Friday, September 01, 2017

10 Zulhijjah 1438H

Salam 10 Zulhijjah. Hari ni dah hari raya. Jam menunjukkan pukul 4.36 pagi & aku tak boleh tidur. Tadi dah tidur sebenarnya, tapi Luqman tak berapa sihat, asyik jaga bangun, badan pun agak panas. Ummi ni pun tak boleh tidur dengan lena terus sebab nak pujuk dia suruh tidur. Kesian jangkit dengan ummi dia ni. Huhu. Aku dulu yang demam dari last week. Demam + batuk + sakit tekak. Pakej lengkap semua. Lepas tu jangkit dengan anak. Hmmm.

Maka, aku pun bangun la godek-godek apa yang patut. Bukak blog ingat nak touch up sikit-sikit, hai pening pulak aku nengok coding dia. Haha. Nanti la bila rajin. Sayang blog ni sebenarnya. Dulu macam nak komersialkan blog ni, tapi sekarang tak payah la. Komersial kau. LOL. Aku bukan lah blogger tegar. Tulis pun merapu je. Sekadar luahan perasaan. Nuffnang pun dah stop sejak 2013. Mengimbau kenangan dolu-dolu, tapi ada banyak post dah kena buang. Haha. Post tak penting dan tak patut simpan. Rasa macam nak buat 1 lagi blog untuk privasi sikit. Senang sikit nak buat luahan perasaan terlebih emosi. Biar aku je baca. Hmmmm...Haha. Nantilah aku fikirkan. Lately ni banyak pulak benda berkaitan emosi & I hate it.

Oh. Raya Haji kali ni raya kat Subang je. Kita hashtag teamrayasubang la kali ni. Haha. Sebab raya puasa dah balik lama kat Perak, so kali ni beraya dengan family in law je la kat sini memandangkan mereka pun tak balik Johor. Cuti lama pulak tu. Aku tanya husband, cuti lama nak buat apa. Boleh dia kata kalau OT hari Isnin macam best jugak. Pfffttt..Macam tu la kalau tengah sibuk, semua fikir kerja. Mujur aku tak kerja. Kalau aku kerja, dia pun aku buat tak endah je nanti. Haha.

Dah pukul 5 pagi. Aku taip sambil makan kerepek sebenarnya. Ya Allah. Habis lah asyik makan je keje. Rasa mengantuk balik tiba-tiba. Macam nak sambung tidur, tapi dah nak Subuh. :D Aci la kan sejam. Till then. Jumpa lagi.

Lupa. Dah masuk September ye. Sekejap masa berlalu.

No comments: