Showing posts with label hasil kerjaღ. Show all posts
Showing posts with label hasil kerjaღ. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

pening-pening.

orait. entry pasal nak siang ikan.
cehh. macam gempak je kan. tak dak apa pun.
tapi bagi aku satu benda yang paling seksa bila nak siang ikan. bukan tak suka sebab bau dia hanyir ka. geli ka. apa ka. benda tu semua takde hal lah. cuma yang paling aku takleh tahan, setiap kali siang ikan konfem loya, pening-pening.

bila start sekor, ok lagi. maintain. mai yang no 2, dan seterusnya. mula dah.
sejak dari dulu lagi. aku pun tak tau la kenapa jadi macam ni. tak kan sebab tak boleh tengok darah kot. eh. aku memang tak leh tengok darah. nanti pengsan.
hari tu tangan terluka sebab kena tin susu kan. pegi picit luka tu bagi darah keluar banyak-banyak. lepas tu tengok darah mengalir terus pening. sikit lagi la nak jatuh pitam. nasib mama sempat tahan before aku jatuh.

kalau nak masak untuk makan-makan kat rumah tak pe lah jugak. setakat 4, 5 ekor kan. tahan je la. hari tu time raya nak masak laksa. laksa dah memang guna ikan kan nak buat kuah dia. hari tu la paling seksa. nak siang sekilo ikan tu. banyak kali jugak aku stop minum air. tak tahan loya punya pasal.


aku: no wonder la aku tak minat jadi doktor..


adios!!
with ღ
n@n@

Wednesday, November 24, 2010

surirumah sepenuh masa.

heh. tetiba keluar tajuk ni pulak kan. mentang-mentang lah bercuti duduk rumah je kan. ni lah yang sesuai dengan aku sekarang. walaupun bukan suri rumah sepenuh masa, boleh la nak kate part time. :D

memandangkan semalam aku tinggal sorang-sorang kat rumah. my parents balik kampung sekejap. adik aku pulak tengah berjuang dengan paper SPM dia. so, memang tinggal aku je lah yang kena buat kerja-kerja rumah. mama dengan papa pukul 10 pagi dah balik kampung. elok je mama dengan papa pergi, aku start basuh baju dulu. masuk mesin je kan. sementara tunggu mesin tu basuh baju-baju tu, aku mula siang ikan. time tu boleh la nak kata dah pukul 10.30. owh, aku ada cerita nak cerita pasal siang ikan ni. nanti aku buat entry lain.

menu semalam, menu orang bujang. ikan goreng dengan sup sayur pucuk. sup sayur tu fevret aku. itu je yang simple nak masak, nak kejar time adik aku balik sekolah. pukul 2 dia ada paper lagi. dalam pukul 11 dia habis paper yang pertama. harus lah siap masak awal kan. eh, korang tau ke sayur pucuk tu apa? aku panggil sayur pucuk. setengah orang panggil lain. ape tah. aku lupa. tapi aku memang panggil sayur pucuk.

ini le rupa sayur pucuk yang tengah direndam.

mesti pernah makan punya. penggemar lontong konfem tau, sebab lontong akan ada sayur ni. siap sidai baju semua baru aku start masak. before tu prepare je mana-mana yang patut. kang time tu nak goreng ikan, time tu jugak nak sidai baju, tak terkejar pulak. lama jugak la aku bertapa kat dapur tu. sambil goreng ikan, sambil masak sup. tak, sambil rebus ubi kentang. kena rebus dulu kan kasi empuk. tu ambik masa sikit. tambah tolak tambah tolak, semua siap pukul 1.30. adik? dia dah siap makan kat luar balik sekolah. cess. takyah kelam kabut nak masak.
 

there it is. sup yang hampir nak siap. tak siap lagi time ni.

beria kan aku siap ambik gambar. nak tunjuk hasil kerja seorang diri. kalau buat kerja dengan papa @ mama, tak yah tunjuk pun takpe. :D

bukan nak kata apa la. kerja suri rumah ni pun penat sebenarnya. tak kerja kat luar, duduk rumah bukan duduk goyang kaki je. mana nak kemas rumah, nak masak, basuh baju, kalau ada anak, nak jaga anak. aku yang baru berapa jam masak sorang-sorang, kemas rumah sorang-sorang, pun rasa penat. lepas zohor terus terlentang baring. papa pesan suruh goreng keladi, buat minum petang, aku surrender. balik tu mama yang goreng. serius penat. memang salute lah dekat mak-mak yang jadi suri rumah sepenuh masa. aku rasa, lagi penat kot dari kerja duduk kat ofis.
 
 tapi aku dah mula suka memasak. before ni memang tak suka. nak kate tak reti tu, kalau ada bahan depan mata, boleh je jalan. 1st time aku buat sup dulu pun aku main hentam je. mana-mana yang aku ingat bila mama pesan, aku buat la. tapi aku tetap prefer buat kek & cookies. :D


aku: tak de nak bosan cuti ni kalau setiap hari ade je kerja.


adios~~
with ღ
n@n@

rajin sikit.

my new layout.
tiba-tiba rajin pulak nak tukar layout kan.
edit sana sikit. sini sikit. nak yang simple je. tak nak bunga-bunga.
wujud la layout nih.
mood sekarang nak mencantik kan blog nih.
layout ni pun tak berapa siap lagi. main try-try jer. sementara jaa.
tapi rasa macam ni pun ok jugak kan. simple mimple je.
 
 
aku: musim kenduri tiba. bermakna musim menambah berat badan juga bermula.
 
 
adios!!
with ღ
n@n@