salam syawal 1433H. :)
hari ini dah masuk hari raya ketiga dah..aktiviti hari ni taktau lagi..memandangkan hari pertama pergi beraya..hari kedua merayakan orang..hari ketiga mungkin pergi beraya balik..dan aku ada semangat pulak nak menulis satu entry raya kan..sebab sekarang semua orang tengah tido lagi, boleh menulis dengan perasaan..nanti abang dah keluar bilik, tak senang duduk dah aku..
eh, masa raya pertama hari tu, first time jumpe sedara sebelah mama yang kerja kapal tu..dah kata kerja kapal, memang susah lah nak jumpa kan..dah kebetulan dia cuti raya ni, baru boleh jumpa..dah tetiba aku cakap pasal dia kan..sebab bila jumpa peramah ya amat..interview aku macam orang nak interview kerja..dah lepas tu kami sembang 2 orang tak ingat orang sekeliling dah..wee~ sebaya kata..banyak la topik topik orang sebaya kan..tetiba maktih masuk nak kenen kenen kan..sabar je lah..sampai balik ke rumah pun topik orang kerja kapal tu tak habis..sebab semua cakap dia dah hensem..haha..tu sebabnye..orang bawak kapal,bawak kapal terbang mesti imagine hensem.. :D
raya pertama cuma pergi rumah tokwan, rumah sedara mama yang anak dia kerja kapal tu, rumah sedara mama lagi..semua sedara mama lah..petang tu, papa dengan mama pergi rumah sedara papa pulak..aku, maktih, makuda dengan dikmei pergi taiping sentral..bertuah kan..lepas tu tengok orang makan mcD..raya-raya pun makan mcD..tak feel raya betui..oh, kami pergi sana saja nak berjalan je..dah aku dengan heels 3 inci..sampai taiping sentral terus beli selipar pakai time tu jugak..bajet pakai heels nak pi rumah-rumah sedara jer..dalam kereta, bukak la..ni dah berjalan shopping kompleks..krem jugak kaki ha..
this is us..me, maktih, makuda..
raya kedua hari meraikan orang..pagi-pagi lagi family maknjang dah sampai..kami tengah bersilat kat dapur lagi nak masak mee kuah..tu pun pepagi lepas subuh terus pergi pasar cari bahan..sempat maknjang pergi beraya ruma orang lain dulu baru datang balik rumah aku..itupun ramai dah pembantu-pembantu, maktih, makuda, kak eda, mama..pukul 2 jugak baru siap masak..lepas family maknjang, kawan-kawan abang pulak yang datang..lepas tu family kak eda pulak..memang tak putus-putus orang datang..dan lepas tu tepat pukul 11 aku pun dah belayar..ponat weh..ponat..
masa family maknjang dengan paknjang datang, nak salam tu paknjang cakap.
"nanti nak makan nasi minyak jangan ler lupe jemput".
aku cakap..
"tak lupe paknjang..paknjang doa je saya jumpe jodoh nanti."
tiap kali raya, itu je yang dia cakap tiap kali nak salam..tahun depan kalau tak kawin lagi itu jugak yang dicakapnya jugak nanti..konfem..
dan sekarang mari sambung beraya..nanti sambung lagi cerita raya..
selamat hari raya!!
tweettweet : baju raya kat tailor lagi..sobs..sobs..
No comments:
Post a Comment