terjumpa ini masa tengah tengok facebook..lepas tu rasa nak copy paste kat sini..senang nanti nak baca balik kan..tak susah nak cari..reminder untuk diri sendiri sebenarnya..oh, terjumpa dekat KhadimulQuran punya facebook..
Kebanyakan daripada kita apabila berfikir soal jodoh, pasti akan tercetus rasa takut walaupun sedikit. Mana tidaknya, kita memikirkan tentang siapakah jodoh kita, bagaimana agamanya, akhlaknya, keluarganya, dan seribu macam persoalan lagi.
Persoalan saya, kenapa kita takut?
Hakikatnya ialah, kita takut kerana kita tahu diri kita ini tidak seberapa. Tidak sempurna. Banyak cacat-cela. Sedangkan dalam masa yang sama, hati ini mendambakan pasangan yang serba-serbi lengkap. Agama. Cantik. Hensem. Cerdik. Berharta. Dan berbagai-bagai lagi permintaan. Jadinya, kita takut kalau-kalau pasangan kita pun macam kita.
Semua itu dalam tanpa sedar, telah menjauhkan keyakinan kita terhadap janji Allah s.w.t. iaitu lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.
Seeloknya, jika kita mengidamkan pasangan yang baik dan sempurna, kita hendaklah memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Lengkapkan diri dengan segala kebaikan. Upgrade supaya lebih bagus dari hari ke hari. Insya-Allah, Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya. Bahkan Dia tidak akan memungkiri janji-Nya.
dah kenapa aku ni semenjak 2 menjak ni asyik cakap pasal ini jer..penangan orang-orang sekeliling la ni..kawan karib, sedara mara semua dok bercerita pasal benda ni..tunggu jap..nak selesaikan hal hal lain dulu sebelum fikir benda ni..kena buat preparation diri dulu sebelum prepare benda lain..
tweettweet : september. :) :) :) the beginning.
No comments:
Post a Comment