tadi tengok waris..lepas tu sekarang tak boleh nak tidur..dan fikir oh, esok jumaat..tidur lambat tak apa..selalu macam tu bila khamis malam jumaat..tolak esok, tinggal 4 hari nak masuk ofis sebelum bercuti seminggu untuk raya..dan sekarang tengah menangis sebab emosi tak stabil, fikir apa nak buat..percaya tak?
every night, before sleep i'll always think..what should i do tomorrow..what should i do..
semenjak 2 menjak ni banyak benda yang jadi..lepas tu buat blog ni macam ni diari sendiri tak ada orang nak baca kan..padahal punya ramai orang jadi silent reader..lepas tu bila nak tulis luahan hati perasaan terus tak jadi..tekan backspace banyak banyak..last last tersimpan elok dalam hati...kalau dah tak tahan sangat, sebelum tidur menangis sekejap, sampai tertidur, esok pagi bangun pergi kerja gelak-gelak macam tak ada apa..ini dalam masih kuat semangat lagi..walaupun sebenarnya, memang tak kuat dah ni..
sebabkan aku tak reti nak marah orang, maka aku akan takut kalau orang marah..kalau aku marah sekali pun, at the end, aku menangis sendiri sebab marah sangat tapi tak boleh nak marah..paham?
aku jugak sensitif..memang cepat terasa..walaupun benda tu tak sepatutnya aku terasa..tapi dah nak terasa nak buat macam mana..tapi ini dah habis tak ambik port dah nak terasa terasa korang nak cakap apa..cakap la apa nak cakap..sebab aku memang tak sempurna..last-last simpan dalam hati sendiri..boleh bayang berapa banyak benda simpan dalam hati? esok tu gelak gelak je lah kan..
berdoa dengan Tuhan aku tak lupa..itu dah memang kewajipan..cuma kadang-kadang aku rasa tak mampu nak bertahan lagi..masih tak dapat nak buat keputusan..tak tahu..tak tahu..dan tak tahu..semoga dipermudahkan untuk aku buat keputusan...dan lepas tu aku pun mengarut la macam ni kan..sebab tak tahu nak fikir apa..i can only say..selagi aku masih boleh bersabar..aku akan terus bersabar..sampai bila aku tak tahu..mungkin sampai aku dapat jawapan yang tepat dan pasti..
u can see me smile..laugh..happy..that's because i'm trying to make myself happy..
mungkin sebab hati ni lembut sangat, senang sangat mata nak keluarkan air..banyak kali dah cakap kan benda yang sama..dah sebab tak reti nak keraskan hati macam mana.
dah..cukup lah..penat dah.
No comments:
Post a Comment