sambil-sambil nak tunjuk gambar raya. sambil-sambil masuk contest. sambil menyelam minum air orang kata. ye dak?? :D
gambar selebihnya boleh tengok dekat facebook lah. dah upload kat situ.
kan dah kata, orang lain SAKAN beraya, kami SAKAN bergambaq time raya.
sampai kat bendang.
ni pun beratus kali photoshoot. sat salah setting lah. sat tak ready lah. orang lain tengok kami macam tak pernah bergambar ja. padahal dah penat posing. :D
ikutkan beratus gambar dalam folder raya kali nih, macam-macam rupa.
tapi dah ditapis sebelum di upload. :D
gambar-gambar ni diambil dekat kampung tok sebelah papa. ni baru 1 destinasi ja. kalau dah 1 destinasi kami jadi macam, bayang lah hari tu kami beraya 3 destinasi. mama cakap gambar semua penuh muka kami ja. haha. model-model nya mestilah terdiri daripada aku, maktih (baju kurung hijau) dan kakak ipar (baju kurung ungu). kan dah kata dulu, aku suka bergambar, pantang nampak kamera ja. :D
papa dengan mama kat belakang tu dah nak balik. kami sebok nak bergambar lagi.
ini first pic taken.
konon-konon nak buat gaya bebas. tapi tak tahu la keluar gaya apa.
ini pulak konon-konon merenung masa depan. haha. maktih nak kami posing macam ni.
nak letak dalam facebook dia. kami pun posing ja. no hal.
oh. ini encik photographer pun nak jugak memori beraya tengah bendang nih. bukan tiap-tiap hari kan nak bergambar sambil berbaju melayu kat sini.
kawan dia cakap dia raya-raya merayau masuk bendang nak bergambar, padahal kat kampung tok kami sendiri ja nih. :D
oh ye, encik photographer tu abang saya.
sekian sahaja dulu untuk kali ini. :D
kepada kawan-kawan yang nak masuk contest nih, nak promote baju raya anda, nk promote keluarga anda mcm yg saya lakukan ni. hahaha.
sila la ke blog Insan Tinggi. masuk lah Raya Sakan Contest.
kami satu sekolah dulu, tapi dia muda setahun. :D
untung-untung dapat ole-ole dari NZ. teringin jugak ole-ole dari oversea.
sape tahu. ye dak?
aku: berpeluh jugak walaupun model tak jadi.
adios!!
with ღ
n@n@
2 comments:
thanks sis for joining! =)
u r welcome.
:)
Post a Comment