Tuesday, September 19, 2017

The Truth

Assalamualaikum.

Tengah tunggu giliran nak jumpa doktor. Hopefully last appointment. Kali ni follow up lepas operation hari tu. Just nak review apa punca sebenar aku dapat appendiks tu. Kalau menarik nanti aku cerita. Hehe.

Hmm. Sebenarnya, mood tak berapa nak ceria hari ni. I found out the truth. Sebab dan kenapa hati ini tak pernah tenang. And I found it TRUE. Hmmmmh. Mengeluh panjang jap. Apa patut aku buat? Sejujurnya, aku pun tak ada jawapan apa yang aku perlu buat sekarang. I'll just follow the flow.

Kecewa? Memang kecewa. Sakit hati? Hmm. Sebenarnya lebih kepada kecewa yang teramat sangat. I don't know how to feel. How to react. Sampai speaking inggeris terus. Haha. I just pray semoga Tuhan beri aku lebih kekuatan dari sekarang. Lebih, lebih, lebih dan lebih lagi. Sampai tak ada perasaan pun takpe.

Ramai pulak orang belakang aku ni. Haha. Nanti la sambung.

Till then.

Saturday, September 16, 2017

Different Story

Yes. It's totally different now. The feeling, the situation, the whole story.

Kalau ada persoalan, aku hanya mampu katakan aku tak tahu. Yang pasti, ianya dah tak sama seperti dahulu. Apa yang aku rasa, apa yang aku lakukan. :)

Tak tahu sampai bila. Sebab aku terlalu kecewa. Mungkinkah awan akan berarak pergi dan matahari akan memunculkan diri kembali? Entah.

Friday, September 15, 2017

Lapang

Salam jumaat. 😊

Hai! Alhamdulillah. Syukur masih hidup hari ini & dapat meneruskan kehidupan. Syukur juga sebab hati rasa lapang sangat. Rasanya sebab dah luahkan apa yang terpendam semua dalam hati. Apa akan jadi lepas ni? We'll just wait & see.

Nak jadi keras hati sangat tak sanggup. Nanti sedih pulak kalau jadi kejam sangat. 😔 So, kita buat tak tau, tapi macam biasa je. Haha. Well, kalau tak, takde la terciptanya perkataan 'complicated' tu.

Kadang kita fikir benda tu biasa ja untuk kita. Kita tak tahu orang lain anggap benda tu sensitif untuk dia. Kita tak harap pun orang faham kita & kita pun tak dapat nak faham semua orang. At least, boleh fikir dulu sebelum buat sesuatu. Betul ke tindakan kita tu. Ada kesan tak untuk orang sekeliling? Tambah lagi dengan orang terdekat.

Moral of the story, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, terlajak perbuatan, tanggung la akibatnya. Hehe. Hmmm..Marilah kita makan nasi. Dah tengah hari, perut pun berbunyi.

Till then. ✋

Sunday, September 10, 2017

Resah

Hai! Rajin pulak aku semenjak 2 menjak ni bukak blog. Nak menghilangkan resah di hati. Kadang-kadang dengan menulis ni dapat menenangkan sikit hati ni. Sikit laa..Mungkin sebab kali ni luka di hati agak dalam, proses nak melupakan tu ambik masa sikit. Terlebih layan perasaan sikit, mula laa..Amboi. Luka di hati tau. Haha. Apa yang terlukanya? Biarlah rahsiaaa...Hehe.

Seriously, bila hati terluka, nak buat apa pun serba tak kena. Mujur ada anak-anak jadi penghibur. Boleh la nak lupa sat beberapa perkara yang tak patut. Aku jenis cepat sensitif, cepat terasa, sukar untuk marah, mudah memaafkan tapi susah untuk melupakan. Entah lah. Patut lah kita kena letak kepercayaan untuk Allah S.W.T sahaja semata-mata daripada semua makhluk di bumi ni. Cuma, sebagai manusia biasa, kelemahan aku di situ. Kepercayaan aku kepada manusia dah semakin berkurang. Dramatik tak ayat? Haha. Kenapa ye susah nak melawan kelemahan diri ni. Kadang aku terfikir, kat mana silapnya aku salahnya aku walaupun tak tahu salah siapa sebenarnya.

Banyak kali kecewa dengan perbuatan manusia. Kecewa yang teramat-amat sangat. Sedih tak tahu nak cakap sampai aku fikir sudahlah, I don't care anymore. Lantaklah apa nak jadi. Aku buat hal aku je. Sudahnya memang aku buat hal aku je lah.

Tak perlu faham apa yang aku tulis. Sekadar coretan di hati. Ye. Berdoa selalu dengan Allah. Ada masa hati ini tewas juga. Macam ada yang baca blog aku. Haha. Harapnya tak ramai la yang ingat blog ni. Cantik tak layout baru? Haha. Blogger dah ada layout cantik. Mari kita cuba.

Till then.

Friday, September 01, 2017

10 Zulhijjah 1438H

Salam 10 Zulhijjah. Hari ni dah hari raya. Jam menunjukkan pukul 4.36 pagi & aku tak boleh tidur. Tadi dah tidur sebenarnya, tapi Luqman tak berapa sihat, asyik jaga bangun, badan pun agak panas. Ummi ni pun tak boleh tidur dengan lena terus sebab nak pujuk dia suruh tidur. Kesian jangkit dengan ummi dia ni. Huhu. Aku dulu yang demam dari last week. Demam + batuk + sakit tekak. Pakej lengkap semua. Lepas tu jangkit dengan anak. Hmmm.

Maka, aku pun bangun la godek-godek apa yang patut. Bukak blog ingat nak touch up sikit-sikit, hai pening pulak aku nengok coding dia. Haha. Nanti la bila rajin. Sayang blog ni sebenarnya. Dulu macam nak komersialkan blog ni, tapi sekarang tak payah la. Komersial kau. LOL. Aku bukan lah blogger tegar. Tulis pun merapu je. Sekadar luahan perasaan. Nuffnang pun dah stop sejak 2013. Mengimbau kenangan dolu-dolu, tapi ada banyak post dah kena buang. Haha. Post tak penting dan tak patut simpan. Rasa macam nak buat 1 lagi blog untuk privasi sikit. Senang sikit nak buat luahan perasaan terlebih emosi. Biar aku je baca. Hmmmm...Haha. Nantilah aku fikirkan. Lately ni banyak pulak benda berkaitan emosi & I hate it.

Oh. Raya Haji kali ni raya kat Subang je. Kita hashtag teamrayasubang la kali ni. Haha. Sebab raya puasa dah balik lama kat Perak, so kali ni beraya dengan family in law je la kat sini memandangkan mereka pun tak balik Johor. Cuti lama pulak tu. Aku tanya husband, cuti lama nak buat apa. Boleh dia kata kalau OT hari Isnin macam best jugak. Pfffttt..Macam tu la kalau tengah sibuk, semua fikir kerja. Mujur aku tak kerja. Kalau aku kerja, dia pun aku buat tak endah je nanti. Haha.

Dah pukul 5 pagi. Aku taip sambil makan kerepek sebenarnya. Ya Allah. Habis lah asyik makan je keje. Rasa mengantuk balik tiba-tiba. Macam nak sambung tidur, tapi dah nak Subuh. :D Aci la kan sejam. Till then. Jumpa lagi.

Lupa. Dah masuk September ye. Sekejap masa berlalu.