Monday, June 28, 2010

cerita world cup

yer. kali ni nak cerita lagi sikit pasal world cup.
sikit jer. ye lah. sebab world cup ni lah aku rasa aku dah mula minat tengok bola. satu pencapaian yang membanggakan bila dapat habiskan tengok game. banyak jugak la perlawanan yang aku tengok. sebelum ni jangan harap nak habis 1 game pun susah. konfem 1st half aku dah lentok. haha. tu la. sebelum ni cakap bola tak best la apa kan. tapi salah satu sebab aku suka tengok sebab yang main ni pemain luar negara kot. memang jauh beza kalau tengok pemain malaysia yang main.

well, daripada semua game yang aku tengok tu, aku takde lagi la team kegemaran. yang betul-betul menjadi pujaan hati lah. dia lah yang the best among the best. almaklumlah. baru je mula tengok tahun ni kan.
tapi dari pengamatan aku tengok skill diorang main, argentina dengan jerman menjadi pujaan hati setakat ni.. :D 
tu pun sebab aku banyak tengok team ni je yang main...yang lain sebab aku tak berapa tengok sangat. so, sebab tu aku tak sokong. aci la kan macam ni. :D

pemain argentina yang femes lagi popular sah sah la kan messi. menjadi pujaan gadis-gadis. iklan kat tivi pun banyak muka dia. tapi memang bergaya jugak la dia main. tevez pun not bad. alah. dah memang diorang terer main bola kan. kalau tak terer takde la boleh main. ah. aku nak komen lebih-lebih pun bukan aku terer kan bab-bab skill main bola ni. pemain dalam team tu pun bukan semua aku kenal. yang mana nama-nama femes pernah aku dengar, aku kenal la. hehe. dan setakat term-term yang simple aku tahu lah. kenapa dapat kad kuning ke kad merah ke ada la jugak pengetahuan. tapi selebihnya sebab syok tengok bila bola masuk gol. tambah-tambah bila team pujaan hati kan.. :D

tapi..tapi..kan..
semalam jerman lawan england. jerman dah menang.
pagi tadi argentina lawan mexico. argentina menang jugak.
so, nanti argentina lawan jerman.
hah. mana satu aku nak sokong. 2 2 team feveret. uish. susah ni. haha. macam hape jer.
ok la. macam ni la, sape bagi gol, aku sokong lah nanti. haha. aci la macam tuh.
ok lah. nanti tunggu 3 julai diorang lawan.

 gambar dari fifa.com


 aku: asyik tengok bola. nak buat cheesecake pun xbuat lagi. haha. alasan.



adios~~
with ღ
n@n@

2 comments:

Yasmint said...

nk2...
cheese cake...
pos laju ek~

Siti Farhana said...

haha. mint.
sebelum sampai kek tu dah cair dulu dah ha..
:D