Saturday, November 24, 2012

dia yang hanya dia.

 tengok gambar sendiri dalam banyak-banyak gambar, tiba-tiba terdetik dalam hati,
"lawa jugak aku ni." perasan kan? haha..bukan apa, kepala tengah pening satu hari tengok coding, sekali dapat mesej cakap dah upload beberapa keping gambar dekat facebook..terus la bukak facebook nak tengok gambar..lepas tu terus reply mesej tu cakap....

"awak..saya tengok gambar, cantik jugak saya ni eh. :D"
"eh..baru sedar ke.."

jawapan positif..ok, hilang terus pening kepala lepas tu..senyum sorang-sorang sampai malam..
untuk yang mengenali dia, mesti tak rasa sebenarnya dia seorang yang banyak cakap, ada masa-masa la banyak cakap tu..kadang-kadang boleh keluar jugak ayat sastera dia..sebab dia yang aku kenal dulu nampak macam serius je kan..konon macam cakap benda ilmiah je 24 jam..lepas tu macam tak reti nak bergurau ke apa kan..dah nampak serius je muka tu.dan pemalu katanya.... :D sori awak, terkata sikit..
beberapa bulan mengenali dia, takde la macam tu pun..tak nampak macam pemalu pun..kadang-kadang aku yang banyak melawan ni pun speechless jugak..dan kalau dia keluarkan ayat sastera dia, pengsan..rasa macam salah masuk bidang je dulu..agaknya dia terjemah bahasa coding tu jadi bahasa sastera lah kot..wee~

dah kenapa nak cerita pasal dia pulak kan..sebab pagi-pagi tadi berbual dengan mama dalam telefon seperti biasa..cerita kawan-kawan sekolah,matrik,universiti semua banyak dah kawin hujung tahun ni..nak cerita nak pergi kenduri kawan je pun..last last mama tanya pasal dia..sesi soal selidik bermula..soalan pertama mama yang sama dari dulu sampai sekarang tak berubah..tetap sama..

"dia orang macam mana..solat tak.."
:) :) :)

insyaAllah ma, pilihan kali ni tak salah..suruh mama berdoa je semoga semua urusan dipermudahkan..puas hati dengan jawapan diberi, mama tak kisah dah benda lain..bunyi nak suruh cepat je..tabung kawin tak cukup lagi, tak boleh nak cepat..berdasarkan soal selidik tadi, 80% dah lulus kot..20% lagi tunggu masa jumpa...mesti lulus punya lah..dan respon dia bila aku cerita apa yang mama tanya tadi..

"penting tu awak soalan solat tu..sebab masuk kubur nanti tu la soalan pertama kena tanya dengan malaikat"

dah nak kata apa lagi..tak terkata apa-apa lah..hai la awak... :)
ok lah..enough la kan cerita pasal dia..nanti korang meluat pulak... :D
i'm just sharing what i feel about him..because, he is one of the reason that i'm smiling today..
and i'm grateful that i know him..and i know that he will make mama smile too.. :) :) :) 



there's still a loooooooong way to go. right awak? :)


4 comments:

izzah said...

dah berbau nasik minyak dah ni :p

Siti Farhana said...

bau nasi minyak jiran sebelah kot zah.. :p

aZie 4eVa said...

ehem!
hahahaha.
finally.
siti, jgn lupe kad eh.:)

Siti Farhana said...

hahaha..
insyaAllah...
sampai masa nanti, sampai la kad tu azie.. :D