Saturday, October 20, 2012

motivasi

Assalamualaikum w.b.t...

selamat hari sabtu dan berhujung minggu..setelah beberapa minggu tak duduk di rumah, akhirnya hujung minggu kali ini di rumah. hari sabtu aje lah..hari ahad seperti biasa ke event Herbalife..tak boleh tinggal dah event ni..dan awal kan aku menulis entry hari ini..lepas Subuh tak elok tido balik kan, nak tido tunggu pukul 8 nanti sambung tido. eh, boleh macam tu?

hari sabtu minggu lepas ke kuantan dengan ijan, kak dila, dan dayah kawan ijan..sebabnya hari sabtu lepas adalah konvo UMP..yang ke berapa aku pun tak ingat dah..10 ke eh..sekejap je dah setahun rupanya aku konvo..dah tak bergelar fresh graduate dah pun..UMP pun dah banyak berubah..rindu sikit kat UMP..dan yer..rasa macam nak konvo sekali lagi..nak pakai jubah hijau tu, nak lambung topi konvo tu..nak dapat bunga konvo tu..eh, aku tak pernah dapat bunga tau kecuali  waktu konvo hari tu je..sebab tu perasaan macam seronok lain macam je..walaupun aku tak suka bunga....

aktiviti hari ini mungkin kemas rumah, basuh baju, lipat baju dan buat karipap..yer, buat karipap..tah kenapa dari awal minggu mengidam karipap tah..sampai gigih cari resepi kat ofis..sebab ini percubaan pertama nak buat karipap..kalau mama tahu, mesti kagum anak dara dia nak buat karipap..hey, tengah improve diri ni bab masak memasak..dah kate orang tu suka makan..dah siap cakap lagi kan, kalau tak pandai masak pi belajar sampai pandai..cuma aku bernasib baik sebab dah pandai masak 30%..so, kira lulus jugak.. :D

so, my life sekarang sama je setiap hari kerja..bangun pagi pergi kerja..habis kerja balik kerja..sampai la hari jumaat..dan setiap hari mesti counting nak tunggu hari jumaat..sebab nak jumpa hari ahad.. :) :) :) ada orang tanya macam mana aku motivate diri bangun pagi setiap hari untuk pergi kerja.. :) i don't have answer for that dear..aku pun tak tahu..just put in your heart yang kerja itu adalah tanggungjawab dan amanah dan punca rezeki..bukan satu bebanan..walaupun kadang-kadang aku rasa macam tu jugak..tapi cepat-cepat avoid feeling itu lah..kalau stress untuk hari tu, habiskan untuk hari tu..esok datang dengan semangat tak ada stress lah..takyah fikir pasal semalam..just keep positive everyday..ok? i ada gaya motivator tak..ahaha..

sebenarnya bila fikirkan balik, aku bukan lah tak suka pasal kerja sangat pun..stress pasal orang-orang sekeliling tu je yang banyak..kalau nak compare kerja sekarang dengan time intern dulu, kerja sekarang lagi better..kerja sekarang tak perlu pening fikir rumus fizik macam dulu..so, kalau pasal orang tu lagi senang nak handle..abaikan je..janji aku buat kerja aku..aku tak kacau kau..tapi kau yang suka kacau aku.. -__-'

dan haruslah berterima kasih untuk dia yang tak putus-putus motivate aku dan sentiasa suruh aku bersabar..yer, aku memang banyak bersabar..pengalaman kerja ni memang banyak ajar aku bersabar..ok, nuff said pasal  kerja..hari cuti, kerja pun cuti..bai!


tweettweet : 90 hari..

2 comments:

Suburbanzero said...

karipap sedap :D especially bila disuap ;)

Siti Farhana said...

sedap bila disuap. sabar je lah. :D