Monday, July 03, 2017

Syawal 2017

Selamat Hari Raya! Hehe. Dah habis dah cuti raya seminggu. Hari ni mula sibuk buat kerja rumah semula yang tak akan pernah habis jugak walau dah bertahun tahun. Hihi. Actually dah balik awal hari Khamis hari tu, tapi mama dengan papa datang rumah, so pergi jalan-jalan dulu. Beraya rumah makcik pakcik kat sini. Sekarang ha baru boleh menghadap media sosial dengan berhemah. Haha! Berhemah sangat

Sambil tunggu mesin basuh baju siap basuh baju, anak-anak pun tengah tengok kartun kat depan, aku pun saja la bukak twitter. Tetiba eh rasa nak scroll balik tweet2 yang lama dulu. Sebab tengok total tweet 14k. Gila banyak aku tweet dulu. Pebende tah dok merapu dulu. Haha. Last tweet 2013, then stop 2 tahun, 2016 ada la 1,2. Tahun ni baru laaa rajin bukak twitter tu. Scroll2 je pun sambil saja mengisi masa lapang. Ramai jugak lagi kawan-kawan yang masih aktif. Lucu baca balik tweet dulu2. Segala jenis emosi keluar. Kah!

Sama jugak dengan blog ni. Orang zaman sekarang dah kurang main blog. Semua Instagram je sekarang. FB pun boleh lah sikit2. Tapi aku pun jarang jugak update IG tu. Aku buat bisnes je dengan IG. Hihi. Aku kagum dengan orang yang sempat update IG tiap2 hari. Maksud aku untuk lifestyle diorang la. OOTD semua bagai. Mungkin lifestyle aku di rumah saja. Tu sebab takde mende nak update di media sosial. Haha. Takkan nak update cerita anak hari2. Tapi aku sayang blog ni. Cheewah. Harap-harap tak selalu lupa password lah. LoL.

Ok lah. Anak dah datang nak mandi. Marilah sambung rutin harian. Ada cerita best aku tulis la nanti. Kot laa ada kan. :p

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin.

No comments: