Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Hampir sempurna nak touch up blog ni. Walaupun memang terpaksa touch up di tengah malam waktu semua orang dah tidur. Ni pun suami dah tidur kat sebelah. Ajak teman, dia yang berlayar dulu. Haha. It's ok lah.
Tujuan asalnya nak aktifkan balik blog ni sebab Tasneem Naturel la. Ingatkan nak buat blog baru, tapi rasa sayang pulak dengan blog ni. Dari zaman universiti simpan blog ni, alang-alang tu, teruskan je la kat sini. Mana post yang tak berkaitan tu dah delete la. Tak habis lagi pun. Kita cuba nak jadikan blog ni blog yang agak berhemah ye. Cheewah. Biar orang ramai boleh dapat info dari blog ni. Bukan sekadar luahan perasaan. Haha. Ya Allah. Ni pun rasa dah macam luahan perasaan.
Tengah belajar macam mana nak baca traffic dekat blog ni. Dah la nak edit layout pun kena guna javascript. Dah kenapa la tak dapat berpisah dengan dunia coding ni. Mujur la skill lama tu ada lagi sikit-sikit walaupun rasa taknak tengok dah coding. Apa la sangat coding blogspot ni. Kan? š Harap-harap layout yang baru ini memuaskan hati anda semua. Tak terlalu serabutkan, walaupun agak berbunga-bunga sikit disitu. š¹š¹
Doakan sis berjaya update 100 entry sebulan. Demi menaikkan traffic blog. Amiin. š
Farhana,
Masih seorang Software Engineer - dirumah. š
Friday, March 08, 2019
Baby Spa Set Tasneem Naturel
Assalamualaikum W.B.T
Harap masih belum terlambat lagi nak cerita tentang produk baru dari Tasneem Naturel. Ada produk baru ke? šš Ada.....Hehe..Walaupun di cipta khas untuk bayi baru lahir, bayi yang dah membesar pun boleh guna, apatah lagi kita yang dewasa ini. Sama la macam balm juga, sesuai digunakan oleh bayi baru lahir sehingga dewasa. š
Ok. Taknak panjang cerita. Inilah dia produk baru dari Tasneem Naturel, yang diberi nama Baby Spa Set. š¶
Baby Spa Set ada 3 produk, iaitu Head To Toe, Massage Oil, dan Lotion. Seperti poster di bawah ini.
Sorry. Ini poster promosi hari tu. Hehe. Dah lepas 1 Mac, dah launching pun. š Dari 2000 set yang dikeluarkan, ada tinggal 300++ set sahaja lagi yang tinggal. MasyaAllah. Takpe, insyaAllah batch kedua akan masuk tak lama lagi.
Apa yang 'special' sangat dengan set ni? Specialnya sebab bahan-bahan pembuatan semua produk ni diadun dengan menggunakan resepi balm CALM TIME. Siapa yang dah pernah guna, mesti tau macam mana bestnya balm CALM TIME tu. Wangi sudah semestinya lah. Dijamin memang anak-anak mesti suka. š
Eh. Kita dah guna tau. Kita beli Head To Toe loose set untuk nak cuba. Ni bukan bagi anak-anak yang cuba, umminya ni yang guna. Haha. Ya Allah...Memang best sangat bau tau. Wangi sangat. šš Dah lah memang suka bau balm CALM tu, dapat Head To Toe ni, memang jatuh cinta berkali-kali la jawabnya. Haha.
Harap masih belum terlambat lagi nak cerita tentang produk baru dari Tasneem Naturel. Ada produk baru ke? šš Ada.....Hehe..Walaupun di cipta khas untuk bayi baru lahir, bayi yang dah membesar pun boleh guna, apatah lagi kita yang dewasa ini. Sama la macam balm juga, sesuai digunakan oleh bayi baru lahir sehingga dewasa. š
Ok. Taknak panjang cerita. Inilah dia produk baru dari Tasneem Naturel, yang diberi nama Baby Spa Set. š¶
Baby Spa Set ada 3 produk, iaitu Head To Toe, Massage Oil, dan Lotion. Seperti poster di bawah ini.
Sorry. Ini poster promosi hari tu. Hehe. Dah lepas 1 Mac, dah launching pun. š Dari 2000 set yang dikeluarkan, ada tinggal 300++ set sahaja lagi yang tinggal. MasyaAllah. Takpe, insyaAllah batch kedua akan masuk tak lama lagi.
Apa yang 'special' sangat dengan set ni? Specialnya sebab bahan-bahan pembuatan semua produk ni diadun dengan menggunakan resepi balm CALM TIME. Siapa yang dah pernah guna, mesti tau macam mana bestnya balm CALM TIME tu. Wangi sudah semestinya lah. Dijamin memang anak-anak mesti suka. š
Eh. Kita dah guna tau. Kita beli Head To Toe loose set untuk nak cuba. Ni bukan bagi anak-anak yang cuba, umminya ni yang guna. Haha. Ya Allah...Memang best sangat bau tau. Wangi sangat. šš Dah lah memang suka bau balm CALM tu, dapat Head To Toe ni, memang jatuh cinta berkali-kali la jawabnya. Haha.
Jadi, siapa yang perlu dapatkan BABY SPA SET ni?
1. Bakal ibu yang tengah mengandung (beli awal pun tak apa, tak ada masalah aih.)
2. Ibu yang baru lepas melahirkan anak.
3. Ibu yang dalam tempoh berpantang.
4. Suami yang ada isteri sedang mengandung.
5. Suami yang ada isteri sedang berpantang dan baru melahirkan anak.
6. Kawan-kawan atau saudara mara yang ada kenalan tengah berpantang, sudah melahirkan anak atau bakal melahirkan anak.
7. Ibu bapa yang sangat pentingkan penggunaan bahan - bahan semulajadi untuk anak.
Harga : RM99 sahaja (tidak termasuk postage)
Berbaloi sangat la dengan bahan-bahan premium yang ada dalam semua produk ni kan. Lagipun guna tak banyak pun. Picit sikit-sikit je untuk baby. Kalau mak baby nak guna, kena la beli yang saiz besar sikit. Hehe.
Berminat untuk dapatkan Baby Spa Set di atas ni? Boleh terus klik link dibawah @ tekan logo whatsapp kat sebelah. Haa. Senang. Nanti terus je direct masuk whatsapp. š
InsyaAllah, next post kita akan cerita fungsi dan kelebihan Baby Spa Set ni.
Farhana,
Agen sah Tasneem Naturel.
Saturday, February 09, 2019
Agen sah Tasneem Naturel Subang Jaya & USJ
Assalamualaikum semua. Buat yang baru mengenali, nama saya Siti
Farhana. Alhamdulillah dah berusia 30 tahun, berkahwin & sudah
mempunyai 2 orang hero kecil. Mula menjadi pengedar sah Tasneem Naturel sekitar
Ogos 2017. Baru setahun lebih je & sehingga sekarang pun masih menjadi
pengedar yang sah di sekitar kawasan Subang Jaya & USJ.
Mungkin ramai yang dah tahu cerita
macam mana boleh join dengan Tasneem Naturel ni. Balm pertama yang dicuba waktu
tu balm Calm Time. Masa tu Luqman tengah fasa tantrum. Umur dalam 3 tahun
lebih. Betul la tu, normal la kalau anak-anak tantrum kan waktu umur macam tu.
Mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak, baling barang, tapi kalau kita boleh
kurangkan lagi amukan dia, mesti lagi tenang perasaan kita kan? Bagi je tips
untuk kurangkan tantrum anak, semua pun kita cuba. Ada satu masa, bila ada
orang pertikaikan kenapa teruk sangat Luqman ni mengamuk. Macam kita ni teruk
sangat tak pandai nak urus anak. Sedangkan kalau boleh, kita dah jadi mak ni,
memang taknak pun anak tu mengamuk. Seboleh mungkin kawal emosi anak, tapi tak
semua benda kita kena turutkan kan? Memang terkesan sangat dekat hati waktu tu
bila orang komen macam-macam. Tak nak dengar cakap² orang, tapi dah terdengar
pun. Sedihnya rasa waktu tu.
Bila nampak ada sedara jual
balm ni, terus rasa nak cuba tanpa ragu-ragu. Tak fikir dah berkesan ke tak.
Memang nak beli, nak sapu kat Luqman dengan harapan dia boleh kurang mengamuk.
Mengamuk dia bukan setakat menangis biasa-biasa, memang mengamuk baring dekat
lantai, hentak kaki, kalau teruk lagi, hentak kepala. Takkan berhenti selagi
tak penat. Hari pertama dapat balm Calm, memang hari tu dia ada mengamuk. Peluk
apa semua tak jalan, terus sapu balm Calm tu. Waktu dia tengah menangis tu,
sapu balm. Sambil selawat sikit, baca doa untuk lembutkan hati anak, benda yang
sama dibuat tiap kali dia mengamuk, cuma hari tu kita calit balm Calm.
Bukan nak kata hebat sangat,
tapi memang tak lama lepas tu Luqman betul-betul 'cool down'. Mengamuk dia tak
lama macam biasa. Menangis pun tak lama. Bila bercakap dengan dia, ada respon.
Tak marah dah. Apa perasaan bila jadi macam tu? Mesti la rasa lega teramat
sangat, syukur, kagum ada, tak percaya pun ada. Nak kata tak logik pun boleh,
tapi memang betul-betul jadi macam tu. Lepas tu pun boleh nampak perubahan
Luqman setiap hari dah jarang nak mengamuk sangat. Sekali sekala tu memang la
dia marah jugak, tapi dah boleh dikawal perasaan. Takde nak hentak kepala, nak
baling barang dah. Itu la permulaan jatuh cinta dengan balm Tasneem.
Lepas tu, baru cuba balm yang
lain. CF-RUB kot kalau tak salah. Sebulan lepas tu baru buat keputusan nak
sama-sama join bisnes Tasneem Naturel tanpa mencuba semua balm pun. Lepas jadi
pengedar baru guna semua balm dengan istiqamah sampai lah sekarang. Tak pernah
tinggal setiap kali lepas mandi. Kami anak beranak memang 'product lover'. Niat
asal bisnes, memang suka menjual. Nak cari duit poket geli-geli. Dah kita pun
duduk rumah jaga anak, nak jugak RM 10, RM 20 beli aiskrim. Itu dulu la, sebab
tak pernah impi & mimpi boleh dapat RM 500 sebulan, tapi alhamdulillah
pernah dapat.
Nak cerita manfaat setiap balm,
memang terlalu banyak. Walaupun memang tak dinafikan kesan setiap balm
bergantung kepada setiap individu itu sendiri. Yang penting, guna dengan yakin
& konsisten. Buat anda yang nak menjana pendapatan, insyaAllah Tasneem
Naturel boleh jadi platform untuk anda. Kerja apa pun yang kita buat, disusuli
dengan usaha yang bersungguh-sungguh, insyaAllah pasti ada hasilnya di kemudian
hari.
Sekiranya ibu-ibu berminat mahu bersama-sama dengan saya menjana
pendapatan ataupun ingin mendapatkan balm bayi ini, boleh hubungi saya di
talian seperti di bawah.
š
Farhana
Agen sah Tasneem Naturel Subang Jaya.
Sunday, January 06, 2019
Riadah Hujung Minggu
Hari minggu pertama 2019, kami anak beranak teman abah main bola padang. Dah beberapa bulan suami join team kawan dia main bola padang. Rasanya azam 2019 memang lepas ni pagi ahad kami akan beriadah dekat padang bola la kot jawabnya. š
Ok la kan. Memandangkan diri sendiri pun dalam fasa tengah menurunkan berat badan, tahun 2019 nak jadi lebih sihat & cergas. Gituu. Hehe. Sama la juga pagi ni, teman suami main bola padang. Oh, aku memang ikut je suami kalau dia ada game ke, event apa-apa ke. Futsal je selalu main tengah malam, kalau tak dah ikut jugak.
Ok la kan. Memandangkan diri sendiri pun dalam fasa tengah menurunkan berat badan, tahun 2019 nak jadi lebih sihat & cergas. Gituu. Hehe. Sama la juga pagi ni, teman suami main bola padang. Oh, aku memang ikut je suami kalau dia ada game ke, event apa-apa ke. Futsal je selalu main tengah malam, kalau tak dah ikut jugak.
Main bajak kutip daun. |
Ok. Hari ni nak cerita promosi sepanjang Januari untuk Tasneem Naturel. Haa. Nak tau tak apa promosinya? š
Sepanjang bulan Januari 2019, dengan setiap pembelian 2 balm & ke atas, akan dapat PERCUMA 1 PUZZLE EDISI OMAR HANA. Macam mana rupa puzzle tu? Macam gambar kat bawah ni.
Best ke best? Boleh bagi anak-anak main puzzle comel ni pulak kan. Beli 2 balm je, insyaAllah, dapat la puzzle Omar Hana ni. Puzzle ni tak dijual tau. Hanya boleh dapat FREE bila beli balm Tasneem je. Macam biasa, benda LIMITED, selagi stok masih ada lah. š
Yang nak mendapatkan balm Tasneem Naturel ini boleh terus whatsapp di nombor 018-3159351 ye.
š Farhana
Agen sah Tasneem Naturel Subang Jaya
Wednesday, January 02, 2019
Selamat Tahun Baru 2019
Assalamualaikum 2019.
Alhamdulilllah dah masuk tahun ke 2019. Banyak agenda dan perancangan yang dah dibuat untuk tahun 2019 ni, terutama sekali rancangan kewangan lah. Tahun ni juga tahun pertama hero sulung ke tadika. Luqman dah nak masuk alam persekolahan. How time flies. Ummi yang masih tak bersedia nak lepaskan anak ni. Hehe.
Hari ni belum mula lagi sekolah Luqman. Esok baru mula. Hari ni kita rileks dan tidur je dulu. Haha. 2018 banyak kenangan yang pahit dan juga manis. 2018 juga buat aku serius nak bisnes jual balm dengan sungguh-sungguh. InsyaAllah. Doakan tahun ni akan melimpah lagi rezeki dengan jual balm ni. Amiiin.
Kadang-kadang rasa dah selesa sangat jadi surirumah ni. Apa yang nak, suami bagi. Apa nak beli, suami bayar. Nak makan apa, makan la. On that part, alhamdulillah, cuma, ada satu perasaan yang buat aku rasa nak juga buat sesuatu. Hutang tak habis bayar lagi weii. š Tu yang jual macam-macam, tapi, tak pernah serius. Hehe. Sibuk dengan anak kononnya. Please please doakan kali ni aku bertambah serius dengan balm Tasneem Naturel ni. Baking kek lagi ke tak? Aku buat kalau ada tempahan je. Tak terbuat lagi kalau nak buat banyak-banyak. Siapa yang tempah, insyaAllah aku buat je.
2018 juga banyak sangat memberi aku pengajaran. Alam rumahtangga, hidup suami isteri, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling merupakan pengalaman & pengajaran yang terbaik untuk kita. All I can say is, do whatever you want to do. Orang kata zaman sekarang zaman makcik & pakcik bawang. Kuatkan semangat!
Akhir kata pembuka tirai 2019, Selamat Tahun Baru semua. Semoga segala urusan dan perancangan kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amiin.
Kita guna gambar 2018bestnine lah. š |
Hampir terlupa. Disebabkan kita sekarang agen sah Tasneem Naturel, sesiapa yang nak mencuba balm Tasneem Naturel, boleh terus whatsapp ye. š
018-3159351
Tasneem Naturel Subang Jaya.
p/s : Sekarang tengah ada promosi Januari tau. Will update later.
Subscribe to:
Posts (Atom)