Monday, May 31, 2010

kenangan dulu.

semalam rakan-rakan ex-mrsm gerik buat reunion. jeles tengok diorang dapat gathering sama2.aku nak pegi,tpi xde rezeki kot nak ke sana.tadi tengok gamba yang diorang capture.masing2 ada la perubahan.dah lama kot xjumpa.7 tahun sejak aku tinggalkan bukit nasah,kenayat tu.last jumpa pon masa ambik result pmr.lepas tu xpernah jumpak dah.paling ketara sekali perubahan che mohd firdaus.wah,ingat lagi aku nama dia.haha.serius berubah.mmg sape2 yang tengok gamba dia kat facebook konfem akan cakap pasal dia. :D

cakap pasal bukit nasah,kenayat ni.tiba-tiba jadi rindu pulak.teringat zaman belajar kat sana.walaupun sampai form 3 je kat sana.memang masa dapat surat tawaran lepas upsr, serius aku tak tahu pun ada tempat nama gerik.mula rancang nak sama-sama dengan mira, nak pergi mrsm pdrm, tapi xde rezeki aku ke sana, aku dapat kat gerik. 1st day sampai memang excited.tapi lepas je mama dengan papa balik, berjurai-jurai air mata turun.haha.bulan pertama tu,tiap-tiap minggu mama dengan papa datang melawat.minggu pertama hantar baju kurung.bayangkan aku datang bawak 2 helai seluar,2 helai t-shirt putih,2 helai t-shirt warna, dgn baju sekolah.beg aku kecik ja.dah tu yang dia tulis dalam buku panduan.aku ikut la.nasib baik rumate aku ada banyak baju kurung dan muat pulak tu dengan badan aku ni.aku pakai la baju dia seminggu.tiap-tiap hari basuh.hadoih. :D

schedule sekolah asrama aku rasa sama ja mana-mana.pagi pergi sekolah.petang prep.pukul 5 riadah.pukul 7 pegi masjid.malam prep.yang paling aku rindu sekali masa ramai-ramai kena baca al-mathurat.tiap-tiap sebelum @ lepas maghrib mesti kena baca.memang sejak aku tinggalkan gerik, dah jarang sangat aku baca mathurat.yaasin pun sekali sekala.bak kata mint,kalau kat sekolah,at least bila baca mathurat tiap-tiap hari, dapat juga tambah pahala.sekarang ni diri sendiri yang kena sedar.kalau xsedar,xbuat.dulu,masa solat,tiap-tiap waktu kena pergi surau.solat kat surau.bayangkan tiap-tiap waktu,dah konfem subuh pun kena bangun awal kan.sekarang, subuh pun hujung-hujung waktu.hmmph.

suasana kat bukit nasah tu jangan cakap la.sangat sejuk.pagi-pagi pergi kelas berembun je.dengan bunyi binatang dari hutan sebelah.pemandangan sangat mendamaikan jiwa.orang kata sejuk mata memandang.petang-petang pegi riadah atas bukit.xpun tengok orang main bola tampar ke.bola sepak ke.bola jaring ke.aku main lari-lari atas bukit ja.haha.

cinta monyet?tak ada.hee.betul la.aku seorang budak yang pendiam,pemalu, nerd tu tak tahu.kalau suka usha tu ada la.tapi masa tu budak-budak sangat.mana la nak paham cinta-cinta ni.aku rasa xde pon orang yang pandang aku ni dulu.haha.kalau boleh diputarkan masa, sekarang pun aku xnak ada kaitan dengan benda ni semua.agak menyesal bila result pmr ada 1 B.tapi itu hanya kalau kan.benda dah lepas dan terjadi.ungkit pun tak guna. :D

rasa macam dah banyak sangat aku bukak rahsia.haha.xde la rahsia sangat pun.rahsia tetap rahsia.ini cuma kenangan.banyak kenangan dekat bukit nasah ni.belum masuk cerita hantu lagi. :D bila pulak la aku nak pegi melawat.apa kata reunion dekat sekolah je.best jugak kan.haha.cikgu-cikgu pun ramai dah pindah.ustaz homeroom pun dah xde kat sana.satu masa nanti mesti aku jejak kaki jugak kat sana.insyaAllah.

aku: ada orang tanya,antara gerik dengan pdrm mana lagi best. tersenyum sekejap. =)

adios~~
with ღ
n@n@

Sunday, May 30, 2010

teh ada kafein rupanya.

semalam..pukul 3 pagi pun xboleh tido.
mengantuk mmg mengantuk dah.dh berapa kali menguap pun tatau.
kepala dah sakit sebab mengantuk, tapi xtido..
tapi mata tetap xmahu pejam.
atem dah gelak2.sibuk suruh tido.tapi xboleh nak tido..
pejam mata lama-lama buat sakit mata jer.

sekali mar tanya.air kotak tu teh eh.
before tido memang ada minum air kotak.justea.campuran teh dan anggur.
sedap!
konon nak minum masam2.hilangkan loya kat tekak ni.
almaklumlah.bila penyakit bulan merah datang.macam2 pe'el lah badan ni.
tapi air tu xmasam pon.manis macam biasa.xhilang jugak loya.
apa kena mngena air teh dengan xboleh tido.
rupanya teh ada kafein jugak.
serius xtahu selama 22 tahun nih. baru tadi buat research kat google.
lepas kopi, teh penyumbang kafein ke-2.lepas tu mkanan2 biasa mcam coklat,minumn soda.dan lain lain.
yang aku tahu cuma kopi dgn nescafe je ada.aku memang alah dengan kopi dan nescafe.
memang xboleh minum.

tiba-tiba teringat masa makan malam semalam.beli teh ais.
teringin kot.dah lama tak minum teh ais.selalu minum air soya..soya..dan soya.
ada jugak mangga, limau, sirap, oren..sikit2 la..yang banyak nya soya.
yer bell..aku tahu ko nak cakap apa. :p
teh,kopi,nescafe memang tolak tepi.jarang sangat minum.
tapi kalau kat rumah, minum teh xde pulak sampai tak boleh tido.ke sebab kat rumah guna teh BOH, kat kafe guna teh biasa.mungkin la kot kan.rasa pun dah tahu.

lepas ni xmahu minum teh dah sebelum tido.sakit kepala den tahu.
xlama lepas tu, atem tutup lampu bilik.automatik mata pun tertutup.
ada effect dgn lampu jugak ke?tu aku xcari lagi.haha.

Fakta: Jumlah kafein dalam minuman
Kopi yang disaring (250ml) 200-250mg
Kopi yang ditapis (250ml) 100-150mg
Kopi segera (250ml) 80-150mg
Kopi tanpa kafein (250ml) 4-8mg
Teh (250ml) 20-200mg
Teh ais (350ml) 12-28mg
Minuman kola (375ml) 30-75mg
Minuman untuk tenaga 375ml 150mg atau lebih
Coklat panas (250ml) 10mg
Coklat bar (200gram) 60mg

sumber: intim.wordpress.com

aku: coklat pun ada kafein.nampak gaya macam kena berhenti makan coklat ja.tapi coklat sedap laaa..


adios~~
with ღ
n@n@

kenduri.


hari ini hari ahad.
yer..ahad..30 mei..
hee..lama sungguh xhupdate blog ni..
bukan setakat bersawang..labah-labah pon dah membiak kot..
haha..
tiba-tiba perasaan nak menaip hilang pulak..
ok la kan, untuk bulan mei ni..
1 entry awal bulan.
1 entry akhir bulan.
cukup la tu..nanti bulan depan depan, bukak cerita baru.memandangkan dah betul-betul free dari segala aktiviti.dah mula bercuti sepenuhnya.
oh tak sabar rasa..rindu dah kat rumah ni..

tadi tengok tivi dekat kafe.mmg ada pasang astro.tapi b4 ni chanel ria ke, prima ke apa ke, yang berunsur hiburan langsung xboleh tengok.yang ado national geographic, animal planet & dan yang sewaktu dgnnya lah..sekali bila start cuti boleh pulak.saje je.dapat la layan af sekejap. axn x try pulak.. :D

tdi telefon mama.mintak kebenaran nk pegi rumah tiah.ada kenduri.kakak tiah kawen.sembang-sembang bagai, pujuk semua..tiba-tiba mama cakap, "ingat adik balik ni, mama plan dgn papa nak pegi bercuti ke utara..kedah & perlis.."
hai mama ni..macam saje je xbagi aku pergi rumah tiah..haha..buat aku serba salah pulak.iyelah, pergi sana of kos la aku memerlukan modal kan.nak pegi bercuti pun kena ada modal jugak.nak shoping lagi.hee. kot tetiba singgah langkawi ke.huu.aih.xpe lah.mana-mana je.papa kasi pergi, aku pergi la tiah eh..kalau xdapat pergi, nnti tunggu kau kawin la tiah eh baru aku pegi. :D


aku: cuti sekolah dah nak mula.jemputan kenduri pun dah banyak.konfem aku jadi pengikut setia mama nanti. haiyo..


adios~~
with ღ
n@n@ 

Sunday, May 02, 2010

................................

Mei dah datang..
makin hari makin terasa sedih..sebab masing-masing semua dah habis belajar...
semua dah nak mula praktikal...
T_T

PSM??aku bersyukur dengan apa yang dapat...
walaupun tak cemerlang, aku tak kisah..janji aku dah lepas..
dah tak perlu fikir..fikir untuk belajar lagi 1 sem...
bulan April bagi aku bulan yang penuh dengan kesedihan...
baik dari hal peribadi mahupun hal hal biasa...
aku cuba untuk kuatkan hati...
cuba untuk sembunyikan perasaan...cuba untuk menggembirakan hati orang-orang disekeliling...
cuba untuk memahami hati dan perasaan orang yang aku sayang..
tapi....
bukan 1 atau 2 nasihat yang aku terima...banyak...
tapi aku belum bersedia...
aku xmampu untuk lupakan segala-galanya...bukan ini yang aku nak...
aku cuma mintak ruang untuk perbaiki keadaan...
jauh dalam sudut hati aku, aku belum kuat untuk hadapi semua ni...
walaupun aku cuba berlagak menjadi kuat...

segala persoalan belum ada jawapan...
sampai bila, aku pun xpasti...
yang pasti, hari demi hari berlalu meninggalkan kenangan..
mencatat sejarah yang tak akan aku lupakan...
masa akan datang tak siapa tahu apa yang akan terjadi...
setiap hari aku mengharapkan kegembiraan sentiasa menghiasi hidup aku...


aku: rindukan saat-saat dahulu...kenapa dulu boleh, sekarang dah xboleh... T_T


adios~~
with ღ
n@n@