Wednesday, June 16, 2010

i'm happy for her.

selamat pagi. another new day di rumah. =) bangun pagi, lepas solat terus hadap laptop, memulakan aktiviti blogwalking. dah lama rasa tak hadap blog nih. almaklumlah, dok berebut broadband dgn adik. dia pun cuti sekolah. on9 saja.
aku bila kat rumah, takde la perasaan sangat nak hadap facebook ke, blog ke.emel pun dah lama tak bukak. *mcm orang penting je nk cek2 emel nih. :D
mungkin rancangan kat tivi lagi menarik perhatian kot. tambahan pula kena buat kerja-kerja rumah.mana ada masa sangat nak on9. malam, pukul 12 dah tido. kalau kat hostel, selagi mata tak mau tido, selagi tu lah dok hadap laptop tuh. buat pi lah apa pun. ada je benda nak buat. cuti sekolah, macam biasa, kenduri. banyaaaaaaaaak kenduri.

dan semua aku kena pergi. cakap je tak mau pergi, konfem mama membebel. so, tak nak kena membebel, baik pergi.pergi makan je pun.tapi yang tak tahan, 1 hari 3 kenduri. penuh perut den ha. 3 kenduri means 3 pinggan nasi minyak. belum campur yang lain-lain. bubur kacang la. mee kari laa. roti canai la. huh. tapi tak dak la aku makan semua tuh. jenuh aih kalau nak makan semua. tapi sampai senak jugak la perut aku. at last, kenduri terakhir, aku minum air je. memang tak mampu dah nak makan.

teringat bila balik kampung mama. kenduri kawan mama kot. tah, aku pun tak tau. main ikut jer. family aku keturunan banjar. sampai kampung orang-orang tua je yang ada. dan memang sah-sah la diorang cakap bahasa banjar. aku memang tak paham 1 habuk pun. dok sebelah mama sengih-sengih, buat muka manis.

ada jugak 2,3 kawan aku yang dah kawin. dah ada anak pun. umur anak pun dah 2, 3 tahun. huh. macam tak percaya je bila tahu. tapi, husband masing-masing dah kerja. kerja yang bukan main-main punya. rezeki masing-masing. =)
ada sorang classmate masa kat gerik dulu. her son dah nak masuk 3 tahun. means dia kawin lepas spm la kan. sangat comel anak dia. tak pernah terbayang macam mana dia jadi mommy. haha. teringat perangai dia gila-gila masa sekolah dulu. 
sorang lagi kawan dekat gerik yang dah kawin. ada anak perempuan. dah besar jugak anak dia. yang penting aku tak kenal husband masing-masing. :D

sorang lagi classmate kat ump. senyap-senyap je dia kawin. dan dia pregnant sepanjang 1 sem lepas. sangat tabah. dengan nak siapkan fypnya. dengan pregnantnya. dengan nak berjalan pergi ke kelasnya. dengan nak final exam nya. bila berjalan pergi kelas, aku, tia, ijan & zai mesti worried pasal dia. boleh pulak dia pergi kelas pakai kasut tinggi. well, takde la tinggi sangat 1, 2 inci. tapi sebab dah risau. +2 bila usia kandungan dia dah 7, 8 bulan. bila sampai kelas, mesti dia tersandar penat. ehmm. yelah, bawak baby kan. then bila pegang perut dia baby dia gerak-gerak. haha. tapi aku geli nak pegang perut dia bila baby tu gerak-gerak. tapi teringin. at the end, aku tengok je. :D

hmm. now dia dah selamat bersalin. alhamdulillah. dapat anak perempuan. comel. memang elok-elok lepas final exam. fyp pun lepas. orang kata anak ni bawak rezeki. mungkin dah rezeki dia sempat habiskan final. masa tengah final, dah 9 bulan. bila-bila masa boleh due. teringat masa aku tengah sembang-sembang dengan dia.

aku: ain, dah 9 bulan dh ni. nnti kalau tak sempat final macam mana.
ain: hai..aku tak nak la..biar la habis final dulu..kan anak ibu kan..anak ibu baikkan..biar la ibu habis exam dulu baru keluar eh.. (sambil usap-usap perut).

sedih sekejap. so sweet. rasa nak menangis pun ada. mungkin bila dah mengandung naluri keibuan tu mesti wujud punya la kan. kahwin tengah belajar. memang banyak dugaan. tengok kawan sendiri mengandung depan mata.sama-sama pergi kelas. sembang-sembang pasal jantina anak. bila tengok dia sakit pinggang semua. lain rasa. & make me think. umur baru 22 tahun dah merasa sakit mengandung. dah jadi ibu. aku ni jangan kata nak jadi ibu, nak kawin pun rasa macam tak layak lagi. belum cukup lagi ilmu kahwin ni. apa-apa pun i'm happy for her. =)

aku: kerja part time aku sekarang, jadi baby sitter. jaga 2 orang budak kecik. whew~~



adios~~
with ღ
n@n@

2 comments:

Yasmint said...

cm ne ko jg t?
ko kn kureng ngan kanak2?
jgn mara2 diorg ek...

Siti Farhana said...

hah.
aku buat tak tahu je lah.
haha.
diorang gaduh aku tegur la.
diorang main aku xkacau.
kalau tengok tivi senyap la.
alamtnya tivi rumah aku bukak cerita kartun je lah.
selebihnya diorang panggil mak aku je..
heee~~