Saturday, September 26, 2020

Hai.

 Hai blog!

Aku datang hari ni. Sesekali aku jengah jugak baca balik post yang lama. Niat di hati nak tutup blog ni, tapi sayang pulak. Makanya kita ubah-ubah je layout dari satu layout ke layout yang paling senang nak edit. Haha!

Aku pun tengah on the way siapkan blog yang baru, tapi blog ni aku tak tutup lah. For now. Aku just buat as personal blog yang betul-betul personal. Blog baru tu nak jadikan blog berbisnes. Jadi, macam malas pulak rasanya nak campur yang personal betul personal dengan bisnes. Apa yang aku tulis ni pun tak tau.

Hai Farhana, one day if you read this, you sebenarnya tengah dekat kampung sambil tengok movie cerita vampire apa tah ni. Sambil edit blog. Sambil tahan mengantuk. Anak-anak dengan suami tengah lena tidur.

Okay. Dah rasa mengantuk sekarang. Nanti kita tulis lagi.

Bai!

Monday, May 11, 2020

Memories

Assalamualaikum.

Hai! Setahun demi setahun ye blog ni diabaikan. Me as a housewife + doing business makes me a little bit a busy woman. Haha. Gittew..Idok la. Busy keluar masuk hantar anak sekolah, ambik anak sekolah. Sekarang pun dah 18 Ramadhan 1441H. Selamat berpuasa semua. Tahun yang agak luar biasa ye kali ni. Just a memory for you to remember la Nana. Tahun 2020 adalah tahun Covid-19. Hampir sebulan lebih berkurung kat rumah dengan suami & anak-anak, dua bulan dah tak balik kampung lagi jumpa mama papa dan pertama kali ni bakal beraya dekat bandar. Hmm. Nak mengeluh banyak pun tak elok kan. Bersyukur masih sihat dan selamat. Semoga sentiasa dijauhkan dari terkena jangkitan virus ni. Aku cakap dengan suami, ok la kan, duduk rumah sebulan lebih. Lepas kahwin pun cuti 3,4 hari je lepas tu dah masuk kerja. Haha!

Tak boleh nak membebel panjang, nak prepare untuk masak berbuka. Citer dia tadi tengah dengar playlist lagu. Tetiba naik lagu Memories Maroon 5. Kebetulan pulak tengah clear email. Terjumpa pulak google chat zaman dulu kala. Memang memories betul la. Lucu je rasa bila baca balik.

Oh. Dah kenapa jugak aku pi search post lama tah.

Sometimes memories are better remain as memories. K bai.



Wednesday, February 05, 2020

Happy Birthday Husband!


Aku dah nak tidur sebenarnya, tapi tiba-tiba nampak gambar ni. Lepas tu teringat laa birthday cik abang sayang ni 1hb hari tu. Nak menulis post dekat IG, FB, tapi malas. Rasanya menulis panjang-panjang lagi best dekat blog kan. Lagi sentimental. Haha! Dah la malam sebelumnya tidur awal. Kita wish pukul 10.40 malam dia tak terima. Tak larat nak tunggu sampai pukul 12. Sudahnya, dia pun tidur awal juga.

So, to my dearest husband, if you read this, i bet 4,5 months later, Happy 33rd Birthday! Fuuh. We are getting older. Semoga segala-gala urusan awak dipermudahkan, dari jadi Jurutera Pengaturcara, sekarang dah tambah job baru jadi manager bola sepak pulak. ๐Ÿ˜„ Takpe-takpe. Saya redha semuanya. Yang penting awak redha saya pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan saya nanti. Haha.

Petang tadi, on the way balik rumah, nampak satu pasangan suami isteri, pakcik makcik jalan sama-sama nak pergi surau. Suami pun cakap,

"Nanti kita tua sama-sama la macam tu kan"

๐Ÿ˜„ Gelak dulu. Lepas tu aku pun jawab,

"Muda-muda la kena start pergi sama-sama wak"

"Yela..Itu nanti bila dah tua-tua, kena la macam tu jugak"

"InsyaAllah, kalau tak mati lagi"

Hmm..Mati tu memang pasti kan? Ok. Tak bersedia rasanya nak fikir, tapi kita bukan tahu apa yang akan jadi. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Semoga awak juga sentiasa diberi kesabaran yang teramat-amat tinggi untuk melayan emosi saya yang sentiasa turun naik setiap hari. Haha. I ๐Ÿ’š U.


Ok dah jom tidur.

๐Ÿ’“
Nana

Calm Time Tasneem Naturel

CALM TIME








Inilah balm CALM TIME dari Tasneem Naturel. Fungsinya adalah untuk :-

๐Ÿ’šMengurangkan tantrum anak.
๐Ÿ’šMembantu menenangkan anak yang meragam.
๐Ÿ’šMemberi keselesaan pada anak.
๐Ÿ’šMembantu anak supaya lebih tenang dan ceria!

Cara penggunaannya adalah :-

Sapu balm pada nadi tangan, nadi belakang telinga, tulang belakan dan tapak kaki.

Balm ini juga sesuai sangat digunakan oleh sesiapa sahaja, baik bayi yang baru dilahirkan atau orang dewasa. Selalunya setiap hari memang Nana akan sapu CALM TIME ni dekat anak-anak selepas mandi pagi dan petang. Pagi supaya diorang tenang-tenang je nak pergi sekolah. Petang supaya diorang senang nak tidur malam.

Bila anak tenang, ibu pun lagi lah bertambah tenang. Hehe. Untuk ibu-ibu yang nak anak tenang-tenang je pergi sekolah atau nak bagi baby yang baru lahir selesa je, boleh tekan link wasap kat bawah ye. ๐Ÿ’‹


๐Ÿ’“
Nana

Sunday, February 02, 2020

7 manfaat bermain bagi anak-anak.

Tak dinafikan, perkembangan anak-anak kita dipengaruhi dengan aktiviti bermain. Mereka akan banyak belajar dengan bermain. Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu tahu manfaat bermain untuk anak-anak kita. Antaranya ialah :-

1. Bermain sangat penting sebagai salah satu keperluan untuk membantu perkembangan si kecil.
2. Bermain secara aktif boleh membantu menguatkan otot-otot tubuh si kecil.
3. Ketika bermain, si kecil sering melalui pengalaman baru. Pengalaman ini akan berada dalam memorinya dan kemudian akan diaplikasikan dalam realiti kehidupannya. Ini sekaligus akan membantu mengembangkan kreativiti si kecil.
4. Sewaktu bermain bersama rakan-rakan, si kecil akan belajar kemahiran bersosial. Di sinilah mereka akan belajar untuk menjalin hubungan persahabatan, menangani konflik, saling berkongsi serta belajar memberi dan menerima.
5. Bermain juga membuatkan si kecil mengetahui kemampuan dirinya. Di sinilah mereka akan belajar dan berlatih untuk mengatasi kelemahan yang dimiliki.
6. Sewaktu bermain, si kecil akan belajar mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang boleh dilakukan dan mana yang tidak boleh dilakukan.
7. Dalam bermain, dia juga akan mempelajari moral dan peraturan yang harus dipatuhi, misalnya tidak boleh bermain tipu atau mengelat dan perlu sedia berhadapan dengan kekalahan.

Maka, selalulah bermain dengan anak-anak kita. Tak perlu kita terlalu fokus nak anak kenal ABC seawal usia 3 tahun, nak pandai tambah tolak darab bahagi seusia 4 tahun. InsyaAllah, dengan bermain pun kita boleh ajar itu semua. Macam Nana, memang Nana tak pernah paksa anak-anak belajar pun. Sampai masa diorang pergi sekolah, diorang belajar semua benda tu kat sekolah. Balik rumah kita buat revision je.

InsyaAllah, cepat je diorang ni dapat tangkap. Kenal huruf, kenal nombor. Oh, cuma tulisan jawi tu memang nak kena extra extra extra revision. ๐Ÿ˜…

Bermainlah dengan anak-anak. Selain bagus untuk perkembangan mereka, kita juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan anak-anak.




Oh, sebelum bermain tu, kita 'spray' kan la dulu Bugs Away dari Tasneem Naturel ni untuk anak kita. Bugs Away ni sangat bagus tau untuk elakkan nyamuk atau serangga-serangga lain gigit anak kita terutama sekali kalau bermain di luar. Memang nyamuk tak akan serang la anak kita. Takde la berbintat kulit anak. Hehe.



Macam mana cara nak menggunakan Bugs Away ni? Senang je, spray sahaja pada baju, tangan dan kaki anak-anak. InsyaAllah Bugs Away ni selamat untuk kulit anak-anak kita. Spray banyak pun takpe. Untuk anak kulit sensitif pun insyaAllah selamat digunakan. Baunya pula adalah bau serai. Haa. Wangi tau.

Selalu sebelum bawa 2 beradik ni main kat taman, memang Nana spray siap-siap la Bugs Away ni. Kat tengkuk, tangan, kaki 1 badan la spray. Nanti kesian tengok kalau main tergaru-garu je diorang. Setakat satu dua bintat tu boleh la diterima kan. ๐Ÿ˜

So, untuk mama atau papa yang nak dapatkan Bugs Away ni, boleh terus tekan link kat bawah ye. InsyaAllah, zaaassss kita akan reply segala pertanyaan secepat mungkin.


www.wasap.my/60183159351/nakbugsaway
www.wasap.my/60183159351/nakbugsaway
www.wasap.my/60183159351/nakbugsaway


๐Ÿ’“
Nana

Saturday, February 01, 2020

FAQ tentang Tasneem Naturel

Di bawah ini adalah antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh pengguna kepada kami agen-agen Tasneem. Untuk anda yang masih ada sebarang kemusykilan, boleh ajukan terus kepada saya. ๐Ÿ˜˜

1. Siapa yang boleh guna balm TN?
๐Ÿ’š Balm TN boleh sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi newborn hingga orang dewasa.

2. Newborn boleh guna ke?
๐Ÿ’š Boleh puan. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah di 'dilute' dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk 'newborn'. Banyak juga 'feedback' ibu-ibu dalam yang pantang kami terima.

3.Newborn boleh guna balm TN. Bagaimana pula dengan bayi pramatang?
๐Ÿ’š Kami tidak menyarankan kepada bayi pramatang. (Kelahiran dibawah 37wks), kerana hati (organ) sikecil belum matang sepenuhnya lagi. Jadi, kita khuatir ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan.

4. Newborn saya jaundice. Boleh guna balm TN?
๐Ÿ’š Kami sarankan puan ikhtiar dengan T-RUB. T-RUB membantu anak supaya kerap membuang air besar, supaya birubulin dapat dinyahkan. Kami telah dapat 'feedback' kuning cepat turun dengan T-RUB.
Adapun kami tidak sarankan Sleep Time jika anak jaundice, untuk elakkan anak asyik tidur, supaya ibu dapat kerap menyusukan bayi.

5. Balm ini panas tak?
๐Ÿ’š Balm tidak panas.

6. Berat balm berapa? Tahan berapa lama?
๐Ÿ’š Balm sahaja 18g. Termasuk bekas 80g. Sebekas balm boleh tahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan kerap.

7. Balm ada expired date?
๐Ÿ’š 1 tahun lepas buka, 2 tahun jika belum dibuka

8. Sijil KKM ada tak?
๐Ÿ’š Kelima-lima balm TN telah mendapat pengesahan dari KKM.








9. Ibu mengandung boleh guna?
๐Ÿ’š Boleh. Ramuan balm TN TIADA bahan yang bahaya utk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandungkan.

10. Sleep tu kalau ikut pada cara penggunaan ada sapu di tapak kaki..kalau sapu sebelah tapak kaki apa jadi?
๐Ÿ’š Tapak kaki ada saraf yang 'direct' terus pada organ tertentu. Jadi, kurang berkesan kalau sapu sebelah sahaja.

11. Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?
๐Ÿ’š Balm TN mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian individu.

12. Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?
๐Ÿ’š Cara simpan pada suhu bilik biasa. AWAS! Bekas balm adalah kaca. Jika dibaling boleh pecah.

13. Sejauh mana & berapa lama ketahanan CALM dan SLEEP tu berfungsi pada bayi.
๐Ÿ’š Balm ini bukan ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya. Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk healing, rilekskan saraf & stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.

14. Kenapa lepas saya guna CF-RUB anak jadi kerap muntah? Selsema pun asyik meleleh je
๐Ÿ’š Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna CF-RUB balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut. Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.

15. Kenapa SLEEP TIME balm tak boleh sapu banyak?
๐Ÿ’š Dalam SLEEP TIME balm, ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar.
Biasa anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, SLEEP TIME balm hanya perlu sapu nipis sahaja untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih :joy:

16. Balm ini boleh guna serentak ke?
๐Ÿ’š Boleh guna serentak.

17. Anak G6PD boleh guna?
๐Ÿ’š Boleh puan. Tidak mendatangkan bahaya.

18. Anak ekzema boleh guna?
๐Ÿ’š Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pd individu juga. Dalam balm ada almond oil di mana ada sesetengah yang sensitif dengan nya. Ada juga anak ekzema yang ok bila guna balm ini. Jadi, perlu kenalpasti anak sensitif dengan apa.

Tapi, sekarang kita dah ada balm SKEENZ yang dibuat khas untuk mereka yang berkulit sensitif & mempunyai ekzema.

19. Bayi saya naik ruam selepas sapu CF-RUB. Sapu balm lain tiada masalah. Anak 3 tahun sapu CF-RUB tiada naik ruam pula. Kenapa ya?
๐Ÿ’š Bayi puan kemungkinan alergi dengan eucalyptus yang ada dlm CF-RUB. Ada sesetengah kulit bayi tidak serasi dengannya.

20. Anak saya ada 'allergy'. Apa yang perlu saya lakukan untuk pastikan balm ini sesuai dengan anak saya?
๐Ÿ’š Cuba test sapu dipelipat terlebih dahulu. Jika nampak naik ruam, sapu balm ditapak kaki sahaja. Jika tidak, boleh sapu seperti yang disarankan.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk-produk Tasneem Naturel, boleh terus klik link whatsapp di bawah.



๐Ÿ’“
Nana