Showing posts with label UMP. Show all posts
Showing posts with label UMP. Show all posts

Friday, June 03, 2016

Ada apa dengan cinta?

Ini bukan kisah Rangga dengan Cinta.
Ini kisah Jamil dengan Nana.

Genap bulan Mei 2016, cukup 3 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Rasa macam baru saja kami diijabkabulkan, tiba-tiba dah sampai tahun ketiga dengan 2 orang cahaya mata. Alah, apalah sangat 3 tahun nak dibandingkan dengan pasangan yang dah bersama 30, 40 tahun. :) Sememangnya, perjalanan kami masih terlalu jauh dan setiap hari aku memikirkan apakah kesudahan hidup kami masa akan datang. Takut pun ada, sedih pun ada. Hari berlalu dengan sangat pantas dan kami semakin tua. Tua! Haha. Nak sebut tua pun tak sampai hati. Tapi, itulah hakikatnya.

Teringat masa bersama-sama dengan kawan-kawan sepejabat dulu. Masih ada yang belum berkahwin dan membicarakan soal jodoh masing-masing. Masing-masing takut untuk membuat pilihan tambahan pula dengan keadaan zaman sekarang. Iyelah, takut sekiranya kebahagiaan yang dirasai tidak seperti yang diharapkan. Hati juga masih keliru untuk membuat pilihan yang terbaik. Aku senyum sendiri. Aku katakan pada mereka, aku juga macam tak percaya bila aku buat keputusan untuk berkahwin. Saat itu hati aku juga masih keliru. Haha. Kita boleh suka dengan sesiapa saja. Tapi suka tak bermakna kita cinta. Macam mana nak tahu kita cinta. Bila kita boleh rasa sesuatu yang tak boleh nak diungkap dengan kata-kata. Kawan lah seramai mana pun, tapi kalau rasa sesuatu tu tak ada, memang tak ada harapan la tu. Sungguh itu yang aku rasa bila bersama dengan suami aku suatu masa dahulu. Walaupun usia perkenalan kami tak sampai berapa bulan pun. Bila kawan-kawan tanya macam mana aku pasti that he's the one. Bila aku berada dengan suami aku, aku selesa. Tak satu pun perangai dia yang buat aku rasa tak selesa. He makes me feel comfortable. Walaupun waktu tu baru hanya ada rasa suka bukan cinta. Aneh kan perasaan tu? Haha.

Dan aku berkahwin tanpa ada rasa cinta yang mendalam. Aku hanya yakin bahawa dia lah yang terbaik untuk aku. Rasa 'sesuatu' tu yang buat aku yakin untuk menerima dia menjadi suami aku. Tapi dah 3 tahun ni, memang dah cinta sepenuh hati dah la. Haha.

To my beloved husband, thank you for choosing me as your life partner. :)
Saya tahu susah sebenarnya nak menjaga seorang Siti Farhana ni. Tapi percayalah, susah lagi menjaga seorang Luqman Al Hakim. Haha. Dah, taknak jiwang sangat. Rasa dah macam tulis novel cinta. Happy 3rd Anniversary. Moga kita kekal dijodohkan sehingga ke syurga. If you read this, do whatsapp me a.s.a.p. Haha!



credit picture -->> norizan syahnan

Sunday, August 24, 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum readers! Wah,dah masuk Ogos 2014 I olls baru berkesempatan nak hupdate belog..Busy lah saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baru. :D Sekarang anak dah besar sikit, baru laaa kembali normal jadual hidup aku. Sebenarnya terjaga jam 1.30 tadi anak nak menyusu, lepas tu rasa macam segar sikit la pulak ni. Iyelah dah tido pukul 9 tadi. Awalkan tido. :D Letih setelah seharian ber ‘open house’. Sampai sakit kepala sebab minum ais saja. Air masak bawak tinggal dalam kereta kan. Sudahnya tadi sebelum tido pekena shaje vanilla satu.

Okaylah hari ni bukan nak update kisah kelahiran ke apa ke. Itu rasanya cerita dah basi la kot. Huuu. Nanti lah kalau aku rajin nak bercerita pasal tu aku buatlah entry. Hari ni ada satu insiden berlaku yang membuatkan benda tu still terngiang-ngiang je dalam kepala otak aku ni. Pagi semalam,kitorang ada jamuan hari raya alumni UMP + AGM alumni. Event tu berlangsung di SACC. Bukan la dekat mall tu kan. Dekat convention centre tu. Dah habis jamuan around pukul 4 lebih macam tu ke Alam Impian pulak rumah kawan husband yang buat open house. Biasa la dia, geng futsal merangkap geng kawan sekolah dulu. Pasti satu geng ada berkumpul. Nasib baik ada yang ada isteri, maka isteri-isteri ni pun hai hai la sesi berkenalan. Anak aku dah kemana orang pegang-pegang. :D nasib la anak aku jenis tak kisah orang. Silap-silap aku yang kena check up selalu lokasi terakhir anak aku kat mana.

Ok. Kemudian ada la sorang kawan si suami jugak kot, sebab aku tak berapa selalu jumpa tapi familiar macam pernah jumpa sekali dua. Kalau geng futsal dia tu selalu dah jumpa. Ada la masa tengah salam salam tu kot suami aku ni bagitau kitorang dari SACC. Masa tengah makan tu, kawan tadi pun baru nak join makan. Yang menjadikan topik aku nak bercerita ni sebab perbualan dia dengan suami aku.

Kawan A : Ko dari mana? SACC? Banyak sale ke SACC? *sambil gelak-gelak

Suami : Takdelah. Kitorang dari convention centre tadi. Ada jamuan raya alumni universiti aku. Kalau tak diorang nak buat kat Felda kat KL, pastu tukar tempat pulak.

Kawan A : Ooo..Tukar tempat kat mana? Kedai makan? *sambil fokus ambik makanan

Suami : Taklah. Kat convention centre tu lah. Kat dewan dia tu.

Kawan A : ooo..ok ok.. *terus sambung makan


Ada yang pelik ke dengan perbualan kat atas? Takde kan. :) Sekali baca nampak macam takde apa lah. Tapi yang buat aku mula nak buat pandangan sinis dekat orang tu bila nada dia bertanya tu macam nak siniskan kitorang jugak. Haha. Ingat pergi SACC nak shopping aje? Ingat alumni tu macam sembang kat kedai kopi? Ke aku yang over sensitive? :D Well, kalau dah pilot for sure belajar tinggi jugak kan. Mesti la fikiran pun kena matang jugak kan plus you have travel around the world. Oklah, maybe not around lagi, baru half. Takpelah aku anggaplah dia nak bergurau senda je. Laki aku cool je. Ni kalau aku cerita sah dia kata rilek la yang, benda biasa je. Haha. He never negative. He always positive. Yang negative selalu banyak aku. :p Ok la tu kan negative positive baru la melekat. :D Sorry husband if you read this. Bukan nak mengutuk, tapi sakit hati je. Haha.


Ok lah. Nak sambung tido. Kita hanya manusia biasa. Yang sentiasa buat banyak salah dan silap. Memang tak sempurna. Sebab yang sempurna hanya satu, Allah S.W.T. I always keep this in my mind bila rasa nak marah seseorang @ sesuatu keadaan. Kadang-kadang berdiam diri itu lebih bagus. Diam dan memerhati dan ambil pengajaran. Supaya kita pun tak buat benda yang sama. Wallahualam. Selamat malam dunia. Aku lapar nak isi perut dulu.


p & s :::: yeay!!!! finally berjaya update 1 entry 2014..tapi tak sempat blogwalking lagi..
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. :)

Thursday, September 27, 2012

their wedding.


16 September 2012.
'Ariff Zaki & Juzailah wedding.

copy gambar dari instagram Yasmin dan album dalam facebook Ijan.
sendiri tak ada kamera, maka copy paste dari collection orang lain lah.
diorang dah edit siap bagai, aku tumpang letak kat belog ye korang..hehehe..
kata suka bergambar, maka muka sendiri mesti tak banyak sikit pun mesti ada dalam kamera diorang..wee~



during the wedding day..one of my besties, yasminAhmadKh..



since iphone mint ada di tangan kitorang malam nikah tu, maka camwhore suka hati..
ampun yer tuan iphone..wee~
takpe, simpan buat kenangan..my ex-roomate dekat ump, sarah..





again..it's me and yasmin..konon-konon praktis macam mana nak bersanding..awal benar la kan praktisnye..



muka ceria semua orang... :) :) :)
rindu pulak zaman kanak-kanak kat ump...





kami, batch 2007.. :)
pengantinnye tersorok kat belakang tu ha..


tweettweet : mencuba sedaya upaya.

Tuesday, January 31, 2012

gambar lama - credit to ijan. ^_^


last few days kan aku godek-godek la folder gambar masa zaman-zaman belajar dulu.
almaklumlah, baru ambik balik dari ijan.
gambar simpanan aku abih dah haa semua hilang. virus punya pasal. rosak external aku. -.-'

most of the pictures mestilah gamba-gamba my besfren ever!
lepas tu mula la aku gelak sorang-sorang. macam-macam gaya ada.
ahh..how i really really really miss all that moments. :) beribu kali dah cakap kan benda yang sama.
every single thing we did, we'll have at least 1 picture.
tapi tipu la kan 1 je gambar..mesti berjuta-juta lemon jugak..

if u read my blog earlier, u'll already know who are my besfrens masa di UMP.
the propa geng. hoyeah!
kali ni pun aku nak tempek muka diorg lagi..sebab kan..kan..sebabnye kan..
ijan dah edit gambanye..hehe..ijan, aku taruk dalam belog eh gamba2 ko edit tu..wee~~.

let's start with ijan. she's like our 'penjaga'. haa..gituuww..
sebab dialah yang banyak menegur & memberi nasihat kepada kami-kami ni yang banyak merapu..yang paling anti sekali kalau orang buang sampah merata-rata..kalau nak dengar dia bagi ceramah, kau buang la sampah suka hati keluar tingkap kereta..hee.gurau je lah ijan..but it's true.. ;)


next is orang sarawak mari. hmm..ape yer pasal ko zai.
paling senyap kot..yeke senyap.. *pikir jap.
senyap la kot sebelum berjumpa dengan kiteorang ni kan..lepas jumpa kiteorang terus jadi tak senyap kot..
dah kate propa kan..ahahah..ah zai, aku rindu dengar kau cakap sarawak dengan mak kau. ;)



hah..this one lah yang ketua propanye..dah kate dia yang bagi nama propa kan..
taku memang suka lah gambar ni..terserlah kemodelannya..gambar mana pun sume nak posing abis kan..yang banyak cakap pun dia..senang kata, takde tia, maka suramlah kehidupan kami..cheewah! aku rasa aku belajar bergosip ni pun dengan kau la tia.. ^_^



well..yang sorang ni, cool aje..eh, sume orang pun cool lah..kann.. ;D
mint ni kira macam tempat luahan perasaan aku yang paling kerap lah..dah dulu bilik pun sebelah sebelah..asal boring lepak bilik dia, landing atas katil, story mory..
kalau dia boring, datang bilik aku, landing atas katil, citer-citer..sementara tunggu turn mandi, singgah bilik aku..malas balik bilik katenye..macam jauh aje ha.



how nerd it is they're? itu zaman bila tu..2009 ke 2010 gitu..aku pun muka budak-budak jugak haa..
2 tahun dah ha berlalu..sekarang muka semua dah matured haa..gituuw~~
walau kami berbagai ragam..berbagai perangainye..kami tetap gembira..aiceh! :)
we've been together since....tahun bile eh??aku pun lupa dah..sedar-sedar dah rapat.. :D
all this pictures credit to ijan lah..ijan jugak lah photographernya..ijan jugak lah tukang editnye..kami kami ni model sambilan jer..tapi kadang ijan bising jugak sebab dia je asyik tangkap gambar..
tapi sekarang tak pakai dah nama 'propa' tu..kami dah insaf.. *sila percaya pleease
lagipun masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing..
sekali sekala je mesej update cerita. :)


eh, nak tempek jugak muka aku sekeping.


i don't know how to describe myself when i'm with them. can u my dear friends?? ;D

Friday, December 03, 2010

crispy popia.

Day 03 - A picture of you and your friends.
hari ni dah masuk hari ke-3 cabaran. dan jugak hari ke-3 bulan disember. semangat masih tinggi. berkobar-kobar lagi. harap-harap ianya bertahan selama sebulan nih. hehe. ok. challenge hari ni berkenaan gambar lagi. aku suka la letak-letak gambar nih. tak yah explain banyak-banyak. tapi ye je lah aku ni. satgi ada jugak merepek macam-macam. haha.


before ni asyik letak geng propa je kan. kali ni aku letak gambar diorg pulak. sebab diorang yang menceriakan hari-hari terkahir aku kat ump sem ni. cheewaah. ayat tak boleh blah. well. nak cerita apa eh pasal gambar ni. oh. dari kanan. farhana. nama kami sama. :D
sebelah tu fa. sebelah tu ida. last sekali tu aku la. tak kenai saja la. ada sorang lagi. hanis. tapi disebabkan dia jadi camerawoman. takde la dalam gambar. ini last day jugak kami bersama-sama.

time ni kitorang tengah makan crispy popia. ida mengidam. kami pun layan je. not bad jugak la popia tu. walaupun tak cukup inti. semua makan penuh selera. first and last time kot aku makan popia tuh. kalau jumpa kat mana-mana lagi mesti nak beli lagi. nyum. nyum.


aku: tiba-tiba mengidam johnnys pulak. aih.


adios!!
with ღ
n@n@
 

Thursday, November 18, 2010

finally.

hooyeah!!
finally. i'm home. selamat menjejakkan kaki di bumi selama, perak ni pukul 10 malam, 16 November hari tu.
habis je last paper pagi tu, pukul 11, terus gerak balik rumah. duduk lah aku hampir 12 jam dalam kereta tuh.
barang-barang tak terkata banyaknya.
well. kalau dah nama perempuan kan. mak aku punya membebel tak yah cerita la.
sekarang pun kat rumah ni tak terkemas lagi barang-barang.
raya haji pun bilik bersepah. penat lagi nak mengemas.

semalam hari raya haji.
selamat hari raya semua. harap-harap tak terlambat lagi nak buat ucapan. :D
semalam tak pegi beraya pun. orang yang datang beraya kat rumah kami.
semua sepupu-sepupu mama. even penat baru balik pun tak hilang lagi, still kena melayan tetamu jugak.
masak la apa yang ada. sori, kali ni takde kuih raya.

tinggal satu semester lagi before aku betul-betul habis belajar.
sem depan praktikal. finally ada jugak tempat untuk intern. kat AMD, penang.
excited memang excited. tapi perasaan takut tu lebih lagi.
new place. new environment. new friends. everything new lah.
mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar lah. 

sape kate tak sedih dah habis belajar. sape kate tak sedih tinggalkan bumi gambang tuh.
walaupun seronok dah habis belajar. tapi tetap sedih. lepas ni kalau malas-malas nak pegi kerja, takde maknanya nak suka hati ponteng macam ponteng kelas. kalau bangun lewat pagi, boleh burn kelas pagi. kalau dah keja, berani pulak la kan. well. itulah namanya cycle of life kan.



aku: to my bul-bul's mate. i miss u guys. haha. :D



adios~~
with įƒ¦
n@n@

Thursday, November 11, 2010

paper 2.

selesai lagi satu paper. 
semalam paper final yang kedua. diescrete math.
soalan senang. tapi kalau diikut dengan gaya lecturer yang suka cari kesilapan, ada je yang tertinggal tolak setengah markah, tak tulis sikit pun tolak setengah markah, soalan senang pun boleh jadi susah.
hari ni rehat sekejap. sambung esok pulak.
tapi yang bestnye semalam. tengok soalan nombor satu. terus tinggal. jawab soalan nombor dua dulu. last baru jawab soalan nombor satu. ingatkan aku sorang je buat macam tu. keluar-keluar dewan exam, sembang-sembang dengan member, ramai rupanya yang buat macam tu. gelak-gelak semua orang. bukan susah pun soalan. dah kata soalan senang kan.
tapi tah. semua malas nak jawab kot. misteri betul soalan tu. haha.



aku: adik aku dah dapat motor sebijik. aku bila nak dapat keta sebijik. oo.abang?


adios~!!
with įƒ¦
n@n@

Tuesday, November 09, 2010

paper 1.

quick update.
hee. ok. pagi tadi dah lepas satu paper. subjek hubungan etnik.
walaupun berlaku sedikit kekeliruan tempat exam, tapi dah jawab dah exam.
tapi sampai ke petang orang bpa cari aku.
haih. tak perlu la story aku rasa. benda complicated. ke korang nak tahu jugak? hehe.

overall question ok. banyak amik dari past year. cuma dalam english la kan. essay pun seperti yang diberitahu dalam hint. mudah-mudahan dapat la A kali ni. wee..

balik exam tengok handset, puan hasnah msg tanya boleh jawab ke tak paper etnik tadi. risau student dia tak boleh jawab kot. aku pun terus kol balik. sembang-sembang 2,3 minit. gelak-gelak sekejap. harap-harap puan kasi la A ye kat saya. :D
sempat lagi pesan suruh setelkan evaluation tu. nanti lecturer kena marah. haha.


aku: seronok belajar etnik dengan pn.hasnah. ada umur panjang, kita jumpa lagi yer puan. =)



adios~!!
with įƒ¦
n@n@

Saturday, November 06, 2010

kasi update sikit.

ok. kasi update sikit.
sekarang dah nak start final.
so. masa untuk berblogging sangat terhad. bangun pagi aku teringat peristiwa 13 mei. unko. usno.
oh. itu untuk subjek hubungan etnik. nak tidor aku teringat algorithm. graph.
belum lagi mengigau pasal query by language. sql command.
haha. walaupun hanya 4 subjek. tapi sama je macam nak ambik spm dulu.
err.. ke spm lebih lagi tah..


aku: ini bermakna kurang dari 10 hari lagi aku akan bertapa di bumi gambang ini.



adios!!
with įƒ¦
n@n@


Saturday, October 16, 2010

tawaran.

semalam aku dapat fon call dari staff unit pentadbiran UMP.
offer untuk L.I sem depan. katanya ada projek dengan mufti pahang. macam mana tah.
tapi dia nak student komputer untuk buat projek itu.
kalau berminat boleh pergi interview isnin nanti.

hmmph. bukan aku tak nak. tapi dah konfem la kan nanti kerja dekat UMP.
bukan taknak duduk UMP dah. cukup lah aku merantau jauh 3 tahun nih. haha.
nak duduk dekat dengan rumah pulak. buat sementara waktu. nanti kalau dah kerja betul-betul mana tahu kalau kena kerja tempat jauh lagi kan..kan..kan..


aku: isk. tak dapat lagi tempat nak praktikal ni.


adios!!
with įƒ¦
n@n@

berapa orang duduk dalam bilik ni?

ada orang ketuk pintu tiba-tiba.
bukak-bukak nampak sorang perempuan.

PEREMPUAN ITU: hai. nak tanya. berapa orang duduk dalam bilik ni?
AKU: (sambil buat muka pelik. aku pasti aku buat muka). haa? saya sorang je.
PEREMPUAN ITU: oh. sorang je ke. erm. adik pernah dapat baucer makanan?
AKU: (sambil tutup pintu rapat sikit. tak kenal tiba-tiba tanya benda pelik) haa? tak pernah baucer apa?
PEREMPUAN ITU: (keluarkan BISTRO punya baucer makanan.)
AKU: terus jawab... "ohh...yang ni pernah dapat dah"
PEREMPUAN ITU: bila? tahun lepas?
AKU: ha'ah. tahun lepas dah dapat dah.
PEREMPUAN ITU: itu tak best dik. dah tamat tempoh dah. yang ni baru punya.
AKU: tak pelah. taknak. taknak.
PEREMPUAN ITU: tak nak ke dik?
AKU: tak nak. taknak. takpe.
PEREMPUAN ITU: ok. terima kasih dik.


hoh. terkejut aku mula-mula bukak pintu. serius takut kot. tengok orang tak kenal tiba-tiba muncul depan pintu. gaya dia tu yang menakutkan. aku dah bayang pelik-pelik dah tadi. sekali nak jual baucer makanan BISTRO tuh. huh. bukan aku tak tau. sama je tuh. takdenye lain. macam aku nak makan hari-hari kat sana. 

haih. apelah. suka hati je naik hostel buat benda tu. pakcik guard bagi pulak tu. macam-macam betul. haih. terkejut lagi nih sekarang nih. malas pulak nak keluar bilik.



aku: nak cakap gaya macam pencuri pun ada. tapi tak baik pulak. sebab tak pernah tengok orang asing kot naik hostel tanya pelik-pelik.



adios!!
with įƒ¦
n@n@

Wednesday, October 13, 2010

dah konvo dah.

lenguh badan. berminyak-minyak muka buat tutorial mate. rajin pulakkan malam ni.
entah. mungkin sebab buat berteman kot kan. selama ni sorang-sorang je.feeling lain sikit.haha.

ok lah. malam ni nak update pasal konvo yang dah lepas baru-baru ni. even tarikh 9.10.10.
but, tetap unik jugak kan. sungguh, tengok orang konvo, tak sabar pulak rasa diri ni nak konvo. insyaAllah, kalau takde pape, tahun depan aku akan konvo jugak.
dapatlah aku title lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer major dalam Kejuruteraan Perisian atau dalam bahasa ringkasnya Software Engineering. :D
nak sambung master atau tak. itu tunggu lepas praktikal nanti. bergantung kepada keadaan. niat memang dah ada. dah lama tanam niat nak sambung master pulak. ada rezeki nanti, ada lah. insyaAllah... =)
rasanya, penat lelah belajar, macam-macam dugaan datang untuk habiskan belajar & dapatkan segulung ijazah ni akan terasa bila dah konvo nanti. konfem touching punya nanti.
tapi, berakhirnya sesi pembelajaran dengan konvo, merupakan satu permulaan untuk hidup baru kan. dah masuk alam bekerja, rasanya lagi mencabar kan. hmm~~

oh. daripada bercerita. lagi best kalau tengok gambar kan. so, tengok lah gambar-gambar yang diambil khas oleh photographer profesional. member-member kami jugak. eh, tapi bukan aku yang upah. fa yang upah. aku menumpang bergambar jer. ambik berkat la katakan. haha.


time ni sesi pagi. baru keluar dari dewan.




then, kami sambung sesi penggambaran waktu petang pulak.




merasa pakai topi je dulu... :D




ada orang cakap gaya macam kat oversea. :D
ok. sila jangan puji ketembamam pipi aku.




one of my beloved sis. =)




oh. ini takyah cakap la kan. kalau dah gambar aku dengan dia je banyak. :D




dah penat berjalan-jalan. rehat dulu.




tapi still tetap kena posing yer. :D




apa aje lah yang jadi. macam-macam hal diorang nih. :D




barisan graduan Diploma Sains Komputer.


mereka ni student diploma 2007. kira kami sama-sama daftar masuk la dulu-dulu kan. memandangkan diploma 3 tahun. diorang dah habis dulu la. sekarang semua tengah sambung degree. dah jadi akak senior ha. klu diorang akak senior, aku ni apa.? super senior la kot. haha. okeh, muka masing-masing gembira tak tau nak cakap macam mana la. harap-harapnya degree ni pun diorang akan lebih success. good luck everyone~! =)



aku: nak tido. selamat malam semua~! =)
hepi.hepi.



adios!!
with įƒ¦
n@n@

Friday, October 08, 2010

congratulations.

ehem. ehem. testing. testing.
fine. suara aku taknak keluar. dah macam ramli sarip nyanyi. 2 hari lepas ada gaya macam ella. bangun pagi tadi dah bertukar jadi ramli sarip. ada perubahan. cess.
konon taknak jumpa doktor la kan. sekali suara dah takde. hidung dah tersumbat. terpaksa la pegi klinik. tambah pulak mama telefon dengar suara dah sumbang semacam kan. lagi lah kena membebel pegi klinik. balik kelas semalam letih semacam je badan. lepas makan, makan ubat. makan ubat pun selamba jer. aku cium cium jugak kan ubat tu. nak bau la. kot rasa macam mana kan. sekali tak leh bau pun. cuba bau perfume. still takde bau. ahh. hentam je makan. tapi lidah ni gatai nak rasa jugak kan ubat tu. sebelum telan dok rasa-rasa dengan lidah. ok takde rasa ubat. tapi tetap rasa semacam kat lidah. betapa teruknya selsema.

cukup la sekali je makan. hari ni dah malas dah. memandangkan selsema dah berkurang. bau perfume pun dah boleh bau. haha. tapi suara still bertambah teruk. dan batuk pulak. kan dah cakap, sekali aku demam complete. semua datang. tambah keja asyik dok dalam ekon jer. sejuk bukan main. keluar keluar panas. mau tak teruk lagi. oh. ok lah. enough cerita pasal demam.

esok convocation day dekat UMP. most of my adik-adik akan grad. semua bising-bising suruh datang. yer. saya datang yer nanti kamu-kamu semua. semalam sebelum pegi klinik, teman fa pergi ambik jubah konvo. segan jugak. yelah yang datang semua nak ambik jubah. aku dok tercongok je. bukan apa, aku nak pegi klinik sorang takut. ajak fa teman. kebetulan dia tengah ambik jubah, pegi la sana dulu. sambil-sambil tu tengok la semua senior-senior datang ambik jubah. ada yang kenal. ada yang tak. semua dah lain rupanya. dah keje kan. bukan keje biasa-biasa. engineer. tiba-tiba terbayang konvo tahun depan. aku konvo la nanti time tu. macam mana la rupa sorang-sorang nanti kan. haha. yela. masing-masing dah keja jugak time tu. mesti hebat sorang-sorang. dan aku pun dah mula berangan konvo nanti. waa.. tak sabarnya..

for my beloved adik. yang selalu baca blog akak ni. fa & ida. congratulations ya. tahniah sebab berjaya habiskan diploma. lepas ni degree pulak. and next year akak konvo, korang pun wajib datang. =)
and tak lupa untuk yang lain-lain tu. hanis,fana,ayu,zaza&hawa.
i'm happy coz we have such a great moment together. =)


aku: ah. sedih pulak tiba-tiba.



adios!!
with įƒ¦
n@n@

Wednesday, September 29, 2010

makan.gosip.photoshoot.

tarikh : 26 September 2010
masa : 3 petang - 5 petang
tempat : kediaman keluarga en.irzad


hari tu dah janji kan nak update edisi open house @bukit istana. rumah classmate kami. sebab dia duduk kuantan kan. harus lah buat open house. ok2. ni nak tunjuk la ni. kami pergi konvoi 3 buah kereta. sesat jugak nak cari bukit istana ni. first time kot sampai kat sini. walaupun dia bagi map, tapi kami main redah je tak bawak map. haha. it was fun. makan-makan. photoshoot sudah semestinya. sembang-sembang. tak sedar dah 2 jam rupanya kami kat sana. menu hari tu ada spaghetti, kek coklat, biskut raya made by irzad, roti jala dan air sirap. semua benda kami makan. sedap kot. tambah-tambah datang dengan perut kosong. hah. tengok je la gambar kat bawah ha.



tuan rumah kat belakang.



masing-masing kusyuk dengan henfon aih.



the girls saja. the boys duduk luar.



sesi makan-makan bermula.



nampak balang biskut tu? tu la biskut made by irzad. sebab dia buat tu yang suruh kami makan. :D



gosip-gosip.



sesi photoshoot bermula. lokasi : rumput yang cantik. :D



candid.



smile. smile.







dari kiri atas : sarah. zaza. fana. nini. izzwan. khaled. muhaimin kot (tak kenal sebab dia kelas lain)
dari kiri bawah : fify. ayu. nana. ida. usop.






okey la. 14 keping pun dah banyak rasa. penat edit & upload. haha. sampai dah tak tahu nak letak caption apa bawah gambar-gambar tu. seperti biasa, gambar-gambar sudah ditapis. ada lagi, tapi cukup la kan.

kalau korang perasan. dari mula gambar sampai akhir gambar, aada je aksi aku dengan ida. haha. dia la tak duduk diam. ade jer nak kacau. but i love pic yang candid tuh. smart. oh. itu hasil captured sarah.


aku: i miss my bcs's 07 coursemates. ;)


adios!!
with įƒ¦
n@n@

Wednesday, September 22, 2010

jamuan raya satu.

alhamdulillah..kenyang...
baru balik jamuan raya kolej kediaman.
first time kolej kediaman buat jamuan raya..
duduk kk3 dulu pun takde jamuan raya..rezeki duduk kk4..
:)
so far ok lah..seharian tahan perut..
bercita cita untuk kurangkan makan..takmau makan nasi..
tapi bila depan mata ada lontong, sate, nasi impit & kuah kacang, bihun goreng..
lagi mau tahan makan???
takpe lah..hari ni jer..
hari ni jer???nanti ada lagi jamuan raya..open house..
huh..memang membina badan lagi bulan nie..

gambar takdelah pulak. excited nak makan.
kamera pun takdak. 
meriah tak meriah. ok la. ada pasangan yang nyanyi nyanyi.
suara sedap. terpukau i dengar. haha.
terhibur la jugak kami.
oh lupa. aku pergi dengan sue, wani & nab. setelah sekian lama tak lepak dengan korang.
ye dak sue??
heheh. next jamuan raya, jamuan raya ump pulak. kita pergi sama sama lagi yer.

ok lah. perut dah kenyang, mata dah berat. tapi nak kena siapkan homework sekejap.


aku: minggu ni mood raya masih tebal. belajar pun tak semangat. aish~



adios~~
with įƒ¦
n@n@