Monday, May 02, 2011

surrender.

hari ni cuti. feel terasa macam hari ahad pulak.
almaklumlah.bila dah kerja hari cuti itu sungguh bermakna.rindu zaman cuti semester. hmmph.
ooh. tadi balik ke penang agak awal. selalu balik kampung mesti drive sendiri kan, tapi disebabkan balik kali ni malas nak drive, terpaksa la mama dengan papa yang hantarkan. huhu. lepas ni konfem balik akan drive balik. sebab terasa menyusahkan pulak nak kena hantar2. macam nak hantar balik asrama pulak. hahah.

sampai je kat rumah, takde sape pun..cess..habih.mati kutu dah.
online fb.bosan.tengok tv.tertido.bagus kan.
bangun tido petang.online fb lagi.hah.bosan habih dah nih.
nasib baik la tetiba ada orang ajak pi mendaki bukit jambul.pucuk dicita,ulam mendatang.tau2 ja aku tengah kebosanan.baru ingat nak merayau pusing qb kan. :D
so.lepas asar pun gerak laa.

excited nak mendaki.tak hingat dah lama tak buat aktiviti macam ni.
tinggi kot bukit tu. *salahkan bukit.
tak sampai 1/2 perjalanan. gua surrender! semput.pening.semua ada.tak mampu ah. patah balik. takpe, next time naik lagi.pi sampai separuh. next next time pulak 3/4. next next next time baru boleh sampai puncak kot. amik kau. 4 kali naik baru nak sampai. jenuh.
akibat dah lama tak bersenam. =_=

turun bukit awal lagi. pi la pulak taman. taman ape tah nama. lupa dah.
nice taman nih. pusing dusun. tapi dusun tak jadi lagi. baru tanam je pokok pokok dia. nanti tunggu la 2,3 bulan kot. eh tah bila pokok tu nak besar. agak agak kalau pokok tu dah berbuah, sambil joging sambil makan buah, aci tak eh. aci je kot kan. :D


aku: penat. badan terkejut kot.


adios~~
with įƒ¦
n@n@

No comments: