Tuesday, August 23, 2011

adik ni anak bongsu eh..?

tadi pergi beli belah bahan-bahan nak buat kuih raya.
ingat malas nak ikut. tapi, disebabkan i'll be the chef yang akan conduct sesi membuat kuih raya, haruslah aku yang kena pergi. mama? mama follow belakang je. papa akan jadi chef untuk masak memasak ayam daging. ouh, part yang tu aku tak minat. hee.

ok.lepas tu tiba-tiba terasa macam nak pergi beli perhiasan diri kan.
since mama pun macam ok.setuju je nak pegi, so, singgah la sekejap.
sambil-sambil pilih.sembang-sembang dengan tukang promoter.
tiba-tiba dia tanya.

"adik ni anak bongsu eh..?"
"eh. takla. no 2."
"ooo. akak ingat bongsu. ada adik lagi la bawah? bukan bongsu la"
"ha'ah. bukan2. tapi saya sorang je la perempuan."
"haa. akak dah agak dah.. tengok pun akak tau. nampak manja dengan mak dia ha. sebab tu akak ingat anak bongsu..anak perempuan tunggal rupanya"
............. 

sengih je yang mampu.
nampak sangat ke muka ni macam anak bongsu. tak tau lah akak tu orang yang keberapa cakap macam tu. tak terkira dah.
jatuh saham adik aku. kesian. :D
habis nak buat macam mana. dah takde orang lain dah pun kat rumah ni ha.
takde ke rupa macam anak sulung ke. takpun kot ada rupa macam kakak ke. dah sah-sah aku memang kakak kan.


aku: teringin nak jalan berdua dengan adik aku.


adios~
with ღ
n@n@

Sunday, August 21, 2011

abang dan adik.

untuk pertama kali dalam bulan puasa ni tido lambat. selalu tepat pukul 12 dah lena.
ni semua sebab tertido lepas maghrib tadi. terjaga pun sebab kucing-kucing tu bising. pasal ape tah. tetiba je nak bising-bising. and now, aku dah tak boleh nak tido.
mau sampai sahur esok ni.

sejak-sejak dikmei sambung studi ni, boleh la tiba-tiba kitorang jadi close pulak.
sebelum ni mana nak mesej-mesej slalu. apetah lagi nak koling-koling.
tapi dia la. nak mintak duit pun bagitau aku. macam aku yang nak bagi dia duit. padahal tolong inform je dekat papa. nak balik pun bagitau aku. nak ambik dia balik pun aku. semua aku lah kiranya. papa dengan mama? advisor je..
well.nampaknya aku ni seorang kakak yang diharapkan lah kan. =D
tapi tu lah.dia takde ni memang sunyi lah rumah. kalau tak hari-hari aku gaduh dengan dia.
boleh tak nak rindu dia tiba-tiba. hahah.

walaupun selalu gaduh, tapi aku tahu ada masa-masa dia sangat protective.
he keeps my secret very well. ah. tetiba feeling sedih pulak. cehh.
tetibe teringat masa sembang dengan hikmee dulu.

 "awat ampa lembut semcam eh.bukan patut kalau adik beradik suma laki, kasar ka"

soalan yang tiada jawapan.hahah.takde bende lain ke nak tanye.
ala, lagipun jarak kitorang 3 beradik semua jauh-jauh.
dengan abang dah 7 tahun. dia dah ada geng sendiri time tu, aku baru nak lahir.
mana nak main dengan dia sangat. 5 tahun lepas tu, dikmei pulak. aku pulak dah ada geng sendiri. tu sebab la kot. kalau kitorang jarak dekat-dekat tak mustahil aku rasa.
bersyukurlah aku jadi perempuan lembut yang tak lembut sangat. sebab tiap hari kena tegur dengan mama sebab cakap nak kasar je. =_=


aku: jiran sebelah ni sembang kuat sungguh.


adios~
with ღ
n@n@

Sunday, August 14, 2011

random je.

disebabkan rasa macam tak patut, entry sebelum ni aku delete.
maybe sebab time tu rasa sedih sangat kot bila dengar berita kematian.
3 malam jugak la tak berani tidur sorang-sorang.
mintak mama teman. kalau tak sampai ke pagi tak tidur nanti.
ok. enough.

semenjak 2 menjak ni dah jarang nak update blog.
sebab takde idea nak tulis apa. ini pun tak tau nak tulis apa sebenarnya.
hidup aku macam biasa. duduk rumah. buat apa-apa yang patut.
takde yang menarik sangat pun.setiap hari buat benda yang sama.
oh.cuma 1.papa dah bagi drive jauh-jauh kereta dia. yeay!
kalau tak sebelum ni, setakat pekan selama tu je la.
yang paling jauh ke taiping je la. dan esok akan ke penang. :)
kalau ada kereta sendiri sahih lepas sampai ke KL.
err..ye la tu..

dan yang pasti, aku dah jelas dengan 1 perkara.
:)


aku: hati tenang & gembira. :)

adios~
with ღ
n@n@

Sunday, August 07, 2011

puasa.

hopefully it's not too late to wish
"selamat menyambut Ramadhan al-mubarak"

kali ni gembira sebab dapat puasa penuh dekat rumah. insyaAllah. :)
walaupun hanya tinggal bertiga saja dengan mama dan papa.
dan bila dah tinggal bertiga, haruslah makanan yang simple aje.
tikah suruh masak sebab dah duduk rumah.
tapi nak masak untuk 3 orang je takde feel lah. baik beli. haha. alasan kan.
tapi betul laaa..tunggu rumah ni ramai baru la feel nak masak tu semangat siket.
kan.kan.kan. :D

apa-apa pun.selamat berpuasa semua.
mudah-mudahan Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna.
for me.yes.sangat bermakna. :)


aku: masih belum lagi terbuka hati ini. :)


adios~!
with
n@n@