Saturday, February 18, 2012

perjalanan.

assalamualaikum.
selamat hari sabtu semua readers. :) dah pukul 1 hari sabtu, 18 Februari 2012.
tapi aku masih belum mengantuk lagi..entahlah, mungkin sebab petang tadi tido ke. atau mungkin jugak sebab sedih, pagi nanti nak berangkat sudah..tinggal sekejap kampung halaman..

dah lama tak menulis dengan hati kan. asyik tulis ikut rasa nak tulis apa.
eh, tadi sempat bukak balik entry-entry lama..zaman 2008..ya ampun, ayat memang tak matang.
malu rasa baca..hee..tapi, kenangan tu..aku suka baca balik apa yang aku tulis..sebab tu aku buat belog ikut suka hati je..takde nak ada tema segala bagai..dan bukan nak cari duit..menulis memberikan aku ketenangan, dari satu bahagian..novel pun aku penah tulis tau..tapi tak habis lagi cerita..idea takdak..ah, novel itu untuk bacaan sendiri jugak..tapi ade orang dah ceroboh baca..well, at least ada orang boleh komen kan. ^_^

perjalanan karier aku baru nak bermula..perasaan?
tak tahu nak gambarkan macam mana..takut ada..gembira pun ada..
takut sebab akan bertukar kepada environment yang baru..yang mencabar aku rasa..
dulu kawan-kawan sebaya..nanti mungkin kawan-kawan yang lebih tua..pengalaman waktu intern dulu sudahlah..itu baru sikit..dan title 'trainee' tu takde apa sangat pun..tapi, hmmmh.
gembira? haruslah gembira..sebab akhirnya aku boleh buat sesuatu dengan ijazah aku..
walaupun orang kata tak semestinya kerja ikut ijazah..tapi aku apply kerja lain pun tak dapat jugak..
sekurang-kurangnya aku dah boleh mula bukak buku planning aku..boleh list kan segala wish list yang aku nak..banyak tu... ;)

perjalanan peribadi? masih sama..bahagia dengan keluarga tersayang..
abang yang macam garang..tapi baik hati..adik yang macam apa jer..tapi i'm proud of him..
bangga sekejap sebab diapit oleh dua lelaki yang cool..walaupun sampai sekarang masih bergaduh.. -.-'
satu hari nak pegi bercuti sama-sama..tunggu aku kawin la kot..kot bakal suami boleh support. * berangan!
ah..cakap pasal bakal suami..gua takde calon lagi beb. sila jangan buat muka pelik..
selalu bila kawan kawan lama tanya semua tak percaya..tau la dulu aku bercinta kan zaman sekolah..

cukup pasal suami suami ni..ada nanti aku khabor kat sini yer..
okey. mama dah tegur suruh masuk tidur..pagi nanti kena bangun awal..
selamat malam semua!
dan selamat maju jaya untuk aku. peace!


 

tweettweet : entry ini ikut hati ke tak eh..aku pun konfius.

No comments: