Sunday, October 09, 2011

runsing

dah seminggu berlalu majlis konvokesyen.perasaan?haruslah ada gembira dan terharu.akhirnya setelah lebih kurang 4 tahun kan.
dengan segala dugaan yang betul-betul mencabar.
takpe lah.itu semua dah berlalu pun.tak perlu nak ingat balik dah.jadikan pengalaman je.
yang penting adalah masa sekarang ni.
tapi masa sekarang ni lah yang merunsingkan.
bila kawan-kawan semua dah ada kerjaya masing-masing.
cemburu?memang ada perasaan cemburu dalam hati aku.
nak pulak aku yang masih memegang status penganggur.
nak kata aku memilih kerjaya,rasanya aku dah cukup tak kisah dah asalkan aku mempunyai pekerjaan.kalau pun aku memilih adalah atas kehendak keluarga.

setiap hari aku berperang dengan perasaan sendiri antara ikut diri sendiri atau ikut kehendak keluarga.setiap hari hati aku menangis.
nak gembirakan diri sendiri aku anggap mungkin bukan masanya lagi dan mungkin ada yang terbaik untuk diri aku.sebab tu sampai sekarang aku masih belum mempunyai sebarang pekerjaan.
tapi kadang-kadang hati aku tetap merintih kecewa.tetap mencari salah.

demi untuk menjaga hati dan perasaan orang tua.
dan aku bukanlah jenis orang yang suka melawan.aku lebih rela berdiam diri.
menangis seorang diri. bagi aku,selagi perkara itu tidak mendatangkan keburukan untuk diri aku,aku terima.aku ikut.
cuma aku harap aku diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri,untuk belajar berdikari.bukan tidak ada peluang pekerjaan yang datang.
cuma aku tersepit antara keluarga dan cita-cita.


adios~
n@n@

5 comments:

tikah_rasha said...

sabar nana...ada hikmah..hari ni amp patuh ckp parents..esok2 Allah balas atas apa yg amp buat. Janji betulkan niat patuh pada parents kerana Allah..gv a try kat Dell, Seagate and Globetronics. Dgr kata dpa ada vancancy

izzah said...

bersabar.InsyaAllah akan ada rezeki. Redha mak ayah tu yg penting..Kalo kita ikut kemahuan sendri tp xdak redha mak ayah xguna jgk..

norizansyahnan said...

"…Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
[65:2-3]

Andai apa yang kita lakukan adalah untuk mengharap redha Allah, InsyaAllah pasti ada jalanya. Bersabar yek {^_~}v

Siti Farhana said...

terima kasih yer semua. :)
memang itupun yang aku tgh buat.
bersabar.

& tikah.mungkin betul kena betulkan niat tu.

Yasmint said...

ct, ak tersalah komen...hehehe...baca kt lain, komen kat lain... huhu...