Showing posts with label herbalife. Show all posts
Showing posts with label herbalife. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Pregnancy Review : Herbalife untuk Ibu Mengandung

yup. I just wanna share my first pregnancy with herbalife. sebab ada kawan-kawan yang curious boleh ke orang pregnant minum herbalife. jawapannya boleh aje. InsyaAllah, dengan izin Allah sihat. sebab herbalife adalah makanan yang berasaskan protein soya. protein tumbuh-tumbuhan, bukan protein haiwan. :)

masa awal kandungan, memang la selera makan berkurang. makan apa pun tak masuk. even shake herbalife ni pun susah nak telan. tambah kalau bancuh plain, kosong gitu. for sure takkan habis. maka, memang setiap kali bancuh shake akan tambah dengan jus oren. asalkan ada rasa manis tu. kadang-kadang campur jugak dengan soya jagung. perisa yang boleh masuk tekak time tu tropical fruit dengan vanilla je. masa first checkup tu memang la nurse kasi asid folik. semua pun sedia maklum kan asid folik ni untuk menguatkan janin kita masa awal-awal kandungan ni. memandangkan aku bukanlah orang yang suka makan ubat especially pil, ehem...sampai sekarang asid folik tu elok je cantik terletak atas meja kat bilik. huhu. aku cuma make sure setiap hari aku akan habiskan at least 400ml shake. sebabnya dalam shake herbalife ni semua nutrisi, vitamin, kalsium yang perlu untuk ibu mengandung ada. termasuklah asid folik tu. boleh tengok dekat label yang balut botol.selalunya aku minum waktu brekfes lah. tengah hari, petang, malam, ikut selera tekak nak makan apa. jadi,satu, aku ambik Formula 1 Herbalife sebagai sarapan pagi. :)

dua, aku minum NRG Tea, atau nama penuh Nature Raw Guarana tea. tea ni berfungsi untuk tambah tenaga dan improve ketajaman fikiran. disebabkan masa 1st trimester tu badan memang superletih, super mengantuk, aku minum NRG untuk kurangkan letih dan mengantuk tu. still rasa tu tetap ada,perubahan hormon dalam badan kan, tapi gagah lagi la nak masuk office tu. tapi tekak ni memang nak rasa manis je kan, aku campur dengan gula jugak la sikit. hehe.walaupun sebaiknya minum tanpa gula. takpe, khasiat tak berkurang pun. penambah rasa je. :D aku minum bila-bila aku rasa mengantuk nak tido kat office.takde spesifik time.

ketiga, masuk 2nd trimester aku dah mula ambik Calcium Plus dengan Omega 3 Fish Oil. actually, dari 1st trimester lagi dah ambik cuma tak kerap je. sebab masa tu kan mana rasa nak masuk makanan banyak-banyak. so, masuk 2nd trimester aku ambik setiap hari. seperti kita tahu, kalsium penting untuk ibu mengandung dan penting bila masuk 2nd trimester sebab anak kita dah mula menyerap segala nutrisi dan zat dari badan kita. dan minyak ikan pulak penting untuk perkembangan otak. :) yang ada DHA bagai macam kat dalam susu tepung tu. jadi, aku merajinkan diri makan Calcium Plus dengan Omega 3 yang berbentuk kapsul ni yang boleh tahan besarnya. demi anak, kugagahkan jua. haha.

selain daripada semua kat atas tu, Herbal Aloe Concentrate yang bertindak sebagai pencuci usus, dengan Teamix aku ambil juga. Aloe sebab rasanya masam, aku minum nak hilangkan loya je, disamping nak cuci usus tu kan. even sampai sekarang pun ada jugak rasa tak sedap tekak tu sikit-sikit. ada jugak aku baca, time mengandung ni boleh terjadi sembelit. maka, minumlah aloe untuk melancarkan proses pembuangan. :D Teamix pulak aku ambil after makan berat je. Teamix ni aku tak gemar sangat sejak mengandung. mungkin sebab dah minum NRG kot. tapi penting jugak teamix ni nak cuci minyak-minyak,  lemak-lemak makanan yang kita dah makan. sebab tu aku minum bila lepas makan berat je. dan.... yang penting, air masak at least 2 Liter aku minum satu hari. kalau tak, cemana la nak buang sisa-sisa kumuhan yang kita dah makan tu kan. :)

antara produk-produk herbalife. tapi ini over the sea punya.

 
ini Malaysia punya produk. sila pilih nak rasa apa. :D

 copyright gambar : google.com

so, that's it. actually, semuanya produk yang sama je aku consume hari-hari sebelum mengandung. takada spesifik set pun untuk ibu  mengandung. takada beza pun. bezanya cara pengambilan je dengan orang yang nak turun berat badan ke, nak naik berat badan ke. still, boleh nampak jugak badan aku agak berisi masa mengandung ni. sebabnya aku bukan ikut program nak jaga badan. aku minum sebab nak kasi nutrisi kat baby je. takada jugak kuantiti banyak mana aku nak consume. kalau larat, minum la banyak mana suka hati aku. ada orang sampai 3 kali shake setiap hari. minyak ikan Omega 3 tu,lagi banyak makan lagi bagus. :) aku ni ikut sedap tekak je. hehe. atleast, makanan yang berkhasiat la kan. sebab dah tahu khasiat yang ada, bila bagi baby makan tu, rasa "oh,hari ni dah bagi baby makan makanan yang berkhasiat". kadang-kadang nak makan yang pelik-pelik tu rasa bersalah. hehe. dulu takde la pulak kan nak bersalah. suka hati je makan. heee~

apa-apa pun, ini semua ikut masing-masing la. :) ada yang rasa produk lain lagi bagus, just take it. as for me, aku rasa setakat ni, ini yang bagus untuk aku dan family. dan yang penting, banyak-banyakkan doa kepada Allah agar baby sentiasa sihat, diri sendiri pun sihat dan semuanya akan dipermudahkan kelak. itu yang penting. ini hanyalah sebahagian dari usaha kita untuk yang terbaik. orang dulu pun mana la ada semua benda ni kan. sihat jugak anak mereka. tapi kalau difikirkan environment dulu dan sekarang, kita sendiri pun tahu kan macam mana. perkembangan dunia yang semakin berteknologi tinggi. :)

alhamdulillah, masuk 25 minggu usia kandungan, semua sihat, ibu dengan anak sihat. aku pun takde masalah kaki bengkak atau water retention ke orang panggil? sakit belakang ada la sikit-sikit bila duduk lama sangat kat office tu. kaki cramp ada jugak sekali-sekala datang, especially time sejuk ya amat. perut pun comel je membulat. hihi. nama je belum cari lagi. :p

Friday, March 08, 2013

saje update.

assalamualaikum w.b.t

bulan ketiga untuk tahun ni dah pun muncul..yes..masa cepat sangat berjalan sekarang..tiba-tiba minggu depan aku dah 25 tahun..masih selamat hidup di bumi ciptaan Allah s.w.t selama 25 tahun..Alhamdulillah..bersyukur walaupun kadang-kadang tak reti jugak nak bersyukur..dan....bulan lepas genap setahun aku bertahan dengan pekerjaan sekarang..nak kata dah kering hati tak jugak..kadang-kadang hujan turun lebat jugak..kena bersabar lagi untuk sementara waktu ni..

well...just came back from Bandung, Indonesia..trip yang sangat mencabar dan berani..because just two of us, me and siti..ya, my officemate..her name is siti hajar..and people call her siti..that's why when i asked my teammate to call me siti, they said 'oh..we're already have 1 siti in our team'..so, i asked them to call me nana, but they hear hana..and hana is my new nickname..not so new laa..1 year already..nice isn't it? :p ok..back to the story..Bandung..dah tertukar channel omputih pulak..kami hanya berdua, tanpa travel agent, memang gamble ikut google map je mana nak pergi..tentatif perjalanan pun sendiri yang decide..yang berani kami hanya 2 orang perempuan..yang kagum tu, hampir semua tempat yang kami nak pergi, kami berjaya tiba..tapi...sebenarnya sejam sebelum terbang baru dia tahu hanya kami berdua..tak sempat nak bagitahu..alasan kan..haha..takut sebenarnya nak bagitahu..nak cerita details lagi tunggu lah aku tak sibuk..sekarang sangat sibuk..for me, cukup la sekali je aku pegi bandung..suka bab shopping kain je..untuk benda-benda lain tak ada lah kot..tapi best lah melawat negara orang.. ;) nanti tengok bulan 6 ni cemana pulak rupa Bangkok yer..

balik Bandung dah EOM untuk Herbalife..semua sibuk nak buat last order..dengan aku pun pening nak buat order..walaupun takde la banyak sangat order kan..tapi pening jugak lah.. :D itu yang fun..pening-pening lepas tu masuk sikit duit belanja..boleh buat makan subway..aku ada satu perasaan puas bila dapat beli produk..walaupun bukan produk sendiri.. :D

eh..ok lah..nak balik kampung petang ni..rindu dah dengan negeri Perak ni..bye!

Tuesday, January 22, 2013

2013 dreams

assalamualaikum.. salam spectacular..
wink..wink..wah..semangat spectacular kata kan...lunch hour time..tapi aku jadikan blogging time..pukul 1 nanti baru makan..sebab waktu inilah berkurangnya orang-orang dekat pejabat ni..

dreams..setiap orang ada dreams..tak kira besar atau kecik..rasanya ada post post sebelum ni aku dah pernah tulis antara dream dream aku kan..tapi itu aku tak ambik secara serius..sebab...tulis je dream tapi hati tak pernah yakin dream itu akan tercapai..bila hati tak yakin, maka tak ada usaha untuk mencapai semua dream tu..jadi, setiap tahun tak ada perubahan yang besar dalam hidup..

lately ni aku banyak berfikir..dan banyak belajar dari orang-orang sekeliling..terutama dari orang-orang herbalife lah..banyak benda yang jadi sumber inspirasi aku untuk terus tak mengalah, tak selalu berfikiran  negatif, ambil semua benda positif, dan senyum setiap hari walaupun terlalu banyak masalah yang ada..masalah tak kan pernah habis..sebelum ni walaupun aku selalu je cakap taknak negatif, taknak fikir apa orang lain cakap dan lain lain lagi, tapi sebenarnya aku tak sekuat yang aku sangkakan..sebab utama dan penghalangnya adalah diri aku sendiri..diri aku sendiri yang taknak berusaha dan memberi peluang..

semakin hari bila semakin banyak inspirasi yang aku perolehi, aku sedar aku harus beri diri sendiri peluang..kalau aku nak berubah..untuk menjadi orang yang lebih baik..yang penting aku kena berusaha dan melawan semua aura-aura negatif..cheewah.. :) serius..dan disebabkan itu aku dah senaraikan semua dream aku untuk tahun 2013..aku kena tulis dalam blog, nanti aku boleh review balik bila dah masuk 2014 kan..

1. nak suruh semua satu family consume herbalife.
2. nak kawin.
3. nak beli kereta.
4. nak beli iphone atau semua adik beradik apple.
5. nak berhenti kerja pergi 9 pagi balik 6 petang.
6. walaupun tak kerja 9 pagi balik 6 petang, nak ada income sendiri RM 5000 ke atas.
7. boleh beli alat-alat penjagaan kucing semua sekali.
8. nak buat rumah kucing yang selesa.
9. bawa satu family pergi umrah.

9 impian aku untuk tahun 2013..untuk mencapai semua ini haruslah bekerja kuat..takkan ada benda yang datang bergolek ke..berjalan ke..berlari ke..is it impossible to achieve?? it's possible if i really really really work hard..for the 1st step, i choose to go to the Spectacular..
apa-apa pun..kembali kepadaNya..semuanya akan tercapai dengan izin Allah dan jika aku berusaha dengan bersungguh sungguh..kucing pun termasuk sekali tau..sebab sekarang pun fikir 2 kali nak beli semua barang mereka itu..till then..let's work hard in this year 2013.. :)


"Learn and benefit from people who's character inspires you. Being around them makes you want to better yourself. Allah knows best." -Sheikh Abdul Nasir Jangda

Monday, January 21, 2013

counting days...

assalamualaikum..

minggu ni kerja 3 hari..seronok! sebab memang dalam hati ni dah semakin kurang perasaan nak bekerja pukul 9 pagi sampai pukul 6..nak bekerja tak ada masa yang tetap..tapi kena tunggu green light dari future husband dulu..dia kata ok, baru ok nak hantar surat..sebab dia pun tengah tunggu green light..hehe..

oh..dan tak sabar jugak menunggu hari sabtu dan ahad ni..


seperti Amalina Peter cerita semalam dekat STS, sebelum pergi spectacular mereka, dia dan suami, tak nampak langsung jalan untuk berkahwin..2 minggu lepas attend spectacular, dengan izin Allah S.W.T dia terus nikah..and everyone is surprised..diri dia sendiri pun terkejut jugak apatah lagi orang lain kan..apa ada dengan spectacular? let me go first then baru i share dengan korang yer..since this is my first spectacular..and of course la aku super excited..ada orang kerja 9 pagi 6 petang excited dengan kerja dia? kalau ada aku tabik. sebab aku tak.. :)

disebabkan terinspirasi dengan kisah Amalina dan Abqari, mana tahu balik spectacular seminggu terus nikah ye dak..ahaha.. :) apa-apa pun semua dengan izin Allah S.W.T..masih mencari-cari jalan untuk melengkapkan ibadat yang satu ini..doakan lah untuk kami yer.. :) dear future husband, let's work together. :) for those yang pergi spectacular, see you guys in spectacular!!!

tweettweet : selamat menyambut maulidur rasul. maulud nabi jangan dilupakan. :)

Tuesday, December 25, 2012

thank you coach!

selamat menyambut hari krismas kepada sesiapa yang menyambut..

hari ahad yang lepas, seperti biasa adalah hari aku pergi ke event herbalife..sampai ijan pun tiap-tiap minggu dah tanya minggu ni event dekat mana..minggu ni event dekat mana.. :D biar aku explain sikit setiap hari ahad aku ke mana..ahad minggu pertama selalu nya akan ke Hotel Pan Pacific dekat PWTC..minggu kedua sama ada di SACC Shah Alam atau K-Club Taman Melawati..begitu juga dengan minggu ketiga..bergilir lah antara 2 tempat ni..dan minggu terakhir setiap bulan adalah di Putrajaya..dulu dekat Pullman..sekarang dah bertukar ke IOI Marriot..oh, aku sangat kagum dengan reka bentuk bangunan hotel-hotel ni..kalau tak pergi event, tak merasa lah aku pergi melawat hotel-hotel ni..walaupun hanya Putrajaya..ada ke orang saje-saje nak melawat hotel..takde kan..mungkin aku akan pilih sebagai salah satu tempat untuk honeymoon..sebulan sekali..aci tak? ;D future husband, please take note. peace. hee..

event dekat Putrajaya hari tu adalah salah satu event yang sangat memberi impak dekat diri aku..sebab 1st Presiden Team Gen-H Herbalife telah di 'recognize' on that day..apa maksud recognize dalam melayu? diiktiraf ke? ok lah..diiktiraf.. Amalina Peter & Abqari Hamid. They are just 23 and 24 years old..tapi dah jadi Presiden Team termuda..income bulanan tak perlu cerita banyak 100K above..berpuluh kali ganda dari gaji aku sekarang...impress..you guys can read more about them from here. :) aku baru kenal mereka sejak pertama kali guna Herbalife dan setelah pergi event..kalau tak pergi event tak akan kenal mereka..they are really inspiring me..mereka bermula dengan Herbalife seawal usia 18-19 tahun..habis belajar tak kerja dengan orang..terus buat Herbalife..dan sudah ada anak seorang..selepas 6 tahun, inilah mereka..kalau baca blog mereka, jangan kata buat Herbalife adalah macam skim cepat kaya..tak ada benda yang boleh buat cepat kaya kalau tak ada usaha..insyaAllah, I will work for it..dan event adalah tempat untuk belajar..tempat yang penuh dengan ilmu..bukan cakap-cakap kosong semata.. :)

because I have lots of dream to achieve..dari Herbalife jugak aku belajar semua impian akan jadi kenyataan..one of my dream dah jadi kenyataan..aku dapat makanan yang sihat setiap hari..tak perlu risau badan akan gemuk dengan makanan yang tak berkhasiat..honestly, aku pernah tergolong dalam golongan orang yang akan diet tak makan nasi sebab takut gemuk..aku memang sangat sangat care pasal badan aku..tapi aku tak boleh tak makan nasi..sangat menjaga perut supaya tak buncit..dan mengikut petua taknak perut buncit, minum air 30 minit selepas makan..i do it..aku memang buat..tapi kenapa pipi masih tembam kan.. :D sekarang, aku tak perlu risau nak makan apa pun boleh..no more diet nasi..makan lah suka hati..cuma sekarang dah pandai dah nak manage kuantiti nasi tu nak ambil berapa banyak..nasi itu penting juga peranan dalam badan kita..dah tak makan ayam goreng selalu..banyak kan makan sup sup dari yang bergoreng..tak ada lagi nasi lemak, mee goreng, bihun goreng as my brekfes..itu yang penting..no more fast food..i don't remember bila last time aku makan kfc, mcD dan pizza..seriously..boleh makan..cumanya jarang kan makan..semuanya datang dengan kesedaran diri..bila kita betul-betul nak menjaga kesihatan badan kita, kita akan sedar sendiri..dan sekarang dah pandai minum air masak sehari 2-3 liter..nak try 4 liter pulak..2 liter sehari is a moust for me now..

thank you to my coach. :) selalunya dekat event, speaker suruh peluk coach to appreciate them..tapi, tak kawin lagi, tak boleh peluk la yer coach..peluk ibu je on behalf.. ;D thank you again. :)
next dream, to make all my family member consume Herbalife..it's not just about money..bukan duit semata-mata yang aku nak..hidup itu yang aku nak..but, if u have your own way to get yourself healthy, it's up to you..this is my way.. :) siapa sangka aku akan jumpa Herbalife? ini semua kerja Tuhan..
kalau rasa nak consume Herbalife, jangan malu jangan segan nak bertanya.. :) till then..

my lovely family. besarkan abang aku dan kuruskan adik aku.

"It is not the money that you make. It is what you become from the money that you make"


tweettweet : can't wait for the next event, Spectacular 2013. :)

Saturday, December 15, 2012

before and after

assalamualaikum..w.b.t.....
it's friday everyone..siapa tak suka jumaat memang pelik bin ajaib lah tu..tapi aku tak suka jumaat hari ini sebab dari pagi sampai petang aku tak buat kerja, pc slow kenapa tah dekat ofis tu sampai restart banyak kali pun tak mau tengok jam dah pukul 6 terus shut down balik dan bercita-cita esok nak pergi ofis sebab isnin bos suruh demo dan dan terus rasa nak pengsan! phew. tarik nafas. semoga cita-cita aku tercapai sebab esok adalah hari sabtu yer. -___-

dah..tengok keputusan esok sape menang, rumah ke ofis yang menang..
ehem..tengok la header baru kite..cantik tak..cantik tak..ahaha..well, malam ni aku gigih mencipta header untuk belog lepas tu rasa nak buat cover photo sekali lah dekat facebook..aci tak..sebab dah officially jadi Herbalife Independent Distributor tu yang mula rasa nak bekerja keras ni..cuma belum sampai gunung berapi nak meletus lagi..baru dok menggelegak je kat bawah tu..di tambah pulak dengan kata-kata "awak no problem..saya kan ada". tapi tetap tak boleh jadi.. :D


ehem..ini adalah aku tahun lepas masa konvo..isk..tembam kan pipi..haih tu lah dah duduk rumah makan sedap-sedap je selalu..eksesais nye 2,3 kali sebulan..tu pun konon-konon nak eksesais..aku ada sorang kawan baik dekat rumah yang kami sama-sama terasa pipi masing-masing dah tembam, lepas tu nekad setiap pagi pukul 7 pegi joging dekat taman..joging petang panas..tu yang gigih dan nekad nak pegi pagi..keputusannya..? tak ada keputusan..haha..sama macam di atas je.



dan...ini adalah aku pada bulan 11 yang lepas..ni baru balik dari singapore..oh, cerita pasal uss belum habis lagi kan..nanti ye sambung..aku tak faham kenapa mesti capture gambar aku masa tengah taip sms..tapi takpe..aku suka semua gambar masa aku tengah taip sms..credit to my housemate alias fotografer of the day.. :D haa..selepas 7 bulan guna produk herbalife, inilah hasilnya..kecik la sikit kan..dah tak tembam dah pipi i..tapi tembam lagi sikit-sikit ha...nak fokus untuk reshape kan balik badan..siapa tak suka cantik kan..tak mengubah ciptaan Tuhan..hendak mendapat tubuh badan yang sihat saje.. :)
nak tunjuk gambar full badan nanti orang kate takde beza..kita tunjuk beza dekat muka je lah yer..oh, nak hilangkan juga jerawat-jerawat dekat muka ni..badan aku masih belum dicuci sepenuhnya lagi..terliur tak tengok makanan tu..sotong goreng tepung..wee~

but amazing result that i have, kebaya lama dah boleh pakai balik dengan selesa..Alhamdulillah..lepas ni nak selesakan lagi..dulu tengok je kebaya tu dalam almari..haha.
 
if you are interested to lose your weight, gain your weight or even maintain your weight , can ask me how. :) i will coach you..till then..goodnight!

Monday, December 03, 2012

positif setiap hari.


selamat sejahtera pembaca.semua sihat hari ini.?dah minum shake hari ni? :) dan hari ni dah masuk bulan disember..sikit je lagi..sikit je lagi.. :) :) :) hari ini aku terasa nak share semalam punya event..
STS Pan Pacific di PWTC..selalunya untuk STS di Pan Pacific ni kitorang akan jadi action team..bermakna, kitorang akan tolong menjalankan event itu..dan yang organize event tu jugak sebenarnya upline
kitorang..dan tugas aku selama beberapa bulan yang lepas adalah tolong pakaikan tag
dekat tangan orang..ada pulak orang panggil tag batal air sembahyang kan.. -__- next
time kena pakai sarung tangan kot..kena tolong pakaikan sebab memang ada orang yang tak
reti pakai tag tangan tu yer..especially newbie in herbalife.. :) 
 
become one of the action team member best lah..salah satunya, minum shake free..wee~ sambil sambil ibu buat shake untuk speaker, boleh sambil habiskan shake tu..okeh, back to the topic... :D
selalunya,penghujung event akan ada guest speaker..dan guest speaker semalam adalah cikgu azhim..dari kuala nerang, kedah..this is my first time dengar dia punya sharing..bila dengaq dia cakap bahasa utagha,seronok weh..haha..ye lah..aku duduk kl memang tak keluaq la bahasa aku kan..dok cakap kl je..:D 
cikgu azhim punya cerita memang best..thumbs up! selalunya orang mesti fikir pergi event dok suruh orang dengar pasal produk then suruh beli produk..then benda benda yang boring..macam MLM yang biasa lah kan..tapi aku tak pernah pun pegi event lain lain jenama..sebab dulu pun aku bukan percaya benda alah bisnes ni. ;) herbalife lain..orang mesti cakap, yelah dah aku ikut jamil..sebab tu lah aku pergi event..mungkin itu pun salah satu sebabnya..haha..tapi sebenarnya, masa mula-mula dulu pun aku mengelat jugak..mana nak ada pergi sangat..ada jugak bagi alasan..but then, aku sedar..aku sendiri yang terasa nak pergi..sebabnya aku
belajar banyak banyak banyak benda..bukan tentang herbalife semata-mata..tapi tentang life kita sendiri...
 
back to the topic..again....haha..cikgu azhim punye cerita..one of the best speaker i guest..sepanjang aku pergi event..ini yang paling best setakat  ini..nak cerita banyak pun banyak sangat..sebab tu kena pergi event..tanya aku banyak-banyak pun, aku bukannya speaker yang bercerita itu..aku cuma mendengar cerita..dan berkongsi sedikit di sini..apa yang aku belajar semalam, setiap hari kena positif..whatever rejection yang datang, stay positif..masalah sentiasa ada..fikir masalah banyak-banyak pun tak guna..yang penting fikir cara nak selesaikan masalah kan..sebab tu aku tak kisah pun apa nak jadi dekat ofis..suka hati lah korang nak resign nak bergaduh, janji tak kacau aku sudah. eh. tiba-tiba kan. :D 
 
keyword disini ada lah positif..positif setiap hari..tapi keputusan aku untuk keluar dari tempat itu tetap tak berubah..tetap nak keluar..lagipun dah dapat approval..wee~ 
so, conclusionnya..don't judge a book by its cover..then, don't judge herbalife until u use it and feel the difference..peace! i will never stop using herbalife. ;)

yesterday event. as usual. copy and paste dari jamil punya facebook.

tweettweet : semoga murah rezeki nak beli kamera sendiri. tak perlu copy paste gambar dari orang.

Monday, November 12, 2012

rational vs emotion

assalamualaikum..selamat pagi.. :)
hari ni ofis kosong sedikit..memandangkan minggu ni minggu yang banyak cuti..maka mesti ramai yang nak pergi bercuti..disebabkan aku dan banyak bercuti maka aku pun berada lah dekat ofis hari ni..bagus jugak..tenang jugak rasa tak ramai orang macam ni..
something happened yesterday..and still when i wake up this morning, perasaan bersalah itu masih ada..i am sorry..baru semalam belajar, dalam membuat sebarang keputusan, emosi perlu diletakkan di belakang..but sometimes, aku kalah jugak dengan emosi aku..menjawab tajuk entry di atas, emotion menang lagi dari rational...hmm..enough, minggu baru kena mula dengan perasaan baru.. :) :) :)

I quotes this from destination jannah tumblr. Feels like to dedicate this to you..Again, I'm sorry.. :)
Everyone is facing something but know that you are being looked after the one who believes in you more than you believe in yourself, the one who is watching and sustaining, the one who knows you will get through this!
Life is a struggle but we got this! and no one is alone in this struggle, we are just fighting different battlesMay Allah ease any pain you may feel, may Allah grant you stability, may Allah fill the gap that is missing, and may you never get lose in a phase of your life. May every phase be a step closer to Jannah tul Firdaus. We are one people and we are all in this together, your pain is my pain, your hurt is my hurt, your tear is my tear, where you walk, I walk right beside you.You are all in my duas and hold a special place in my heart. my family. my ummah.
this coming weekend i'm going to 1 of the biggest herbalife event..zero2hero nama diberi..ewaah..nak cerita apa itu zero2hero pun aku taktau lagi..sebab ini first time aku baru nak pergi..tunggu dah balik nanti baru boleh cerita..eksaited? of course..sama eksaited macam nak pergi singapore hari tu..tapi feeling tu lain sikit lah..walaupun gambang tu dah macam kampung halaman jer..because of this event, terus feeling jadi lain sikit..cerita singapore nak cerita jugak..slow slow buat entry ni yer..sabar yer..




like they say, herbalife is simple, fun, and magical. :)


tweettweet : anak kucing dah tambah lagi 3 ekor..

Monday, August 13, 2012

a piece of cake.




ada orang candid gambar suka hati..tapi takpe, i suka ini gambar..wee~
later-later i share story yer..copy paste je gambar ni sebab i takde kamera yer..
oh..ini masa event herbalife semalam..peace! ;)


tweettweet : senyum sorang-sorang dari pagi sebab ada orang buat lawak semalam.

Saturday, August 04, 2012

majlis berbuka puasa herbalife.

selamat pagi! :)
tengah malam ke awal pagi ni nak kira..gigih menaip entry sebab hari ni mood aku bertambah tambah gembira..wee~~ oh, sebab tadi pergi majlis berbuka puasa..yang semalam cerita tu..majlis berbuka puasa herbalife dekat dewan merak kayangan bersama sama dengan my other half motivator and his family. :) banyaknye makanan toksah cerita la kan, tapi aku hanya mampu makan beberapa ketul kuih dan semangkuk laksa..selebihnya curi makanan orang sebelah sikit..ahaha..orang tu dapat kambing, berulang kali lah makan kan... *gelengkepala* :D

ingat majlis buka puasa herbalife, minum produk herbalife je ke..makan lah suka hati nak makan apa kan..lepas tu cover balik lah kan..so, tak ada masalah nak makan banyak mana pun..
"herbalife is a product for those people who loves to eat"
kita nak makan banyak-banyak, at the same time kita nak sihat kan..kalau sakit dah mula la itu ini nak kena pantangkan..so...fikir fikir lah. ;)

oh..and i learn new things today masa kat majlis tadi..bila berpuasa, akan ada satu masa perut kita akan rasa pedih perut lapar..sebabnya, masa itu asid dari perut kita di producekan dengan banyak..dan asid ini hanya menyerap cecair dalam badan..so, kalau kita sahur makan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, maka ia akan menyerap lah segala lemak-lemak itu..if i'm not mistaken lah..correct me awak kalau statement saya ini salah yer.. ;) that's why bila bersahur dengan shake, yang juga merupakan cecair, ia akan menyeraplah segala nutrisi yang ada dalam shake itu..see..kita dah beri nutrisi yang baik dalam badan kita..

dan sememangnya aku tak terasa lapar sepanjang berpuasa..tak letih..yang penting memang dah takde pedih perut..al maklumlah aku ni dulu memang tak boleh lari dari gastrik..dah beberapa tahun puasa, kalau tak kena gastrik sekali memang tak sah..alhamdulillah tahun ni takde kena..mudah-mudahan hilang terus lah gastrik aku lepas ni.. :)


 
tweettweet : gambar takde..nak tengok gambar sila lah cari beliau. ;D

Monday, June 25, 2012

skeptikal itu ?

assalamualaikum readers. :)
just came back from pullman, putrajaya..as usual, another herbalife event..
dah kata in love dengan herbalife kan..tak boleh miss dah event herbalife ni..i really had fun through this event. :) oh..i should ajak u kan zarif..bukan senang i nak melawat putrajaya kan..... ;p
dan u pun kata nak review pasal herbalife kan..kalau u datang, dari A sampai Z u tahu nanti.. ;)

hari ni ada story lagi..everytime balik dari event mesti ada cerita kan.. ;D
takpe, kali ni bukan cerita orang nak mengorat ke apa..
seperti biasa tengah tunggu bas lagi..asal tunggu bas je mesti ada benda yang jadi kan..
duduk sebelah sorang makcik ni..tiba-tiba makcik ni mulakan conversation..

makcik : nak balik mana?
me : nak balik lembah jaya.
makcik : kerja kat mana?
me : oh..hari ni tak kerja..hari ni saya pergi putrajaya..
makcik : buat apa kat sana?
*dalam hati dah pelik..siap tanya buat apa..dah macam mama pulak soal selidik.

me: oh..saya ada event kat sana.
makcik : nak balik mana tadi..lembah jaya? kerja kat mana?
me : ha'ah..saya kerja kat raja chulan tu..
makcik : ooh..ni kite ada buat bisnes..bisnes perfume..jenama PM..pernah dengar tak? haa..kita ada jual alat mekap sekali..bla..bla..bla..
me : oh..yeke... *nak promot bisnes rupanya....patut lah pun..*
makcik : nanti kite bagi brochure..kita dah banyak pergi MLM sana sini kan..yang ni ada marketing...bla..bla..bla  *sambil cari cari dalam beg.*
me : oh..yeke..takpe lah makcik..saya dah buat herbalife..tadi ni saya pergi event herbalife lah.. *nak promot jugak kan....*
makcik : oh..herbalife...

lepas dah jumpa brochure dia..makcik tu pun kasi lah..ambik je lah kan..ingat dah habis dah kat situ...sekali

makcik : bagi la kite no telefon..

dah mintak no telefon pulak..memang at the right time, bas pun sampai..tak apa lah makcik yer..bas saya dah sampai..memang lega teramat bila bas dah sampai..ni memang perasaan normal kan bila ada orang nak promot bisnes bisnes ni..siapa kata aku tak rasa rimas kalau ada orang buat macam tu..cuma produk dia tak kena dengan selera aku..perfume dan alat make up..aku bukannye jenis nak bermake-up selalu pun..

sama lah dengan herbalife kan..ramai lagi yang skeptikal dengan herbalife ni..
even aku pun dulu bukannya suka sangat nak bisnes bisnes bagai..asal dia sebut herbalife je mula lah rasa macam macam kan..haha..nak suruh beli lah tu..but, from the event i learn something..a lot of thing actually..
yang penting aku sendiri dah dapat result yang positif lepas minum herbalife..
kalau tak guna, macam mana kita nak yakin kan..
herbalife bukan sekadar nak berbisnes..we more on to help people..
nak menolong orang untuk dapat kesihatan yang lebih baik..lifestyle yang lebih sihat..
and we help people who are seriously want to change their life..kalau tak serius, banyak alasan, tak apa lah..cari orang lain yang serius dulu..the income we get is like a royalty for us yang dah berjaya tolong orang..

dan jangan lah fikir kalau buat herbalife je dah kaya..mana ada kerja yang boleh terus jadi kaya..
kena kerja kuat jugak..but the most important thing is helping people to get a healthy lifestyle..
that's our mission..misi aku pun nak tolong mama dengan papa sihat..dapat hidup gembira dengan kami anak-anak..dan cucu-cucu..ewaaah.. ;D tak perlu nak makan ubat..
alhamdulillah papa dengan mama masih diberi kesihatan yang baik..dan aku nak kekalkan kesihatan mereka dengan memberi nutrisi yang baik..insyaAllah..

dan sampai bila aku nak bekerja sebagai software engineer..memang macam gah kan kerja software engineer..even tengah single sekarang pun dah rasa tak ada life..pergi pagi balik malam..
nanti dah tua, mampu lagi ke nak kerja software engineer..itu yang selalu bermain-main dalam fikiran aku..
insyaAllah..aku pun masih dalam proses belajar lagi..tak ada yang mustahil kan.. :)
of cos dengan support my other half motivator.. ;)
ok lah..tido dulu..later i share lagi..nite readers..


tweettweet : masuk dalam dream list nak hantaran produk herbalife nanti.

Sunday, June 17, 2012

my other half motivator.

baru pulang dari event herbalife kat shah alam
as usual..setiap Ahad aku mesti pergi ikut training herbalife. mula-mula sebab disuruh pergi kan..tapi lama-lama seronok pulak rasa..kalau tak pergi rasa macam ada benda yang kurang..
sama lah rasa bila tinggal shake 3,4 hari..tak tentu arah rasa..mula mencari nak makan apa brekfes..lepas tu rasa ish tak sedap badan..rasa berat semacam jer..penangan herbalife kan..
Alhamdulillah..i'm happy with it. :)

hari ni hari bapa..papa ni sempoi je..wish ke tak wish ke macam tu reaction dia..sama je..
tapi dalam hati tu tak tahu lah kan..bila nak naik bas tu, peluk taknak lepas..wee~~
selamat hari bapa to my papa..papa memang my idola lah..believe or not..papa tak pernah jentik pun kitorang adik beradik..marah pun jarang-jarang..sebab papa memang cool..compare to my abang yang boleh tahan garangnye.. -.- yang selalu marah, mama je..dulu-dulu memang rapat dengan papa, bila dah besar je rapat dengan mama..sebab macam tak reti nak buat luahan perasaan dekat papa..kalau nak cerita pasal kerja ke apa ke boleh lah...

ehem..just now i had a conversation with him. oh..before that..masa tengah tunggu bas, tiba-tiba datang sorang laki..duduk kat sebelah sambil hisap rokok..cuba nak berborak dengan aku..tapi aku buat tak tahu sambil buat-buat sibuk taip mesej..padahal memang tengah bermesej pun kan..semua soalan dia tanya, aku angguk geleng je..nak tahu dia cakap apa..

"student UIA ke?" -geleng kepala-
"kerja kat sini ke?" -angguk angguk-
"I duduk sini lama dah..dekat 3 tahun dah..I kerja kat tabung haji..bahagian akaun..eh..I takde kawan kat sini..U ambik la nombor I..nanti U nak keluar, U ajak la I.."

aku macam what??!! ok..lelaki ni memang gila..nasib ramai orang dekat bus stop tu..dan nasib baik jugak dia borak-borak je..walaupun borak-borak tetap scary ok..huh..lepas tu aku terus pusing pandang tempat lain buat tak tahu..tak lama lepas tu dia bangun pergi mana tah..cari orang lain kot nak ajak keluar..

ok..lepas tu, aku cerita dekat dia..bla..bla..bla..
end of story aku cakap "nak kena kawin ni." senang ada orang jaga kan.... ;D
tapi jawapan dia memang buat aku tersenyum..
"kawin yer. signal tu. kena berhubung dengan Yang Maha Pencipta dulu tu. minta approval dengan Dia dulu pastu baru la approval yang atas bumi ni..kan? :)"

jawapan-jawapan dia memang aku kalah lah..unexpected punya jawapan..konon nak bergurau aje..tapi jawapan ikhlas tu..kawin is a serious thing kan..dia bergurau jugak tu..tapi bergurau serius..haha..hope that he'll always be my other half motivator..sebab aku tak pernah dengar dia mengeluh..everything he take it positive.. :) iyalah..kadang-kadang termengeluh jugak aku ni..tengah cuba nak kurangkan ni...dah mengeluh pun dia jugak yang dengar..lepas tu, konfem dapat jawapan yang buat tak jadi nak mengeluh dah..


tweettweet : positif minda dan hati itu kuncinya. :) :) :)

Sunday, May 13, 2012

suka hati

assalamualaikum.. :)
singgah sekejap kat blog sebelum tidur kumpul tenaga untuk mulakan kerja hari esok..
aku dapat rasakan minggu ini akan menjadi minggu yang sangat sibuk..
dengan new task yang banyak, dengan nak prepare untuk check in latest source code dekat bank..
dengan macam-macam dengan lagi lah..
mood sekejap up sekejap down..thanks to you who always cheer me up..
kamu, kamu dan juga kamu.. :)

eh..as usual tadi haruslah pergi event herbalife..
walaupun tadi macam penat sebab semalam dah shopping sakan..kugagahkan diri jugak hadirkan diri ke shah alam..seperti biasa,event herbalife memang tak mengecewakan. :)
terima kasih encik sebab paksa saya pegi jugak kan..tak rugi paksa saya pergi..
last event for this month..sebab next week mereka akan ke singapore..next next week aku nak balik hometown jumpa kucing tercinta..ewaah..kucing je sekarang kan..
ah..harap-harap ada la ole-ole dari singapore kan..kalau dah tanya nak apa dari singapore, dapat poskad pun jadi lah..jadi macam ijan pulak kan nak poskad.. ;D
sharing about this event? next entry lah aku update..takpun, korang ikut aje aku kan pergi event tu.

oh..tadi pun scan body jugak..haruslah tiap-tiap minggu kena scan badan..
dah kata coach ambik berat sangat kaan..takleh miss 1 minggu pun.. ;D
last result, berat jadi 55kg balik..yg penting lemak dah turun lagi 2%..umur dalam badan pun dah semakin muda! sebelum ni 33 tahun, sekarang dah jadi 27 tahun..ada 3 tahun lagi nak turun untuk sama dengan umur yang sebenar..tapi nak jadi sweet 17 forever kan..harus gigih lagi!
yang penting, diri ini rasa semakin sihat.. :)
hari ni boleh senyum banyak banyak sepanjang hari..sebab result puas hati.. :)
alhamdulillah..thank you ALLAH..thank you herbalife..


tweettweet : tengah cuba lagi untuk kuatkan semangat..

Tuesday, May 01, 2012

after a month.

alhamdulillah..dah masuk bulan ke 5 tahun 2012..dan hari ini cuti hari pekerja..
disebabkan cuti, aku ingat hari ni hari ahad kan..sebab esok kena kerja macam biasa..
as today activity, hanya window shopping..beli barang keperluan yang dah habis..memang on time dia nak habis kan..cukup time gaji masuk..oh, sebenarnya hari ni rasa macam nak share something.

dah hampir sebulan sebenarnya aku menjadi pengguna setia herbalife..
actually, dah lama survey pasal herbalife ni..cuma yelah, tak sampai seru kot..sebab dah banyak kali diajak kan, lepas tu balik kampung pun mama kata badan dah naik lah segala bagai..
aku pun nekad lah nak beli herbalife..tak boleh jadi..
ada ramai je kawan yang cakap, "ko dah kurus, buat apa nak ambik herbalife lagi".
bagi aku time tu bukan nak kurus sangat pun. *perasan kurus lah kan.. ;D*
cuma rasa nak lebih sihat..nak jaga kesihatan..itu je yang aku fikir masa tu..
and yes..nampak je badan aku kurus..but i'm not healthy..bila dah mula kerja, asal pergi ofis penat, mengantuk..badan pun rasa tak semangat je..tak semangat kerja lain..ni tak semangat badan.. :D

after buat scanning badan, memang % lemak dalam badan aku tinggi pun..baru tahu lah kan..sebenarnya bila tengok cermin ada double chin tu yang buat aku rimas..pakai tudung pun bulat semacam je..dah lama dah pendam perasaan ni..cheewah..tapi memang rimas oh..stress je rasa bila tengok muka dekat cermin..
sebulan minum herbalife, alhamdulillah..memang boleh rasa perbezaan itu..tak tipu punya..
latest, aku dah turun 2kg..in 3 weeks only.. :) sape tak seronok kan..yang penting % lemak dalam badan pun dah berkurang..pergi ofis pagi pagi pun dah tak mengantuk..bangun tidur pun senang..
overall aku boleh kata, semakin hari semakin cergas dan bertenaga..seriusly..dan aku memang dah jatuh cinta habis lah dengan produk ni..oh yang penting, masalah jerawat kat muka semakin baik. aku baru perasan je ni..sebab coach tegur kan..aku pun belek la muka.. :D takyah la pening-pening fikir nak beli pencuci muka apa lepas ni..semua jenis pencuci muka aku cuba semua tak menjadi..ini pun stress jugak nih dulu..

kalau nak kata mahal..tapi bila fikir balik masa aku sakit dulu..kena tahan dalam wad almost sebulan..papa ulang alik dari rumah ke taiping, ipoh..mahal jugak kos tu kan..beratus jugak duit mama dengan papa yang habis..of course lah, ajal maut di tangan Tuhan, but if we can do something untuk buat badan kita sihat, kita buat lah kan.. :) masa tua kita taktau lagi..baik kita jaga badan kita masa muda ni..kan..kan..
aku cuma share apa yang aku rasa..i've got a positive result..and i will not stop using this product..
sape sape yang dah tahu, tapi fikir-fikir lagi..takyah la fikir-fikir dah..kalau tak berbaloi, tak ada nya aku nak share kat sini..i can guarantee, it's worth it.. :)

nanti later-later i share lagi lah yer pasal herbalife..


tweettweet : sharing is caring. i share because i care. :)