagi ni. setelkan tag ni dulu.
oh. aku telah di tag oleh yana - as usual my sedara.
dan sorang lagi kawan aku a.k.a classmate aku kat ump dulu - en.shino.

contest kali ni ialah 'Pertandingan Header Tercantik'.
anjuran dari blog ALIENELLIZ.


header yang aku guna sekarang ni hasil rekaan en.shino.
dah kata dia kawan kan. hehe. again, credit tu en.shino.
for me. aku suka la banner ni. tambah aku suka main gerak-gerak cursor tu kat banner di kala bosan. haha. takde keje kan. benda tu pun boleh buat main. :D

oh. inilah banner yang aku guna. sama je macam kat atas tu kan. tapi saja nak promote lagi kat sini. =)



antara syarat contest ni kena tag lagi 3 orang. dengan itu aku nak tag:-

1) ijan
2) norazliza
3) sara

sekian saja contest kali ni. segala info dan syarat penyertaan untuk contest ni boleh la klik kat nama blog ALIENELLIZ atas tu yer. senang & simple je. :)



aku: kembali menghadap coding php. =_=



adios!!
with ღ
n@n@

Thursday, October 14, 2010

mak angkat.

seronok ke ada mak angkat eh? seumur hidup aku, tak pernah ada mak angkat, kakak angkat, abang angkat. semua yang angkat angkat lah. tak percaya? sila lah percaya. huhu. dulu masa kecik kecik time sekolah rendah, kawan-kawan selalu dok main nak ambik adik angkat lah. kakak angkat lah. aku pun tak tau kenapa. padahal bukan takde kakak. bukan takde adik. pastu nak cari adik angkat, mesti laki. yang hensem. pompuan tak main lah. haha. apa hal lah.

bila dah besar sikit, kawan tanya, tak nak ambik adik angkat ke. aku cakap. adik sendiri pun tak terlarat nak jaga, nak ambik adik angkat lagi. even aku takde kakak pun, tak pernah pulak terfikir nak ada kakak angkat. zaman sekolah kan femes nak berangkat-angkat nih. huhu. nak ada abang angkat lah. pastu terus jadi boifren. 

bila dah masuk universiti, ada program keluarga angkat. konfem ada kan kalau masuk universiti mana-mana pun. tapi aku tak pernah ada perasaan pun nak involve program macam tu. boleh la nak kata tak berminat. tak tahulah kenapa. setengah orang mungkin rasa seronok, dapat kenal orang baru, dapat tambah kawan baru. tambah family baru. dapat bina silaturahim baru kan. tapi aku takde feel macam tu. 

bukan apa. bila tengok keadaan sekeliling kan. yang ada family angkat. tapi bila masalah family angkat tu, kita yang kena solve. kita yang kena serabut fikir macam mana nak settle. kita yang bersengkang mata. kalau problem tu logik dek akal mungki takpe lah kot. tapi kalau dah macam over sangat. yang agak macam tak logik je. macam tak seronok pulak aku tengok. sedangkan kita ni student. tanggungjawab kena belajar. bagus la kalau memang willing nak tolong. aku je kot yang takde perasaan macam tu. mungkin aku ni prejudis. tak suka dengan orang luar yang bukan family aku kan. tapi, entah lah. still setiap orang, lain lah pemikirannya kan. aku dah memang begini.



aku: kelas bahasa inggeris takde malam ni. yeay~!
haha. gembira lagi.


adios!!
with ღ
n@n@