Sunday, August 24, 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum readers! Wah,dah masuk Ogos 2014 I olls baru berkesempatan nak hupdate belog..Busy lah saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baru. :D Sekarang anak dah besar sikit, baru laaa kembali normal jadual hidup aku. Sebenarnya terjaga jam 1.30 tadi anak nak menyusu, lepas tu rasa macam segar sikit la pulak ni. Iyelah dah tido pukul 9 tadi. Awalkan tido. :D Letih setelah seharian ber ‘open house’. Sampai sakit kepala sebab minum ais saja. Air masak bawak tinggal dalam kereta kan. Sudahnya tadi sebelum tido pekena shaje vanilla satu.

Okaylah hari ni bukan nak update kisah kelahiran ke apa ke. Itu rasanya cerita dah basi la kot. Huuu. Nanti lah kalau aku rajin nak bercerita pasal tu aku buatlah entry. Hari ni ada satu insiden berlaku yang membuatkan benda tu still terngiang-ngiang je dalam kepala otak aku ni. Pagi semalam,kitorang ada jamuan hari raya alumni UMP + AGM alumni. Event tu berlangsung di SACC. Bukan la dekat mall tu kan. Dekat convention centre tu. Dah habis jamuan around pukul 4 lebih macam tu ke Alam Impian pulak rumah kawan husband yang buat open house. Biasa la dia, geng futsal merangkap geng kawan sekolah dulu. Pasti satu geng ada berkumpul. Nasib baik ada yang ada isteri, maka isteri-isteri ni pun hai hai la sesi berkenalan. Anak aku dah kemana orang pegang-pegang. :D nasib la anak aku jenis tak kisah orang. Silap-silap aku yang kena check up selalu lokasi terakhir anak aku kat mana.

Ok. Kemudian ada la sorang kawan si suami jugak kot, sebab aku tak berapa selalu jumpa tapi familiar macam pernah jumpa sekali dua. Kalau geng futsal dia tu selalu dah jumpa. Ada la masa tengah salam salam tu kot suami aku ni bagitau kitorang dari SACC. Masa tengah makan tu, kawan tadi pun baru nak join makan. Yang menjadikan topik aku nak bercerita ni sebab perbualan dia dengan suami aku.

Kawan A : Ko dari mana? SACC? Banyak sale ke SACC? *sambil gelak-gelak

Suami : Takdelah. Kitorang dari convention centre tadi. Ada jamuan raya alumni universiti aku. Kalau tak diorang nak buat kat Felda kat KL, pastu tukar tempat pulak.

Kawan A : Ooo..Tukar tempat kat mana? Kedai makan? *sambil fokus ambik makanan

Suami : Taklah. Kat convention centre tu lah. Kat dewan dia tu.

Kawan A : ooo..ok ok.. *terus sambung makan


Ada yang pelik ke dengan perbualan kat atas? Takde kan. :) Sekali baca nampak macam takde apa lah. Tapi yang buat aku mula nak buat pandangan sinis dekat orang tu bila nada dia bertanya tu macam nak siniskan kitorang jugak. Haha. Ingat pergi SACC nak shopping aje? Ingat alumni tu macam sembang kat kedai kopi? Ke aku yang over sensitive? :D Well, kalau dah pilot for sure belajar tinggi jugak kan. Mesti la fikiran pun kena matang jugak kan plus you have travel around the world. Oklah, maybe not around lagi, baru half. Takpelah aku anggaplah dia nak bergurau senda je. Laki aku cool je. Ni kalau aku cerita sah dia kata rilek la yang, benda biasa je. Haha. He never negative. He always positive. Yang negative selalu banyak aku. :p Ok la tu kan negative positive baru la melekat. :D Sorry husband if you read this. Bukan nak mengutuk, tapi sakit hati je. Haha.


Ok lah. Nak sambung tido. Kita hanya manusia biasa. Yang sentiasa buat banyak salah dan silap. Memang tak sempurna. Sebab yang sempurna hanya satu, Allah S.W.T. I always keep this in my mind bila rasa nak marah seseorang @ sesuatu keadaan. Kadang-kadang berdiam diri itu lebih bagus. Diam dan memerhati dan ambil pengajaran. Supaya kita pun tak buat benda yang sama. Wallahualam. Selamat malam dunia. Aku lapar nak isi perut dulu.


p & s :::: yeay!!!! finally berjaya update 1 entry 2014..tapi tak sempat blogwalking lagi..
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. :)

No comments: